Wednesday, February 11, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 54

“Boleh tolong picitkan kepala abang….?” Permintaan Zafriel itu lantas mengejutkan Ariessa dari lamunan.
“Boleh…???” Zafriel mengulangi permintaannya. Wajah Ariessa direnung sedalam-dalamnya. Mengharapkan isterinya itu setuju.
“Hahh….apa?? Saya tak berapa dengar…!!” jawab Ariessa. Sebetulnya dia masih lagi hanyut dengan lamunannya sendiri.
“Tolong picitkan kepala abang…rasa pening la….”
“Hahh….???”
“Takpelah kalau Riessa rasa tak larat….” Lemah sahaja suara Zafriel kedengaran. Ariessa masih lagi tercegat di tepi katil. Kelu untuk berbuat apa-apa. Hendak ditolak, tak tergamak rasanya…hendak terima…entahlah, segan pun ada! Aduh….kenapa ni….
“Ok lah….saya picitkan!”
Namun Zafriel langsung tidak berkutik. Diam, membungkus dirinya dengan kain selimut! Ariessa diterpa kebimbangan takkala melihat suaminya itu langung tidak bergerak!
“Zafriel…..!!!!!!” panggil Ariessa. Agak kuat juga suaranya, namun Zafriel langsung tidak menyahut!
“Awak jangan nak main-main…..!” suara Ariessa mula bergetar. Takut dengan pelbagai kemungkinan yang mengganggu fikirannya. Melihatkan tiada reaksi daripada suaminya, Ariessa pantas menyelak selimut yang menutupi seluruh tubuh Zafriel. Lega hatinya…Zafriel sedang tidur rupanya! Ingatkan apa tadi…
“Hensem jugak dia ni…..” perlahan sahaja Ariessa bersuara, ralit matanya menjamah wajah suaminya itu. Tangan kanannya bermain-main alis mata Zafriel. Sesekali dia ketawa takkala mata suaminya itu bergerak-gerak….macam ada gangguan.
"Bibir dia pun macam iras-iras Won Bin....ok lah tu....Tapi tak ok jugak, suka mengata orang!Huh...!!!" Ariessa tersenyum. Puas hatinya dapat menatap wajah Zafriel walaupun dalam tidur. Hendak ditatap wajah itu semasa dalam jaga, dia malu sebenarnya!
“Nakal jugak Riessa ni ya….!!” Tegur suatu suara. Ariessa terkedu! Ya Allah….Zafriel tak tidur ke? Rasanya darah merah mula menyimbah ke mukanya. Dengan mata yang terpejam, bibir Zafriel menguntumkan senyuman…..saja nak kenakan Ariessa.....
Ariessa pantas ingin menarik tangannya tapi belum sempat dia berbuat begitu, tangan kiri Zafriel terlebih dahulu menyambar tangannya…
“Lepaslah…..!!!” pinta Ariessa. Malu bercampur geram….tidak mampu diluahkan dengan kata-kata!
Zafriel pantas bangkit dari tidurnya. Sejak tadi, dia memang tidak tidur walapun kepalanya sedikit pening. Lagipun mana mungkin dia berbuat begitu…melihatkan situasi mereka sekarang…dia mesti berjaga…..keselamatan Ariessa yang perlu diutamakan!
“Hmmm…apa yang Riessa buat tadi….?” Wajah Ariessa yang sudak kemerahan ditatapnya.
“Mana buat apa-apa! Takdelah…..!!!”
“Oooo..tu yang tangan dok merayap atas muka abang tu, tangan siapa agaknya…???” Makin galak Zafriel mengusik. Tangan Ariessa meronta-ronta minta dilepaskan.
“Lepaslah……”
"Dahlah siap mengumpat abang...tak baik tau..."
"Mana ada....awak jangan nak reka cerita!" pantas Ariessa menyampuk. Zafriel dengar rupanya...Tapi dia mengumpat sedikit jea.......
“Kalau abang tak nak lepaskan….????” Balas Zafriel, seronok dia melihat isterinya itu dalam keadaan begitu!
“Please…Riessa nak pergi tandas ni…..” mata Ariessa sudah merah! Bila-bila masa sahaja dia akan menangis! Malu kerana “ditangkap” ketika tangannya “menceroboh” ke wajah suaminya…
“Ok…abang akan lepaskan tapi dengan satu syarat!”
“Hahhh….???!!!” Ariessa tersentak. Bukannya dia tidak tahu yang suaminya itu memang banyak tipu muslihat!
“Picitkan kepala abang……!!!!!!!” matanya dikenyitkan ke arah Ariessa. Ariessa menelan air liur!
“Kalau tak….bukan setakat pegang tangan jea abang boleh buat…….” Zafriel seolah-olah mengugut. Makin gusar Ariessa dibuatnya..Kenapa pulak dengan suaminya itu. Galak semacam jea dia tengok…????
“Nak picit ke tak…..??”
"Kalau saya tak nak......???" Ariessa menunjukkan riak berani, walaupun hatinya diterpa sedikit kekalutan. Macam mana boleh kantoi...!! Aduh.....
"Ok........" pegangan di tangan Ariessa semakin dikemaskan. Tangan kanan Zafriel mula merayap ke lengan kiri isterinya. Ariessa mula gelabah. Makin dekat tangan suaminya itu menyentuh bahunya....
“Apalagi pilihan yang saya ada…????” Ariessa cuba melawan, bergetar suaranya tika itu. Namun dia tahu, dia tetap akan tewas…!!!! Zafriel ketawa senang hati! Senang sangat kalau hendak uruskan isterinya itu.
“Cepatlah…..!!!!!”
Masam mencuka wajah Ariessa tika itu. Genggaman tangannya dilepaskan. Perlahan-lahan dia bergerak mendekati Zafriel. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya dia melihat senyuman di wajah suaminya itu. Selalu sahaja hendak mengenakannya!
“Riessa jangan main tipu tau…..!!!” Galak Zafriel ketawa melihatkan wajah Ariessa yang jelas tidak berpuas hati!
Lambat-lambat tangan kanan Ariessa mendarat di kepala Zafriel. Rasa segan usah dikata! Kalau masa mereka kanak-kanak dahulu…bukan main lagi mereka berdua saling memicit kepala kalau ada antara mereka yang sakit atau pening kepala tapi sekarang, rasa segan bertandang walaupun antara mereka tiada halangan dari segi adat atau agama….
Sakit hati Ariessa melihat senyuman yang terukir di wajah suaminya itu. Kalau sebelum ini, bertimbun rasa simpati dan bersalah melihatkan keadaan Zafriel, tetapi sekarang….hanya rasa geram yang berbuku di dada! Selalu sahaja lelaki itu mengenakannya!
Ralit Zafriel memerhatikan Ariessa yang memicit kepalanya. Lenggok tubuh isterinya itu begitu menggoda. Dengan raambut panjang ikal mayang isterinya itu, membuatkan Zafriel menelan air liur. Mana mungkin dia menipu perasaannya yang dia memang “menginginkan” Ariessa tapi dia tahu mana mungkin yang Ariessa……..
“Boleh tak awak jangan tengok saya…???” tajam matanya menikam wajah Zafriel. Memang dia rasa betul-betul tidak selesa takkala mata Zafriel galak meneroka dirinya. Ahh…dia bukan terlalu naïf untuk tidak mengerti erti pandangan seorang lelaki!
“Kenapa? Tak boleh ke?” bagaikan orang bodoh Zafriel bertanya. Sengaja ingin menyakat isterinya itu, sekadar menghilangkan resah dengan keadaan yang dihadapi mereka. Ariessa merenggus geram. Memang nak kena Zafriel ni!
“Tak salah kan tengok isteri sendiri..bukannya tengok orang lain…..”
“Memanglah tapi saya……..” Ariessa kehilangan kata-kata. Segan untuk mengungkapkan apa yang terbuku di hatinya. Tambahan pulak makin galak anak mata Zafriel mengerling ke arahnya. Gatalnya….!!!!!
“Hmmm..kalau macam ni, abang rela kena culik ke, kena kurung ke, dengan sayang..seumur hidup pun abang sanggup!”
Mengekek ketawa Zafriel. Macam kanak-kanak yang baru belajar hendak ketawa. Kadang-kala Ariessa diserbu kehairanan…Zafriel kelihatan tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku! Nampak gembira sahaja…entah-entah….tapi, takkanlah…..!!! Minda dan hati Ariessa mula berdolak-dalik! Bingung memikirkan situasi yang dihadapinya. Bagaimana Zafriel boleh sampai ke situ pun mengundang kehairanan di hatinya, tambahan pulak mereka dikurung di kondominium yang kononnya dibeli oleh suaminya itu. Itulah yang Zafriel katakana padanya selepas solat subuh tadi! Aneh…!!!! Ke semua ni Zafriel yang rancang? Tapi kenapa…??? Tapi semalamkan Zafriel kena pukul oleh penculik itu, jadi mana mungkin dia yang……….
Ariessa mati akal!
“Kenapa awak ni nampak lain macam jea saya tenggok? Awak ada sorok sesuatu dari saya ke….???” spontan soalan itu yang keluar dari mulut Ariessa. Tajam matanya memandang wajah suaminya yang sedang berbaring itu. Berkerut dahi Zafriel tika itu….
“Hahh…..dah sedar pun…..!!!!!” tiba-tiba hinggap di pendengaran mereka suatu suara. Pintu bilik dibuka dari luar. Masing-masing terkesima. Nafas Ariessa mula berombak kencang!

Tuesday, February 10, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 53

Zafriel duduk berteleku di hujung meja bacaan di sudut kiri katil dalam bilik itu. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya. Mindanya masaih keliru dengan apa yang berlaku. Ariessa dilihat hanya mendiamkan diri di atas katil. Sekejap-sekejap dia berbaring, kemudian bangun berjalan mundar-mandir dalam bilik itu. Masing-masing diam tanpa sepatah kata. Hanya sesekali isyarat mata mereka bertembung menagih jawapan yang pasti!
“Awak ada apa-apa idea tak..?????!!!!!” suara Ariessa tiba-tiba memecah kesunyian di bilik itu. Anak matanya tepat dihalakan kea rah Zafriel. Namun, Zafriel hanya mengelengkan kepalanya. Enggan mengulas, sebab dia sendiri tidak tahu dan keliru dengan apa yang berlaku!
“Apa yang mereka nak dari kita……????” soal Ariessa lagi. Namun kali ini dia tidak menagih jawapan daripada Zafriel kerana dia tahu suaminya itu pun tidak mengerti dengan apa yang sedang mereka alami sekarang ini.
“Arghhhh……..!!!!” Zafriel tiba-tiba sahaja mengerang sambil tangannya menghentak meja. Kuat! Ariessa tersentak! Pantas kakinya laju bergerak kea rah Zafriel.
“Kenapa……..?????!!!!!!” bergetar suaranya tika itu. Mungkin kesakitan Zafriel dipukul malam tadi masih terasa. Zafriel hanya memanggung kepalanya yang sedikit ditundukkan.
“Kenapa ni? Awak sakit lagi ke….????!!!!” wajah Zafriel dipandang. Sedikit kerutan berbekas di dahi lelaki itu.
“Takde apa-apa! Abang ok……” seulas senyuman dihulurkan buat Ariessa. Sekadar menghilangkan kebimbangan di hati isterinya, walaupun kepalanya semakin berdenyut! Ariessa mula tidak keruan. Melihat keadaan Zafriel yang agak berlainan itu, dia diterpa rasa takut! Ya Allah…janganlah berlaku apa-apa! Walau apa pun yang berlaku, biarlah kami hadapinya bersama…doanya dalam hati!
“Abang nak baring sekejap……!!!”pinta Zafriel. Tangan kanannya pantas memaut bahu Ariessa untuk membolehkan dia bangun. Sungguh dia rasa begitu tidak berdaya sekali. Serabut dengan pelbagai persoalan yang tidak mampu dia rungkaikan!
“Awak sakit lagi ke…????” Kejap tangan Ariessa memaut bahu suaminya itu, namun pertanyaan itu langsung tidak dijawab oleh Zafriel….
“Abang akan tetap bertahan untuk Riessa…!!!” bisik hati Zafriel. Dia rela menanggung kesakitan asal sahaja isterinya itu selamat dari di apa-apakan!
“Pleasa say something! Jangan buat Riessa macam ni……” mata Ariessa mula berkaca. Sedih dengan apa yang berlaku….kenapa Zafriel nampak agak berlainan dari sebelum ini? Janganlah berlaku apa-apa ya Allah……….
“Kenapa sayang…..kenapa menangis ni……????” wajah Ariessa dipandang. Bertambah sayu hatinya takkala melihat air mata yang mengalir di pipi isterinya itu. Saat itu Ariessa memeluk Zafriel seerat-eratnya. Ya Allah….berikanlah aku kesempatan untuk mengecap bahagia walaupun akhirnya aku yang akan terluka…..rintih Ariessa…..
Zafriel terkaku seketika dengan tindakan isterinya itu. Hanya esak tangis Ariessa yang bergema id dalam bilik itu.
“Riessa…..????” panggil Zafriel berkali-kali, namun hanya dibalas dengan esak tangis Ariessa yang masihg belum berhenti.
“Riessa tak nak awak mati lagi! Nanti……..”
Hahahahaaaaa……meledak ketawa Zafriel takkala mendengar bait kata isterinya itu. Ariessa…Ariessa..ada ke patut…?????
Ariessa menekup mulut! Kenapa kata-kata itu yang keluar dari mulutnya, padahal hatinya ingin mengatakan perkara lain sebenarnya. Mungkinkah itu suatu petanda yang……..?
“Kenapa abang nak mati…??????” Zafriel cuba mengusik isterinya itu. Namun di saat itu juga hatinya diterpa perasaan sayu! Mungkinkah itu yang akan berlaku……?????!!!!!!!
“Sayang jugak Riessa kat abang ni ya…..” Zafriel cuba berlagak ceria. Walaupun gundah di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu…
“Abang……!!!!!!” jerit Ariessa.
“Abang rasa gembira sangat! Abang ingatkan sampai mati pun abang takkan dengar yang Riessa panggil abang dengan panggilan “abang”….rupa-rupanya abang masih lagi diberi kesempatan itu….Terima kasih…….” Satu ciuman hinggap di dahi Ariessa tanpa sempat Ariessa mengelak. Malunya usah dikata!
“Abang jangan nak……..”
“Jangan nak apa………??????!” pantas Zafriel menyampuk kata Ariessa dengan senyuman yang meleret di bibirnya, tanpa sempat isterinya itu menghabiskan kata-katanya. Ariessa jadi malu sendiri. Entah..dia sendiri pun tak tahu apa yang ingin dia ucapkan! Semuanya gara-gara Zafriel! Geramnya!!!!
“Dahlah..abang nak baring kejap! Tak tahan sakit kepala ni….!” Gesa Zafriel. Pantas Ariessa memapah suaminya itu berbaring di atas katil. Betapa sedihnya melihat muka Zafriel yang kelihatan agak lebam gara-gara ditumbuk semalam!
“Nanti saya sapukan ubat ya…..” Ariessa menawarkan diri. Sekilas dia memandang ke arah Zafriel. Entahlah..lama-lama memandang wajah Zafriel, dia jadi segan! Kenapa agaknya…..
“Takpelah….tak sakit pun….” Zafriel menolak, walaupun hatinya bersorak gembira! Ariessa bimbangkan dirinya. Itupun sudah cukup buatnya!
“Sebenarnya banyak benda yang saya nak tanya tapi…..entahlah, saya pun tak tahu nak mula dari mana…”
“Kenapa….??? Apa yang Riessa nak tanya abang…..????”
“Er…takpelah..nanti lain kali jea saya tanya!” pantas Ariessa memotong percakapan suaminya itu. Memang, sebetulnya banyak persoalan yang bertamu di fikirannya. Pasal perkara yang sedang berlaku kepada mereka saat itu. Pasal bilik kondominium dan bagaimana Zafriel boleh sampai ke situ dan pasal……entahlah, berselirat benaknya dengan pelbagai persoalan yang tak terjawab! Dan yang penting apa yang akan berlaku kepada mereka selepas itu!