Friday, January 9, 2009

KERANA WASIAT...part 4

Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah pun keluar dari mulut. Macam ada batu dalam mulut masing-masing…
Haikal kelihatan tenang memandu, sesekali dia bernyanyi kecil, sekadar menghilangkan rasa bosan yang bertandang di dalam kereta itu. Namun Batrisya pula yang terseksa jiwa, dahlah suara sumbang, lirik pulak salah…hampeh betul Haikal ni..kutuk Batrisya. Makin lama makin leka lelaki itu melalak…suka sangat nampaknya.
“Macam nak hujan jea hari ni…” sindir Batrisya, sambil menjeling ke arah Haikal. Namun lelaki itu berpura-pura tidak dengar..makin kuat adalah suaranya berkumandang didalam kereta itu.
“Huh..mentang-mentanglah aku tumpang kereta dia, nak tunjuk lagaklah tu….” Kata Batrisya dalam hatinya. Tadi memang dia beria-ia hendak pergi sendiri tetapi ditegah oleh mamanya. Naik kereta Haikal..itulah arahan mamanya dan Batrisya tidak mampu menolak…..
“Boleh tak awak diam? Bingit telinag saya ni, awak tau tak….?!!!” Pinta Batrisya. Haikal hanya tersenyum. Seronok melihat gadis itu marah dan sakit hati dengannya.
“Awak dengki ke?”
“Huh…takde maknanya….”balas Batrisya. Mereka semakin menghampiri kedai butik yang ingin dituju…
“So..just keep quiet..!!!!”

IKUT SUKA SIAPA…….
Sampai sahaja di kedai butik itu, mereka terus disambut oleh Puan Harlina, pemilik butik itu, juga merangkap sahabat baik Puan Sri Badriyyah. Manis wanita separuh umur itu meyambut kehadiran mereka….
“Ini ke bakal menantu Puan Sri..?” sapa Puan Harlina, lantas dipandang ke arah Batrisya kemudian beralih kepada Haikal.
“Cantiknya…..sama padan..!!!” puji Puan Harlina. Merah muka Batrisya bila dipuji begitu. Sepadan…?!! Uwekk, nak termuntah bila Batrisya mendengar Puan Harlina berkata begitu. Macam pinang dicincang lumat pun sepadan jugak?!!! Takkan Puan Harlina tidak perasan air muka yang terbayang di riak wajah mereka. Haikal hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu beramah mesra dengan wanita pemilik butik itu.
“Cadangnya nak pakai warna apa?”
“Er..er…kami belum…..”
“Kalau macam tu…nanti akan tunjukkan semua koleksi terbaru di butik ini. Pilih sahaja yang berkenan di hati ya…” ramah wanita itu melayan mereka berdua. Namun dia terkesankan sesuatu..macam ada yang tak kena jea dengan mereka berdua tu….namun malas dia mahu bertanya. Nanti dikatakan penyibuk pulak, tambahan pula melihatkan sikap dingin anak lelaki sahabatnya itu…tak peramah.
Puan Harlina kemudiannya menghilang. Meninggalkan Batrisya dan Haikal yang bagaikan terawang-awangan di situ. Batrisya memandang di sekitar butik itu. Suasana di butik itu langsung tidak menarik minatnya…sama seperti perkahwinannya yang akan berlangsung seminggu lagi….
“Nah…kamu berdua tengok jea mana yang berkenan, nanti bagitahu akak ya…” kata Puan Harlina seyara menghulurkan beberapa buku koleksi pakaian pengantin di butiknya. Teragak-agak Batrisya menyambut huluran buku-buku itu..senyuman nipis dihadiahkan kepada Puan Harlina kerana bantuannya.
“Ambik jea warna pink..tak payah nak pilih-pilih, makan masa jea…” suara Haikal jelas kedengaran di cuping telinga Batrisya.
“Erk..? Warna pink..?!!” Batrisya menelan air liur. Benci dia dengan warna itu. Nampak ayu sangat…
“Apasal muka awak macam nampak hantu jea…?” Tanya Haikal, sekadar mengusik gadis itu. Padahal dia sudah tahu yang Batrisya memang tidak suka warna pink! Batrisya tersenyum kelat, satu jelingan dihadiahkan buat Haikal tetapi lelaki itu hanya tersenyum…sakitnya hati..Kita marah dia buat derk jea…, batin Batrisya menjerit…
“Saya tak nak warna pink…!!!” jawab Batrisya dengan nada suara yang perlahan. Malu pula kalau didengar oleh orang lain di sekeliling mereka. Ada ke patut bergaduh pasal warna baju pengatin?
“Ikut suka sayalah..saya nak warna pink!!” sampuk Haikal. Dia memang sengaja ingin mengenakan gadis itu. Buku koleksi pilihan pakaian pengantin diambil dari tangan gadis itu. Berlaku insiden tarik menarik buku buat seketika, namun akhirnya Batrisya mengalah…bukan boleh menang dengan mamat ego@hipokrit itu…biar jea la…
“Amboi..suka awak jea yang awak kira, suka saya….macam mana pulak?” Tanya Batrisya kembali. Dia memang tidak berpuas hati dengan kehendak Haikal…
“Ikut tema…tema majlis perkahwinan kita kan warna pink..so, pakaian pun kena pink la...nampak canggunglah pulak kalau pakaian warna lain, pelamin warna lain…”
Makin terkejut Batrisya mendengarnya…tema majlis kahwin dia warna pink? Ini mesti kerja Haikal…Batrisya mengeluh, silapnya juga kerana tidak begitu mengambil berat tentang persiapan majlis kahwinnya itu…
“So..macam mana? Dah ada yang berkenan?” sapa Puan Harlina yang tiba-tiba menghampiri mereka berdua…
“Er…kami pilih warna pink…” lambat-lambat Batrsiya menjawab dan dia terkesan senyuman sinis yang terbit di bibir Haikal. Tak guna…kali ini entah kali yang keberapa dia kalah dengan lelaki itu. Haikal tersenyum puas, tanda kemenangan di tangannya. Awal-awal lagi dia sudah rancang….hehehehe….

DUA HARI SEBELUM KAHWIN…
“We need to talk…!” Batrisya jelas terpinga-pinga. Mamat sesat masuk hutan mana pulak yang call dia malam-malam begini. Siap nak bincang lagi…
“Hello..who’s on the line? I think you’re wrong number sir…” balas Batrisya. Baru sahaja dia hendak tidur, handphonenya pulak berbunyi, dahlah yang masuk tu panggilan sesat…Hampeh betul!
“You’re Batrisya right?” Tanya pemanggil misteri itu. Aik…? Batriya semakin pening? Siapa lelaki ni? Siap tahu namanya pula tu..seram sejuk bulu romanya tika itu. Takkan hantu buat panggilan?
“Yes..but how do you know? And you are……”
“Haikal….!!!”
Batrisya terkedu. Haikal? Mamat ego@hipokrit yang akan jadi suaminya dua hari lagi ke?
“Ya Allah..Haikal?”
“Takkanlah awak dah hilang ingatan sampai saya pun awak dah tak kenal?” sembur Haikal. Dia fikir yang Batrisya mempermainkannya. Dasar perempuan….
“Hei..yang awak naik angin tiba-tiba ni apasal? Sedap mulut jea nak marah orang…!!! jerkah Btrisya pula. Sudah tidak betul agaknya Haikal itu. Sudahlah tak bagi salam, lepas tu sesuka hati pula memarahinya. Lagipun dia tak pernah mendaftar nombor tetefon lelaki itu di dalam handphonenya…
“Macamlah awak ni popular satu Malaysia, tak bagitahu nama pun orang boleh kenal…” sindir Batrisya. Naik meluat dengan perangai Haikal. Sudahlah bilik tidurnya sudah bertukar warna. Semuanya gara-gara Haikal…sedap jea mamat itu mengarah pekerja supaya mengecat dinding bilik tidurnya warna pink…Dia tahu Haikal sengaja buat begitu. Sebab lelaki itu tahu yang dia tidak begitu gemarkan warna pink...
“Esok saya nak jumpa awak! I’m will be waiting on you kat Taman Tasik Titiwangsa pukul 4 petang. Don’t forget it..!!!Did you heard what I say?”
Batrisya terkejut buat kali kedua..Haikal nak jumpa? Buat apa? Buang tabiat ke mamat ni..???
“Awak telan ubat nyamuk ek? Tiba-tiba jea nak jumpa….”
“Just do it..!!!” sampuk Haikal. Klikk..talian dimatikan. Kurang asam jawa betul lelaki itu. Dia letak telefon macam tu jea?” Batrisya mula membebel. Dalam hatinya terselit rasa tidak puas hati…Rasa mengantuknya terus hilang. Pantas tangannya menekan mendail semula nombor telefon Haikal yang baru sahaja mendaftar dalam handphonenya.
“I need to know...pasal esok. Awak ingat senang-senang ke saya nak setuju? Entah-entah awak nak buat benda yang tak elok kat saya…” lancar sahaja Batrisya berkata setelah panggilannya yang kelima baru diangkat oleh Haikal.
“Hello miss..sory to say, saya tak teringin pun kat awak tu…” balas Haikal geram. Mulut takde insurans betul gadis itu bercakap. Patutlah sampai sekarang takde orang yang nak…Mak naga pun surrender dengan mulut berapi gadis itu….
“But I have a right to know or…!!!!” sampuk Batrisya.
“We need to talk about our marriage..clear?!! Do you understand, miss Nur Ain Batrisya bt. Dato’ Ismail?”
“Oh…” Batrisya diam tidak terkata. Apa yang hendak dibincangkan lagi? Dah tak ada gunanya…benda dah tersurat. Rela atau tak, mereka berdua terpaksa menerimanya….
“Kalau awak tak nak menyesal di kemudian hari… baik awak datang esok…!!!!” Haikal memberi kata putus yang berupa ugutan. Batrisya mula berasa tidak senang hati mendengarkan kata-kata lelaki itu. Haikal ada rancang sesuatu yang dia tidak tahu ke? Fikiran Batrisya mula berteka-teki mencari jawapan…..Lantas talian dimatikan.

JANGAN PECAH DI PERUT DAN MULUT....
“Mama, Batrisya keluar kejap ya lepas ni….” Pinta Batrisya takkala turun bersarapan pagi di meja makan. Datin Salmah mengerutkan dahinya.
“Kamu nak pergi mana ni..?Tak elok bakal pengantin keluar. Kamu tu darah manis…”
“Hehehe..mama dah rasa ke darah Batrisya ni manis…” usik Batrisya. Mulutnya makin ligat mengunyah sandwich yang terhidang di atas meja. Pagi itu papanya tidak sempat bersarapan bersama. Tergesa-gesa orang tua itu keluar dengan pak longnya, kata mama orang dari pihak hotel Palace of The Golden Horse nak jumpa. Memang meriah majlis perkahwinan yang dirancang oleh kedua-dua keluarga untuk dia dan Haikal. Namun Batrisya sedikit pun tidak ambil peduli…
“Bolehlah mama..kejap jea…” Batrisa terus-menerus merayu mamanya. Datin Salmah serba salah. Apa yang nak dibuat oleh anaknya itu? Tiba-tiba jea nak keluar…dahlah esok anak gadisnya itu akan berkahwin..hatinya berasa tidak sedap. Jangan-jangan anaknya itu merancang hendak lari…? Malu mereka sekeluarga kalau betul anaknya buat macam tu…
“Mama ni kenapa? Tiba-tiba termenung…?” Sapaan Batrisya mematikan khayalan mamanya itu. Datin Salamah berpaling ke arah anak gadisnya itu.
“Please mama…”
“Okey..but wih one condition, Batrisya mesti balik awal..jangan lama-lama sangat. Can you…?”
“Ok mama..love you…!” Batrisya menjerit kegembiraan apabila mendapat keizinan daripada mamanya itu.
“Hari ni, along dan angah balik...Batrisya jangan lewat sampai rumah tau…” pesan Datin Salmah berkali-kali. Mungkin Batrisya hendak keluar untuk menenangkan hatinya. Dia tahu anaknya amat kecewa dengan perkahwinan itu, tetapi apakan daya mereka semua…sudah tersurat takdirnya macam itu. Mereka harus akur dan menerima segalanya….
……………………………………………………………………………………………………
“Lama saya tunggu awak kat sini! Macam orang bodoh jea….” Haikal tidak habis-habis berleter. Muka Batrisya direnung tajam, bagaikan singa ingin menerkam mangsanya. Namun Batrisya buat-buat muka tidak bersalah dan dia terkesan senyuman gadis itu yang bagaikan mengejeknya..
“Nak buat macam mana? Traffic jam…bukan salah saya, lampu tu yag salah. Kalau awak tak puas hati, pergi adu kat JKR….” Jawab Batrisya. Alah..ingat dia takut sangat ke dengan jelingan ala-ala kucing tidak bermisai itu..macamlah hensem sangat kalau buat muka macam jeruk mangga tak habis…kaw kaw Batrisya mengutuk Haikal dalam hatinya. Nasib baik aku datang…kalau tak..
Hati Haikal menggelegak mendengar butir bicara Batrisya. Mahu sahaja distepler mulut gadis itu. Laju sahaja mulutnya menjawab…
“And one more thing, saya tak suruh pun awak terpacak macam tiang telefon kat sini semata-mata tunggu saya sampai…” sambung Batrisya. Hendak tergelak pun ada melihat keadaan Haikal yang sedang menunggunya di pintu masuk taman tasik itu. Macamlah dia tidak pernah pergi ke situ…Haikal..Haikal..dalam pandainya, ada juga bodohnya….
“Boleh tak kita duduk kat pondok tu? Lenguhlah saya berdiri macam ni...” kata Batrisya sambil tangannya diarahkan ke pondok yang berdekatan dengan mereka. Haikal hanya diam, namun kakinya turut mengikut langkahan kaki Batrisya menuju ke situ. Batrisya menjeling kea rah Haikal. Sekilas pandang…dan kelihatan lelaki itu membawa sesuatu dalam fail…
“Read this…!!!!” kata Haikal takkala masing-masing melabuhkan punggung ke kerusi yang tersedia di situ. Batrisya kehairanan melihatkan Haikal menghulurkan fail yang berwarna perang itu. Lambat-lambat tangannya menyambut fail itu.
“Bukaklah..bukannya saya letak bom dalam tu….” Sampuk Haikal takkala melihatkan wajah Batrisya yang ragu-ragu untuk membukanya. Seketika kemudian tangan Btrisya perlahan-lahan membuka fail itu dan……
“Mak oii..panjangnya senarai…..?!!!” getus hati Batrisya. Berkerut-kerut dahinya takkala mengamati bait patah dokumen yang bertulis itu.
“Ini….”
“Takkan awak tak faham? Saya bukannya tulis dalam bahasa Tamil pun….” Tempelak Haikal. Darah Batrisya menggelegak dengan sindiran pedas Haikal itu. Matanya menatap semula butiran yang terkandung di dalam dokuman itu

UNDANG-UNDANG RAHSIA PERKAHWINAN:
1. Lepas kahwin, pindah duduk di kondominium, bukan rumah keluarga.
2. Masing-masing tak berhak masuk campur hal pasangan yang lain.
3. Bilik asing-asing
4. Panggilan untuk pasangan ikut kesesuaian keadaan.
5. Pastikan rumah sentiasa bersih.
6. Jaga rahsia..jangan sampai bocor!!!!
7. …
8. ………………

Mata Batrisya mula penat menatap setiap butiran yang terkandung di dalam dokumen itu. Gila apa mamat ni.dah tak betul agaknya…”Batrsiya bermonolog sendiri. Tapi bila difikirkan balik, elok jugak kalau buat macam tu….
“Pandai jugak awak ni…..” kata Batrisya tanpa menoleh sedikit pun ke arah Haikal….
"Remember..hanay kita berdua jea yang tahu pasal hal ni...!!!" kata Haikal lagi.
"Ok...deal....!!!" sahut Batrisya. Hatinya rasa gembira. Sekurang-kurangnya hileng sedikit beban dalam hatinya.
“Ok deal…!!!!” sambut Haikal...dan masing-masing tersenyum dengan agenda yang mula dirangka di dalam minda mereka.....

2 comments: