Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 24

“Mana fail ni? Rasanya aku letak atas meja!” Ariessa mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Pening kepalanya mencari fail yang perlu ditelitinya berkaitan dengan projek perumahan di Sri Hartamas. Dia memang yakin bahawa fail berwarna kuning itu diletakkan di atas meja. Hampir sejam dia mencari, namun tiada berhasil. Mesti ada orang yang masuk ke biliknya semasa ketiadaannya,fikirnya. Tetapi, tak mungkin sebab dia sudah berpesan kepada Munirah supaya tidak membenarkan sesiapa pun memasuki biliknya, jika tiada kebenarannya! Sudah, jangan-jangan fail tersebut hilang? Aduh, masak dia hendak bersoal jawab dengan wakil dari Menich Consultant nanti. Apa nak buat ni?, fikiran Ariessa semakin buntu. Pantas tangannya menekan intercom di atas mejanya.
“Munirah, please come in!” arah Ariessa. Beberapa minit kemudian Munirah muncul. Kecut juga hatinya takkala mendegar suara bosnya tadi. Macam marah saja!
“Ya Cik Ariessa…?” sapa Munirah. Dia bagaikan kehilangan ayat menyambung kata-katanya, takkala melihat wajah tegang bosnya itu.
“Ada sesiapa yang masuk ke bilik saya sepanjang ketiadaan saya?” soal Ariessa dengan nada yang tegas. Tepat wajah Munirah direnungnya, menanti jawapan. Buat seketika, Munirah kelihatan gugup! Pasti dia akan dimarahi…
“Er..ada! Masa cik Ariessa takde, En. Zafriel ada masuk ke dalam bilik Cik Ariessa…dia…Saya pun..”
“Kan saya dah cakap, jangan benarkan sesiapa masuk ke bilik saya jika saya tiada dan tanpa kebenaran saya!” pantas Ariessa memintas percakapan setiausahanya itu. Tegang suara Ariessa saat itu. Untuk apa Zafriel masuk ke biliknya?
“Saya tahu tu cik Ariessa. Tapi..En. Zafriel…dia…bos...saya…” tersekat-sekat suara Munirah. Rasa berat mulutnya untuk mengeluarkan suara. Takut dimarahi oleh Cik Ariessa, bosnya.
“Ok..ok..! Awak boleh keluar sekarang. Nanti saya settle dengan En. Zafriel” sampuk Ariessa. Kendur suara tika itu. Kasihan pula melihat Munirah yang kelihatan agak ketakutan dan gugup itu. Bukannya salah gadis itu! Mendengarkan arahan bosnya itu, Munirah mengeluh kelegaan. Dia sebenarnya serba salah. Baik Cik Ariessa dan En, Zafriel, mereka berdua adalah bosnya. Hendak membuka mulut takut tersilap, mendiamkan diri pula, mungkin dia akan dipersalahkan. Silap perhintungan, terkubur periuk nasinya! Sudah nasib, segala-galanya di tangan bos! Perlahan-lahan kakinya menapak keluar. Namun belum sempat pintu dibuka, kedengaran suara Ariessa kedengaran lagi.
“By the way, awak jangan rasa bersalah, that’s not your fault! Saya faham situasi awak!” ucap Ariessa. Tulus tutur katanya itu dan Munirah hanya mampu menghadiahkan senyuman kepada bosnya itu. Memang di akui yang Cik Ariessa adalah seorang yang sangat tegas dalam hal yang berkaitan dengan kerja, tapi walaubagaimana pun, bosnya itu masih boleh berkompromi dengan pekerjanya. Ariessa membalas kembali senyuman setiausahanya itu. Memang dia tahu yang setiusahanya itu serba salah. Bagi Munirah, dia dan Zafriel adalah bosnya, tapi antara dirinya dengan Zafriel, jawatan Zafriel lebih tinggi daripada jawatannya, jadi mana mungkin setiausahanya itu mampu melarang “bos besar” daripada memasuki biliknya! Dan nampaknya untuk hari itu, dia tidak mampu untuk mengelak dari berjumpa dengan Zafriel!

Zafriel memicit kepalanya yang berdenyut tiba-tiba, mungkin terkejut dengan kedatangan Ariessa ke pejabat agaknya, fikirnya sendiri. Ditutup dokumen yang disemaknya sebentar tadi. Tengah hari nanti dia perlu menghadiri temujanji dengan wakil dari syarikat Menich Consultant. Fail berwarna kuning yang diambil dari bilik Ariessa dibukanya kembali, meneliti butiran-butiran penting yang perlu disemaknya untuk pertemuan tengah hari itu. Sepatutnya. Perkara itu diuruskan oleh Ariessa, tetapi disebabkan isterinya itu tidak masuk ke pejabat dalam dua minggu itu, maka dia terpaksa menyelesaikannya. Terfikir juga dia, apa yang Ariessa akan buat jika dia mengambil alih tugasnya? Bukannya dia tidak tahu, papa mertuanya sudah menceritakan kepadanya, Ariessa memang pantang jika urusan kerjanya diganggu!
Seketika kemudian pintu biliknya diketuk dan beberapa minit selepas itu, menjengul wajah Ariessa di muka pintu. Tanpa sebarang pamitan, laju kakinya berjalan ke arah Zafriel yang masih setia di kerusinya.
“Ya….? Tanya Zafriel, walaupun dia dapat mengagak kedatangan Ariessa ke biliknya. Mesti berkaitan dengan kerja!
“Saya tak suka orang kacau kerja saya. Tambahan pula masuk ke bilik saya tanpa kebenaran saya. Itu meceroboh privacy namanya” laju Ariessa mengeluarkan kata-katanya. Tepat anak matanya menikam pandangan mata suaminya itu. Dikerling fail kuning yang berada di hadapan Zafriel itu. Memang milikya!
“You mean this file?” selamba Zafriel mengangkat fail kuning di depannya kepada Ariessa. Satu senyuman dihadiahkan buat isterinya. Satu permulaan “kerjasama” yang “baik”, desis hatinya. Merah padam muka Ariessa menahan kemarahan. Tahu bahawa Zafriel sedang mempermainkannya. Kurang asam!
“Let me finish my job!” Ariessa cuba merampas fail kuning yang dipegang oleh Zafriel. Namun sempat lelaki itu melarikan tangannya. Ketawa Zafriel mula bergema. Agresif juga isterinya itu! Bergumpal-gumpal kemarahan yang berkumpul dalam hati Ariessa. Entah apalah motif suaminya itu berbuat demikian.
“What do you want?”
“My wife!” cepat-cepat Zafriel menjawab. Tepat anak matanya memandang wajah isterinya itu. Ariessa terdiam buat seketika. Tidak menyangka itu yang akan keluar dari mulut suaminya.
“Work is work! Personal is personal….! Ini pejabat, I think you should know that!” balas Ariessa. Sekarang bukan masanya untuk mereka berbincang tentang perkara itu. Wajah Zafriel yang tersenyum sinis dipandang.
“Well…up to you! And then pasal file ni, Cik….. tergantung kata-kata Zafriel sebentar, raut wajahnya bagaikan memikirkan tentang sesuatu. “ Apa yang saya nak panggil ya? Cik Ariessa or Puan Ariessa? You’re married women right? Sepatutnya kena panggil puan. Tapi, melihatkan keadaan you ni, tak sesuai pulak nak panggil puan. Kot-kot I tersasul panggil you “puan”, nanti timbul pulak gossip! Right?”
Berdesing telinga Ariessa mendengarnya. Memang tajam sindiran suaminya itu, kolam matanya terasa panas tapi air mata ingin mengalir cuba ditahan. Tidak akan sesekali dia menitiskan air mata di depan lelaki itu! Dan tanpa menunggu, dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya dan terus berlalu pergi dari bilik itu. Lebih lama dia di situ, entah apa yang akan berlaku! Zafriel memandang reaksi isterinya itu dengan senyuman puas! Ah, wanita itu memang perlu diajar dan dia akan pastikan yang Ariessa akan mengalah akhirnya...…
Dumm! Kuat pintu bilik Zafriel dihempas. Terkejut staff di situ melihat reaksi Ariessa yang bagaikan singa yang ingin menerkam mangsa! Masing-masing menundukkan kepala apabila kelibat Ariessa melintas di hadapan mereka. Tidak berani untuk bertanya.
“Kenapa dengan Cik Ariessa tu? Marah semacam jea! Tak pernah aku tengok Cik Ariessa semarah itu sebelum ni…” kata Amir apabila kelibat Ariessa menghilang di balik pintu biliknya. Rakan-rakannya yang lain hanya mengelengkan kepala mereka, tidak berani untuk memberikan sebarang komen. Tambahan pula dalam keadaan “darurat” macam sekarang.
“Entah apalah masalah antara bos dengan Cik Ariessa tu. Tengok tadi, cara mereka bercakap pun, macam sindir menyindir jea. I think they’re hiding something from us!” sampuk Mona dengan penuh keyakinan. Kepalanya bagaikan ligat memikirkan sesuatu. Namun, klu yang ditemuinya masih samar-samar bagi merungkai jawapan!
Sebentar kemudian kelibat Hakimi melintas di hadapan mereka. Laju ayunan kakinya melangkah ke arah bilik Zafriel. Tergesa-gesa dia nampaknya!Apa sudah jadi......??!!!!

1 comment:

  1. kabusrindu.
    awat suspen sgt.
    smbung2.
    nak tau pe berlaku.
    cepat2.
    please.
    agagagag
    suke2
    -na'dz

    ReplyDelete