Sunday, January 25, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 51

“Riessa takut..….”tangisan Ariessa masih belum surut.
“Riessa ok? Riessa ada cedera kat mana-mana tak?” tanya Zafriel cemas. Sungguh, dia takkan maafkan penculik itu andai isterinya itu cedera walaupun sedikit. Tangan dan kaki Ariessa diperiksanya dengan penuh teliti. Tidak ada kecederaan, Cuma terkesan sedikit bekasan ikatan tali di tangan dan kaki Ariessa.
“Abang takkan lepaskan penculik tu kalau mereka ada cederakan Riessa! Abang bersumpah! Abang takkan lepaskan mereka sampai mati…!!!” suara jeritan Zafriel bergema di dalam bilik itu. Ariessa kaget dengan tingkah laku Zafriel. Sungguh menakutkan keadaan suaminya itu saat ini.
“Riessa ok…”jawab Ariessa dengan tangisannya yang mulai reda, biarpun sesekali esak tangisnya kedengaran. Kejap tangannya digenggam oleh Zafriel dan dia masih lagi dalam pelukan suaminya itu.
“Betul mereka tak apa-apakan Riessa?” Zafriel memang tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya itu. Hatinya masih lagi ragu-ragu. Wajah Ariessa yang sembab kerana menangis itu ditatap lama. Hilang sedikit rasa bimbangnya!
“Abang tetap tak puas hati. Abang nak periksa tubuh Riessa…” balas Zafriel. Ariessa tersentak dengan kata-kata suaminya itu. Zafriel melepaskan pelukannya di tubuh isterinya itu, dia ingin pastikan sendiri yang isterinya itu tidak diapa-apakan dan dicederakan dan dia bukannya hendak mengambil kesempatan terhadap isterinya pada saat-saat yang sebegitu.
“Takpe..Riessa ok!” pantas Ariessa menjawab. Dia cuba bangkit dari katil namun begitu cepat tangan Zafriel memaut pinggangnya ke atas katil. Terbaring Ariessa di situ. Melihatkan reaksi isterinya itu Zafriel mula mengesyaki sesuatu, adakah isterinya itu telah diapa-apakan? Kalau tidak masakan Ariessa bertindak begitu? Ariessa cuba meronta untuk melepaskan cengkaman tangan Zafriel di badannya. Namun dia tewas!
“Riessa jangan nak melawan cakap abang! Baik Riessa cakap, ada mereka apa-apakan Riessa tak!!!???!!!” Tanya Zafriel keras. Ariessa menelan air liur. Dia memang tiada peluang untuk melepaskan diri lagi. Dengan keadaannya yang terbaring di atas katil dan kedua-dua tangannya yang digenggam kemas oleh Zafriel, dia hanya mampu berserah.
Takut-takut Ariessa memandang wajah Zafriel, hendak membantah lagi, dia sememangnya tidak berani melihatkan keadaan suaminya yang sangat agresif itu.
"Betul..!!! Mereka tak apa-apakan Riessa! Mereka hanya ikat tangan dan kaki Riessa jea..Betul..!!!" bersungguh Ariessa cuba menyakinkan suaminya itu. Namun Zafril kelihatan ragu-ragu.
"Betul...???!!! Riessa jangan tipu abang...!!!!!" tukas Zafriel. Tegang sungguh suaranya tika itu. Perut Ariessa mendengarnya!
"Betul...!!!!!"
“Hmmm...takpelah! Riessa jangan takut! Abangkan ada.......” kendur suara Zafriel saat itu. Namun hanya esakan Ariessa yang kedengaran. Pilu hatinya mendengar tangisan wanita itu. Pantas tubuh itu diraih ke dalam pelukannya.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Masuk dua orang lelaki yang bertopeng ke dalam bilik itu.
“Hah! Dah sedar pun! Ingat, korang berdua jangan cuba nak buat apa-apa, kalau tak nahas korang berdua kami kerjakan!!” kata seorang lelaki. Payah untuk mengenali muka mereka kerana keduanya menutup muka.
“Apa yang kamu berdua nak daripada kami hah?” Zafril cuba melawan kata lelaki gemuk itu. Merah padam mukanya memandang muka bertopeng itu.
“Apa yang kami nak? Hahahaha…betul-betul bodohlah kau ni! Apa yang kami nak? Duitlah wei…duit!!! Angkuh sungguh lelaki yang agak tinggi itu berkata-kata.
“Tapi kalau tak dapat duit, dapat “merasa” perempuan tu pun ok jugak! Hahahahaha…” sampuk lelaki gemuk itu sambil memandang ke arah Ariessa yang mula ketakutan. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh Zafriel, kemas tangan lelaki itu dipegangnya. Berdesing telinga Zafriel mendengarnya. Pantas dia meluru ke arah kedua-dua lelaki itu. Ditumbuk lelaki itu, namun, apalah kudratnya jika diserang oleh dua orang bertubi-tubi dan akhirnya dia terkulai layu di atas lantai. Ariessa hanya mampu menjerit.
“Rasakan! Inilah padahnya kalau pandai-pandai nak melawan!!!” Kemudian kedua-dua lelaki itu terus berlalu meninggalkan bilik itu.
“Abang….” Panggil Ariessa. Dia bingkas bangun dari katil dan meluru ke arah Zafriel. Dipangku tubuh suaminya dan diletakkan di atas ribanya. Darah membuak-buak keluar dari mulut Zafriel selaju air matanya yang mengalir keluar. Zafriel jadi macam ini kerana ingin melindunginya! Dia betul-betul rasa bersalah! Ariessa mula hilang punca!
“Argh…” Zafriel tiba-tiba bersuara. Dia cuba menahan kesakitan akibat pukulan dan sepakan yang bertubi-tubi tadi.
“Kenapa abang buat macam tu? Kalau jadi apa-apa pada abang, macam mana dengan Riessa? Rintih Ariessa sayu. Dia menangis lagi, menitis air matanya di atas muka Zafriel.
“Abang tak akan benarkan sesiapa jatuhkan maruah Riessa walaupun nyawa abang jadi galang gantinya!!” kata Zafriel dengan suara yang tertahan-tahan. Kesakitan di tubuhnya begitu dirasai sekali. Ariessa cuba memapah Zafriel bangun dan membaringkan suaminya ke atas katil.
“Abang…..”panggil Ariessa lagi. Dia sememangnya takut jika Zafriel tidak sedarkan diri, bagaimana pula dengan keadaannya nanti? Itulah yang ditakutinya tika itu.
“Jangan risau, abang tak apa-apa. Riesaa jangan menangis lagi! Abangkan ada…” kata Zarfiel cuba memujuk isterinya yang mula tidak keruan.
“Riessa baring atas katil ni, jangan risau abang takkan buat apa-apa pada Riessa. Riessa tidur, biar abang yang jaga” Zafriel menepuk-nepuk bantal di atas katil itu, mengisyaratkan kepada isterinya supaya berbaring di situ. Ariessa hanya memandang.
“Kenapa masih tercegat di situ. Mari tidur kat sini, abang takkan kacau Riessa, percayalah”
“Tapi Riessa nak tidur peluk abang, Riessa takut….” Jawab Ariessa malu-malu. Zafriel cuba tidak bersuara untuk menahan ketawanya dari meletus. Pelik betul perangai isterinya itu.
“Hmm, Riessa tidur kat sebelah abang ni.... Cepat datang sini, sebelum mereka berdua tu datang….” Panggil Zafriel. Sepantas kilat Ariessa melompat naik ke atas katil, tersemban dia ke dada suaminya itu. Zafriel cuba menahan kesakitan akibat dihempap badan isterinya itu. Cepat-cepat Ariessa berbaring di sebelah Zafriel sambil erat tangannya melingkar kemas ke pinggang suaminya itu. Zafriel hanya tersenyum nipis dengan sikap Ariessa yang tiba-tiba berubah.
Namun tidak sampai lima belas minit kemudian, Ariessa bangun semula, hairan Zafriel dibuatnya.
“Abang jangan pergi ke mana-mana tau.......” malu-malu Ariessa menuturkan kata-katanya dan sebelum dia berbaring semula, sempat dia mengucup pipi Zafriel buat seketika sebelum berbaring semula di sisi lelaki itu. Sekali lagi Zafriel tergaman dengan tindakan isterinya itu. Biar betul..??? Hati dan fikirannya mula berteka-teki!
Jam mula berdenting ke pukul 3.00 pagi. Zafriel menghela nafasnya. Sampai sekarang dia masih bingung dengan apa yang berlaku. Sekeliling bilik itu dipandangnya. Kondominium itu memang sengaja dibelinya beberapa minggu lepas untuk didiami oleh dia dan Ariessa. Walaupun dia tahu mungkin impiannya itu mustahil untuk berlaku tetapi hatinya tetap berkeras! Zafriel mengeluh lagi, kali ini entah sudah berapa kali keluhan keluar dari bibirnya. Sesekali Ariessa yang sedang tidur itu direnungnya. Pelukan wanita itu yang kejap di pinggangnya amat menyukarkan dia untuk beralih tempat. Pantang dia bergerak, pasti wanita itu turut tergerak sama. Seolah-olah tidak ingin Zafriel berada jauh daripadanya dan sesungguhnya dia berasa lega isterinya selamat dari dicederakan dan diapa-apakan buat masa itu. Tetapi esok? Dia sendiri tidak tahu! Apa yang akan berlaku kepada mereka berdua selepas ini? Itulah perkara yang dibimbangkannya! Dan dia sendiri buntu untuk berbuat apa! Jam berdenting lagi, namun Zafriel sendiri telah terlena……

6 comments:

  1. mmg syg c zafriel kt c riessa..
    riessa p0wn dh mule dh manja ngan zafriel..
    so sweet..
    hik3
    cian kt riessa bab zafriel kne tumbuk trajang..
    x aci arr 2 lawan 1..
    not fair..
    tp spe yg culik diorg erk??
    cpt2 smbg new en3..
    hak3..

    ReplyDelete
  2. ada hikmah gak kes penculikan dorang ni..
    at least ariessa dah tunjukkan yg dia actually sayangkan zafriel..

    agaknya kes penculikan tu plan sape eh?
    ke, penculik tu main hentam keromo je culik ariessa memandangkan ngam2 time tu keta ariessa rosak tgh jln?
    or ada dalang disebalik penculikan tu?
    x sabar nak tau ni..
    kabusrindu.. sambung cepat tau! hehe..

    ReplyDelete
  3. tq kabusrindu.....menarik sgt....awak berjaya membuat semua org tak sabar tunggu next n3...supen sungguh...! harap ada n3 lg....tq

    ReplyDelete
  4. sy x saba nk tggu nex n3..
    cpt2 smbg yerk...
    pleeesss

    ReplyDelete
  5. kabusrindu....next n3 pleaseeee.....
    dh x leh nk sabor dh nie.....

    ReplyDelete
  6. ngee..
    spe culik nie..
    nie culik betol2 ke or sje nk bg kesedaran kt zafriel ngan ariessa..
    tp klo plan pown,xkn nk sepak trajang tol2 an..
    sadis sgt 2..
    eh,xsaba arr next n3..
    huhu

    ReplyDelete