Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 17

Dato’ Iqbal tersenyum senang…geli hati melihat pergaduhan anak menantunya itu. Perangai Zafriel masih tidak berubah. Suka sangat mengusik Ariessa, dari kecil hinggalah sekarang…malahan tanpa segan silu memanggil Ariessa sayang…alamatnya, makin meledaklah kemarahan Ariessa terhadap Zafriel! Walaupun dia rasa bersalah kerana menyebabkan Ariessa membuat keputusan seperti itu, namun nalurinya kuat mengatakan bahawa mereka berdua akan hidup bahagia….amin, doanya dalam hati.
Letih rasanya berehat lama-lama di atas katil. Dato’ Iqbal segera mencapai majalah yang tersedia di atas meja di tepi katilnya. Sesekali matanya menjeling kearah Ariessa dan Zafriel yang sedang enak dibuai mimpi di atas sofa. Nampak ketidakselesaan mereka berdua yang terpaksa berkongsi sofa itu…Lama wajah Ariessa ditatap. Ariessa memang anak yang baik…papa bangga ada anak seperti Riessa. Sayang jangan bimbang…papa sentiasa doakan kebahagian dan kegembiraan Riessa…dan selama-lamanya Riessa akan tetap menjadi puteri kesayangan dan kebanggaan papa, sayang……..
Air mata yang mengalir di pipinya pantas di seka. Dato’ Iqbal langsung tidak menduga, begitu besar pengorbanan yang sanggup dilakukan oleh Ariessa demi kegembiraan dan kebahagiaannya….

Sesekali Ariessa bergerak ke kiri dan kanan. Tidurnya terganggu…mungkin kerana sofa itu agak kecil, tambahan pulak terpaksa berkonsi dengan Zafriel. Dia pantas bangun…matanya masih lagi mengantuk, ditutup mulutnya yang menguap itu. Sekilas wajah Zafriel dipandang. Zafriel memang kacak, walaupun sedang tidur,tetap terserlah ketampanannya itu. Penampilan Zafriel, baginya sentiasa kemas dan bergaya…lagaknya macam seorang pengurus yang berjaya, dengan susuk tubuhnya sasa…ah, memang bertuah sesiapa yang memilikinya. Adakah aku orang yang bertuah itu….?
Ahh, malas Ariessa hendak memikirkannya, tambahan pula Zafriel suka sangat menyakitkan hatinya. Dato’ Iqbal yang sudah terjaga sejak tadi hanya membatukan diri, tahu yang anaknya itu letih, sebab itu apabila melihat Ariessa terbangun dalam keadaan yang mamai itu, dia membiarkan sahaja Ariessa dan nampaknya Ariessa juga tidak sedar yang papanya sudah sedar dari tadi.
Ariessa bangkit dari sofa. Perlahan-lahan dia menghampiri Zafriel sambil memegang bantal. Niatnya hendaknya meletakkan bantal di bawah kepala Zafriel. Kasihan nampaknya lelaki itu yang tidur beralaskan lengan. Sesekali wajahnya berkerut-kerut. Macam sedang berfikir. Lucu pula keadaannya saat itu. Teragak-agak Ariessa mengangkat kepala Zafriel bagi meletakkan bantal di bawah kepalanya. Doanya, janganlah Zafriel tersedar…tetapi rupa-rupanya dia tersilap.
Saat dia menyentuh kepala Zafriel, suaminya itu sudah tersedar, tapi Zafriel berpura-pura tidur. Ingin tahu apa yang ingin dibuat oleh isterinya itu. Mahu ketawa pun ada apabila dirasakan tangan Ariessa bergetar semasa menyentuh kepalanya. Saat itu dirasakan yang Ariessa sememangnya seorang gadis yang amat menjaga dirinya, buktinya hendak menyentuh lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu pun, dia terketar-ketar…Ariessa…Ariessa…..
Fuhh..Ariessa mengeluh kelegaan. Nasib baik Zafriel tidak sedar saat dia mengangkat kepala Zafriel untuk disorongkan bantal. Kalaulah saat itu Zafriel tersedar…Huh..,mulut “Nasi Kandar hidung tinggi Tujuh Tingkat” ni bukannya jenis yang ada insurans. Main redah jea kalau bercakap. Nanti tak pasal-pasal dia tuduh aku nak ambil kesempatan. Eii..tolonglah.Tak teringin aku…Macamlah handsome sangat..Erkk..dia handsome apa? Huh..kalau harapkan muka jea handsome, tapi perangai….ya Allah, baik sikit dari hantu raya, buat apa?! Menyakitkan hati orang jea…!!!”gomel Ariessa.
Kemudian Ariessa berlalu ke almari, mengambil comforter yang dibawanya untuk dijadikan alas tidur. Pantas comforter itu dihamparkan di atas lantai dan sepantas kilat dia merebahkan dirinya di atas comforter itu…Ahhh..selesanya’ getus hatinya. Sekejap mukanya dipalingkan kearah papanya…Nampak lena papanya tidur dengan majalah yang diletakkan di atas muka. Mungkin papa tertidur semasa baca majalah…, fikirnya tanpa dia sedari bahawa Dato’ Iqbal hanya berpura-pura tidur…
Zafriel mencelikkan matanya setelah agak lama mendiamkan diri. Ingin mengetahui apa yang hendak sedang dilakukan oleh isterinya itu. Ariessa..walaupun nampak dingin dan sentiasa marah dengannya, tapi isterinya itu agak prihatin juga orangnya. Ahh..kalau Ariessa marah, dia juga yang jadi penyebabnya. Hmmm, dia juga yang memandai-mandai mengacau ibu singa itu….tanggunglah akibatnya sendiri. Tapi dia sendiri tidak tahu kenapa…entahlah, rasa seronok bila melihat Ariessa marah…nampak cantik dan juga mungkin terbawa-bawa perangai masa kecil… “Si Minah Tomboy” itu memang suka diusiknya…
Melihat Ariessa yang sedang terbaring di atas comforter itu, Zafriel tersenyum, rasa terharu pun ada. Sanggup isterinya itu memberikan bantal kepadanya dan tidur di atas comforter dengan beralaskan lengan. Tumpah rasa kasih dan sayangnya pada isterinya itu. Mungkin Ariessa tidak tahu dan tiada siapa yang tahu, selama ini hanya Ariessa yang berjaya mencuri hatinya sejak kecil lagi...sebab itu dia sanggup berkahwin dengan Ariessa walaupun dia tahu persetujuan Ariessa itu bukan atas kerelaan dan kemahuannya tetapi kerana papanya…tapi dia yakin, suatu masa nanti Ariessa pasti akan menyambut cintanya itu….!! Abang akan tunggu saat itu, sayang….!!!!
Perlahan-lahan Zafriel menghampiri Ariessa yang kelihatan lena itu. Wajahnya yang sentiasa senyum ketika tidur itu mengusik jiwa lelakinya. Kalaulah mereka bukan berada di hospital….
Sesekali wajah Ariessa kelihatan berkerut. Nampak rimas, mungkin kerana tudung yang dipakainya itu. Ah, baru Zafriel perasan…Ariessa tidak pernah menanggalkan tudungnya sejak tadi. Hinggakan hendak tidur pun dia tetap memakai tudung. Mungkin segan dengannya. Zafriel tersenyum…bagaimanalah rambut Ariessa sekarang? Masa kecil, rambut gadis itu ikal mayang paras pinggang, memang cantik! Tapi sekarang, tak tahulah pulak, takkan jadi kerinting pulak? duga Zafriel.
Memikirkan tidak salah tindakannya itu, segera keronsang yang dipinkan pada tudung isterinya itu dibuang. Apabila tudung yang terlekat di kepala isterinya itu ditanggalkan, terburai rambut hitam Ariessa yang ikal mayang melebihi paras bahu…memang cantik! Terpegun Zafriel seketika…Rupa-rupanya begitu cantik mahkota yang Ariessa sembunyikan dan sesungguhnya dialah lelaki bertuah yang menjadi memiliki wanita itu.
Dibelai lembut rambut isterinya….dan menyedari tindakannya itu bakal menyebabkan Ariessa terjaga, Zafriel cepat-cepat menarik tangannya. Diambil bantal yang berada di sofa dan disorongkan di bawah kepala isterinya. Sempat dia mengucup dahi isterinya, terbit ketenangan di sudut hatinya. Kemudian, dia turut sama berbaring di atas comforter itu, di sisi Ariessa dan dengan berbantalkan lengan, dia terus terlena……….

5 comments:

  1. org pertama ag.agagag
    suke2.
    warghhhhhhhhh.sweetnya.
    best2.
    nak ag.
    sambung2.
    snggp tggu.
    -na`dz

    ReplyDelete
  2. suke ngn sikap zaf 2...sweeeetttttnyerrrrr....nk gak laki cam 2....hehe

    ReplyDelete
  3. sweetnyeeeeeeeeee..!!
    nk lgggiii....
    xsabo ni...

    ReplyDelete
  4. eeeeeiiii....
    caringnye zafriel...
    ske laki cmtuh,.
    so sweett..

    ReplyDelete
  5. si Riessa pun caring gak..
    cume dia ni ego ckit...!!!!
    x nk tnjuk yg dia pn ske gak kt zfriel..
    hehehe.....

    ReplyDelete