Friday, January 23, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 47

Kaki Ariessa mula penat untuk melangkah. Selesai sahaja solat Maghrib tadi, mereka erdua meneruskan aktiviti yang terhenti tadi. Sambung shopping! Sudah banyak barang yang dibeli, semuanya suaminya yang belanja. Dan Zafriel apa kurangnya? Penuh kedua-dua tangan lelaki itu membawa barang….
Sedang mereka berjalan-jalan……..
“Eh…? Itukan……..????” minda Ariessa cuba mengamati sesusuk tubuh yang dikenalinya. Tapi, dalam keadaan jarak yang agak jauh, sukar untuk dia mengecamnya! Zafriel pula diterpa kehairanan dengan gelagat isterinya yang agak berlainan dari tadi!
“Kenapa ni……??? Sapa Zafriel. Matanya dihalakan tepat ke arah Ariessa. Macam sedang berfikir sesuatu lagaknya!
“Tu….” Ibu jari Artiessa ditunjukkan kea rah ssuatu tempat. Zafriel turut memandang sama. Apa yang menarik sangat? Mengamati apa yang ditunjukkan isterinya.
“Rasanya itu………..
“Kimi…????!!!!!” sampuk Zafriel tiba-tiba. Tapi betul ke…???, Zafriel mula mencongak sendiri. Rasanya dia tak salah lihat! Memang Hakimi.
“Kimi……..???? kawan awak kat pejabat tu kan?” sapa Ariessa. Namun bukan Hakimi yang menjadi perhatiannya, tetapi gadis yang bersama dengan Hakimi itu. Macam dikenalinya.
“Jom kita skodeng diorang kejap..!!” Ariessa pantas menarik tangan Zafriel supaya mengikutnya bergerak ke depan sedikit. Teringat semasa sekolah dulu, macam itulah gaya dia dengan Ariessa sewaktu mengendap beberapa orang pelajar yang sedang merokok di kawasan belakang sekolah!
“Wah..bersemangat awak nak tahu. Kenapa?” Tanya Zafriel. Sedikit sebanyak dia rasa cemburu. Arissa lebih berminat untuk menyelidik tentang Hakimi berbanding berjalan-jalan dengannya…
Ariessa dan Zafriel semakin dekat kepada pasangan yang menarik perhatian mereka itu. Semakin dekat dan dekat…Ariessa terkesima seketika.
“Shiela….????!!!!” Hampir-hampir dia menjerit nama temannya itu.
“Shiela…?? Sapa tu? Awak kenal ke perempuan dengan Hakimi tu…?” bertalu-taku pertanyaan yang keluar dari mulut Zafriel. Ariess pantas menganggukkan kepalanya.
“Dia kawan saya…..”
“Oh……”
“Patutlah…….
“Apa yang patutnya…?” Zafriel berasa hairan dengan reaksi isterinya itu.
“Patulah susah sangat saya nak ajak dia keluar…rupa-rupanya dia dah ada “buah”…..” Ariessa pantas mengelengkan kepalanya. Shiela…Shiela…pandai betul dia siampan rahsia! Nantilah kau lepas ni….bisik Ariessa!
“Tapi…….” Minda Ariessa masih ligat berfikir.
“Jom kite pergi serbu diorang nak tak?” ajak Zafriel, Ariessa dipandangnya.
“Tak payahlah…..”
“Kenapanya…??? Biar diorang terkejut!”
Ariessa pantas mengelengkan kepalanya! Dia sebenarnya malu. Dulu, kaw-kwa dia mengutuk Zafriel di depan sahabatnya itu. Bencilah! Tak sukalah! Menyampahlah…!!! Tapi sekarang ni mereka keluar berdua…apa maknanya? Tak pasal-pasal dia kena sindir dengan Shiela. Eii..tak sanggup! Tambahan pulak, Zafriel ni bukannya jenis yang reti duduk diam! Lagilah dia hendak tunjuk romantic! Pastinya berinci-inci tebal mukanya nanti! Dahlah jalan sambil pegang tangan! Sudah tentu banyak persoalan yang akan diutarakan oleh sahabatnya itu nanti! Walaupun dia sebenarnya ingin bertanya sesuatu. Tentang hubungan Shiela dengan si Nabil Klon! Sudah putuskah hubungan mereka berdua? Kalau tidak masakan Shiele keluar dengan Hakimi. Mustahil kalau antara mereka berdua tiada hubungan istimewa. Lagipun dia memang kenal dengan sikap Shiela. Kawannya itu tidak akan bermain kayu tiga!
“Jomlah…….biar gempak sikit! Boleh jalan sama-sama…” tangan Ariessa ditarik. Lambat-lambat Ariessa mengikut jejak suaminya. Berdebar-debar menunggu reaksi daripada merek berdua! Pasti haru jadinya!
“Woi…!! Kat sini korang dating ya….????!!!! Terkejut Hakimi apabila disergah sebegitu rupa. Shiela turut berpaling sama. Tekejut dia! Ariessa…!!!!!
“Bukan main pandai kau berahsia dengan aku…..” Zafriel berterus-terusan menyerang sahabatnya itu. Terkulat-kulat Hakimi nampaknya!
“Kalau ya pun…janganlah sepuluh sekali kau bom aku! Lontar satu-satu sudahlah…!!!!” pintas Hakimi. Sesekali dikerling ke arah Ariessa. Sudah berbaikkah mereka berdua…..????
“Shiela, kau……….” Ariessa kehilangan kata-kata. Muka Shiela direnungnya.
“Kenal ke…..????” Hakimi mula menyampuk, dijeling sekilas ke arah Shiela yang kelihatan agak terkejut.
“Dia kawan saya……….” Jawab Ariessa. Tidak lepas-lepas dia memandang ke arah Shiela.
“Sini jap…!!!!” pantas Ariessa memaut bahu kawannya itu, bergerak menjauhi Hakimi dan Zafriel. Shiela hanya mengikut sahaja. Langsung dia tidak bersuara. Masih terkejut sebenarnya!
“Kau rahsiakan sesuatu daripada aku ya….???” Soal Ariessa. Shiela hanya tersenyum menahan ketawa! Kenapa dengan Shiela ni? Tadi diam…sekarang ketawa pulak? Ariessa berkira-kira sendiri. Sesekali dipandang ke arah Zafrie dan Hakimi yang kelihatan sedang berbual-bual. Biarlah diorang…
“Kau pun sama……” balas Shiela dengan ketawanya yang masih bersisa.
“Apasal aku pulak?”
“Yalah….dulu kau kata tak suka! Sekarang..bukan main lagi! Jalan sambil pegang-pegang tangan..Apa maknanya tu….?????”
Kaget Ariessa untuk menjawabnya....!!!!!!

2 comments:

  1. hahaha.. kantoi awak ariessa..
    x sangka lak kimi ngan sheila..
    tapi ngam la tu..

    kimi bestfren zafriel..
    ariessa lak bestfren sheila..
    ariessa ngan zafriel..
    kimi ngan sheila..
    erkk.. cam pantun 4 kerat daa..
    hehehe..

    tapi sweet apa dorang ni..
    sambung lagi kabusrindu..

    ReplyDelete
  2. hahhaaa..
    surprisedd...
    ngee...
    ske2...
    smbung2....

    ReplyDelete