“Macam mana? Ada apa-apa berita tentang mereka berdua tu?” sapa Puan Sri Khadijah. Rasa bimbang masih tidak mampu untuk diusir dalam dirinya. Hampir sehari semalam anak menantunua itu hilang tanpa khabar berita! Namun baik Dato Iqbal dan Tan Sri Andan, masing-masing hanya mengelangkan kepala. Handphone Ariessa dan Zafriel gagal dihubungi sejak dari semalam.
“Sherry macam mana? Dah ok ke dia….??’ Tanya Dato’ Iqbal. Meningatkan keadaan isterinya itu, makin berganda kerisauan yang bertapak di hatinya. Isterinya itu tiba-tiba sahaja tidak sedarkandiri. Mungkin kerana bimbangkan Ariessa dan perasaan bersalah dalam dirinya dengan kehilangan Zafriel malam tadi.
“Abang pergi jumpa kawan abang tadi. Dia dah janji nak tolong carikan kat mana budak berdua tu…..” sampuk Tan Sri Adnan. Sekilas dia mengerling ke besannya itu. Hatinya turut sama dirudung walang…..
“Ada sesiapa telefon tak? Atau pun orang yang tak dikenali…..?”
“Takde pulak!” Puan Sri Khadijah berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Lgaknay bagaikan mencari sebarang petanda yang boleh dijadikan sebagai klu. Namun…tidak ada apa-apa yang mampu mereka lakukan tika dan saaat itu!
“Saya rasa dah sampai msanya kita buat report polis, bang…!” kata-kata Puan Sri Khadijah menyebabkan kedua-dua lelaki itu serentak memandang ke arahnya.
“Report polis???!!!!” berkali-kali Tan Sri Adnan mengulangi ayat itu. Entah, dia buntu sebenarnya hendak berbuat apa!
“Betul tu Adnan….aku pun tak nampak apalagi yang kita boleh buat untuk cari budak berdua tu! Lagipun dah lebih 24 jam mereka tu hilang…! Aku takut, lagi lambat kita bertindak, lagi teruk keadaan yang akan berlaku” pantas Dato’ Iqbal menyokong saranan daripada Puan Sri Khadijah. Memang mereka tidak mampu berbuat apa-apa! Hanya mampu menanti khabar berita sahaja!
Tiba-tiba telefon Tan Sri Adnan berbunyi. Diam semua yang berada di ruang tamu itu. Takut dengan perkhabaran yang bakal diterima!
……………………………………………………………………………………………….......................................................
“Kalau korang berdua tak nak diapa-apakan, baik morang berdua duduk diam-diam! Jangan cuba nak cari pasal dengan kami!!!! Faham tak…????!!!!!!” jerkah lelaki gemuk itu. Di belakangnya berdiri lelaki kurus dan seorang lagi tidak pula mereka cam siapa! Semalam hanya lelaki kurus dengan lelaki gemuk sahaja yang masuk ke bilik itu.
Ariessa melindungkan sedikit badannnya di belakang Zafriel. Takut melihat kelibat lelaki-lelaki itu di bilik tempat mereka dikurung! Kejap tangan Zafriel menggenggam tangan isterinya itu. Dia tahu yang Ariessa betul-betul ketakutan kerana tangan wanita itu begitu sejuk dalam pegangannya!
“Hahhh…makan nasi ni…!!!!!!!”
“Pergi mampuslah dengan nasi korang tu….!!!!” Jerit Zafriel. Lantang suaranya bergema di bilik itu….
“Hei…apa kau cakap hah…????!!!!!!” lelaki kurus itu mula melangkah ke arah Zafrie.
“Abang…..” jerit Ariessa. Langsung dia tidak menduga yang Zafriel berani melawan kata-kata penculik itu. Dia pantas menekup mulutnya. Langkah kali lelaki gemuk itu semakin menghampiri mereka berdua. Zafriel dilihat bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
“Jangan kau berani nak sentuh kami…!! Binatang…!!!” bergema suara Zafriel tika itu. Sakit hatinya melihat keangkuhan tiga lelaki itu. Kalaulah tidak difikirkan yang isterinya ada bersamanya, memang dia akan melawan habis-habisan walaupun nyawanya yang jadi galang gantinya. Bukan lelaki namanya kalau hanya mampu berserah……..
Pegangan tangan isterinya semakin digenggam kemas. Dapat dirasakan yang tangan Ariessa menggigil kesejukan…..
“Kau jangan nak tunjuk lagak dengan kami…Bodoh..!!!! Kau tak takut ke kalau kami apa-apakan isteri kau yang cantik dan seksi tu…haha..?!!!!” balas lelaki gemuk itu sambil menjilat mulut.
“Binatang….!!!!!!!!” Buat kali yang kedua, suara Zafriel kembali bergema di bilik itu. Pantas dia bangun melompat turun dari katil. Diterkam lelaki gemuk itu sekuat hatinya sehingga mereka berdua jatuh terjelepok ke atasa lantai… Ariessa nyata tergaman melihat adegan yang berlaku di depan matanya. Dua lagi penculik itu turut sama masuk campur. Membelasah tubuh Zafreil tanpa belas kasihan. Namun, bukan semudah itu untuk Zafriel menyerah kalah….Sesekali mereka bertiga turut terkena libasan tendangannya….dan saat itu dia bagaikan hilang ingatan kerana apa yang ada dalam mindanya ialah kesemua lelaki berhati binatang itu mesti diajar secukupnya……
“Abang……!!!!”
“Tolonglah…berhenti…!!!! Jangan pukul suami saya lagi…tolonglah…..!!!!” Ariessa tidak putus-putus merayu. Air matanya mengalir tanpa henti. Sedih dan pilu melihat keadaan Zafriel yang terkulai layu di tangan penculik itu. Namun, apakan daya…rayuannya itu langsung tidak diendahkan oleh penculil itu, malah makin galak mereka semua membelasah tubuh Zafriel yang tidak lagi berdaya untuk melawan..
“Tolonglah…!!! Jangan pukul suami saya. Kamu semua cakap jea berapa wang yang kamu nak! Kami boleh sediakan…tolonglah…!!! Jangan pukul suami saya….!!!!” Suara tangisan Ariessa bergema di dalam bilik itu. Namun ianya langsung tidak mengundang simpati tiga orang lelaki tersebut! Malah, makin galak mereka membelasah tubuh Zafriel yang bagaikan nyawa-nyawa ikan itu.
Beberapa ketika kemudian, entah semangat apa yang merasuk Ariessa sehingga dia meluru turun dari katil menuju ke arah Zafriel yang sedang disepak dan ditendang oleh penculik itu tanpa belas kasihan. Tubuh suaminya dipeluk erat. Dia rela menanggung sakit ditendang, namun tidak akan sesekali dia biarkan Zafriel berterusan disakiti tanpa belas kasihan dan habuannya, tubuh Ariessa turut menerima padahnya….
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)