Sunday, January 11, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 6

Zafriel melepaskan keluhan. Penat seharian melepak dengan kawan lamanya baru terasa. Segera dicapai tuala yang tersangkut di ampaian. Masih teringat yang dia belum lagi menunaikan solat. Niat di hati hendak singgah di Masjid Negara, bersolat di sana tetapi dibatalkan niat mengenangkan keadaan dirinya yang kurang menyenangkan. Melekit peluh!
Terasa segar sedikit badannya selepas bersiram hampir sejam. Rasanya dah hampir sebulan dia balik…tapi satu kerja pun dia tak buat. Hendak dijenguk keadaan di pejabat, ditegah oleh papanya. Takpelah…Zafriel rehat dulu…itu kata papanya. Ah..dia mengikut saja, lagipun memang itu niatnya, hendak berehat sepuas-puasnya sebelum mula bekerja. Bukannya dia tak tahu timbunan kerja di pejabat papanya itu…Huh, susah jugak kalau ada perniagaan sendiri. Segalanya terikat….
Selesai menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba-Nya, kedengaran pintu biliknya diketuk! Mesti mama….perlahan kakinya menapak kearah pintu. Memang tepat telahannya!
Terjengul muka mamanya di pintu. Senyum semacam jea dia tengok…adalah hal yang mamanya nak bincang ni…..getus hatinya sendirian.
“ Boleh mama masuk?”
“Hmmm, bila pulak mama jadi segan dengan Zafriel nie..” usik Zafriel. Puan Sri Khadijah hanya tersenyum. Pandai anaknya itu bergurau!
“Hmmm, sejak anak mama ni dah jadi anak teruna…” balas Puan Sri Khadijah. Tersenyum malu Zafriel dibuatnya. Ah mamanya itu…pandai betul mengenakan dirinya. Pantas tangannya dipaut oleh mamanya. Hairan Zafriel dibuatnya…
“Manja semacam jea mama dengan Zafriel…ni mesti ada apa-apa ni…” teka Zafriel. Tercetus tawa kecil dari bibir Puan Sri Khadijah
“Pandai Zafriel hias bilik ni, sejuk mata memandang…nanti taklah serabut mata isteri Zafriel tengok….”
Erkk..hati Zafriel berdetak kencang saat telinganya itu menangkap kata-kata yang terluah di bibir mamanya sebentar tadi… Isteri?!!
“Kenapa “boy” mama nampak semacam jea….”soal Puan Sri Khadijah. Sedar perubahan pada wajah Zafriel. Saat itu Puan Sri Khadijah merenung kearah anaknya yang sedang enak memangku kepala di sofa, sesekali matanya meliar melihat persekitaran bilik. Semuanya citarasa Zafriel. Hiasan perabot yang moden dan kontemporari…makan gaya jugak anaknya ini!
“Takde apalah mama….”jawabnya perlahan
“Hmm..Zafriel bila nak pergi melawat mama Sherry dan papa Iqbal? Sambil tu boleh jumpa dengan Ariessa sekali…ke Zafriel dah lupa?”, tanya Puan Sri Khadijah. Wajah anaknya itu dipandang dengan penuh senyuman di bibirnya. Zafriel terkedu. Ahh…,masakan dia boleh lupa….
.............................................................................................................................................
“Hoi Nasi Kandar..! Kau jangan cuba nak main tipu!Kalau aku tahu kau tipu….siap kau aku kerjakan!!”
“Hei minah…! Takde maknanya aku main tipu, sebab at least aku jugak yang akan menang…hahahaha…” galak suara Zafriel ketawa. Dilihat minah tomboy itu terkebil-kebil memandangnya samabil menahan kemarahan. Sebijik macam ibu singa nak terkam zirafah…
“Berani kau panggil aku minah…wei nama aku Riana Ariessa la bodoh…!!!” sergah Riessa. Marah sungguh dia pada Zafriel. Dahlah kalau main, asyik Zafriel jea yang menang..mana aci macam tu…Dia juga nak menang.Tapi dia tahu, Zafriel main tipu…, siap kau Zafriel!Geram hatinya saat itu……..
“Yang kau panggil aku Nasi Kandar tu apasal..?!!! Kau ingat aku takde nama? Ni Zafriel Iskandar la…semua budak perempuan syok kat aku….! Petik jari jea, bersusun diorang datang…”kata Zafriel angkuh sambil memetik jarinya..
“Uwekkkk…nak termuntah aku dengar…!!Boleh jalanlah, tak heran aku….”balas Riessa angkuh. Uhh..muka jea hensom, tapi kalau perangai baik sikit dari hantu, buaat apa..?!!!getus hatinya. Darahnya sudah mendidih. Nasi Kandar tu suka sangat cari pasal dengannya…..
“Hahaha..aku dah berjaya makan guli kau….!jerit Zafriel kegembiraan. Bergunug-gunung sumpah seranah Riessa saat itu. Kenapalah tangannya takde power….satu balingan pun tak kena….!!! Mesti Zafriel yang bawa bala ni….
“Wei, Cik Minah Tomboy….kau nak main atau tak ni….!? Kalau kau mengaku kalah, semua guli kau secara automatic jadi hak aku…!!!Padan muka…wekkkkk!!!!”, sempat Zafriel menjelirkan lidahnya kea rah Ariessa. Biar menyala kemarahan gadis itu padanya. Suka dia jika dapat lihat Ariessa marah. Entah kenapa………………….
“Trylah kalau kau berani nak ambik guli aku…!!!cabar Riessa. Masing-masing sudah bersedia untuk bertempur…!!!Spontan tangan Zafriel melontarkan guli yang berada di tangannya di baling tepat ke dahi Riessa…
Bukkk…perit sekali kesakitan yang dirasakannya itu.
“Waaaaaaaa…!!!! Bergema jeritan Riessa saat itu. Hati Zafriel diterpa kerisauan. Pasti Ariessa akan masuk ke dalam rumah dan mengadu pada mama dan papanya. Namun….tekaannya meleset…..
“Hiahhhh…serentak dengan itu Riessa menerpa kearah Zafriel. Jatuh berguling mereka berdua di atas tanah. Sekuat hati Zafriel dipukulnya.
“Woiii, kau dah gila ke…?!!!” jerkah Zafriel sambil berusaha meleraikan tubuh Ariessa yang melekat padanya. Kuat sungguh cengkaman tangan gadis itu..dahlah tangan macam besi..begitu terasa kesakitan di tubuhnya akibat pukuan bertalu-talu Ariessa…..
“Astaghfirullah…apalah nak jadi dengan korang berdua nie..?!!!”
Terkejut Puan Sri Khadijah dan Datin Sharifah apabila melihat Zafriel dan Ariessa bergelut di atas rumput…Tadi nampak ok jea mereka bermain…
“Zafriel..!! Ariessa…!!! Mama cakap berhenti….!!!” Jerkah Puan Sri Khadijah. Melihatkan keadaan mereka yang tidak mahu mengalah, pantas tangan Puan Sri Khadijah dan Datin Sharifah menarik tubuh Zafriel dan Ariessa…
“Lepaskan Riessa…Riessa nak pukul Zafriel…dia jahat..!!!!”jerit Ariessa. Kuat bahu Ariessa dipegang oleh Puan Sri Khadijah.
“Zafriel tak salah…Riessa yang tolak Zafriel sampai jatuh…” kedengaran suara Zafriel membela dirinya.
“Tangisan Ariessa kedengaran. Zafriel mencebik..budak perempuan, selalu jea guna air mata nak mintak simpati..huhhh…
“Mama..Zafriel lempar guli kat Riessa, sakit dahi Riessa….”Ariessa mengadu pada Puan Sri Khadijah. Dipeluk mama Zafriel itu yang sudah dianggap seperti mamanya sendiri. Mencerlung mata Puan Sri Khadijah memandang wajah anak lelakinya itu. Zafriel dilihat menundukkan mukanya ke bawah…takut dileteri oleh mamanya. Memang dia yang salah…..
“Alah.. sudahlah Katty. Dah namanya budak-budak….kejap baik, kejap gaduh. Hah..lepas tu, diorang berbaik balik…Bukannya kau tak tahu perangai budak berdua ni…” sampuk Datin Sharifah. Bahu Zafriel diusap lembut. Sayangnya pada Zafriel, dibuat macam anaknya sendiri…Zafriel tersengih, nasib baik mama Sherry tak marah….kalau tak masak telinga dia kena serang dengan dua bom nuclear sekaligus….
“Riessa tak kira, mama kena marah kat Zafriel…dia jahat…”, rengek Ariessa. Dipeluk Puan Sri Khadijah erat. Tubuh Ariessa diusap lembut.
“OK sayang…nanti mama piat telinga Zafriel. Berani dia kacau Tuan Puteri kesayangan mama ni….ujar Puan Sri Khadijah memujuk Ariessa. Ariessa diam…terbayang di ruang matanya, Zafriel menangis kesakitan apabila telinganya ditarik oleh mamanya. Saat itu, tangisannya mulai reda…Padan muka!
“Huh..! Tak tahu malu, mengadu kat mama orang…?” ejek Zafriel. Serentak dengan itu, langkah kakinya diangkat seribu. Terus masuk ke dalam rumah. Tidak selamat dia berada di situ lama-lama. Melihat jelingan mamanya itu, pasti lambat atau cepat, dia akan dapat habuannya..tapi sebelum itu berlaku, kena selamatkan diri dulu……………..
“Mama, lepas ni Riessa tak nak main lagi ngan Zafriel. Dia main jahat…” rengek Ariessa. Namun serentak tawa Puan Sri Khadijah dan Datin Sharifah kedengaran…Itulah trade mark Ariessa selepas dia bergaduh dengan Zafriel, tapi selepas itu, tidak sampai dua hari, merengek-rengek anak gadis itu hendak pergi ke rumah Zafriel. Nak ajak Zafriel main katanya. Hmmm,budak-budak…rajuk mereka hanya sekejap jea…..

“Zafriel……….” Panggilan Puan Sri Khadijah mematikan lamunannya.
“Ermmmm…” Zafriel membetulkan posisi badannya. Malu apabila disapa oleh mamanya. Sempat lagi dia mengelamun. Dilihat mamanya hanya tersenyum. Senyuman penuh perlian…
“Anak mama ni tengah teringatkan awek ke? Dah banyak kali mama panggil…” usik Puan Sri Khadijah. Saat itu hatinya berdengup hebat. Janganlah serkap jarangnya mengena…punah harapannya macam tu….
Zafriel menggaru-garukam kepalanya yang tidak gatal! Kantoi…depan mamanya.
“Eh…!Takdelah….Sapalah yang nak pada anak mama ni. Dahlah menggangur…hensem pulak tu…..” seloroh Zafriel. Sengaja ingin melarikan diri dari ditanya oleh mamanya tentang kembaranya ke alam kayangan sebentar tadi… Tercetus tawa Puan Sri Khadijah. Anaknya itu memang pandai menceriakan suasana…..Lega hatinya.
“Mama tanya apa kat Zafriel tadi? Lupa pulak Zafriel…” katanya sambil tersengih. Menampakkan barisan giginya yang tersusun putih. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Mampu memikat gadis yang memandang. Puan Sri Sharifah hanya mampu tersenyum Kuat betuk anaknya itu berangan. Entah apalah yang difikirkan oleh anaknya itu. Nak dikatakan masalah kerja, pejabat pun belum dijenguk oleh Zafriel….takkan pasal teman wanita..?!! Ya Allah…mintaklah dijauhkan, doanya dalam hati…
“Pasal mama Sherry dan papa Iqbal…Mereka ada tanya, bila Zafriel nak datang rumah? Dah lama tak jumpa dengan Zafriel, rindu agaknya mereka tu, hari tu jumpa kejap jea kat air port…..” jawab Puan Sri Khadijah. Penuh dengan pengertian yang tersirat.
“Ooooh.., memang Zafriel ada terniat nak pergi jumpa mama dan papa kat sana. Cuma belum sempat lagilah ma….”.balas Zafriel sambil mengubah posisi badannya. Bagi Zafriel, papa Iqbal dan mama Sherry sentiasa di ingatannya, termasuklah “dia”.
“Apa khabar agaknya mama dan papa tu sejarang ya.. Harii tu Nampak sihat jea” ujarnya.
“Sihat..tambahan pulak sekarang ni, makin bertambahlah sihat mereka tu sejak Zafriel balik…..”, balas Puan Sri Khadijah. Meleret senyumannya saat itu. Kata-katanya mamanya itu sedikit sebanyak mengundang rasa gundah di hati Zafriel. Hairan kerana mamanya suka sangat cakap berkias-kias….
“Khabar “minah tomboy”, Zafriel tak nak tanya ke…? sampuk Puan Sri Khadijah. Terluah ketawa Zafriel, malu pun ada…ahh, zaman budak-budak. Manalah tahu apa-apa pun….
“Ishh…mama ni…” malu-malu Zafriel menyampuk kata mamanya itu. Mahu tergelak Puan Sri Khadijah melihat reaksi anak terunanya itu. Takkanlah malu kot…????
“Ariessa ada jugak tanya tentang khabar “Nasi Kandar” kat mama….”, nampaknya Puan Sri Khadijah masih mahu berseloroh dengan anaknya itu. Sengaja berbohong, padahal Ariessa tidak pernah pun bertanya perihal Zafriel, tambahan pulak selepas masing-masing terpisah melanjutkan pelajaran. Zafriel ke London, manakala Ariessa ke Australia.
“Sekarang ni Ariessa dah tak jadi tomboy dah…!!! Makin cantik dia sekarang…siapa yang tengok, pasti berkenan nak dibuat menantu..Kan hari tu dah tengok”, sengaja Puan Sri Khadijah menekan suaranya agar jelas kedengaran di telinga Zafriel. Zafriel mula tidak senang duduk. Mama ni macam ada apa-apa jea...duga Zafriel sendiri...

2 comments:

  1. ngeeee...
    mama zafriel da cucok jarom da....
    heheehhe..
    ske2...
    smbung2....
    besh bangat....

    ReplyDelete
  2. fuhh..
    memang dahsyat diorang gaduh ya..
    seram saya bace..
    siap berguling atas tanah lagi...
    kah kah kah...

    ReplyDelete