Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 21

“Riessa mintak maaf sebab buat mama dan papa risau…”. Tangan mama dan papanya disalami. Namun dia tidak berani menatap pandangan mama dan papanya, tahu bahawa mereke berdua pasti akan marah dengan tindakannya itu! Namun, baik Dato’ Iqbal dan Datin Sharifah, masing-masing hanya mendiamkan diri. Terkejut dengan kepulangan Ariessa yang tiba-tiba…dan sebenarnya mereka juga tidak tahu apa yang harus diucapkan tika itu!
Riessa nak masuk biliklah! Letih, nak tidur……” Ariessa kemudian berlalu menuju ke bilikya. Nampak mama dan papanya tidak berkata apa-apa, dia mengeluh lega….sekurang-kurangnya untuk waktu itu, dia tidak diserang dengan pelbagai soalan…..
.................................................................................................................................................
“Masuk Zafriel….Riessa baru jea balik! Mama tak tanya apa-apa pun pada dia…letih benar nampaknya dia tu…”. Datin Sharifah tersenyum senang dengan kedatangan Zafriel. Baru sekejap tadi dia menelefon Zafriel di pejabat, memaklumkan kepulangan Ariessa. Nampaknya Zafriel betul-betul mengambil berat tentang Ariesaa. Dipeluk menantunya itu. Nampak keadaan Zafriel juga agak berserabut. Dengan urusan syarikat dan masalahnya dengan Ariessa.
Kadang-kadang terlintas di fikirannya, kalaulah tidak disebabkan oleh rancangan mereka, tentu semua masalah ini tidak akan timbul.
“Takpelah mama, Zafriel tak boleh singgah lama-lama kat sini. Ada hal sikit lepas ni….” balas Zafriel. Dia sebenarnya teragak-agak untuk berjumpa dengan isterinya itu, bimbang kemarahan Ariessa kembali bertandang! Perangai Ariessa bukannya boleh dijangka……
“Kalau macam tu, rehat dulu. Nanti mama sediakan minuman. Kamu dah tahu ke kedua-dua papa kamu keluar tadi…Pergi kemana pun mama tak tahu…”
“Tak payahlah mama. Saya pun dah nak pergi dah ni….”
“Eh..,kamu ni buat macam tak biasa jea dengan rumah ni. Inikan rumah kamu jugak! Bilik Riessa kat tingkat atas sebelah kanan, kamu berehat jea kat dalam bilik tu atau pun kamu nak berehat dalam bilik kamu? Dah lama bilik tu kamu tak gunakan sejak kamu belajar kat oversea dulu”
“Mama ni macam tak kenal pulak dengan perangai isteri saya tu…buat apa diganggu ular sawa sedang mengeram mama…., nanti ditelannya saya. Riessakan sejak kecil lagi tak suka ada orang lain dalam biliknya semasa dia sedang tidur….” Ketawa Zafriel mula kedengaran. Lucu dengan kata-katanya sendiri. Ada ke patut mengumpat isteri sendiri, depan makmertua pulak tu..!!!
“Orang lain apa pulak? Kamu kan suaminya? Kamu ada hak……” pintas Datin Sharifah. Diusap bahu menantunya itu. Segala-gala tentang Ariessa masih tidak dilupakan oleh Zafriel! Naluri keibuannya tersenyum gembira kerana Ariessa mendapat suami sebaik Zafriel!
“Takpelah mama…sekadar saya dapat merasa minuman yang mama buat, itupun dah cukup berbaloi saya datang ke sini….” Zafriel ketawa. Bimbang jugak dia berlama-lama di situ. Kalau tiba-tiba Ariessa terpacak di situ...makin kalut jadinya. Jadi, buat masa sekarang baik dia elakkan dulu dari berjumpa dengan isterinya....
“Kamu ni..ada ke patut cakap macam tu….?”. terburai ketawa dua beranak itu.
“Kamu duduk dulu, mama nak siapkan minuman untuk anak lelaki kesayangan mama ni ya….” Bertambah gamat ketawa Zafriel apabila mendengar kata-kata mamanya itu.
Datin Sharifah kemudiaannya berlalu ke dapur, dengan ketawa Zafriel yang masih berkumandang di ruang tamu. Memang dia dapat merasai kasih sayang mama mertua sejak kecil dan ianya tidak pernah berubah.
………………………………………………………………………………………………………........
“So, macam mana dengan problem kau, dah settle?”
“Settle apanya..my wife baru jea balik ke rumah. Aku pun tak jumpa dia lagi…” Zafriel menghempaskan badannya ke kerusi. Diliarkan matanya memandang persekitaran Kirana Golf Club itu. Port biasa dia dan kawan-kawannya berkumpul. Agak ramai orang yang datang hari itu. Waktu petang-petang macam ni memang seronok kalau dapat santai….Getus hati Zafriel.
“Tu lah kau, gelojoh sangat! Kau kan tahu perangai isteri kau tu macam mana…sabarlah sikit! Orang perempuan ni kena layan slow-slow sikit. Tak bolehlah kau main serbu jea….” Bidas Hakim sambil menyuakan jus tembikai yang dipesannya. Bergema tawa kawan-kawannya yang lain. Namun Zafriel hanya diam membisu. Sedang berfikir barangkali…tapi entahlah dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikirkan….
“Pandai kau bagi nasihat, macam dah ada banyak pengalaman jea….”sampuk Syafiq sambil tersengih.
“Tapi aku rasakan Zafriel…sebagai suami, kau kan ada kuasa. Hah, gunakan kuasa kau tu untuk ikat isteri kau tu. Dia tak boleh buat apa-apa. Orang perempuan ni, tak boleh berlembut sangat, naik lemak jadinya, tambah-tambah pulak si Ariessa. Walaupun aku tak kenal rapat sangat dengan dia, tapi sedikit sebanyak aku dapat detect perangai dia macam mana…kalau tak, manalah dia sampai hati koyakkan surat cinta yang aku bagi kat dia depan-depan aku…!Memang tindakan berani mati tu…Kau gertak-gertak sikit, baru dia takut kat kau…..!!!”
“Beraninya kau bagi surat cinta pada si Ariessa tu,aku memang tabik la kalau dia tangkap leleh dengan ayat-ayat cinta kau tu….”sampuk Hakim. Tersentak sebentar Zafriel mendengarnya, Sayfiq pernah menyimpan perasaan pada Ariessa? Selama ini dia tidak perasan pun, pandai Syafiq sembunyikan rahsia hatinya dan sekarang adakah dia masih sukakan Ariessa….? Fikir Zafriel.
“Wei, kau tak usah bimbanglah kawan, aku dah tak minat lagi pada Ariessa, sebab saat dia koyakkan surat cinta aku, maka ketika itu jugak aku kambus cinta aku pada dia! Tak sanggup aku hidup dengan ibu singa!”, sambung Syafiq apabila terkesankan reaksi Zafriel yang terkejut dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Apa punya kawanlah korang ni! Yang korang sedap mengata tu isteri aku…” Zafriel mula mengelurakan suaranya. Makin galak mereka semua mententawakannya!
“Tapi betul Zafriel, kalau kau dapat jinakkan Ariessa, isteri kau tu, kami semua memang tabik kat kau! Ariessa tu calang-calang perempuan, pantang silap sikit, memang kena dengan dia! Aku rasalah, kalau dia tak kahwin dengan kau, alamatnya dia tu confirm naik pangkat jadi anak dara tua!” sampuk Syafiq dengan tawa yang masih bersisa di bibirnya.
“Sudahlah! Cakap dengan korang semua ni,bukannya boleh selesai masalah aku…”.
Pantas Zafriel bingkas bangun dari kerusi yang sedari tadi didudukinya. Berkira-kira hendak berlalu dari situ.
“Hei kawan..rilek la, kitorang gurau jea tadi! Takkan itu pun nak marah. Janagn risau, kami akan tolong kau settlekan masalah kau tu! Rilek kawan…” Syafiq turut bangun sambil menepuk bahu Zafriel berkali-kali. Zafriel hanya tersenyum kelat, tidak begitu yakin dengan janji kawan-kawannya itu. Mereka itu lebih banyak mengarut dari membantu menyelesaikan masalahnya itu.
Biarlah, apa-apa yang berlaku aku redha saja, bisik Zafriel.

1 comment:

  1. org first.suke2.
    alaa.asl xjmpe riessa2.
    smbung2,
    -na'dz

    ReplyDelete