Tuesday, January 6, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 1




“Ah, kacau betullah!” rengusnya geram. Bunyi jam loceng itu betul-betul mengganggu tidurnya. Lepas solat subuh pagi tadi, Ariessa menyambung kembali lenanya. Rasa mengantuk masih ada.Nasib baik hari cuti. Semalaman dia tidak tidur, menyiapkan lakaran pelan perumahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Tidak sempat dia “berbulan madu” walau sekejap selepas menamatkan pengajiaannya di Universiti Auckland. Mana tidaknya, papanya Dato’ Iqbal terus “menitahkan” dia untuk terus bekerja di syarikat milik keluarga mereka. Apalah nasibnya…kawan-kawannya yang lain masih lagi berseronok “tanam buah anggur”. Pernah juga dia menyuarakan hasrat mengajak kawan-kawan rapatnya semasa di Universiti Auckland untuk bekerja di sayarikat papanya, tapi pantas mereka memberi alasan untuk rehat dulu, lepaskan tension selepas penat belajar.

Ah, penat apanya! Bukannya dia tak tahu yang mereka semua tu bukannya boleh dikira sebagai “rajin”, Cuma dia seorang jea yang yang melepasi CGPA First Class. Entahlah dia sendiri hairan bagaimana mereka semua boleh berkawan rapat, padahal perangai mereka semua bagai langit dengan bumi!Perasaan malas masih lagi menguasai diri Ariessa, tetapi dipaksakan dirinya untuk bangun, nanti silap haribulan, berlubang telinga ditembak leteran mamanya. Anak dara mana elok bangun lewat. Rezeki susah nak masuk kalau tidur lepas solat Subuh. Memang mamanya tak ubah macam Ustazah Bahiyah, mungkin lebih dari Ustazah Bahiyah kot? Kalau bab bagi ceramah, memang mamanya itu ada bakat, papanya sendiri pun angkat tangan, mengaku kalah. Yalah, sejak mamanya mengikuti usrah di surau yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka, mamanya telah banyak berubah. Kalau dulu, mamanya suka mengahabiskan masanya dengan berpersatuan, melepak di salon kecantikan. Tapi sekarang, aktiviti mamanya lebih tertumpu kepada aktiviti kebajikan dan keagamaan. Baguslah macam tu, papanya pun senang dengan aktiviti baru mamanya itu!

“Arghh, malasnya…..” rungut Ariessa. Semalam dia telah diberi amaran oleh papa dan mamanya supaya mengikut mereka ke airport! Entah apalah yang handak dibuat di sana, takkan nak makan angin? Biar betul mama dan papanya itu! Nak kata sambut saudara-mara yang datang bertandang, mana mungkin! Sebab adik beradik papa dan mamanya tinggal berdekatan dengan mereka! Ditanya tidak dijawab, macamlah rahsia besar sangat!Tapi dia memang terperasankan sesuatu, beberapa hari sebelum itu, papa dan mamanya seakan-akan meyimpan sesuatu daripada pengetahuannya! Jangan buat yang bukan-bukan sudahlah. Sambil melangkah ke bilik air, Ariessa masih sempat menyanyi kecil.

Bukanlah aku sengaja…
Melindungi rasa di jiwa..
Namun bimbang diri kan terleka,
Hnayut dibuai angan dan mimpi hingga terabai segala cita,
Sedang khayalan tak menjanjikan,
Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran…..
Apakah mungkin engakau mengerti…
Setiap cinta yang dilafazkan..
Bukanlah sekadar mainan…
Tetapi sebuah janji…..

Memang sudah menjadi tabiatnya, menyanyi semasa mandi. Mamanya memang pantang dengar bila dia nyanyi masa mandi,tapi apa boleh buat, sudah menjadi tabiatnya sejak kecil, hinggakan dia selalu diejek-ejek. Sakit hati betul dia masa itu. Alah! Kalau suara tu dah macam adik-beradik katak, janganlah perasan nak jadi penyanyi! Selalu sahaja kata-kata seperti itu diucapkan untuk menyakitkan hatinya!Huh..dengkilah tu, suara sebijik macam setan gurun! Bencinya…!!!

Ah, buat apa dikenang zaman kanak-kanak….Keluar sahaja dari bilik mandi, Ariessa sempat menjenguk handphonenya. Dua mesej, entah dari siapalah agaknya, fikir Ariessa. Namun mesej itu hanya dipandang sepi, tiada mood untuk membacanya. Tambahan pula dia terpaksa rela mengikut mama dan papanya “holiday” ke airport. Dengan badannya yang hanya berbalutka tuala, sempat Ariessa menayangkan bodynya di hadapan cermin. Lagaknya macam model professional.Ariessa meneliti keadaan badannya, melihat jika ada sebarang cacat cela. Syukur, kerana dia dikurniakan bentuk badan yang sihat dan cantik! Mungkin ini tabiatnya yang tidak diketanui oleh sesiapa pun, bahkan mamanya. Dia akan hanya bertuala sahaja di dalam biliknya selepas mandi lebih kurang sejam sambil berbaring di atas comfarternya yang dihampar mengadap balkoni biliknya sambil menikmati udara yang segar di waktu pagi sambil matanya meliar memerhatikan kawasan bukit bukau yang saujana mata memandang. Baginya itu adalah salah satu cara merehatkan minda dan badannya jika dia dalam keadaan tertekan.

1 comment: