Thursday, January 22, 2009

KERANA WASIAT...part 9

Batrisya menarik nafas panjang sebelum tangannya perlahan-lahan membuka tombol pintu biliknya. Mintak-mintaklah Haikal menyambung tidurnya. Pinta Batrisya dalam hati, kalau tak..entah apalah perdebatan yang akan berlangsung di antara mereka berdua nanti!
Dijengukkan kepalanya perlahan-laahn ke dalam bilik. Macam pencuri lagaknya. Kelihatan Haikal sedang berbaring di atas katilnya sambil menyambung kembali komik Doraemon yang dibacanya malam tadi! Ada apa dengan komik tu? Tapi, satu sikap Haikal yang dia tahu. Lelaki itu jenis suka membaca! Bagus! Patutlah lelaki itu pandai bercakap dan mengata orang memang kepakaran dia!Huh….!!!!!
Batrisya berpura-pura macam biasa. Ibarat lelaki itu tidak ada di dalam bilik bersamanya. Tak tahu nak keluar dari bilik orang ke? Huh..muka tak malu! Bisik Ariessa namun tidak disuarakan…nanti tak pasal-pasal, berdentum letupan peluru dan meriam!
Laju langkahnya menuju ke meja solek tanpa menyedari tindakannya itu diperhatikan oleh Haikal. Sejak tombol pintu bilik itu dibuka, sudah diagak pasti Batrisya! Tak logic kalau orang lain. Macamlah aku tak tengok lagak dia macam penyamun tarbus nak masuk bilik! Sempat lagi Haikal mengumpat isterinya itu.
Batrisya membuka ikatan rambutnya yang diikat kemas itu. Diambil sikat rambut dan perlahan-lahan dia menyikat rambutnya sambil bernyanyi kecil. Kalau Haikal kutuk dia nyanyi tak sedap, tahulah nasib lelaki itu! Tekad Batrisya!
Haikal yang memandang hanya mampu menelan air liur. Kenapalah perempuan itu menyisir rambutnya di depan dia? Adoii..susahnya hendak menahan gelora perasaan! Keinginannya datang bertandang tanpa diundang! Namun,disabarkan hatinya….jangan! Nanti dia juga yang malu sendiri! Walaupun Batrisya itu adalah haknya tetapi, takkanlah dia hendak menjilat ludah balik? Lagipun dia yang beria-ia mewujudkan undang-undang dan syarat sebelum mereka berkahwin!
Selesai sahaja menyiikat rambutnya, Batrisya berlalu ke bilik air. Lama dia di dalam. Kemudian dia keluar dan terus berlalu ke alamari pakaian. Entah apa yang dicarinya, Haikal langsung tidak tahu. Dan ekor matanya masih galak memerhati tingkah laku Batrisya. Selamba sahaja perempuan itu…seolah-oleh tidak menyedari kehadirannya di dalam bilik itu.
Selesai menyelongkar almari pakaian, Batrisya berlali semula ke meja solek! Haikal yang melihatnya menjadi hairan! Pelik betul perangai isterinya itu pagi-pagi! Kena sampuk agaknya…
“Tak letih ke awak berkawat pagi-pagi ni…????” tegur Haikal. Batrisya diam, malas dia hendak menjawab!
“Pening kepala saya tengok?” Haikal menyambung katanya. Batrisya diam lagi. Tangannya ligat menyapu krim ke muka. Bukannya dia tidak dengar kata-kata Haikal, tetapi dia sengaja buat pekak badak! Padan muka! Biar suaminya itu cakap sorang-sorang! Hahahaha….
“Hmmm…ada jgak sepsis manusia macam ni ya…??!!!” Berdesing telinga Batrisya mendengarnya. Mukanya dipalingkan kea rah Haikal.
“Apa awak cakap? Sedap mulut jea mengata orang! Awak ingat, awak tu spesis baik sangat ke..?? Huhh…!!!!!!!!!”
“La..ada suara pun, ingatkan dah bisu!” sampuk Haikal.
“Eii..geramnya dengan awak ni…!!!!” jerit Batrisya dengan nada yang agak perlahan. Kalau tidak disabarkan hatinya, mahu Haikal itu ditendang keluar dari bilik! Dahlah tadi sudah kena sindir dengan along. Masuk bilik pulak terpaksa mengadap muka jembalang tanah ni…Tensionnya!!!!!
“Eeiii..geramnya…!!!Hahahahaha…” Haikal seakan-akan mengejek kata-kata Batrisya. Berombak memarahan gadis itu.
“Nasib baiklah saya ni jenis manusia baik..kalau tak, dah lama saya sula mulut awak tu..!!!!” Sekilas Batrisya menjeling kea rah suaminya yang asyik bergelak ketawa di atas katil.
“Mak oi..garangnya….!! Takut saya…..!!!!” sampuk Haikal. Mimik mukanya dibuat seakan-akan berada di di dalam ketakutan. Semakin menggunung kemarahan Batrisya terhadap Haikal dan tanpa disedari spontan tangannya melemparkan botol krim pelembap kea rah Haikal. Tepat mengena dahinya!
“Aduh…!!!!!!”
Alamak…!!!!!!! Batrisya menggigit jarinya. Dia betul-betul terkejut! Haikal kelihatan sedang menahan kepedihan di dahinya. Berbonjol kemerahan dahinya. Kakinya pantas bergerak kea rah Haikal…..
“Awak ni dah gila ke?!!!!” jerit Haikal. Niat Batrisy untuk menolong terbantut apabila disembur sebegitu!
“La…bukannya saya sengaja….!!!” Selamba Batrisya menjawab! Dalam hatinya bersorak gembira. Padan muka Haikal!
“Sakit..!!!! Tau tak…!!!!!” Amarah Haikal semakin menggunung. Tajam anak matanya memandang isterinya. Sudahlah buat muka tak bersalah…eeiii,memang nak kena!
“Alah..bukan teruk pun…”
“Tak teruk..???? Ambik botol tu, biar saya lempar kat awak pulak…!!!! Biar awak rasa….” Mahu tergelak Batrisya mendengar kata-kata suaminya itu. Huh..manja..!!!!! Itupun kan berkira……
“Kan saya dah kata, saya tak sengaja. Jadi awak tak boleh salahkan saya….!!!”
“Senangnya awak cakap……”
“Yalah..dah saya guna mulut saya, bukan mulut awak……” Batrisya terus-menerus menjawab! Ini Batrisya la…pakar auta antarabangsa…!!!!!
“Eeeiii…awak ni! Nasib baiklah awak ni perempuan, kalau tak……..”
“Alah..sikt jea tu! Bukan kena operate kat hospital pun……semut gigit lagi sakit la….” Kaki Batrisya dihalakan semula kea rah meja solek! Membiarkan Haikal melayan kesakitannya sendiri. Lucu melihat gelagat lelaki itu. Berkerut-kerut menggosok dahinya yang kelihatan agak sedikit benjol!
“Itulah balasan mengata orang……..” seketika kemudian suara Batrisya berbunyi! Namun mukanya tetap dihalakan ke arah meja solek! Kembali menyapu krim di mukanya…..
“Batrisya……..!!!!!!!” Haikal menjerit geram, namun hanya berkumandang di hatinya! Memang teruk betul isterinya itu. Bukannya hendak mintak maaf! Boleh pulak dia buat selamba jea…????Takpe, siaplah dia lepas ni…!!!!!

5 comments:

  1. hahahhaaa..
    lwak2..
    bley lak sling mengutok laki bini...
    ske2..
    sambung2...

    ReplyDelete
  2. mak aihh.. main baling2 lak..
    ganas bebeno! sabo je la.. huhuu..

    "Huh..muka tak malu! Bisik Ariessa namun tidak disuarakan…"
    dah terbalik2 dah nama watak dia ni..
    hehehe..
    tp xpe.. benda kecik je tu..
    sambung lagi tau! =)

    ReplyDelete
  3. ngee..

    so sweet cite nie..
    takat kne kawin pkse mmg koman now..sume cite kne kawin pkse..
    tp bb laki bini saling kutuk nie,mmg lawak..
    xpnh bc lg..biase either 1 je yg keras..

    anyway..pnjg sgt lak kumen ek..
    sbnrnyer juz nk kte..
    cpt arr smbg.!!
    ;)

    ReplyDelete
  4. Asal cita dia campur campur page,😌

    ReplyDelete