Tuesday, January 27, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 52

Sayup-sayup kedengaran suara azan subuh berkumandang. Zafriel yang sudah lama terjaga mengejutkan isterinya yang masih enak dibuai mimpi. Lucu juga mengenangkan sikap Ariessa yang masih boleh tidur dengan lena dalam keadaan seperti itu. Memang gadis itu tidak pernah berubah. Sikap dan kelakuannya tetap sama seperti dulu. Cuma satu sahaja yang dirasakan berubah. Layanan dan penerimaan gadis itu terhadapnya. Entah kenapa, layanan gadis itu terhadapnya langsung berubah sama sekali. Tiada lagi bibit-bibit kemesraan yang lahir dalam hubungan mereka seperti hubungan mereka semasa kecil. Ah, sekarang segala-galanya bagaikan baru sahaja bermula. Seolah-olah mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Ah..mungkin dia bersalah.....
“Riessa bangun, dah masuk waktu subuh ni. Jom kita solat sama-sama”. Kedengaran suara Zafriel mengejutkan Ariessa. Setelah beberapa lama barulah Ariesaa menunjukkan tanda-tanda rerjaga. Zafriel hanya mengelengkan kepala melihat keadaan isterinya yang masih mamai.
“Riessa mengantuklah…….” Kata Ariessa dengam matanya yang masih terpejam. Zafriel dihambat rasa lucu melihatkan telatah isterinya itu. Adakah Ariessa sedar situasi dan keadaan mereka sekarang?Atau isterinya itu menganggap semua yang berlaku hanyalah sekadar mainan dan gurauan semata?
“Bangunlah……”
“Riessa nak tidur lagi…janganlah kacau! Lepas ni Riessa bangunlah…….” Ariessa pantas mengemaskan pelukannya di badan suaminya itu. Zafriel memang tidak dapat menahan ketawa dengan gelagat isterinya itu. Memang hantu tidur! Entah kat kayangan manalah isterinya itu pergi sampai tak nak bangun! Hmmmmm……
Sudahlah semalam dia terpaksa menahan perasaan! Pertama kali dia rasa begitu dekat dengan isterinya itu. Melihat wajah Ariessa yang tidur di sisi sambil memeluknya dengan erat hampir menyebabkan dia sesak nafas! Nasib baik dia masih mampu menahan gelodak perasaannya malam tadi. Mana tidaknya, gaya isterinya itu memang menggoda. Senyum sahaja wajahnya semasa tidur! Mana tahan……!!!!!
“OK lah, Riessa tidur kejap lagi, abang masuk ke tandas sekejap”
“Hah...?!!!!” Ariessa tersentak.
Saat mendengar sahaja kata-kata suaminya itu, sepantas kilat mata Ariessa terbuka luas. Terus dia bangkit dari tidurnya. Zafriel nyata tergaman. Disampuk hantu agaknya isterinya itu? Fikirnya sambil dalam masa yang sama cuba menahan ketawa yang ingin meletus dari mulutnya.
“Kenapa?”
“Er..er..Riessa nak…nak i..ikut boleh….? Riessa takut tinggal sorang-sorang kat sini…” tergagap-gagap suara Ariessa. Wajah suaminya langsung tidak dipandang. Malu untuk melihat reaksi dari Zafriel. Pasti seronok dia gelakkan aku dalam hati! Ah, lantaklah…nak malu apa, dia kan suami aku!” getus suara hati Ariessa. Dia memang betul-betul takut! Tak sanggup kalau dia dibiarkan keseorangan di luar…
“Hmm..takkan Riessa nak ikut abang masuk tandas sekali? Biar betul Riessa ni….?” Zafriel sememengnya dilanda kehairanan. Makin pelik sikap Ariessa sejak semalam. Langsung tidak mahu berenggang dengannya sampai masuk ke tandas pun isterinya itu mahu ikut sama! Pelik bin ajaib!
“Riessa takut sorang-sorang kat luar ni..Kalau diorang tu datang macam mana..?”
Zafriel termenung buat seketika. Mencarai jalan. Mana mungkin Ariessa mengikutnya masuk ke dalam tandas sekali. Hish…buat malu jea…
“Macam nil ah..Riessa masuk dalam bilik air dulu. Lepas abang keluar dari tandas tu, Riessa keluarlah..Ok??” Wajah Ariessa yang jelas ketakutan dipandang. Lama isteinya itu mendiamkan diri.
“OK lah…nanti ketuk pintu bila dah keluar dari tandas tu…”
“Yalah…cepatlah! Abang dah tak tahan ni…!!!!” gesa Zafriel. Pantas mereka berdua mengorak langkah ke destinasi tujuan….
…………………………………………………………………………………………….
“Macam mana ni? Saya risau…..” mendayu-dayu suara Puan Sri Khadijah tika itu. Kehilangan Arieesa dan Zfriel telah diberitahu kepada dia dan suaminya. Hampir terduduk mereka berdua dibuatnya! Kenapa jadi macam tu? Tan Sri Adnan kelihatan mundar-mandir di ruang tamu. Sesekali matanya mengerling ke arah Dato’ Iqbal. Jelas raut wajahnya dihambat kebimbangan. Yalah siapa yang tidak bimbnag dan risau kalau anak menantu hilang dalam masa yang serentak!
“Zafriel ada cakap dia nak pergi ke mana semalam…???”
Serta-merta Datin Sharifah menjadi tumpuan tiga pasang mata. Namun jawapan yang diterima tetap sama sebelum ini. Mengecewakan!
“Saya tak tahu..! Lepas di dapat mesej, terus jea dia pergi! Dia cakap dia akan bagitahu nanti..Tapi manalah saya sangka yang Zafriel pun turut hilang macam Ariessa jugak….” Esak tangis Datin Shrifah mula kedengaran. Rasa menyesal bertandang kerana membiarkan Zafriel pergi begitu sahaja dan sampai sekarang tidak ada sebarang khabar berita!
“Kita buat report polis…!!!!!!”
“Entah-entah mereka berdua tu kena culik…???”
“Kalau mereka kena culik, pasti kita dah terima panggilan daripada penculik tu…..” pantas Dato’ Iqbal menyampuk! Setelah agak lama mendiamkan diri.
“Mereka berdua tu ada masalah ke….???”
“Hmm…ada ke takde, macam tu lah sikap mereka berdua tu…Sama jea!”
“Sherry.. kalau tak silap, Riessa kan pernah diekori dulu.Ingat lagi tak..????” Kata-kata yang keluar dari mulut Puan Sri Khadijah lantas mengingatkan mereka tentang sesuatu…Jangan..
“Ya ALLAH…. Kalau macam tu, memang betullah Riessa kena culik…!!!!!” jeritan Datin Sharifah bergema. Menangis dia di saat itu!
“Saya tak sanggup nak fikir yang Riessa kena culik tapi………”
“Sabar….jangan cepat buat telahan yang melulu.Kita belum pasti lagi….” Dato’ Iqbal cuba menenangkan isterinya yang sedang teresak itu. Puan Sri Khadijah hanya mampu mengeleng kesal! Tak mungkin…………..
“Bang…kita kena buat report polis bang..saya takut kalau apa-apa berlaku pada mereka…….” Datin Sharifah merayu-rayu suaminya itu.
“Kita tak boleh terburu-buru. Kalau betullah mereka berdua tu diculik, lagi susah kita nak buat apa-apa! Tersilap langkah, mereka yang tanggung padahnya….!!!!!” Kata Tan Sri Adnan….Dia cuba untuk tidak memikirkan kemungkinan anak menantunya itu diculik, tetapi setakat itu kemungkinan yang mereka berdua diculik, memang tinggi!
“Berdoalah..moga ALLAH tunjukkan kita jalan keluar………”

8 comments:

  1. thanks kabusrindu....akhirnya ada juga n3 baru....tq again....

    ReplyDelete
  2. ingat kena tunggu lama nak baca next n3..
    bukak je blog ni, dah nmpk MCI part 52..
    tengkiu!=)

    ReplyDelete
  3. ngee..
    spe yg culik dorang nieh ek??
    suspen nieh..
    smbung2 agy...
    besh2..

    ReplyDelete
  4. warghhhhhhhhhhhh.spe culik dorang nie?
    suspen2.
    smbung2

    ReplyDelete
  5. best...
    suspen lah...
    sp lah yg culik zafriel ngn riessa nie????
    natasya kot???
    kabus rindu cpat2 smbg tau...

    ReplyDelete
  6. cepatlah sambung.....sapa yang culik????

    ReplyDelete
  7. ntah2 ni plan zafril nk tawan hati ariesa???
    pape hal cepat smbung taw kabusrindu...xsabar neh..hehe

    ReplyDelete
  8. wat 'ariena' yg de 'zafril' kat lua sane..hrgailah..slagi msh ade org yg syg..hak3..
    cepat2 smbung..ttbe laq rs saspen..

    ReplyDelete