Saturday, January 17, 2009

cerpen:TAKDIR CINTA ILAHI

“Saya relakan…..” sayu sahaja bunyi nada suara Hafiz.Walaupun sukar baginya meluahkan kata-kata itu, namun digagahinya juga. Sekali- sekala berselang seli dengan suara batuknya. Balqiss nyata terkesima. Kata-kata itu bagaikan menjerut tangkai hatinya. Sebagaimana wayar-wayar yang banyak berselirat menjerut di segenap tubuh badan Hafiz.
“Sanggup awak buat saya macam ni? Mana janji awak dulu?” Esakan Balqiss mula berlagu, walaupun air mata itu cuba ditahan, namun bentangnya begitu mudah roboh. Tewas membendung kesedihan.
Sayu hati Hafiz mendengarnya. Dia tahu cinta gadis itu begitu tulus terhadapnya, tapi mana mungkin dia menghancurkan hidup seorang gadis yang amat dikasihi dan dicintainya sepenuh hati! Sebab itulah dia tega sewaktu mengambil keputusan itu. Persetujuan daripada abangnya, Syahran sudah diperolehi, cuma persetujuan daripada Balqiss sahaja yang ditunggu. Ah, begitu kuat semangat gadis itu memujuk dan merayunya, namun Hafiz tetap berkeras. Biarlah, semuanya demi kebahagiaan Balqiss…maafkan Hafiz sayang….
“Awak kejam….!!!!!” Kuat jeritan suara Balqiss bergema di dalam wad itu. Gadis itu bingkas bangun dari kerusi yang didukinya sejak dua jam yang lalu. Bergegar pintu wad itu di saat Balqiss menghilang di sebaliknya. Hafiz kaget seketika. Tidak sangka yang Balqiss akan menjerit seperti itu ke arahnya. Namun dia sedikit pun tidak menyalahkan gadis itu.
Sesungguhnya Hailak letih! Letih dengan apa yang menimpa dirinya tika itu sehingga semuanya jadi kucar kacir dan serba tidak kena. Matanya dipejamkan bagai mengingat kembali apa yang berlaku…Di saat dia diambang bahagia membuat segala persiapan perkahwinan dengan Balqiss, tunangnya itu, dia telah ditimpa kemalangan. Kereta Honda Civic yang dinaikinya terbabas melanggar divider. Akibatnya, kaki kanannya terpaksa dipotong dan doctor memberitahu ada komplikasi ketulan darah beku di dalam kepalanya. Saat itu dia dapat merasakan yang dia tidak mempunyai masa yang banyak lagi kerana semakin hari dia dapat merasakan yang kesihatannya semkin merosot!
“Tolonglah abang…hanya sekali ni jea saya mintak tolong! Saya tak sanggup tengok Balqiss bersedih! Saya tak sanggup tengok bayangkan yang Balqiss akan berkahwin dengan orang lain….please...tunaikan permintaan saya yang terakhir ni……”
“Apa yang Hafiz mengarut ni? Kan doctor dah cakap yang Hafiz ada harapan nak sembuh! Kenapa mudah sangat kamu patah semangat? Mana Hafiz yang dulu abang banggakan…?!!!” lantang suara Syahran, abang sulung berbicara. Memang dia sama sekali tidak menduga. Adiknya meminta dia berkahwin dengan Balqiss tunangannya sendiri? Biar betul! Sudah hilang akal agaknya adiknya itu?
“Abang tengok saya ni! Abang tengok…!!! Macam mana saya nak kahwin dengan Balqiss dengan keadaan saya macam ni? Diri sendiri pun saya tak mampu, apalagi nak jaga dia? Sya tak nak Balqiss menderita kerana saya….saya sayangkan Balqiss dan saya ayakin yang abang mampu sayangkan Balqiss macam saya sayangkan dia…..”
Syahran sayu memandang keadaan adiknya yang hanya terbaring di atas katil dengan kepalanya yang berbalut dan dengan kakinya yang hanya tinggal sebelah sahaja…..
“Mungkin ada cara lain selain daripada cara ni…Hafiz sabar dulu. Pasal hal perkahwinan Hafiz tu, abang rasa kita boleh tangguh sampai Hafiz betul-betul sembuh ya….” Pujuk Syahran. Tepat anak matanta menikam pandangan mata adiknya. Hanya seminggu sahaja lagi perkahwinan adiknya dengan Balqiss akan berlangsung tapi…….
“Saya akan mati…!!!!Saya akan mati….!!! Abang faham tak….?!!!!” Jerit Hafiz sekuat hatinya. Badannya mula menggigil, menahan esak tangisnya yang mulai kedengaran. Sesaat kemudian, perlahan-lahan Syahran menapak keluar dari wad adiknya itu. Tidak sanggup dia berlama-lama di situ, biarlah Hafiz tenang dulu……
………………………………………………………………………………………………………
Kaki Balqiss seakan enggan melangkah, namun digagahinya jua. Mama dan papanyalah yang berusaha memapahnya ke ruang tamu. Bau setanggi mula menusuk ke dalam hidung. Deraian air matanya tidak mampu dibendung lagi. Satu-persatu wajah-wajah yang berada di ruang tamu dipandangnya dengan perasaan yang kosong dan akhir sekali anak matanya singgah pada satu wajah yang amat tenang di pembaringan itu. Hafiz sedang tidur, hatinya membisik kebohongan. Serta merta dia terduduk ke lantai….
“Sabar Qiss..sabar….” pujuk mamanya. Namun hati Balqiss bagaikan enggan mendengarnya. Langsung matanya yang bergenang air mata itu tidak berkelip memandang wajah Hafiz yang tenang itu. Memang dia sedang tidur, bisik hatinya lagi….
“Mama..betul ke yang abang Hafiz dah takde? Dia macam sedang tidur jea Qiss tengok…” kata-kata Balqiss itu ternyata mebundang sebak di hati mereka yang berada di ruang tamu itu. Puan Sharifah, bakal mertua Balqiss segera meluru ke arah bekas bakal menantunya itu. Dipeluk gadis itu seerat mungkin!
“Istighfar sayang…ingat Allah…Hafiz dah takde. Kita kena terima takdir Allah sayang….” Pujuk Puan Sharifah pula dengan suara yang tertahan-tahan. Tangisan Balqiss semakin menggila dan beberapa saat kemudian dia rasakan yang dunianya menjadi gelap dan semakin gelap……….
“Balqiss…….!!!!!!!”
………………………………………………………………………………………………………
Dua minggu Balqiss berkurung di dalam biliknya. Habis semua barang-barang hantaran kahwinnya dilempar keluar dari biliknya. Bersepah barangt-barang itu di ruang tamu. Puan Aisyah dan Encik Kamarul hanya membisu seribu bahasa. Faham akan kesedihan yang menimpa satu-satunya anak mereka.
Petang itu mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran keluarga bekas bakal besan mereka. Masih terkesan kesedihan yang bertaut di wajah kedua-dua ibubapa arwah Hafiz itu.
“Macam mana dengan Balqiss?” soal Puan Sharifah. Sayangnya pada Balqiss sudah dianggap seperti anak sendiri. Matanya meliar memerhati kawasan sekitar bangle dua tingkat itu. Mencari-cari kelibat Balqiss.
“Entahlah..macam tu jugak keadaan dia. Berkurung jea dalam bilik. Makan pun kadang-kadang saya yang suapkan…” sayu Puan Aisyah membalasnya. Sekilas dipandang wajah Encik Adnan yang hanya mendiamkan diri. Tertanya-tanya juga dia tujuan kedatangan bekas bakal besannya itu.
“Kami datang ni sebab nak bincang pasal wasiat arwah Hafiz…”
“Hah..? Wasiat? Wasiat apanya?” pantas Encik Kamarul menyampuk kata Puan Sharifah
……………………………………………………………………………………………………
Penuh berhati-hati Balqiss melangkahkan kakinya masuk ke dalam kondominium itu. Kagum dia seketika. Ralit dia memerhati susun atur perabot di sekitar kondominium itu kelihatan agak mewah dan esklusif tanpa menyedari bahawa tindakannya itu diperhatikan oleh suaminya, Syahran.
“Ehem..ehem…..” Syahran berdehem, mengembalikan Balqiss ke alam reality. Dia termalu sendiri. Sempat lagi berangan. Kasihan nampaknya melihat Syahran yang berjalan terhuyung hayang membawa masuk beg-beg yag berisi barang-barangnya ke ruang tamu, namun langsung tidak tergerak hatinya untuk menolong.
“Awak duduk dulu…saya buatkan air” ucap Syahran sambil berlalu ke arah dapur. Balqiss dijelingnya sekilas. Walaupun mereka telah sah bergelar suami isteri sudah seminggu, namun masih wujud kejanggalan di antara mereka. Semuanya bagaikan kembara mimpi yang entah bila akan terjaga lenanya. Balqiss terus beredar ke sofa. Dihempaskan badannya ke sofa, menghilangkan segala penat yang bersarang di dalam dirinya. Buat apa la lama sangat kat dapur tu? Fikir Balqiss. Ah, biarlah…bukannya aku suruh pun dia buatkan air, dah dia sendiri yang nak buat…,gerutu hati Balqiss. Saat dia hampir terlena…
Ktinggg……..seakan bunyi benda pecah dari arah dapur. Balqiss tersentak. Dia bingkas bangun dari sofa, terus menuju ke dapur.
“Kenapa….?” Itulah soalan pertama yang ditanya kepada suaminya yang sedang terbongkok-bongkok mengutip gelas yang pecah itu. Dan tiba-tiba matanya terkesan sesuatu…..
“Tangan awak kena luka ke?” namun tiada jawapan daripada Syahran. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil mengutip sisa kaca yang berterabur itu. Beberapa titisan darah menitik ke atas lantai.
“Sikit jea ni…..” balas Syahran setelah agak lama mendiamkan diri. Sebuah senyuman dihulurkan kepada isterinya. Balqiss turut sama membongkokkan badannya untuk mengutip sisa kaca yang berterabur itu
“Eh, tak payah! Nanti terkena jari awak tu...”Syahran cuba menghalang tangan Balqiss dan tanpa disengajakan tangan isterinya itu dipegangnya erat. Balqiss tersentak, Syahran kaget! Namun cepat-cepat pegangan tangan isterinya dilepaskan. Tidak mahu Balqiss tersalah sangka dan menuduhnya mengambil kesempatan!
“Er..tangan awak tu kena balut kan!” kata Balqiss dengan nada suara yang berbaur. Entah apa yang melanda perasaannya saat itu. Dia sendiri tidak tahu, namun apa yang pasti sentuhan itu bagaikan arus elektrik yang mengalir deras ke seluruh pelusuk urat sarafnya.
“Rasanya takpe kot? Lagipun saya dah biasa macam ni…lepas ni ok lah” sampuk Syahran sambil pandangan matanya menghantar isterinya ke ruang tamu. Hatinya sedikit gembira, sedingin-dingin dan sebeku-beku Balqiss dengannya, namun isterinya itu tetap mengambil berat terhadapnya.
Beberapa minit kemudian Syahran berlalu ke ruang tamu setelah dia siap mengemas serpihan kaca yang bertaraur di lantai.
“Lenanya dia tidur…”Syahran berbisik sendiri. Jus orange yang dibuat diletakkan di atas meja. Halus bunyi dengkuran nafas Balqiss yang nyenyak tidur itu. Wajah itu dipandangnya. Entah buat kali yang keberapa.
“Saya merayu pada abang, bahagiakan Balqiss…Dialah satu-satunya wanita yang saya dambakan dalam hidup saya ini. Insan terpilih untuk menjadi suri di hati saya. Namun apalah daya saya untuk menolak takdir yang telah disiapkan untuk saya. Bahagiakan dia, saya tahu abang mampu lakukannya. Kalau pun abang tidak mencintainya, lakukannya untuk saya…..”
adikmu, Hafiz
Balqiss..!!!Ah, dirimu memang mampu mencairkan hati sesiapa pun. Kali pertama Balqiss diperkenalkan oleh Hafiz kepada keluarga mereka, terus diterima. Siapa sangka, mamanya yang begitu cerewet itu dalam memilih bakal menantu itu, diam tanpa kata. Segaris senyuman di bibirnya jelas bahawa dia amat menyukai gadis itu. Bersederhana, sopan dan tutur katanya yang lembut. Itulah Balqiss. Seorang wanita yang pandai membawa diri dalam lingkuran agamanya dan sebenarnya Syahran menipu jika menidakkan perasaan cinta yang wujud buat wanita yang telah bergelar isterinya itu. Namun dia mengerti “tarafnya” dalam hati wanita itu. Engkau memang bertuah Hafiz…!!!! Syahran tersentak dari lamunan takkala mendengar suara wanita itu menggeliatkan badannya. Sedikit dia menjauhkan diri dari Balqiss, bimbang jika Balqiss tiba-tiba terjaga….
Balqiss menbuka matanya. Pantas anak matanya difokuskan kepada sesusuk tubuh di tepinya. Pantas dia bangun dari pembaringan. Rasa malu menguasai diri. Pati habis dirinya itu dijelajahi oleh pandangan mata Ayahran saat dia sednag tidur. Itulah yang difikirkannya tika itu.
“Maaf…saya tak sedar yang awak dah ada kat sini” kata Balqiss. Langsung muka suaminya itu tidak dipandang.
“Minumlah..airnya saya dah siapkan. Maaflah, senpat buat air jea….” Balas Syahran. Ah, layanan Syahran membuatkan Balqiss termalu sendiri. Sepatutnya dia yang huatkan air, tapi yang ini terbalik pula…
“Tangan awak macam mana? Dah okey? Nak pergi klinik ke?” Tanya Balqiss, sekadar menghilangkan kejanggalan yang wujud di antara mereka. Syahran kemudiannya tergelak besar. Terasa lucu dengan pertanyaan Balqiss. Balqiss kehairanan. Wajah Syahran dipandangnya. Menagih jawapan!
“Kenapa awak gelak? Saya buat lawak ke?”
“Pergi klinik? Semut gigit lagi sakit tau” jawab Syahran dengan ketawanya yang masih bersisa. Lucunya. Kalaulah semua orang macam Balqiss, confirm para doctor letak jawatan! Tak tahan, on call 24 jam….! Wajah Balqiss mencerut masam. Dia tidak suka diketawakan dan entah kenapa air matanya tiba-tiba sahaja mengalir….
“Saya tak nak awak jadi macam arwah Hafiz…dia kan cedera masa…..” Balqiss semakin sebak.Terhenjut-henjut bahunya menahan esakan. Ketawa Syahran tiba-tiba mati.
“Saya minta maaf….” ucap Syahran penuh kekesalan. Mungkin gadis itu masih lagi fobia dengan pemergian Hafiz.
“Diakan cedera bila…..”
“Syyhhh..sudahlah tu. Awak jangan macam ni..nanti tak tenang arwah di sana…”pujuk Syahran. Dia lantas menarik Balqiss ke dalam pelukannya, meredakan tangisan gadis itu dan Balqiss menangis semahunya….Hafiz, mengapa sukar untuk hati ini melupakanmu?
…………………………………………………………………………………………………….
Balqiss menghempaskan dirinya ke atas katil. Luas sungguh bilik tidurnya itu. Pandai Syahran menghias setiap sudut bilik itu. Kemas dan bergaya! Dan apa yang pasti, Balqiss bebas untuk berbuat apa sahaja kerana bilik itu adalah miliknya seorang. Kata-kata Syahran tadi terngiang di benak mindanya.
“Awak nak bilik tidur kat mana? Bilik tidur utama atau bilik tamu?” Tanya Syahran. Berhati-hati dia menyusun setiap patah perkataannya. Balqiss tunduk. Kalau di rumah mertuanya, Balqiss memang sebilik dengan Syahran namun sekalipun mereka tidak pernah bersama tapi di sini…
“Er..kalau awak izinkan, saya nak bilik saya sendiri…boleh?” pinta Balqiss. Perlahan sahaja bunyi suaranya yang keluar. Syahran hanya mengangguk senang.
“Nanti saya kemasa bilik tamu. Awak ambik jea bilik tu…” balas Syahran. Dia tidak mahu memaksa kerana dia tahu yang sebenarnya Balqiss perlukan masa. Dan Syahran sendiri pun perlukan masa untuk menerima semua yang berlaku itu dalam hidupnya. Tetapi dia tetap berharap yang sinar bahagia akan menerangi hidup mereka berdua. Amin….
Balqiss masih lagi bermalasan di biliknya itu. Sudah pukul 1.30 petang. Cepat-cxepat dia bingkas bangun dari atas katil, terus melompat ke bilik air. Syahran sudah berpesan, dia akan mengetuk pintu bilik Balqiss untuk solat jemaah bersama-sama di ruang solat yang telah diubahsuai oleh Syahran sendiri.
“Malu aku kalau dia tahu yang aku belum lagi siap! Jatuh saham macam ni!” Balqiss mengomel sendiri. Beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik air.
“Sah.., memang Sayhran lah tu” kata Balqiss takkala terdengar ketukan di pintu biliknya. Segera pintu dibuka dan matanya pantas menyapa senyuman yang terlukis di bibir suaminya. Tegak lelaki itu berdiri di muka pintu.
“Dah siap?” Tanya Syahran, sempat lagi dia menjelejah raut wajah Balqiss. Wanita itu memang cantik! Alis matanya yang terbentuk lentik, bibirnya yang mungil, matanya yang bundar kehitaman begitu memikat hati lelakinya.
“Dah..dah..! Aawk pergi dulu, nanti saya follow kejap lagi” balas Balqiss. Entahlah dia sebenarnya segan apabila berhadapan dengan Syahran. Semasa bergelar tunangan Hafiz, hanya sekali sahaja mereka berjumpa. Itu pun masa hari pertunangan. Ini kerana Syahran menetap di kondiminium yang dibelinya sendiri, jarang dia balik ke rumah ibubapanya.
“Dah dekat ke nak sampai kayangan, Tuan Puteri?” sapa Syahran. Dia tahu yang Balqiss sedang mengelamun.
“Er..er…” Balqiss mati akal. Kenapalah dia boleh berangan depan Syahran? Cepat-cepat dia menutup pintu biliknya takkala kelibat Syahran mula menghilang ke ruang tamu.
Bagitu syahdu sekali bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dilantun oleh suara Syahran. Penuh dengan tertib bacaan dan menepati makhrajnya. Balqiss menitiskan air mata takkala mengaminkan doa suaminya…
“Ya Allah…engkau kurniakanlah rahmat-Mu kepada arwah Hafiz dan tempatkan dia bersama-sama dengan golongan yang engkau redhai….” Amin….
Seusai mengaminkan doa, Syahran berpaling ke arah isterinya. Lama isterinya itu meraup kedua-dua tangannya ke muka sambil menundukkan mukanya ke bawah. Sesaat kemudian esakan halus mulai kedengaran di pendengaran telinga Syahran.
“Balqiss….” Panggilnya lembut. Dipanggungnya wajah Balqiss supaya memandang ke arahnya. Air mata bergenang di kelopak mata isterinya, pantas diseka oleh Syahran dengan ibu jari kanannya.Kelihatan Balqiss cuba menahan esakannya.
“Lepaskan….biar semua kesedihan tu hilang….” pujuk Syahran. Lembut tangannya memaut bahu isterinya itu. Dia memang mengerti akan keadaan yang dialami oleh Balqiss tika itu. Namun tiba-tiba sahaja Balqiss menyalami tangan Syahran.
“Saya mintak maaf. Tak sepatutnya saya jadi macam ni…Maafkan saya jika saya telah mengguris hati dan perasaan awak selama ini. Saya tahu saya bukanlah seorang isteri yang baik untuk awak dan saya redha jika awak berniat ingin mengubah haluan perkahwinan kita…..dan saya rela seandainya awak ingin mencari pengganti saya untuk menjadi permaisuri di hati awak…” kata Balqiss dengan nadanya yang bersedu- sedan. Syahran terpana mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Balqiss.
“Apa yang Balqiss merepek ni?”
“Saya tahu, setiap lelaki yang berkahwin inginkan kesempurnaan dalam bahtera yang mereka layari. Tapi saya bukanlah seorang kelasi kapal yang baik untuk membantu awak mengemudi bahtera ini supaya sentiasa melayari bahtera dengan tenang dan tidak dilambung gelora...Saya tidak mampu memberi awak kebahagiaan yang sempurna……”
“Balqiss…dengar sini! Isteri adalah suatu anugerah dan awak adalah anugerah terindah yang pernah saya terima sepanjang hidup saya….dan awak tidak perlu minta maaf dengan saya kerana awak tidak pernah bersalah kepada saya dan kalau pun awak ada melakukan kesalahan kepada saya..itupun saya telah maafkan sebelum awak melakukannya….Sabarlah, setiap ujian pasti ada hikmahnya” pintas Syahran. Kata-kata arwah Hafiz terngiang-ngiang di kepalanya… “bahagiakan Balqiss”. Namun dia tahu naluri hatinya sendiri. Bukan sahaja kerana wasiat arwah Hafiz yang menyebabkan dia menerima Balqiss sebagai isterinya namun kerana jawapan istikharah yang diterimanya setelah tersepit dengan permintaan dan rayuan arwah adiknya tempoh hari. Jodoh Balqiss memang tersurat di Luh Mahfuz dengannya! Itulah takdir Allah untuk mereka bertiga dan dia redha di atas ketetapan itu.
“Cukuplah sekali saya mengadap tok kadi, tu pun bergegar kepala lutut……” sambung Syahran. Sekilas dia melihat Balqiss tersenyum, cuba menahan ketawa dengan kata-kata suaminya itu. Kata-kata Syahran sebelum itu amat menyentuh hati wanitanya. Lelaki itu memang baik dan tiada kata-kata yang mampu menggambarkan ketulusan hati lelaki itu………….

p/s: “Kadang-kadang manusia sering tertanya-tanya kenapa apa yang aku minta tidak aku perolehi? Dan al-Quran pula menjawab: Boleh jadi apa yang engkau kehendaki itu bukanlah yang terbaik untukmu dan boleh jadi apa yang engkau tidak kehendaki itu sebenarnya adalah yang terbaik untukmu……”
Bertaqwalah…kerana sebaik-baik manusia di muka bumi ini ialah manusia yang bertakwa kepada Allah s.w.t……
Al-Fatihah…….
########TAMAT########

4 comments:

  1. wahhh...
    sweet cite nieh..
    teremo jap..
    heheehe...
    beshh...

    ReplyDelete
  2. so sweet..kdg2 kita tak tahu org yg dijodohkan dgn kita tu juga ada perasaan untuk disayangi..

    ReplyDelete
  3. hidup ini aneh kan?
    kite rasa kita dah jumpa "prince charming" yg sesuai untuk kite...
    tapi kadang-kala siapa yang sangka....
    "prince charming" yang kita jumpa itu adalah sebagai jambatan untuk kita bertemun insan
    yang betul-betul jodoh kita...
    hmmmm...
    itulah kehidupan...
    suatu penerokaan yg kita tak tahu apakah yang akan berlaku di hadapan jalan......

    ReplyDelete