Thursday, January 8, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 3

“Please Riessa, kau sorang jea yang aku boleh harapkan! Pleasa, kali ni jea, pastu aku tak kacau kau lagi.Tolonglah…”. Mendayu-dayu suara Zafriel merayu. Naik menyampah pun ada! Masa nak minta petolongannya, manis mulut daripda gula pemuda itu bercakap. Macamlah di tangkap lentok dengan rayuan macam tu! Huh, bencinya….!!!
“Only you my hope, please dear…!” rayuan Zafriel kedengaran lagi. Mahu tergelak Ariessa dengan kata-kata Zafriel itu. Itulah orang cakap, kalau nak dapatkan sesuatu, kita sanggup buat apa sahaja dan contohnya sudah ada di depan mata. Bilalah perangai Zafriel nak berubah. Sanggup Zafriel menemaninya di waktu rehat, padahal awal-awal lagi Syafiq, Hakimi dan kawan-kawan Zafriel yang lain bercadang untuk rehat sama-sama di kantin.
Zafriel berterusan merayu pertolongan Ariessa. Dia tidak mengalah sehingga Ariessa setuju untuk menolongnya. Hanya gadis itu sahaja harapannya tika itu. Namun, sudah bermacam-macam ayat yang dia karaang untuk merayu pertolongan Ariessa, tapi nampaknya gadis itu langsung tidak menunjukkan reaksi bersetuju untuk menolongnya. Memang keras hati betul Riessa ni! Bukannya dia tidak tahu, yang Ariessa sengaja hendak mengenakannya. Namun disabarkan hatinya, nak minta tolong orang, bukannya kerja senang! Tambahan pulak dengan Ariessa, kalau putih kata gadis itu, maka putihlah. Kerat jari pun takkan bertukar jadi warna hitam! Hati batu betul!
Kalau diikutkan hatinya , mahu sahaja disekeh kepala Ariessa itu, macam yang dia selalu buat masa zaman kanak-kanak! Padan muka, biar menangis….
“Apasal pulak kau nak mintak tolong aku? Mimpi ek? Apa yang kau telan semalam hah? Hari tu kan kau ada cakap, sekali kau petik jari, berderet budak perempuan beratur nakkan kau! Last-last hari ni kau mintak tolong aku! Adoi, nak tergelak aku….” Sindir Ariessa. Terasa sedap pula keropok lekor goreng yang dibelikan oleh Zafriel untuknya di kantin sekolah. “Rasuah” untuk mintak tolong dialah tu, macamlah dia tak tahu!
Mendengar sindiran Ariessa itu, Zafriel hnya tersengih, menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal! Tepat kena batang hidungnya! Ah, buat tebal muka jea, bukannya dia tidak pernah “makan” sindiran Ariessa, bahkan selalu. Tapi kali ini sindirannya itu agak kurang “pedas”nya. Gadis hidung mancung itu pun nampaknya tidak ada mood untuk bercakap!
“Tolong la, buntu aku sekarang ni! Dah macam taktik yang aku guna untuk tarik perhatian dia, tapi tak jalan! Macamlah dia tu cantik sangat! Huh, tak teringin aku! Aku guna bomoh kang, baru padan muka dia.” keluh Zafriel. Tergelak Ariessa mendengar kata-kata Zafriel.
“Oo..tak teringin, tapi yang kau sampai sanggup merayu, melutut kat aku, mintak tolong aku untuk adjust si Natasha tu untuk kau, apa kejadahnya?” tempelak Ariessa. Kelat wajah Zafriel.
Ariessa berkira-kira sendiri, kalau Natasha tak cantik, buat apa si Zafriel ni tergila-gila nak tackle budak baru tu? Tapi, baru padan muka Zafriel, perasan bagus sangat, berlagak! Mentang-mentanglah dia tu Ketua Pengawas, ingat semua budak perempuan minat ke? Boleh jalanlah…Namun dia akui, Zafriel memang ramai peminat. Kalau tidak, mana mungkin dia terpaksa jadi “posmen tak bergaji”, menghantar surat “peminat” Zafriel dan paling teruk dia juga yang terpaksa membalas surat-surat itu. Surat penolakan cinta! Zafriel memang tak berhati perut. Kalau sekali pun tak suka, janganlah cakap direct sangat! “Maaf saya tak berminat..!” Walaupun ayat itu sangat simple, tapi cukup untuk melukakan hati perempuan. Sekarang, baru dia terasa, macam mana persaannya kalau dah terlebih syok pada seseorang yang tidak sudi! Itulah lain kali kena beringat, kalau tak, takdelah kata pepatah ada ubi ada batas…..
“Weh, kau nak tolong tak ni!” Zafriel semakin berang dengan sikap acuh tidak acuh Ariessa. Tapi nampaknya gadis itu berselera benar mengunyah keropok lekor yang dibelinya di kantin tadi. Tak tahu malu langsung, makan makanan orang, tapi orang mintak tolong tak nak, rengus hatinya. Geram dengan Ariessa semakin menggunung!
“Kau tahu tak Zafriel, tadikan aku terliur sangat tengok kuih seri ayu yang makcik kantin jual. Nampak macam sedap jea” kata Ariessa. Tangannya dihalakan tepat ke arah kantin.
“Kau nak ke? Nanti aku pergi belikan ya…! Kau tunggu kat sini kejap!” Pantas kaki Zafriel berlari-lari ke arah kantin yang hanya terleter beberapa meter sahaja dari pondok yang mereka duduki. Ceria wajahnya, walaupun terpaksa menyusahkan diri membeli kuih seri ayu di kantin semata-mata untuk Ariessa. Takpe, janji Riessa nak tolong, keluhnya lega! Demi untuk mendapatkan Natasha, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Ariessa! Senyuman Ariessa makin melebar. Sengaja hendak mengenakan Zafriel. Ah, tak salah rasanya menghabiskan duit Zafriel itu. Bukannya luak pun duitnya kalau setakat belanja dia RM10.OO pagi itu.
“Nah!” Kuih seri ayu yang dibeli itu disuakan kepada Ariessa. Senyuman manis dihadiahkan gadis itu kepadanya sambil menyambut huluran plastik yang mengandungi kuih itu.
“Kau makanlah semua kuih tu, aku tak nak! RM4.00 aku beli untuk kau..err, kau nak apa-apa lagi tak? Aku belanja!” tanya Zafriel. Yakin yang Ariessa pasti akan memberi persetujuan untuk menolongnya, tambahan pula kalau gadis itu sudah kenyang! Kuat makan betul budak Ariessa tu, tapi tubuhnya tetap nampak langsing! Hairan juga, ubat apa yang Ariessa makan? Zafriel berfikir-fikir sendiri.
Beberapa ketika kemudian, loceng tamat waktu rehat dibunyikan. Segera Ariessa bangun, berkira-kira hendak masuk ke dalam kelas. Dipandang Zafriel yang memandangnya dengan wajah kehairanan. Tiada tanda yang menunjukkan yang Zafriel akan turut sama bangun untuk masuk ke kelas.
“Eh, kau tak nak masuk kelas ke? Nanti kena terkam dengan Miss Lion, baru padan muka kau. Miss Lion adalah nama gelaran untuk Cikgu Natrah,guru disiplin sekolah mereka. Kegarangan dan kebengisan cikgu Natrah memang diakui dan diiktiraf oleh semua pelajar, bahkan guru-guru pun kadang-0kadang turut sama terkena tempias kegarangan cikgu Natrah. Tambahan pula bagi guru-guru yang menjadi guru kelas. Kalau ada seorang pelajar dalam sesebuah yang melakukan kesalahan disiplin berat, satu kelas turut diheret sama. Natijahnya, maka terpaksalah guru kelas tersebut mengadap Tuan Pengetua untuk membuat post mortem! Memang gawat jadinya kalau sekali terkena dengan Miss Lion! Dan disebabkan ketegasannya itulah, sudah lima kali berturut-turut sekolah mereka memenangi Anugerah Pengurusan cemerlang Zero Salah Laku Disiplin!.
“Macam mana?” Tanya Zafriel.
“Macam mana apanya? Tak faham aku!” balas Ariessa. Memang dia betul-betul tidak faham pertanyaan Zafriel itu. Terlupa barangkali..
“Weh, aku dah banyak belanja kau, takkan kau tak nak tolong aku?” sergah Zafriel Zafriel. Sakit hatiinya kerana Ariessa seolah-olah mempermainkannya. Memang nak kena!
“ Alamak…sori-sori! Aku lupalah! Siapa suruh kau belanja aku makan banyak sangat? Macam ni lah, balik sekolah ni, kau terus datang rumah aku. Nanti aku cakap strategi nak tolong kau! Amacam?Okey..?” Wajah Zafriel dipandangnya. Kesian pulak kalau kawannya itu tidak ditolong. Kalaulah Zafriel tak halalkan makanan yang diberikan padanya, mahu gelap hatinya untuk terima ilmu!
“Alah, kau ni banyak songeh lah. Cakap sekarang tak boleh ke” Nyata Zafriel tidak berpuas hati. Nampak Ariessa macam tidak ikhlas sahaja hendak menolongnya.
“Kau ni tak betul agaknya. Sekarang dah habis waktu rehat, kita kena masuk kelas. Aku, kalau setakat tuang kelas cikgu Rahman tu, aku tak kisah sangat, tapi yang aku takutnya kalau-kalau terserempak dengan cikgu Natrah, naya jadinya….”
“Kau ni penakut betullah! Nak takut apanya? Akukan Ketua Pangawas, kau tu Timbalan Ketua pengawas, takkanlah cikgu Natrah nak denda kita. Alah, kalau terserempak dengan cikgu Natrah, kita kelentong jealah, cakap buat rondaan, check mana-mana student yang tak masuk kelas lagi! Habis cerita…..!”
“Bongok kau nak buat macam tu! Tu bukan prinsip hidup aku tahu! Jangan sesekali salahgunakan kuasa yang kita ada! Itu tak amanah namanya….!” Tegas kata-kata Ariessa. Direnung tajam muka Zafriel. Amarahnya bertandang. Inilah salah satu contoh kawan yang merosakkan kawan. Lansung tidak suka dan tidak boleh terima kata-kata Zafriel. Melampau namanya tu….
“Rilek la, aku bergurau jea….Jomlah kita masuk kelas! Takpe, nanti lepas kelas aku terus pergi rumah kau…OK? Jangan marahlah dear…..” pujuk Zafriel. Mahu menurunkan suhu kemarahan di wajah Ariessa. Itu adalah salah satu sifat Ariessa yang membuatkan Dahish kagum padanya. Amanah dan tegas serta berpegang teguh kepada setiap keputusan yang dirasakannya betul dan untuk itu tiada siapa yang akan mampu membuatnya mengubah keputusan itu!
Zafriel tersenyum girang. Yakin bahawa Ariessa akan mampu membantunya untuk merebut hati Natasha! Ah, sejak akhir ini-ini wajah gadis itu sentiasa bermain-main di mindanya.
…………………………………………………………………………………………………….
“Apa mimpinya anak mama datang rumah mama ni?” tanya Datin Sharifah. Pelik dia apabila melihat Zafriel turun dari kereta bersama Ariessa semasa sampai ke rumah.
“Ada projek sikit dengan Riessa mama. Secret project! Tak boleh bagitahu mama” jawab Zafriel denngan sebuah senyuman melekat di bibirnya. Beg galasnya diletakkan di atas sofa. Menyandar keletihan dia di situ. Ariessa sudah menghilang ke biliknya.
“Mama tak kisah kamu nak buat projek apa pun, janji jangan buat yang bukan-bukan. SPM dah nak dekat, jangan asyik main-main jea”balas Datin Sharifah. Memang dia sedia maklum dengan keakraban Zafriel dengan anaknya, malahan sejak kecil lagi mereka sudah berkawan. Sudah masak dengan perangai masing-masing.
“Kamu pergi rehat kat bilik dulu. Nampak letih benar kamu ni. Nanti mama suruh Mak Jah panggil bila nak makan”
“Ok mama! Zafriel pun nak tidur kejap! Letih sangat dah. Ni Riessa punya pasallah mama…suka sangat dia kenakan Zafriel” adu Zafriel.
“Seronok buat ketupat nampak?” Entah bila masa Ariessa muncul di ruang tamu. Sudah bertukar pakaian nampaknya dia, dengan baju t-shirt biru tua berlengan panjang dan seluar blaus warna hitam lengkap bertudung biru, amat menyerlahkan penampilannya. Walaupun hubungan mereka agak erat bagaikan adik-beradik, namun dia tahu batasannya kerana dia dan Zafriel bukan muhrim! Terkedu Zafriel seketika. Bila pulak minah ni muncul?fikirnya sendiri. Buat seketika diamati penampilan Ariessa. Gadis itu memang sopan dan pandai menjaga kehormatan dirinya.Kagum dia. Masa kecil, gadis itu berperangai macam tomboy, tapi sekarang makin pandai menjaga penampilan dirinya. Makin terserlah keayuan dan keanggunannya!
Datin Sharifah hanya tersenyum. Mereka berdua memang tak sah kalau tak bergaduh dalam sehari. Zafriel kemudiannya berlalu ke biliknya apabila Datin Sharifah dan Ariessa mula berlalu ke dapur. Ingin menjenguk apa yang dimasak oleh Mak Jah. Memang, sejak kecil lagi di rumah itu disediakan sebuah bilik untuk Zafriel. Sama juga dengan Ariessa,memang mama Katty dan papa Ady turut menyediakan sebuah bilik khusus untuk Ariessa di rumah mereka.
“Sedap betul Mak Jah masak gulai lemak ketam ni. Macam tau jea yang Zafriel nak datang sini” puji Zafriel. Berselera benar dia melihat lauk-pauk yang terhidang di meja makan itu. Gulai lemak ketam, memang kegemarannya!
“Tadi sebelum kamu berdua ni sampai ke rumah, Riessa ada telefon Mak Jah, dia cakap kamu nak datang sini, jadi dia suruh Mak Jah masakkan gulai lemak ketam ni untuk kamu” balas Mak Jah. Mulutnya dijuihkan kea rah Ariessa. Tersengih gadis itu memandangnya. Bangga dipuji.
“Hmm, terharunya aku Riessa! Sayang jugak kau kat aku ya. Ingatkan kau ni tahu buat jahat jea dengan aku!” usik Zafriel. Makin berselera dia nampaknya. Gelojoh dia menyenduk nasi dan lauk pauk ke dalam pinggannya.
“Takde maknanya sayang kau tu. Aku ni jahat bertempat. Tak macam kau,entah bila nak bertaubat! Sempat lagi kau kutuk aku depan mama aku. Kalau aku cancel perjanjian kita, baru padan muka kau!” balas Ariessa memulangkan paku keras kepada Zafriel. Apalah yang diumpatkan Zafriel dengan mamanya tadi.
“Weh, janganlah macam ni dear….aku gurau jea!Kan mama….? Zafriel cuba membela dirinya. Dipandang ke arah Datin Sharifah meminta sokongan.
“Mama tak nak masuk campur. Perangai kamu berdua ni sama jea, kalau Zafriel tak kutuk Riessa, Riessa pulak yang kutuk Zafriel”, jawab Datin Sharifah. Masa makan pun nak bergaduh!
“Riessa, lepas ni kau tolong gosokkan baju aku ek? Tak selesalah pakai baju yang berkedut-kedut macam ni…..”pinta Zafriel selepas mendiamkan diri beberapa ketika. Meliar matanya melihat baju yang melekat di badannya. Namun belum sempat Ariessa membuka mulut, pantas Mak Jah menyampuk.
“Takpelah Zafriel, biar Mak Jah yang gosok baju Zafriel lepas ni” pintas Mak Jah sebab itu memang tanggungjawabnya. Dia berkira-kira ingin berlalu ke dapur selepas selesai menghabiskan nasi di pinggannya.
“Zafriel nak Riessa jugak yang buat!” gesa Zafriel. Manja suaranya kedengaran. Memancing simpati mama Sherrynya
“Mak oii..sedapnya kau mengarah aku? Buat sendiri la…” Ariessa mencebikkan bibirnya. Zafriel ni memang mengada-ngada betul! Kalau mamanya ada, berkilo-kilo lemak Zafriel naik! Menyampah dia! Mama pun satu hal, buat endah tak endah jea bila Zafriel cakap macam tu. Macam lah aku ni orang gaji Zafriel!rengusnya geram.
“Pemalaslah kau ni Riessa. Nanti bila kau jadi isteri aku, aku takut kau tak reti nak gosok baju pulak. Nanti tak pasal-pasal orang kutuk isteri aku ni tak reti gosok baju. Tak nak aku macam tu”
“Wei, cakap tu biar bertapis sikit ya! Sapa yang nak jadi isteri kau? Tak ingin aku! Baik aku tak kahwin seumur hidup. Tapi tak tahulah, kalau aku terdesak sangat nak kahwin, baru aku pilih kau….! Itupun terpaksa!” balas Ariessa. Berderai ketawa Datin Sharifah dan Mak Jah yang hanya mendengar perang mulut mereka berdua. Sudah kerap kali kata-kata itu tebit dari mulut Zafriel dan Ariessa. Lali mereka mendengarnya. Gamaknya, kalau perkara itu betul-betul berlaku, bagaimanalah agaknya, fikir mereka.
“Lepas makan ni, kita pergi lepak kat taman. Fikir startegi pasal “projek” kita tu” arah Ariessa. Malas dia bertekak dengan Zafriel lama-lama. Alih-alih Zafriel jugak yang menang. Apatah lagi dia ada penyokong kuat. Mama!
“Ni, baju aku macam mana? Kau gosokkanlah…please sayang….”mendayu-dayu suara Zafriel. Minta pertolongan Ariessa. Gerak hatinya yakin yang gadis itu tidak akan menolak. Tambahan pulak kalau depan mama. Ariessa ni jenis yang ikut cakap orang tua!
“Gosokkan ajelah Riessa, bukannya susah sangat pun” pinta Datin Sharifah. Kasihan melihat Zafriel yang beria-ia mahu anaknya itu menggosok bajunya. Sedegil-degil Aeiessa, hanya Zafriel sahaja yang mampu melenturkannya kedegilannya itu.
“Oklah, nanti aku gosokkan!” balas Ariessa. Selagi dia tak gosok baju untuk Zafriel, selagi itulah lelaki itu akan terus merayu. Rimas jadinya dan yang paling dia tidak tahan ialah apabila mamanya sudah mula membuka suara. Ah, tak sanggup hendak menghampakan hati orang tua! Biarlah dia mengalah…….
“Yes! Love you mama” Zafriel meraikan kemenangannya. Padan muka Ariessa, kiranya berbalas jugak apa yang Ariessa buat padanya di sekolah tadi. Sekarang mereka seri satu sama! Membengkak hati Ariessa tika itu. Ngada-ngada! Eii, geramnya…!!!!

3 comments:

  1. yg balek nie msty si zafriel nieh..
    isk2..
    npe dowang gado ek..
    mesty ader smething nieh...
    sambung2...

    ReplyDelete
  2. yela..mesti zafriel yg balik tu...sebelum ni diorg penah gaduh kot....

    ReplyDelete