Tuesday, January 6, 2009

hatiku milikmu jua....

“Cikgu Hanis”

“Eh,Cikgu Iskandar, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Hanis tersenyum manis memandang ke wajah guru muda yang sebaya dengannya.Pandangan itu cuma bertaut sekejap sahaja dan kemudian mata bundar itu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Iskandar senyum, tapi lidahnya kelu untuk berkata. Dia leka menatap wajah ayu milik Hanis. Hanis yang telah lama dia kenali. Hanislah insan pertama yang telah meruntunkan jiwa lelakinya. Hanis….Hanis. Kalau kau berjaya ku miliki, akulah orang yang paling berbahagia di dunia ini. Iskandar cuba memasang angan-angan. Hatinya berdenyut kencang. Puteri Impiannya kini ada di depan mata. Dia tersenyum lagi, semakin lebar senyumannya. Hanis terpinga.

“Em.. em… em…” Tiba-tiba ada suara sumbang yang berjaya mengejutkan mereka dari terus kaku di kaki lima tingkatan 5 Cemerlang.

“Eh, Cikgu Hanis nanti dulu, boleh tak saya jumpa awak petang ni?” Iskandar tergaru-garu mencari idea.

“Di mana ye?” ujar Iskandar spotan.“Em, saya tahu.. jawapannya di kebun bunga,” sampuk Yusniza pelajar tingkatan 5 Cemerlang.Hanis terus berlalu…meninggalkan keriuhan yang berlaku di dalam kelas 5 Cemerlang dan juga telatah Cikgu Iskandar. Terdengar ketawa kecil dan ada yang cuma menyeringai menunjukan barisan gigi masing-masing. Hanis terperasaan semua itu. Dia bingkas menghayun langkahnya. Meninggalkan apa yang berlaku di kaki lima itu.

Dia malu dengan anak muridnya. Tidak sepatutnya seorang guru yang sepatutnya memberikan tunjuk ajar dan tingkah laku yang terpuji berkelakuan seperti itu di hadapan anak muridnya sendiri. Walaupun pada hakikatnya apa yang berlaku tadi tidaklah sesumbang mana. Tetapi baginya itu satu perkara yang memalukan. Mengurat di depan anak murid! Hanis meneruskan langkahnya ke bilik guru, tidak sedikitpun dia menoleh kebelakang. Dia tidak mahu anak muridnya mentertawakannya. Dia tidak mahu ada di antara anak muridnya yang salah sangka. Apapun yang terjadi, dia tak mahu, tak sudi dituduh melakukan perlakuan kurang sopan di hadapan anak muridnya. Membiarkan Iskandar meneroka wajahnya, merupakan sesuatu yang boleh diperkatakan oleh orang lain.

Ahhhhhh! Hanis tersenyum sendiri bila mengingatkan kisah tadi. Ah…. cikgu dan anak murid pun sama naik minyak

.“Anis kau dah makan ke?”
“Belum.”
“Nak makan?”
“Eh, ni macam soalan bonus je, kau ni ada-ada jelah Farisha.” Hanis bangun tanpa disuruh dan mereka berdua berjalan beriringan. Tengahari itu Hanis nampak berselera, dia tidak sedikit pun menyedari bahawa sepasang anak mata milik guru muda dari pantai timur itu sedang memerhatikannya.
“Isha, aku rasa aku balik lewatlah petang ni, aku nak selesaikan masalah displin pelajar yang baru aku terima pagi tadi.”
“Em… baiklah Cik Kaunselor, saya sedia maklum.”
“Hish, kau nie kalau tak mengusik aku tak boleh ke?”
“Tapi kau jangan lupa, jangan balik lewat sangat kesian aku tak ada teman.”
“Aku tahu.”

Petang itu seperti yang telah diatur Hanis tekun menghadapi kerja-kerjanya sebagai seorang guru Kaunseling di sekolah itu. Bilik Kauseling itu kelihatan damai sahaja. Indah serta teratur susunannya. Sebakul bunga matahari diletakkan di hadapan mejanya. Bau wangian lavender pasti menusuk masuk kehidung setiap insan yangmengunjungi Bilik Kaunseling milik Nurul Hanis ini. Nurul Hanis, seorang gadis yang sederhana perwatakannya, lemah lembut orangnya. Mesra dan mudah ketawa. Malah dia juga lebih dikenali di antara rakan-rakanya sebagai kawan yang suka melawak. Lawaknya sering kali berkesan dan seringkali membuatkan sesiapa sahaja tidak kering gusi bila mendengarnya.

Dia bukannya bercita-cita untuk menjadi pelawak. Tetapi dia mempunyai misinya yang tersendiri. Baginya membuat orang lain ketawa adalah satu cara yang boleh membantu orang lain untuk mengurangkan rasa stress. Malah hatinya gembira melihat orang lain gembira. Dia juga bukannya seorang kawan yang mudah melupakan orang lain. Susah senang kawanya dialah yang membantu. Siapa yang tidak kenal Hanis, kalau kebaikannya boleh dikira, terlalu banyak. Malah kalau ada anugerah teman sejati dia adalah satu-satunya insan yang paling layak menerimanya.

Seketika kemudian, terdengar suara manja dan lemak-lemak manis milik Amy Mastura di corong radio dan sekali-sekala terdengar suara milik Hanis turut menyanyi sama. Jari jemari runcing milik Hanis itu, ligat menulis dan sekali-sekala menyelak helaian kertas didalam failnya. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk.

“Eh… siapa jelah agaknya tak nampak ke signboard yang aku letak kat luar tu.” CLOSE.
“Hish…sabar jelah.” Hanis merungut sendiri. Tombol pintunya dipulas dan kemudian Hanis tersenyum.”

“Tak balik lagi ke….. em.. tak pelah.. tapi jangan balik lewat sangat. Saya balik dulu ye… Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam.” Hanis tertawa kecil. Dia hairan dengan Cikgu Iskandar, kenapa sepanjang hari ni dia macam nak cakap sesuatu tapi, macam malu-malu pulak, kalau ada masalah apa salahnya beritahu. Dia bersedia mendengarnya, lagipun memang tugasnya sebagai seorang kaunselor, mendengar dan membantu orang yang bermasalah. Hai Iskandar, Iskandar…. Hanis duduk bersandar di kerusi empuknya, sambil memandang ke arah rak-rak bukunya yang tersusun rapi.

Siapa tak kenal dengan Hanis yang memang gemarkan keadaan yang kemas dan tersusun. Pandangannya kosong. Tiba-tiba dia teringatkan Imran. Ya, lelaki itulah lelaki pertama yang berjaya membuka pintu hatinya dan kerana lelaki itu juga hatinya tawar untuk menerima mana-mana lelaki dalam dunia ini melainkan dia… Mohd Nur Imran. Imran bukan sahaja baik, malah dia sudah banyak mengajar Hanis tentang pahit maung kehidupan, dia juga banyak memiliki sifat-sifat seorang lelaki idamannya, mungkin dia Mr. Right yang dicari selama ini.

Perkenalannya dengan Imran bukannya setahun dua tapi sudah hampir 18 tahun. Mereka berkenalan semenjak mereka sama-sama masih berhingus, ibubapa mereka juga saling kenal mengenali antara satu sama lain. Tetapi hubungan mereka mula renggang gara-gara rasa cemburu yang bersarang dalam hati dua pupunya sendiri. Hanis redha malah dia sentiasa berdoa agar satu hari nanti mereka akan berbaik semula bukan sahaja sebagai seorang sahabat tetapi lebih dari itu.

Hanis mengaku bahawa dia tidak dapat membohongi hatinya sendiri bahawa selama ini ada perasaan lain yang telah wujud apabila dia bersama dengan Imran. Biarlah perasaan itu di hatinya, biar perasaan itu diikat kemas didalam hatinya. Dia belum yakin untuk meluahkannya, dia tak mahu nanti orang kata dia seperti perigi mencari timba, biarlah kalau boleh dia mahu Imran sendiri yang meluahkan dahulu. Kini sudah hampir 3 tahun Hanis tidak memandang wajah Imran yang selama ini dijadikan sumber inspirasinya untuk terus tekun belajar.

“Hah… lepas nie Hanis sambung belajar kat mana?”
“Tak tahu lagi Pakcik… sekarang nie Hanis tengah tunggu surat tawaran.”
“Imran tu, nampak gayanya dah nekad nak masuk TLDM… borang pun dia dah hantar, pakcik tak kisah sangat asalkan dia dapat balas jasa kedua ibu bapanya.”Hanis senyum. Kemudian dia berlari ke arah buaian yang terletak di luar rumahnya, mengingatkan kenangannya bersama Imran ketika di sekolah Tadika.

“Dah besar nanti Imran nak jadi apa?” soal Cikgu Puteri.
“Tentera, cikgu.”
“Awak Hanis?” Hanis senyum, malu baginya untuk mengucapkan perkataan Cikgu di depan rakan-rakannya.

Kring……. kring…. kring… deringan telefon itu telah mematikan lamunanya.
“Hanis, kau ni tak ingat nak balik ke? Dah pukul 7 ni.”
“Dah pukul 7? Aku terlupalah, banyak sangat kerja.”
“Eleh.. kerja ke.. atau kau sedang berangan?”Farisha. Dia satu-satunya teman yang paling rapat semenjak dia bergelar seorang guru. Perkenalan yang hampir mencecah setahun itu sebenarnya telah berjaya menjadikan mereka seperti belangkas. Ke sana ke mari bersama, mereka memang tidak boleh langsung dipisahkan.***

“Bangun. Selamat Pagi Cikgu Nurul Hanis!”
“Selamat pagi. Duduk.”
“Baiklah, hari ni kita sambung lagi pelajaran kita, buka muka surat 80 tajuk Perubahan Masyarakat Eropah dan kesannya”.

Hari ini seperti biasa Hanis menyampaikan pengajarannya, bibir comelnya itu tidak berhenti-henti menabur kata-kata ilmu dan sekali sekala dia bertayakan beberapa soalan ke pada para pelajarnya yang duduk melopong mendengar celotehnya. Lonceng berbunyi dan ini menandakan waktu pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah untuk hari ini tamat. Dan seketika kemudian terdengar laungan ucapan terima kasih. Hanis melangkah kemas untuk ke bilikya.

“Cikgu… cikgu...”Langkah Hanis terhenti.
“Kamu Adiba, ada apa-apa yang boleh saya bantu”
“Saya nak jumpa cikgu masa rehat nanti.”
“Em, baiklah, jumpa di bilik saya, nampak gayanya awak nie macam ada masalah besar je.”
“Terima kasih cikgu.”Tengahari itu, Adiba sudah berada dil uar bilik kaunseling, dia setia menanti kehadiran Cikgu Hanis.
“Dah lama tunggu saya?”
“Baru je.”“Mari.” Adiba membontoti Hanis masuk kedalam bilik perbincangan itu dan daun pintu itu ditutup kemas, dari luar cermin gelap itu kelihatan hanya mereka berdua. Apa yang dibincangkan tiada yang siapa yag tahu. Begitulah tugas sebagai seorang kaunselor, sikap amanah sebagai pendengar masalah mestilah dititik beratkan. Hanis mendengar dan sejam kemudian Adiba keluar dan kelihatan wajahnya suram, ada rintik-rintik kecil yang masih belum kering dipipi gebu anak gadis itu. Hanis mengiringinya, wajahnya juga suram tetapi tidaklah sesuram Adiba. Hanis tersenyum kelat memandang Adiba.

“Saya harap awak dapat bersabar, saya akan cuba membantu awak setakat mana yang saya mampu.” Hanis memeluk tubuh gadis itu, dia seakan faham tentang perasaan gadis itu.Malam itu, mata Hanis sukar dilelapkan, dia terfikir tentang masalah yang menimpa Adiba, kes haruan makan anak bukannya perkara baru dalam dunia sekarang. Hanis faham perkara seumpama ini memang agar sukar untuk diterima oleh Adiba, patutlah semenjak kebelakangan ini prestasi pelajarannya merosot. Bukan dia sahaja yang sedar tentang perkara itu malah Cikgu Iskandar pun pernah memberitahu tentang prestasi Adiba semenjak kebelakangan ini. Cikgu Iskandar…Hanis masih ingat lagi saat kali pertama dia berkenalan dengan Iskandar semasa mula-mula menjejakkan kakinya di UPSI. “Awak nak mendaftar juga ke?”Hanis cuma menganggukkan kepalanya.

“Saya Iskandar, awak?”

Tangan dihulurkan tetapi Hanis langsung tak menyambutnya. Dia cuma memandang. Memandang dengan harapan insan dihadapannya ini faham, bahawa dia tidak pernah dan tidak akan menghulurkan tangannya kepada mana-mana lelaki, melainkan ayahnya.

“Maaf, saya Nurul Hanis.”Wajah Iskandar berubah.
“Hanis, pengkhususan subjek apa?”
“Sejarah, awak?”
“Matematik.”
Bibit pertemuan yang tidak dirancang itu adakalanya membuatkan Hanis sering kali rasa tidak keruan. Dia sendiri tidak dapat memastikan, apa yang melanda dirinya. Dan semenjak pertemuan itulah mereka semakin rapat, bagi Hanis Iskandar adalah seorang sahabat yang baik dan adakalanya dia juga tempat untuk Hanis meluahkan masalah yang dihadapi. Tetapi tidak pula bagi Iskandar, dia merasakan bahawa persahabatan dan kemesraan yang diberikan oleh Hanis telah menyebabkan dia secara diam-diam telah jatuh hati kepada gadis dari selatan tanah air ini.

Pernah dia meluahkan kata hatinya itu, tapi Hanis tidak mahu menerimanya. Siapa tak kenal Hanis walaupun nampak lemah lembut tetapi hatinya keras. Bagi Hanis tidak sepatutnya ikatan persahabatan yang dijalinkan itu dicemari dengan satu persaan lain yang tidak sepatutnya wujud. Bukankah manusia itu boleh menilai perasaan diantara seorang sahabat atau kekasih. Bukan dia tidak pernah dengar tentang cerita-cerita tentang perasaan sahabat yang bertukar menjadi kekasih, tapi hatinya keras dan sukar untuk menerima, tambahan pula, dia sudah bernekad bahawa walau apapun yang terjadi dia hanya rela memberikan hatinya ini kepada jejaka pilihanya…. Imran.

Pengajiannya di UPSI itu hanya tinggal beberapa hari sahaja dan tidak lama lagi dia akan bergelar seorang graduan. Alhamdulillah atas usaha yang tidak jemu dia telah berjaya mendapat penganugarahan Anugerah Dekan pada sessi 1999/00.Tidak lama kemudian akan memulakan tugasnya sebagai seorang guru sejarah di negeri kelahirannya. Tetapi, tidak lama kemudian dia berasa bosan dan merasakan belum cukup bersedia untuk menghadapi kerenah murid-murid dan dia telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajiannya dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di UPM selama kira-kira 3 tahun. Kini dia mula meneruskan tugasnya sebagai seorang guru kaunselor di sebuah sekolah di Cheras dan di sekolah itu, sekali lagi dia dipertemukan dengan Iskandar. Hai…kecilnya dunia ni!

“Hanis, call…”

“Siapa?”
“Aku rasa Iskandar.”“
Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam, Hanis ni Iskandar, boleh tak awak temankan saya …..”
“Maaflah, saya sibuk petang nie… lain kali je…”
Tut….. tut…
“Kenapa tak keluar je dengan dia?”
“Malas.”
“Sampai bila?”
“Entahlah, jangan tanya aku lagilah.” Hanis melangkah pantas ke bilikya dan kedengaran pintu biliknya dihempas kuat.Hari minggu itu Hanis dan Farisha berkebaya labuh, mereka kelihatan lebih manis berbanding hari-hari biasa. Hanis berkali-kali membelek dirinya di depan cermin, sambil tersenyum manis.

Hari ini, Farisha berjanji ingin membawanya untuk pergi ke majlis pertabalan kenaikan pangkat anggota TLDM. Menurut Farisha, sepupunya akan turut menerima pertabalan kenaikan pangkat tersebut. Hanis tak pasti kenapa hatinya tiba-tiba tertarik menerima pelawaan Farisha.

Hanis, inilah sepupu aku, kau tahu, Abang Imran ni sanggup menolak tawaran ibunya untuk dijodohkannya dengan gadis pilihan maknya semata-mata seorang gadis. Dia pernah cakap dengan aku, dia tak akan kahwin dengan orang lain melainkan dengan gadis idamannya itu. Dia sayang sangat kat gadis tu, bila aku tanya siapa gadis tu, dia kata gadis tu gadis bunian sebab masa kat sekolah dulu Ustazah dia kata kononnya gadis tu ada jodoh dengan jejaka bunian, mesti gadis bunian tu baikkan, jadi kalau dia telah memilih gadis bunian, untuk memenuhi impiannya dia pun kena jadi jejaka bunian… gila aku tak percaya!”

Hanis tersenyum, tetapi dia terasa seolah-olah ada yang tak kena dengan apa yang diceritakan oleh Farisha, dahinya berkerut.

“Siapa nama gadis tu?” tanya Hanis.
“Nurul Hanis!”
Hanis tersentak, bila tiba-tiba namanya dipanggil oleh seorang lelaki dan suara lelaki itu, ya dia kenal, tapi betul ke? Kepalanya diangkat. Hatinya berdebar. Debar yang kencang dan kalau ada alat untuk mengukur denyutan jantungnya pasti alat itu akan lebur. Imran! Hatinya berbunga, titis-titis jenih mula membasahi pipi gebu itu. Hanis tergamam. Tuhan masih sayangkannya. Lihat siapa yang ada di depan matanya sekarang. Tidak rugi doanya selama ini, tidak rugi kesabaran yang ditanggug oleh hatinya……

Farisha…. terima kasih….Tatkala itu Farisah gamam, kenapa dia tak sedar dari awal…yang nama gadis bunian itu sama dengan Nurul Hanis. Bukan namanya sahaja malah orangnya juga sama. Sebijik! Baru Farisha teringat Hanis pernah bercerita dengannya, itupun gara-gara Farisha yang terlalu ingat tahu sangat kenapa dia tak pernah melayan Iskandar.***

“Farisha kau mesti ingat hati manusia ini bukannnya boleh dipaksa! Kalau dah kata hati aku, aku tak suka jangan sesekali kau cuba nak pujuk aku.”

“Kau benci Iskandar ke?”
“Tak!”
“Habis tu kenapa kau suka buat dia sering tertunggu-tunggu?”
“Kau tak faham Isha….. susah.”
“Cuba kau cerita pada aku.”
“O.k, aku berterus terang dengan kau! Sebenarnya Isha… hati ni dah lama tertawan, aku tak tau ler sama ada kata hati aku ni betul atau tak. Tapi aku percaya Isha… aku percaya… listen to your heart because it only says the truth. So, hati aku cuma satu Isha….. dan yang satu itulah harus aku bahagiakan. Dan bagi aku, tidak akan wujud kebahagian tanpa didahului oleh pengorbanan dan penderitaan.”
“Jadi kau lebih berkorban dan menderita untuk menunggu Mr. Right kau tu?”
“Ya!”
“Tapi untuk apa?”
“Untuk aku merealisasikan impian aku dengannya.”
“Kau terlalu banyak berangan-anganlah.”
“Terpulanglah pada kau.”“Apa yang menguatkan hati kau padanya?”
“Aku percaya pada gerak hati aku.”
“Itu je?”
“Emmmmm...”
“Hebat, interaksi dalam jiwa.”
“Kau cabar aku ke?”
“Tak, cuma aku kagum dengan keyakinan kau.”
“Boleh aku tanya siapa insan istimewa tu?”
“Untuk apa?”
“Saja, sebagai kawan aku berhak bukan?”
“Kenapa, untuk kau nak iklan bahawa kau mempunyai seorang teman yang pelik yang terlalu percayakan gerak hati sendiri, kemudian kau mahu seluruh dunia mentertawakan aku, mentertawakankan tentang pengorbanan dan penderitaan bodoh yang sengaja aku lakukan?”
“Aku tak bermaksud begitu.”
“Habis, kau nak buat apa?”
“Aku tak nafikan, ada masanya aku juga percaya pada gerak hati, apa salahnya kalau aku tahu siapa nama orang istimewa tu.”
“Baiklah.”
“Siapa nama dia?”
“Mohd Nur Imran.”
“Eh, macam nama sepupu aku le. Boleh kau ceritakan kisah kau bersamanya, boleh kan ?”
“Baiklah, disebabkan kau kawan aku aku setuju, tapi ingat jangan sesekali kau mentertawakan aku tau….. aku juga punya perasaan seperti kau!”“Kau ni macam tak percayakan aku je.”

***Farisha tersedar dari lamunannya, memang benar cerita mereka memang sama. Hati mereka pun sama. Peliknya… kini dia percaya apa yang diceritakan oleh Hanis bukannya cerita rekaan dan juga bukannya dongeng rakyat yang sengaja dibuat sebaliknya itulah kenyataan kehidupan.

Mohd Nur Imran begitu tenang menyarungkan cincin perkahwinan dalam majlis pembatalan air sembahyang di majlis pernikahannya dengan gadis buniannya… Nurul Hanis. Tidak sabar rasanya untuk memulakan perkongsian kehidupanya dengan gadis itu. Dia mengungkap sejuta kesyukuran. Rupanya Puteri Buniannya itu memang jodohnya. Dia rasa bahagia, apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Dia tersenyum sendiri. Dia teringatkan kisah lalu. Kisahnya bersama gadis bunian idamannya. Dia ingat lagi masa mereka menghadiri majlis hari lahir rakan mereka pada usia mereka 6 tahun. Ya, 6 tahun!.

Ingatan itu berputar lagi.Pada hari itu, dia berjaya menggengam erat tangan puteri buniannya. Terima kasih Cikgu Fadzillah, kerana beri peluang padaku. Mungkin kalian pelikkan! Sebenarnya sebelum menghadiri majlis hari jadi tu kami diminta berkumpul di sekolah tadika, tempat mula-mula aku dan Hanis ditemukan. Sebelum kami berjalan Cikgu Fadzillah telah menyuruh kami beratur secara berpasangan. Pasangan sepanjang perjalan itu Cikgu Fadzillah yang tetapkan, kemudian kami diminta berpimpin tangan dengan pasangan masing-masing. Kononnya tujuan itu semua dilakukan bagi mengelakkan kami berbual sesama sendiri.

“Eeemmm… nampaknya jangkaan cikgu Fadzillah meleset sama sekali…. tapi akulah orang yang paling bertuah”, getus Iskandar bangga.Dia ingat lagi betapa manjanya suara puteri impiannya, merayu padanya agar melepaskan genggaman tanggannya.

“Imran, tolong lepaskan tangan kita.”
“Kenapa Hanis? Awak tak takut cikgu marah ke?”
“Alah, kejap je, tangan kita berpeluhlah, nanti lepas kita kesat peluh, kita pegang tangan lagilah,” pinta Hanis.
“Baiklah, tapi janji pegang tangan saya balik tau!” Imran berkata tegas. Tetapi dalam hatiya ketawa.
“Kesian Hanis, agaknya aku pegang tangan dia kuat sangat kot, tu yang sampai berpeluh,” getus Imran sendiri. Kemudian dia menyeringai sendiri.
“Kenapa dengan awak ni Imran, senyum sorang-sorang?”
“Cepatlah kita dah kesat peluh kat tangan kita ni.” Teguran Hanis memeranjatkan Imran.
“Ye ke?” Tanpa berlengah Imran terus menyambar tangan milik Hanis. Hatinya semakin melonjak riang. Rasa macam nak dikucup je pipi gebu Hanis. Sepanjang perjalanan hatinya memasang angan-angan. Tangan Hanis semakin di pegang erat rasa macam tidak mahu dilepaskan langsung.
“Hanis terima kasih kerana setia menunggu Imran… tak sangka ye… akhirnya hati Hanis milik Imran jua akhirnya….”
“Eh, awak ingat awak seorang je ke…. awak tak tahu ke.. yang sekarang nie, hati awak pun dah jadi milik Hanis tau!”
“Em, mulai hari ni, tak boleh panggil Imran lagi!”
“Habis tu nak panggil apa?”
“Abang dan abang akan panggil sayang untuk puteri bunian kesayangan abang ni,” Imran tersenyum.
“Baiklah putera bunian hamba menurut perintah.”
“Hanis, percayalah Hanis….. percayalah abang akan sentiasa menjadi raja yang adil di hati Hanis. Ops! abang lupa satu lagi.”
“Apa?”
“Hanis nak tahu tak?”
“Percayalah sebenarnya….. abang dah lama jatuh hati pada Hanis,” bisik Imran di telinga puteri buniannya.
“Abang ni,” rengek Hanis manja.Imran rasa bahagia. Dia berharap agar bahagia ini akan berpanjangan. Dia tidak mahu hanya bahagianya hanya cuma semusim. Dia juga tidak mahu berjauhan lagi dengan Puteri Buniannya. Dia sudah puas hidup menderita kerana terlalu memendam perasaan, perasaan kasih dan sayangnya pada seorang gadis yang telah berjaya dimilikinya kini. Puteri Buniannya itu di peluk erat.

Hanis bahagia dan di hatinya kini cuma ada Imran seorang.
“Hai Iskandar….. nampaknya melepas lagilah kau kali ni, sorry ya… hati ni dah ada yang punya,” getus Hanis di dalam hatinya. Hanis melemparkan pandangan keluar jendela dan pelukannya semakin erat di sisi suami yang disayangi

No comments:

Post a Comment