Monday, January 12, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 8

Ariessa melepaskan keluhan. Tubuhnya yang terasa letih disandarkan ke sofa. Baru tadi dia baru habis bermesyuarat dengan wakil dari Menich Management. Susah betul hendak berurusan dengan pihak syarikat itu. Macam-macam karenah dan prosedur! Letih dia hendak menuruti segala permintaan dari pihak syarikat tersebut. Namun seperti kata papanya, penting untuk mendapatkan kontrak kerjasama pembinaan dengan syarikat itu untuk meningkatkan lagi kedudukan mereka dalam arena persaingan. Untuk itu Ariessa terpaksa akur….
Walaupn letih, namun demi papanya Ariessa rela. Dia tahu papanya terpaksa menanggung beban yang bukan sedikit. Hanya Ariessa sahaja harapan papanya untuk menguruskan syarikat keluarga mereka
“Kau sibuk tak hari ni? Teman aku pergi shopping jap! Please…..” suara Shiela kedengaran dalam taliannya. Ariessa tersenyum. Selamba sahaja kawannya itu mengajaknya keluar. Tidak tahukah yang dia sedang kerja?
“Wei..kau ni bagilah salam dulu….takde adab sopanlah kau ni…”
“Hehehe..assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ustazah..!!!!” jawab Shiela. Galak suaranya di hujung talian.
“Hah..tahu pun bagi salam…! Sori la Shiela, aku kan tahu aku ni kerja..mana boleh keluar macam tu jea….” Balas Ariessa terhadap ajakan sahabatnya yang tergantung tadi.
“Ala…kejap jea..kau kan anak bos..Kalau kau keluar pun, siapa yang berani nak marah..Please Riessa…kejap jea. Pastu kau masuk pejabat balik! Ok….?” Pujuk Shilea. Sudah beberapa hari dia memendam hajatnya untuk megajak Ariessa window shopping. Boring kalau pergi sorang-sorang…no feel!!!
“Kalau papa aku tahu….tak ke naya aku….” Balas Ariessa. Sengaja dia hendak mempermainkan Shiela. Memamg dia berniat hendak temankan sahabatnya itu. Hilangkan tension kerja.
“Please..please..please…”
Yalah yalah….nanti ita jumpa kat Sunway Pyramid dalam pukul 12 tengah hari..macam mana?” terus Ariessa setuju, malas bermain tarik dengan sahabatnya itu.
“Yes…ni yang aku sayang kat kau Riesa!” jerit Shilea kegembiraan.
“Betullah tu..tapi sayang lagi kau kat si Nabil Klon tu, kan?” Serentak dengan itu, meledak ketawa Shiela..Hmm, Ariessa memang pandai mengenakan orang…dalam baik sempat lagi menyindirnya!
………………………………………………………………………………………
“Munirah, saya ada hal sikit lepas ni. Mungkin saya tak masuk pejabat lepas…”
OK Cik Ariessa…” balas setiusahanya. Senyuman dilemparkan buat pekerjaanya yang cekap dan teliti dengan kerjanya. Satu ciri yang amat dia sukai.
Mata Ariessa meliar kearah pintu masuk Sunway Pyramid, mencari kelibat Shiela. Entah kemanalah gadis itu menunggunya. Sejak dari tadi matarnya melilau ke sana ke sini mengakap tubuh gadis itu, tapi sayang, bayangnya pun tak nampak. Handphonenya berbunyi tiba-tiba…Terkocoh-kocoh Ariessa menyelongkar tas tangannya bagi mengambil handphone yang menjerit-jerit minta diangkat sambil kakinya turut melangkah sama. Tanpa arah tujuan. Tiba-tiba….
Bukkkk….bahunya seperti terlanggar sesuatu dan Ariessa terjelepuk jatuh ke lantai
“Aduhh…!” jerit Ariessa kecil. Terasa sengal seluruh badannya.
“Buta ke?” jerit Ariessa kearah sesusuk tubuh yang melanggarnya. Tergaman orang itu melihatnya dan kemudian pandangan mereka saling bertaut. Zafriel?!!!
“Are you alright?” Tanya Zafriel. Langsung tidak menyangka bahawa orang yang terlanggarnya itu adalah Ariessa. Ke mana gadis itu hendak pergi sampai jalan tak pandang ke depan?
Malu Ariessa saat itu. Sudahlah jatuh depan lelaki itu. Pasti Zafriel sedang gelakkannya dalam hati.
“Awak ni, jalan tak apakai mata ke?” sembur Ariessa. Cuba menahan kesakitan yang bertandang di sendi kakinya. Pasti kakinya terseliuh. Apalah malang nasibnya….Tidak dipedulikan orang ramai yang lalu lalang di situ. Pastinya menonton keadaan dirinya yang terduduk di atas lantai itu. Zafriel turut sama mencangkung di hadapannya.
“You should ask that question for yourself…Awak tu yang jalan tak pandang depan…nasib baik awak terlanggar saya..kalau tak gamaknya, tiang tu yang awak langgar…” balas Zafriel. Ariessa menelan iar liur mendengarkan kata-kata Zafriel. Takkanlah……
Malas hendak bertekak dengan Zafriel lama-lama disitu, Ariessa cuba menongkah tangannya untuk bangun, tetapi gagal. Tanggannya tidak cukup gagah untuk menampung tubuhnya supaya bangun berdiri.
“Let me help you…” Zafriel cuba menghulurkan bantuan. Namun hati Ariessa sebal untuk menerimanya. Tidak mahu terhutang budi…
“No thanks…” jawab Ariessa. Masih dengan egonya sendiri. Terkesan yang Zafriel cuba menahan ketawa dengan tingkah lakunya.
“Berlagak betul budak Ariessa ni…aku tinggalkan dia kat sini sorang-sorang baru tahu…”Zafriel berkata-kata sendiri. Namun kakinya bagaikan enggan melangkah, hatinya bagaikan risau melihatkan keadaan gadis itu yang terkial-kial untuk bangun. Bukan dia tidak tahu ego Ariessa yang menggunung itu. Kalau diikutkan hati..dan kali ini Zafiel betul-betul mengikut kata hatinya. Tiba-tiba sahaja dia bangun sampai tangannya memaut bahu Ariessa untuk membantu gadis itu berdiri.
“How dare you touch me…!!!!” sembur Ariessa. Namun Zafriel buat-buat tidak dengar dengan semburan kata-kata dari gadis itu.
“Saya tak harapakan awak ucapkan terima kasih pun atas pertolongan saya ni….” Balas Zafriel sambil matanya tajam merenung wajah gadis yang sentiasa didambakan setiap malam itu. Kedinginan Ariessa dengannya memang terserlah dan begitu ketara sekali. Kalaulah masa lalu boleh diundur kembali……
Ariessa sudah berdiri tegak, namun kakinya sukar untuk melangkah..rasa sakit menular ke seluruh sendinya.
“I have to go…see you again!” kata Zafriel sambil melihat jam di pergelangan tangannya. Dia ke situ untuk berjumpa kawannya dan tak disangka-sangka akan terserempak dengan Ariessa pula dalam keadaan begitu..Namun Ariessa hanya kaku berdiri, langsung tidak bergerak kerana dia masih cuba untuk menampung adannya supaya tidak jatuh lagi. Beberapa kali dia menelan air liur.
“Apa nak buat ni? Takkanlah nak mintak tolong Zafriel? Hisy…tak nak aku! Tapi…” hati Ariessa berbelah-bagi.Nak atau atak nak?
“You want to tell me something?” sapa Zafriel, namun Ariessa hanya menundukkan wajahnya ke lantai…Seketika kemudian Zafriel terus berlalu meninggalkan gadis itu bersendirian….
Ariessa cuba mengawal perasaannya.
“Zafriel….wait!” laung Ariessa agak kuat supaya didengari oleh lelaki itu. Zafriel tersenyum. Akhirnya Ariessa sudah mengakui yang dia sememangnya memerlukan pertolongannya kali itu. Pantas dia berpaling mengadap Ariessa dan perlahan-lahan berjalan ke arah gadis itu…

2 comments:

  1. best3..
    smbung lg..!
    sweet sgt arissa dgn zafriel..

    ReplyDelete
  2. eeeiii...
    ske2...
    nk lgi,,nk lgi...
    heheheh..
    beshh....

    ReplyDelete