Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 20

“Siti, awak dah informkan kepada semua ahli Lembaga Pengarah tentang mesyuarat tu? Saya nak meeting tu diadakan tepat pada waktunya, takde tangguh-tangguh ke hari lain! Awak faham…?”
“Ya En. Zafriel…saya dah maklumkan kepada semua Board of Director. Rasanya takde masalah….”
“Good…!I want a cup of coffe, no sugar, white!”
“OK boss…wait a while…”pantas Siti berlalu keluar dari pejabat Dato’ Iqbal yang kini diduduki sementara oleh Zafriel. Kini segala urusan dipertanggungjawabkan kepada Zafriel. Walaupun berat hati untuk menerima tugas itu, namun dia akur, mengenangkan keadaan papa mertuanya yang masih lagi memerlukan rehat selepas dibenarkan keluar oleh doktor.
“Oh ya, Siti…I want you cancel all my appointment today…and one more thing, don’t pass any call to me…” Siti mengangguk kepalanya tanda faham dengan arahan yang diberikan oleh Zafriel. Kemudian pantas dia keluar dari bilik bosnya!
“Eh Siti..kenapa dengan my hensem guy’s hari ni..nampak bad mood jea….” tanya Sakinah takkala Siti melintas di depan mejanya.
“Entahlah, aku pun tak tahu…dis suruh aku cancel semua appointment dan dia tak nak jawab sebarang panggilan…Muka macam bini lari jea…” balas Siti. Rasanya tak sampai seminggu Zafriel mengambil alih pengurusan Berjaya Holding’s dan inilah kali pertama dia melihat keadaan bos barunya yang agak “bermasalah”. Entah apalah yang berlaku….?
“Wei....kau ni cakap berlapiklah sikit! Mana kau tahu dia dah kahwin? Dia ada cakap kat kau ke…?” Sakinah mula tidak senang duduk. Sejak hari pertama Zafriel masuk ke syarikat itu, dia sudah jatuh berkenan…alahai hensemnya…itulah yang dia rasakan apabila kelibat Zafriel kelihatan! Tapi, yang dia kurang suka ialah sikap Zafriel yang agak kurang mesra dan ramah dengan staff perempuan! Macam kata Ahmad Nisfu…serius nak mampus..!!! Kalau dengan staff lelaki, bosnya itu Nampak ok jea…malah tak segan-segan mereka pergi lunch together! Takkan anti-perempuan kot? Dan bukan dia seorang sahaja yang perasankan sikap bos nya itu, malah semua staff perempuan mengatakan begitu…Entah wayar manalah yang putus!
“Lamanya kau termenung…? Ingatkan bos kita tu ke….?” usik Siti. Kemudian dia pantas berlalu ke mejanya. Banyak lagi kerjanya yang masih belum disiapkan…bukannya dia tidak tahu yang bosnya itu tidak suka kerja bertangguh!
“Kadang-kadang aku hairan jugak dengan bos kita tu! Yalah tiba-tiba jea dia muncul dan ambil alih sementara pengurusan syarikat daripada Dato’ Iqbal! Nak kata anak Dato’ Iqbal…yang aku tahu, Dato’ Iqbal ada seorang anak perempuan jea…Cik Ariessa!”
“Siapalah En Zafriel tu kan? Handsome. Dahlah louded, bawak BMW 3 Series, kadang-kadang drive Honda Accrod! Beruntunglah siapa yang dapat dia…..” kata Nora pula. Dia juga tidak mahu ketinggalan dengan gossip yang tergempak dalam pejabat mereka!
“Menantu Dato’ Iqbal kot?” sampuk Lisa yang nampak turut berminat tentang perihal bos baru mereka itu.
“Isy..takkanlah menantu Dato’? Bila masa pulak Cik Ariessa tu kahwin? Lagipun kalau betul pun dia tu menantu Dato’ Iqbal, takkanlah masa mereka kahwin, Dato’ tak undang kita semua…?
“Betul jugak tu…..”balas Lisa
“Hmm, tak kisahlah siapa pun bos kita tu..yang penting dia tak melingkupkan syarikat ni, sudahlah…kalau tak kita jugak yang susah..!” sampuk Siti pula. Malas dia hendak mendengar gossip-gosip tentang En Zafriel itu…dengan pelbagai versi..ada ke patut buat gossip bos sendiri!
Kemudian kelihatan Zafriel keluar dari biliknya. Pantas dia berlalu ke meja Siti. Tegang wajahnya tika itu. Segaris senyuman pun tidak terukir di bibirnya….
“Saya ada hal sekejap dan rasanya saya tak masuk pejabat hari ni…everything in your control!” pesan Zafriel. Hatinya ingin cepat sampai ke rumah…..
“Baik En Zafriel…..” cepat-cepat Siti menjawab! Memang sah, bosnya itu ada masalah…!!!!!Beberapa saat kemudian, kelibat Zafriel menghilang…
“Haa, kau tengok tu….? Entah apalah yang dia nak kejar….laju semacam jea berjalan…..” kata Sakinah yang dari tadi asyik memerhatikan bosnya itu. Dia langsung tidak dipandang oleh bosnya itu…..Memang takde jodohlah tu…hatinya pasrah!
Seketika kemudian intercom di meja Siti berbunyi, minta diangkat!
“Hello..”
“Tan Sri Adnan, here…En Zafriel ada?
“Maaf Tan Sri…, En Zafriel baru jea keluar. Dia cakap dia tak masuk pejabat hari ni…”
“Ok…..”talian diputuskan.
Kenapalah semua orang berperangai pelik hari ni……, Siti mencongak-congak sendiri. Semacam jea suara Tan Sri Adnan, rakan kongsi terbesar Dato’ Iqbal di talian. Macam ada hal yang berlaku…

1 comment:

  1. memang cm2...
    pkerja suke sgt ngumpat psl boss..
    lgi2 boss bru n handsome...
    kang buang keje kang....
    huhuhuhu....
    #pgalaman pribadi ni...hahahaha...

    ReplyDelete