Wednesday, January 21, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 44

“Riessa, jom kita keluar!” ajak Zafriel. Tekejut Ariessa dibuatnya. Berani Zafriel mengajaknya keluar petang-petang macam tu. Patutlah lama lelaki itu bersiap, rupa-rupanya dia sudah buat planning awal-awal lagi. Licik betul!
“Pergilah ajealah Riessa…tak usah temankan kami di sini” kata Puan Sri Khadijah. Ariessa sebenarnya serba salah hendak ajakan Zafriel itu. Di pandang kedua-dua mama dan papanya yang sudah tersenyum. Entah, kenapalah mereka semua gembira semacam sahaja lagaknya! Tak faham dia!
“Pergi jealah, kesian kat Zafriel tu……….” Sampuk Datin Sharifah. Zafriel dilihat sudah berdiri tidak jauh dengan Ariessa, wajahnya penuh mengharap yang isterinya itu akan bersetuju dengan permintaannya itu.
“Kalau tak pergi tak boleh ke?” Tanya Ariessa sambil memandang wajah Zafriel, minta simpati.
“Tak boleh! Riessa kena ikut jugak!” tegas suara Zafriel tika itu. Tersentak Ariessa seketika. Weh, ini sudah lebih! Mentang-mentanglah aku mula berlembut dengan dia, naik lemak nampaknya lelaki ni, bisik hati Ariessa. Zafriel memang pandai mencari peluang untuk mengambil kesempatan. Tambahan pula di depan mama dan papanya. Sudah tentunya Zafriel yang akan mereka sokong!
“Awak nak pergi mana?” Tanya Ariessa kembali. Api yang cuba marak dalam hatinya sebaik mungkin dikawal nyalaannya.
“Alah..ikut jealah! Bukan saya nak pergi jual awak kat Siam pun…” balas Zafriel.
“Zafriel..ada ke patut kamu cakap macam tu….!!!” Tegur Puan Sri Khadijah. Dipandang wajah Ariessa yang jelas membendung kemarahan. Apalah nak jadi…Zafriel memang tak reti nak jaga bahasanya kalau bercakap dengan Ariessa. Sinis sahaja ayatnya! Buat lawak pulak tak kena tempat! Kalau macam nilah…….
“Jom……….” Zafriel mula menghampiri isterinya yang diam dari tadi. Mungkin marah dengan kata-katanya. Dia pun satu, kenapalah mulutnya memang tidak boleh dikawal kalau bercakap dengan Ariessa?
“Er..er…takkan saya nak pakai pakaian ni? Tak selesalah….”Ariessa memberi alasan yang baginya amat munasabah untuk diterima akal. Bau pun kurang menyenangkan! Namun, Zafriel hanya tersenyum.
“Takde masalah…tukar baju lain”
“Saya mana bawak baju kat sini…”
“Takkan Riessa nak pakai baju mama?” smapuk Puan Sri Khadijah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
“No matterlah! Jom ikut saya masuk bilik…” balas Zafriel.
“Hah…???!!! Ariessa nyata terkejut! Apasal Zafriel suruh masuk bilik? Depan-depan kelurga mereka pulak tu. Buat malu jea…Eeiii..geram betul dengan Zafriel! Kedua-dua mama dan papanya seronok ketawa....
“Jomlah…………." Tangan Ariessa ditarik supaya mengikunya masuk ke dalam rumah. Hendak atau tak, Ariessa terpaksa mengikut! Zafriel..Zafriel…tindakannya sukar diduga! Apalah yang hendak dibuatnya…..
“Hmm.nampaknya hubungan mereka berdua makin baik! Ada harapan nampaknya…..” Dato; Iqbal membuka bicara selepas kelibat mereka berdua menghilang dari situ.
“Harap-harapnya macam tu lah…..” balas Tan Sri Adnan dengan rasa bahagia yang mekar di hatinya.
…………………………………………………………………………………………
“Pakai ni……” Zafriel mengeluarkan sesuatu dari beg plastic yang berada di atas katilnya. Ariessa kaget buat seketika.
“Hah….?? Ini…..”
“Saya beli tadi…hadiah……” Zafriel pantas menghulurkan baju yang dibelinya kepada Ariessa.
“Cantik!!!!” hanya itu yang terluah dalam hati Ariessa. Blaus labuh berwarna hitam dengan kilauan batu permata di bahagian depan dan lengan baju dengan tudung rona sedondong begitu menarik perhatiannya. Pandai Zafriel memilih!
“Tapi kenapa…???” Ariessa tidak mengerti. Kenapa baik hati betul lelaki itu membelikannya hadiah! Dia mimpi apalah semalam….
“Takkanlah tak boleh nak bagi hadiah kat isteri sendiri?” pintas Zafriel. Ariessa tersenyum malu mendengar kata-kata suaminya itu.
“Tapi……”
“Alah..awak pakai jea….Saya ikhlas hadiahkan pada awak! Lagipun serasa saya, belum pernah saya bagi hadiah kat awak kan?”
"Er........" Ariessa mati kat-kata.
"Ambik jealah........."
“Terima kasih…Saya suka!” balas Ariessa.
Zafriel tersenyum senang dengan reaksi Ariessa. Berbaloi rasanya, walaupun terpaksa menebalkan muka meminta tolong juru jual memberi cadangan padanya untuk membeli baju yang sesuai untuk isterinya itu. Pasti tika itu dia dikutuk kerana tidak tahu taste isteri sendiri. Ah, biarlah apa orang nak kata……
“Awak pakailah……” pinta Zafriel sambil memandang Ariess yang tegak berdiri di birai katilnya. Terkedu gadis itu dibuatnya.
“Tapi…awak keluarlah dulu…” balas Ariessa tanpa menatap wajah Zafriel yang tajam memandang ke arahnya. Macam hendak telan sahaja lagaknya!
“Kenapa pulak?” Zafriel memang tidak mengerti? Kenapa dia disuruh keluar dari bilik itu?
“Er…saya nak salin baju….” Lambat-lambat Ariessa menjawab. Tercetus ketawa dari mulut Zafriel tika itu. Ingatkan apa? Ariessa…Ariessa….
“Salin jealah…..”
“Tapi awak ada kat sini…..”
“Kenapa? Salah ke…???” Zafriel masih ingin bemain tarik tali, walaupun dia sememangnya mengerti maksud isterinya itu! Tetapi dia saja buat-buat tak faham…..seronok mainkan Ariessa sebenarnya!
“Er..er…saya…saya……..”
“Alah…salin jea..bukannya saya intai pun……..” balas Zafriel sambil cuba menahan ketawa yang mula menggeletek perutnya. Ariessa mula memasamkan mukanya! Gatal Zafriel ni..!!!!!
“Awak…….!!!!!”
“Apa yang awak nak malunya…Takkan dengan suami sendiri malu kot??” Zafriel terus-menerus memprovokasi Ariessa. Merona kemerahan wajah Ariessa. Eeii…tak sukanya Zafriel kata begitu! Memang kalau sudah namanya lelaki….macam itulah perangainya!!!
“Ke awak nak saya pakaikan….???? Saya on jea……” sempat dia mengenyit matanya ke arah Ariessa.
“Zafriel……….!!!!!!!!!!!!!” Muka Ariessa bagai disimbah dengan cat berwarna merah! Malunya usah dikata! Bilalah lelaki itu hendak bertaubat dari mengacaunya?

3 comments:

  1. hehheee..
    ader perkembangn positif between zafriel n ariessa nieh..
    huhu..
    ske2..
    sambung2...

    ReplyDelete
  2. tol 2 zaty.
    gatal ah zafriel nie.
    agaga.
    lawok ah.
    smbung2.
    suke2.
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. lwak tul lah..
    skt prut ktwa...hihi
    hope pas nie de smthing yg blh bt mrk 2 berbaik...huhu

    ReplyDelete