Saturday, January 24, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 49


“Riessa macam mana mama? Hanya itu yang terkeluar dari mulut Zafriel apabila kakinya mula melangkah masuk ke rumah mertuanya. Dilihat Datin Shariafh sudah mula menangis teresak-esak di sofa. Bimbangnya bukan kepalang.
“Mama tak tahu. Dia belum balik lagi. Handphone dia pun tak diangkat! Mama risau….” Makin kuat tangisan mama mertuanya itu. Zafriel sendiri bingung. Kenapa isterinya belum pulang ke rumah? Adakah sesuatu telah menimpa isterinya itu? Serasanya tadi, isterinya nampak baik-baik sahaja di pejabat. Tidak Nampak pula sesuatu yang pelik pada isterinya itu? Tapi dia terperasan yang Ariessa suka termenung! Macam ada masalah nampaknya……..
“Zafriel..macam mana ni?
“Papa mana mama?” Tanya Zafriel apabila kelibat papa mertuanya tidak kelihatan.
“Papa kamu keluar tadi. Dia kata nak minta kawannya tolong carikan Ariessa. Mama pun tak tahu kat mana dia jumpa kawannya tu..”
Zafriel mundar mandir di ruang tamu rumah itu. Pukul 9.00 tadi dia dikejutkan dengan panggilan mama mertuanya yang bertanyakan tentang Ariessa. Adakah Ariessa berada di situ dan dia memang terkejut bukan kepalang apabila diberitahu yang isterinya itu belum sampai ke rumah. Ke mana agaknya wanita itu pergi? Tidak logic kalau wanita itu berada di pejabat kerana semua staff sudah pulang sewaktu dia keluar dari biliknya dan kereta Ariessa juga tidak kelihatan di tempat parking! Memang sah isterinya itu sudah pulang dari pejabat, tetapi ke mana dia pergi?
Rasa menyesal mula bertandang dalam hati. Sudah beberapa hari dia tidak bertegur sapa dengan isterinya. Sibuk dengan kerja! Tambahan pulak bila papa mertuanya membuat keputusan untuk menyerahkan segala urusan syarikat kepadanya. Kalau mereka bersembang pun tak lama. Selepas itu, masing-masing sibuk dengan urusan kerja!
Jangan..jangan….Argh…fikiran jahat mula menghasut minda Zafriel! Entah-entah Ariessa kena culik! Ahh..tak mungkin! Kes kereta isterinya itu diekori hanya sekali sahaja. Itupun selepas kejadian itu, dia mengupah bodyguard untuk menjaga keselamatan isterinya itu. Itupun bertahan selama 3 bulan. Ariessa minta dia supaya dia tidak dijaga lagi dan Zafriel hanya mengikut sahaja. Saat itu betapa menyesalnya dia kerana mengikut cakap isterinya itu. Kalau tak…pasti segala gerak-geri isterinya itu diketahui!
“Kita buat report polis ya Zafriel?” pinta Datin Sharifah. Mematikan khayalan Zafriel. Penuh mengharap. Esak tangisnya mula reda. Tidak mahu mengusutkan lagi keadaan yang sedang gawat itu.
“Tak ada faedahnya mama. Riesa tak pulang ke rumah tak sampai 24 jam lagi. Polis takkan terima…”
Zafriel mula hilang punca. Riessa pergi mana sayang? Please…jangan buat abang bimbang macam ni...,hati Zafriel mula merintih sayu mengenangkan isterinya yang entah berada di mana. Sedang dia mundar mandir di ruang tamu itu, handphonenya tiba-tiba berbunyi. Berdebar hatinya sewaktu isyarat mesej itu hendak dibukanya.
Zafriel terpaku buat seketika. Ya ALLAH…!!!!! Lemah longlai badanya tika itu.
"Ariessa........!!!!!!!!!!!!!"

3 comments:

  1. ape yg da jadi kat ariessa???
    cepat la smbung...
    xsbar nie....

    ReplyDelete
  2. adus suspennya...
    pe jdik kat riessa???
    cpat2 smbng tau writer...

    ReplyDelete
  3. alamak..
    suspen gle..
    arisa kne culik ke??
    nth2 xcident x???
    xpown..
    ngee..
    cpt2 arr smbg..

    ReplyDelete