Saturday, January 17, 2009

SEINDAH BICARA CINTA:prolog....

“Hoi perempuan….!!!! Kau ingat kau tu siapa nak aku bukakkan pintu, hah?!!! Bahlul…!!!! Cepatlah naik…..!!!!!!” begitu kuat jerkahan Syahmin, hampir pecah gegendang telinga Syamira mendengarnya….Namun gadis itu langsung tidak bergerak sedikit pun dari tempat dia berdiri tadi. Kakinya seakan ragu untuk melangkah kea rah lelaki itu dan dia sebenarnya takut takkala memikirkan halatuju hidupnya selepas ini…..
“Weii pekak..!!!!! Kau tak dengar ke aku panggil, hah…??!!! Masuk…..!!!!” hampir terkeluar anak tekak Syahmin menjerit namun Syamira tetap begitu. Segala jeritan dan jerkahan yang dihamburkan oleh Syahmin langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya.
Kemarahan Syahmin sudah menggila. Memang perempuan yang menyusahkan! Wajah Syamira dipandang bagaikan singa yang ingin menerkam mangsanya! Namun, anak mata itu langsung tidak menunjukkan perasaan takut dan gentar…
Syamira tidak rasa ingin menangis bila diherdik begitu. Syamira tidak rasa ingin melawan apabila diherdik begitu. Kerana Syamira sudah biasa dengan semua itu. Kerana Syamira sudah lali dengan hinaan dan sindiran dalam hidupnya. Kerana Syamira sudah masak dengan segala rempah kehidupan. Baginya, memang sudah tersurat takdir hidupnya begitu dan sesungguhnya dia pasrah menerima segala-galanya…….
“Nanti, bila Mira sudah besar, Mira mesti pandai jaga diri..jangan susahkan orang…jangan biarkan orang lain rasa serba salah dengan kita, ya nak! Mak mintak maaf sebab mak tak mampu nak beri Mira kebahagian…Mak minta maaf sebab mak tak dapat nak bagi apa yang Mira mintak pada mak! Mak mintak maaf Mira…Percayalah, takde ibubapa yang sanggup tengok anak-anak mere kahidup menderita, hidup susah seperti mereka. Tapi, sudah takdir yang tersurat…hanya ini yag mampu mak berikan pada Mira. Setiap malam mak menagis bila fikirkan Mira..mak tak tahu macam mana Mira hendak hidup kalau mak dah takde….jadi mak nak Mira berdikari..jangan berharap pada orang lain, jangan terlalu bergantung kepada orang lain……Mak nak anak kesayangan mak ni, jadi kebanggaan mak…mak nak Mira yang Berjaya ini disebut-sebut sebagai anak mak….Mira janji ya sayang,,,ingat pesan mak ni baik-baik! Jaga solat dan amal ibadat sebab hanya itu yang akan bawa kebahagiaan kepada kita….Ingat tu……”
Syamira masih ingat akan kata-kata emaknya. Segalanya bagaikan terakam kemas di mindanya. Ah..mana mungkin dia lupa…kerana itulah kata-kata terakhir emaknya sebelum emaknya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dalam pelukannya…
“Mak……..jangan tinggalkan Mira mak…!!!!” Syamira terus memanggil emaknya, namun emaknya langsung tidak menyahut! Syamira terus memeluk emaknya yang hanya berjasad kaku!
“Mira takut mak…….! Macam mana Mira hendak hidup tanpa mak?!!!! Makkk…….!!!!!!!”.
Namun, akhirnya Syamira pasrah! Mana mungkin dia sebagai hamba menolak ketentuan tuannya???!!! Apalagi pilihan yang dia ada selain daripada terpaksa menerima walaupun dalam keadaan rela atau terpaksa!!!!!!!!

5 comments:

  1. permulaan yg best..
    suke2
    cum sedih je citer nie.
    smbung2
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. best2..
    xsabar nk tau smbungannye..

    ReplyDelete
  3. lama x jenguk blog ni..
    alih2 dah ada cite SBC..
    klu x salah..
    cite ni cam cite kawen paksa gak..
    erkk.. ye ke? hehehe..
    apa2 la..

    neway, bila nak sambung lagi?

    ReplyDelete
  4. hahahahha..
    best au cter kawen pakse..
    awww..ske2 laa.r
    bile nak smbg..

    ReplyDelete
  5. smbnganye......hhehehehehe

    ReplyDelete