Tuesday, February 10, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 53

Zafriel duduk berteleku di hujung meja bacaan di sudut kiri katil dalam bilik itu. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya. Mindanya masaih keliru dengan apa yang berlaku. Ariessa dilihat hanya mendiamkan diri di atas katil. Sekejap-sekejap dia berbaring, kemudian bangun berjalan mundar-mandir dalam bilik itu. Masing-masing diam tanpa sepatah kata. Hanya sesekali isyarat mata mereka bertembung menagih jawapan yang pasti!
“Awak ada apa-apa idea tak..?????!!!!!” suara Ariessa tiba-tiba memecah kesunyian di bilik itu. Anak matanya tepat dihalakan kea rah Zafriel. Namun, Zafriel hanya mengelengkan kepalanya. Enggan mengulas, sebab dia sendiri tidak tahu dan keliru dengan apa yang berlaku!
“Apa yang mereka nak dari kita……????” soal Ariessa lagi. Namun kali ini dia tidak menagih jawapan daripada Zafriel kerana dia tahu suaminya itu pun tidak mengerti dengan apa yang sedang mereka alami sekarang ini.
“Arghhhh……..!!!!” Zafriel tiba-tiba sahaja mengerang sambil tangannya menghentak meja. Kuat! Ariessa tersentak! Pantas kakinya laju bergerak kea rah Zafriel.
“Kenapa……..?????!!!!!!” bergetar suaranya tika itu. Mungkin kesakitan Zafriel dipukul malam tadi masih terasa. Zafriel hanya memanggung kepalanya yang sedikit ditundukkan.
“Kenapa ni? Awak sakit lagi ke….????!!!!” wajah Zafriel dipandang. Sedikit kerutan berbekas di dahi lelaki itu.
“Takde apa-apa! Abang ok……” seulas senyuman dihulurkan buat Ariessa. Sekadar menghilangkan kebimbangan di hati isterinya, walaupun kepalanya semakin berdenyut! Ariessa mula tidak keruan. Melihat keadaan Zafriel yang agak berlainan itu, dia diterpa rasa takut! Ya Allah…janganlah berlaku apa-apa! Walau apa pun yang berlaku, biarlah kami hadapinya bersama…doanya dalam hati!
“Abang nak baring sekejap……!!!”pinta Zafriel. Tangan kanannya pantas memaut bahu Ariessa untuk membolehkan dia bangun. Sungguh dia rasa begitu tidak berdaya sekali. Serabut dengan pelbagai persoalan yang tidak mampu dia rungkaikan!
“Awak sakit lagi ke…????” Kejap tangan Ariessa memaut bahu suaminya itu, namun pertanyaan itu langsung tidak dijawab oleh Zafriel….
“Abang akan tetap bertahan untuk Riessa…!!!” bisik hati Zafriel. Dia rela menanggung kesakitan asal sahaja isterinya itu selamat dari di apa-apakan!
“Pleasa say something! Jangan buat Riessa macam ni……” mata Ariessa mula berkaca. Sedih dengan apa yang berlaku….kenapa Zafriel nampak agak berlainan dari sebelum ini? Janganlah berlaku apa-apa ya Allah……….
“Kenapa sayang…..kenapa menangis ni……????” wajah Ariessa dipandang. Bertambah sayu hatinya takkala melihat air mata yang mengalir di pipi isterinya itu. Saat itu Ariessa memeluk Zafriel seerat-eratnya. Ya Allah….berikanlah aku kesempatan untuk mengecap bahagia walaupun akhirnya aku yang akan terluka…..rintih Ariessa…..
Zafriel terkaku seketika dengan tindakan isterinya itu. Hanya esak tangis Ariessa yang bergema id dalam bilik itu.
“Riessa…..????” panggil Zafriel berkali-kali, namun hanya dibalas dengan esak tangis Ariessa yang masihg belum berhenti.
“Riessa tak nak awak mati lagi! Nanti……..”
Hahahahaaaaa……meledak ketawa Zafriel takkala mendengar bait kata isterinya itu. Ariessa…Ariessa..ada ke patut…?????
Ariessa menekup mulut! Kenapa kata-kata itu yang keluar dari mulutnya, padahal hatinya ingin mengatakan perkara lain sebenarnya. Mungkinkah itu suatu petanda yang……..?
“Kenapa abang nak mati…??????” Zafriel cuba mengusik isterinya itu. Namun di saat itu juga hatinya diterpa perasaan sayu! Mungkinkah itu yang akan berlaku……?????!!!!!!!
“Sayang jugak Riessa kat abang ni ya…..” Zafriel cuba berlagak ceria. Walaupun gundah di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu…
“Abang……!!!!!!” jerit Ariessa.
“Abang rasa gembira sangat! Abang ingatkan sampai mati pun abang takkan dengar yang Riessa panggil abang dengan panggilan “abang”….rupa-rupanya abang masih lagi diberi kesempatan itu….Terima kasih…….” Satu ciuman hinggap di dahi Ariessa tanpa sempat Ariessa mengelak. Malunya usah dikata!
“Abang jangan nak……..”
“Jangan nak apa………??????!” pantas Zafriel menyampuk kata Ariessa dengan senyuman yang meleret di bibirnya, tanpa sempat isterinya itu menghabiskan kata-katanya. Ariessa jadi malu sendiri. Entah..dia sendiri pun tak tahu apa yang ingin dia ucapkan! Semuanya gara-gara Zafriel! Geramnya!!!!
“Dahlah..abang nak baring kejap! Tak tahan sakit kepala ni….!” Gesa Zafriel. Pantas Ariessa memapah suaminya itu berbaring di atas katil. Betapa sedihnya melihat muka Zafriel yang kelihatan agak lebam gara-gara ditumbuk semalam!
“Nanti saya sapukan ubat ya…..” Ariessa menawarkan diri. Sekilas dia memandang ke arah Zafriel. Entahlah..lama-lama memandang wajah Zafriel, dia jadi segan! Kenapa agaknya…..
“Takpelah….tak sakit pun….” Zafriel menolak, walaupun hatinya bersorak gembira! Ariessa bimbangkan dirinya. Itupun sudah cukup buatnya!
“Sebenarnya banyak benda yang saya nak tanya tapi…..entahlah, saya pun tak tahu nak mula dari mana…”
“Kenapa….??? Apa yang Riessa nak tanya abang…..????”
“Er…takpelah..nanti lain kali jea saya tanya!” pantas Ariessa memotong percakapan suaminya itu. Memang, sebetulnya banyak persoalan yang bertamu di fikirannya. Pasal perkara yang sedang berlaku kepada mereka saat itu. Pasal bilik kondominium dan bagaimana Zafriel boleh sampai ke situ dan pasal……entahlah, berselirat benaknya dengan pelbagai persoalan yang tak terjawab! Dan yang penting apa yang akan berlaku kepada mereka selepas itu!

10 comments:

  1. bez2
    smbg cpt
    please...
    sya merayu...

    ReplyDelete
  2. terubat rindu kt novel nih..
    tnx coz upload new n3..
    ble nk upload nex n3???
    klu bley cptt2 lar yer..
    ngeh3..
    klu mln nih pn ok gak

    ReplyDelete
  3. ble nk bebas dari penculikan tuh?
    da lme sgt rasenyer..

    ReplyDelete
  4. hadoyy..
    akhirnye..
    terubat rindu even xpuas bce..
    smbung la lg kabusrindu..sket sgt...
    zpuas bce taw..
    xsaba2 nk taw ending dye..
    takmo arh zafriel mati..uhuu..

    ReplyDelete
  5. kabusrindu.. Anonymous kat atas tu siap merayu lagi nak next n3.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. thanks kabus rindu..x puas....nk lg....cepat2lah post n3 bru...he3...sweet sgt..

    ReplyDelete
  7. thnks 4 n3 nie kabus rindu...
    tpi asal pndek sgt..????
    xsmpat nk feeling lbh2 dah abis dah..
    next n3 bt pnjg2 skt tau..huhu

    ReplyDelete
  8. hu..hu
    cepat ehh post next n3
    x sbr r nk tau..
    janganlah zaril mati

    ReplyDelete
  9. cerita dari idea sendiri ke atau cedok kat novel.. wuhuhu

    ReplyDelete
  10. LAMBAT LAGI KER NAK SAMBUNG?
    TAK SABAR NAK HABISKAN WATAK ARIESA NGAN ZAFRIEL NI..
    KALO sudu singgah la ke blog sayer, http://lovelysu_nur.blogspot.com

    ReplyDelete