Monday, January 19, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 37

Mata mereka saling bertatapan. Suasana menjadi hening tiba-tiba. Seolah-olah hanya mereka sahaj yang wujud tika itu. Deruan kipas bagaikan berhenti. Segala-galanya bagaikan kaku. Senyap dan sunyi……………
Zafriel membelai lembut pipi Ariessa. Ah..Ariessa memang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ariessa terkaku! Hati wanitanya terbuai dengan belaian Zafriel. Namun, sesaat kemudian…..
“Ya Allah……!!!!!!!” minda Ariessa mengambalikan dirinya kea lam sedar. Pantas dia bangun. Zafriel tersentak dengan tindakan drastic Ariessa.
“Maaf..!!!!” hanya sepatah kata yang keluar dari bibirnya. Muka Zafriel langsung tidak dipandang. Malu! Nasib baiklah mama dan papa mereka tidak masuk secara mengejut ke dalam bilik itu. Kalau tidak……mana mahu disorokkan muka! Sydahlah adegan tadi pun dibikin gossip hangat! Kalau yang ini……mahu Ariessa larikan dirinye ke Kutub Utara atau Kutub Selatan!
Aduh…!!!! Zafriel mengeluh kesal. Takut dengan reaksi Ariessa. Marahkah dia semacam hari itu? Entahlah, dia memang tidak boleh kawal dirinya kalau berdekatan dengan Ariessa. Ada tarikan yang menyebabkan dia ingin mendekati isterinya itu, lagipun di antara mereka berdua bukannya ada halangan…….
“Er…er….awak…….” Ariessa mati akal. Aduh..apa kena dengan aku ni? Rasa malu usah dikata! Perlahan-lahan Zafriel bangkit. Membetulkan kedudukannya, kepalanya kembali disandarkan ke kepala katil. Masing-masing kehilangan butir bicara. Kelu lidah untuk berkata.
“Ehem…..” Zafriel sekadar mengeluarkan suaranya tanpa sepatah kata.
“Rasanya dah lewat ni. Saya balik dululah ya……” Ariessa memecahkan bicara kebisuan antara mereka. Zafrile tersentak. Nak balik? Lemah semangatnya tika itu. Niat dihatinya ingin Ariessa menemankannya, tetapi mahukah isterinya itu? Takkan Ariessa ingin bermalam di rumah itu untuk menjaganya….Ariessa masih menanti bicara dari Zafriel. Namun suaminya itu hanya diam tanpa kata. Hajat dihatinya supaya suaminya menghalang dia daripada balik. Namun, lelaki itu sekadar diam sahaja. Mungkin…………Ah, Ariessa malas hendak berharap! Zafriel langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. “Riessa, please jangan balik, temankan saya….” Susah sangat ke untuk Zafriel berkata begitu? Ariessa menduga sendiri. Entahlah, perasaannya jadi sayu dengan tiba-tiba. Terasa bahawa dia bukanlah begitu penting di dalam hidup lelaki itu!
Perlahan-lahan dia bangkit dari katil dengan perasaan sebal. Zafriel tetap begitu. Diam, tanpa sebarang reaksi. Susah sangat ke hendak membuka mulut? Ah, lelaki! Egonya tetap meninggi. Pandangan mata Zafriel mendarat ke wajah isterinya. Ariessa, pleasa temankan abang…..” Namun kata-kata itu tersekat di kerongkongnya. Mungkin Ariessa tidak menolak jika dia meminta begitu, tetapi dia tidak mahu isterinya itu rasa terpaksa dan simpati dengannya.
“Ariessa nak balik terus ke? Rehat la dulu……” Zafriel kemudiannya membuka bicara. Namun isterinya itu hanya tersenyum kelat. Hati Ariessa sudah merajuk! Zafriel memang ego! Susah sangat ke nak cakap suruh temankan dia? Biarlah, dia tidak mahu dikatakan terhengeh-hengeh pada yang tak sudi!
“Takpelah..saya rehat kat rumah jea!” balas Ariessa. Zafriel senyap lagi. Nampak sangat yang Ariessa beria-ia hendak balik! Apa hak dia hendak menghalang? Ah, biarlah Ariessa balik rumah….kehendak hatinya mengalah. Rasa kecewanya pasrah!
“Saya pergi dulu! Awak ada nak cakap apa-apa ke?” Tanya Ariessa, Dia betul-betul berharap yang Zafriel akan menahannya balik!
“Temankan abang……”!! Cakaplah macam tu! Suara hati Ariessa merayu, namun Zafriel tidak mampu mengerti hatinya. Biarlah………………….
“Saya pergi dulu……………..” perlahan-lahan kaki Ariessa melangkah keluar dari bilik Zafriel dengan rasa hati yang sebal. Sedih dan terkilan bergumpal di dadanya saat itu! Susah sangatkah hendak mengerti, duhai hati???????

3 comments:

  1. sweet.
    alaaaarrr.asal zafriel xtahan.
    smbung2,
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. eeeee...
    geram tul lah ngan diaorg nie...
    asal x berterus terang je???
    p ckap dalam hati cam ne nk thu???
    pe daaa...
    pe2 pn...tahniah writer 4n3 nie..

    ReplyDelete
  3. nggeee...
    geram gilerrr..
    due2 ego..
    isk2...

    ReplyDelete