Tuesday, January 20, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 41

“Munirah…!!!!!” jerit Ariessa
“Riessa! What happen to you?” Sergahan suara Zafriel yang bertandang di pendengaran Ariessa. Entah kenapa Ariessa terasa ingin menangis saat mendengar suara itu.
“Tolong Riessa! Ada orang ikut kereta Riessa, Riessa takut……” terketar-ketar suara Ariessa dengan suara tangisannya yang bersulam.
“What..???!!!!! Riessa kat mana sekarang ni?” Cemas suara Zafriel tika itu, dia bagaikan boleh membayangkan keadaan isterinya saat itu.
“Riessa…Riessa dah dekat dengan The Mines! Riessa takut! Kereta tu….”
“Ok…Riessa berhenti dulu kat parking depan The Mines tu. Nanti abang datang! Jangan keluar dari dalam kereta. OK?”
“Ya..ya….abang cepat datang!” gesa Ariessa tanpa tersedar yang dia terlepas memanggil Zafriel dengan panggilan “abang”! Terkedu Zafriel seketika. Talian dimatikan.

Ariessa segera memasuki kawasan The Mines, memandu perlahan keretanya di kawasan itu. Matanya meliar mencari tempat parking yang agak terdedah dengan penglihatan orang ramai. Tangisannya mulai reda takkala selepas dia mematikan panggilan dari suaminya itu. Dirasakan bahawa panggilan Zafriel bagaikan penyelamatnya! Setelah mendapatkan tempat parking yangs sesuai, Ariessa memnerhentikan keretanya. Matanya meliar ke arah sekeliling, dilihat kereta yang mengekorinya tadi sudah tidak kelihatan. Mana kereta itu pergi? Bisik hati Ariessa, dia berasa hairan kerana kereta itu ghaib dengan tiba-tiba. Telefonnya tiba-tiba berbunyi. Ariessa cuba hendak menggapai telefonnya yang diletak di kerusi kereta di kirinya, pasti Zafriel, bisik suara hatinya. Namun telefon itu terlepas dari genggaman tangannya dan jatuh di bawah kusyen keretanya, Ariessa pantas membongkokkan badannya. Tangannya meraba-raba di bawah kusyen kereta mencari letak jatuh hadphonenya.
Sedang dia membongkokkan badannya itu, cermin keretanya diketuk. Rasa gemuruh Ariessa kembali bertandang, ketakutan mula menjalar dalam hatinya. Ya ALLAH, selamatkanlah diriku dari sebarang bahaya dan malapetaka! Ya ALLH, kurniakan aku kesejahteraan!!!, tidak putus-putus Ariessa berdoa. Langsung dia tidak berani mendongakkan kepalanya. Kemdiannya sayup-sayup Ariessa mendengar namanya dipanggil. Suara itu seakan-akan dikenalinya. Takut-takut Ariessa memalingkan mukanya kea rah cermin keretanya bahagian kanannya. Zafriel! Kuat Ariessa menjerit. Wajah suaminya itu kelihatan begitu cemas sekali.

Zafriel....!!!!!! Ariessa pantas meluru keluar dari kereta. Tidak semena-mena Zafriel dipeluknya erat bersama dengan tangisannya yang ketakutan. Terkesima Zafriel buat sementara dengan tindakan isterinya itu. Tidak disangka begitu sekali Ariessa ketakutan. Mungkin wanita itu tidak sedar perbuatannya, fikir Zafriel lagi. Kalau tidak, jangan harap!
“Syhhh…Riessa selamat sekarang” pujuk Zafriel. Bahu Arieesa diusap lembut. Tangisan isterinya itu masih lagi kedengaran. Langsung tidak dihiraukan mata-mata yang memandang kelakuan mereka ketika itu.
“Riessa takut..kereta tu ikut Riessa…” mendayu-dayu suara Ariessa. Mencurah-curah simpati Zafriel terhadap isterinya.
“Dahlah tu..kan abang ada sekarang ni. Diorang takkan ikut Riessa lagi. Dahlah tu, jom kita balik….”balas Zafriel. Ariessa mengangkat muka memandang wajah Zafriel. Ah, lelaki itu sentiasa ada di sampingnya disaat kehadirannya sangat diperlukan. Tapi, kenapa dia..........???Satu senyuman dihadiahkan buat Zafriel. Tanda menghargai kehadiran lelaki itu untuk ketika itu. Zafriel menyapu air mata yang masih bersisa di kelopak mata dan di pipi Ariessa. Isterinya itu hanya membiarkan sahaja perlakuannya itu.
“Jom kita balik. Ambil beg dan barang Riessa dalam kereta tu. Kita naik kereta abang jea. Kereta Riessa tinggalkan dahulu kat sini, nanti abang uruskan” arah Zafriel. Hatinya masih lagi diburu persoalan. Siapa yang mengekori Ariessa? Atau adakah itu semua hanyalah khayalan isterinya sahaja? Apa motif mereka jika betul mereka memang mengekori isterinya itu? Namun, semua itu tidak berjawab sepertimana yang diharapkan! Ariessa merungkaikan pelukannya. Kembali kea rah keretanya. Dia memang sedar kelakuannya itu, tetapi entah kenapa untuk kali ini, hati dan perasaannya tidak membantah. Malah dia berasa selamat berada dalam pelukan suaminya itu. Terasa dirinya dilindungi.
Zafriel membukakan pintu kereta untuk Arieesa, perlahan-lahan wanita itu memboloskan dirinya ke dalam kereta milik suaminya itu. Baru pagi tadi dia mengatakan bahawa dia tidak akan naik kereta suaminya itu buat selama-lamanya. Baru pagi tadi, tetapi sekarang, tengoklah siapa jilat ludah sendiri! Nasib baiklah saat itu Zafriel tidak menyindirnya. Suara Ariessa langsung tidak kedengaran. Ketakutannya masih lagi belum hilang takkala peristiwa tadi masih lagi terbayang di kotak fikirannya. Zafriel memandang ke arah isterinya itu.
“Riessa…..” panggilnya lembut, namun panggilannya itu tidak disahut oleh isterinya itu.
“Riessa…..”
“Ya…..” perlahan-lahan Ariessa menjawap panggilan itu. Wajah Zafriel dipandangnya. Terasa kelopak matanya mula bergenang apabila memikirkan kemungkinan yang akan menimpanya tadi.
“Dahlah tu…” Zafriel memaut tubuh Ariessa hampir dengannya. Kemas tangan Ariessa digenggamnya, terasa tangan isterinya masih lagi sejuk dan terketar-ketar. Dikucup ubun-ubun isterinya. Ariessa memejamkan matanya erat-erat, muncul ketenangan dalam hatinya tika itu.
“Abang rasa mungkin orang tu saja nak main-main jea. Maklumlah bila tengok orang perempuan bawak kereta mewah. Mungkin mereka berniat nak kacau. Bukannya apa-apa! Dah, jangan fikirkan lagi pasal hal ni…Abang bawak Riessa balik rumah ok? Riessa rehat, tak payah masuk pejabat hari ni” kata Zafriel sambil tangannya makin kemas memeluk isterinya itu. Ariessa menarik nafas panjang. Mindanya masih lagi berfikir tentang perkara itu dan sebenarnya ada satu perkara lagi yang menarik fikirannya, kenapa Zafriel terlalu mengambil berat terhadapnya? Apakah itu............? Ah…tak mungkin…..!!! Perasaan Ariessa mula membantah!
“Riessa…..!” ARiessa tersedar dari lamunan apabila panggilan Zafriel menjengah gegendang telinganya.
“Kita balik rumah ya….”
“Sebenarnya Riessa ada meeting dengan En. Hafiz petang ni. Dah lama dia tunggu Riessa kat pejabat!” balas Ariessa menyedari soalan Zafriel yang tergantng tadi. Zafriel tersenyum kelat, kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Batalkan saja meeting tu. Lagi pun dengan keadaan Riessa macam ni, abang yakin yang Riessa takkan dapat focus untuk meeting tu”
“Tapi……..”
“Bagi handphone Riessa pada abang” pinta Zafriel. Permintaan Zafriel itu ternyata menghairankan Ariessa. Apa yang Zafriel hendak buat dengan handphonenya?
“Riessa….”panggil Zafriel lagi. Ariessa serab salah. Lambat-lambat dia membuka tas tangannya dan kemudian menyerahkan handphonenya kepada Zafriel yang masih setia menanti. Kelihatan Zafriel seperti mendail sesuatu nombor. Entah siapa yang dihubunginya, Ariessa sendiri tidak tahu.
“Hello Munirah, buat masa sekarang Cik Ariessa terpaksa batalkan meeting tu dengan En. Hafiz. Dia ada sedikit masalah sekarang and now, Cik Ariessa sekarang ni on the way balik ke rumah. Awak beritahu En. Hafiz ya dan say sorry to him!” jelas suara Zafriel kedengaran ketika panggilannya disambut oleh Munirah. Beberapa saat kemudian panggilan dimatikan. Ariessa menyandarkan kepalanya ke kusyen kereta. Dia mahu melelapkan matanya dan melupakan apa yang berlaku tadi.
“Kita balik rumah abang ya…..” pinta Zafriel. Ariessa hanya menganggukkan kepalanya walaupun dia kurang jelas apa yang dikatakan oleh suaminya itu dan sesaat kemudian dia terlena…..Zafriel tersenyum senang. Rupa-rupanya apa yang berlaku ada hikmahnya……

4 comments:

  1. salam klu boleh please update cite nie hari2 ye

    ReplyDelete
  2. ngeee...
    btol2..
    maybe ader hikmah dye...
    see,,riessa da xrse malu ble pelok zafriel..
    hehehe..
    nk agyy...

    ReplyDelete
  3. ntah2 si natasha tuh wat come back nk rosakkan blek hbgn zafriel ngn riessa kot??
    dye upah orng..ngeee..
    kalo dye wat cmtuh,,aku sekeh2 pale dye..
    hehehehe..
    suspen2,,,

    ReplyDelete
  4. TOL2 DE HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA TU.
    SUKE2.
    smbung2,
    agagagag.
    -na'dz

    ReplyDelete