Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 19

“Tak patut awak cakap macam tu depan Zafriel….” jawab Tan Sri Adnan, sambil mengeleng kesal….
……………………………………………………………………………………………………….............
Arghhhhhhh……..
Zafriel melepaskan rasa hatinya yang berserabut! Bingung memikirkan ke manakah Ariessa menghilang. Namun dia yakin bahawa, Ariessa sekadar menenangkan dirinya di rumah kawan-kawannya, seperti kata mama mertua tadi. Tapi, bukan itu yang merusuhkan hatinya..tetapi kata-kata yang lahir dari mulut mamanya.
“…….Zafriel setuju kahwin dengan Ariessa pun sebab Zafriel tak sanggup tengok Riessa bersedih dengan keadaan papa Iqbal kan…?!”,
Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata mamanya itu. Itulah yang menyebabkan dia rasa sangat terkilan. Zafriel cintakan Ariessa…!!!! Itulah yang dia ingin luahkan tetapi, entah kenapa suaranya tersekat di kerongkong….Zafriel cintakan Ariessa….,lirihnya sayu…dan beberapa titis air matanya gugur. Roboh benteng keegoan seorang lelaki....
“Ariessa..abang cintakan Ariessa…..!!!!” laungnya. Biar alam menjadi saksi, betapa kasihnya dia terhadap seorang wanita yang telah bergelar isterinya, Ariessa…Maafkan abang jika abang khilaf kerana menyintai Riessa, sayang……tapi percayalah selama ini hanya Riessa yang bertahta di hati abang……
………………………………………………………………………………………………………
“Riessa, boleh aku cakap sikit?”. Shiela melabuhkan punggungnya di sisi Ariessa yang sedang ralit menonton TV. Entah apa yang menariknya, sedari tadi dia asyik mendengar suara Ariessa ketawa….tapi mungkin itu merupakan suatu petanda yang emosi Ariessa sudah stabil….
Ariessa memberikan sedikit ruang kepada sahabatnya itu. Tumpuannya masih lagi melekat kearah televisyen. Malas hendak ambil kisah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Shiela, kerana dia tahu. Sejak hari dia menceritakan perkara yang telah menimpanya itu, Shiela tidak habis-habis membebel padanya supaya balik ke rumah dan selesaikan masalahnya itu baik-baik…..
“Riessa..kau dengar tak ni? Sampai bila kau nak jadi macam ni…?! Satu hal pun kau tak ambik kisah, pejabat kau tak pergi. Aku risau tengok keadaan kau macam ni…Aku rasa baik kau balik…selesaikan masalah kau tu elok-elok! Takkan kau nak macam ni seumur hidup kau..? Selama mana sangat kau boleh lari dari keluarga kau? Selama mana sangat kau boleh lari dari suami kau tu….?” pujuk Shiela. Namun kata-katanya itu hanya menyakitkan hatinya sendiri. Ariessa langsung tidak ambil kisah. Malah lebih berminat menonton televisyen….
Shiela pantas mencapai remote di tangan Ariessa. Segera dipadamkan televisyen tersebut. Geram dengan perangai Ariessa. Makin menjadi-jadi degilnya sekarang….
“Kau ni kenapa….sibuk masuk campur hal aku…?!!!” jerkah Ariessa. Merah padam mukanya saat itu. Direnung wajah Shiela yang nampak turut sama naik angin.
“Kau kata aku menyibuk hal kau..? Habis tu yang kau datang merayu kat aku! Luahkan masalah kau kat aku..apa namanya tu….? Bukan namanya menyusahkan aku jugak? Naik pening kepala aku fikirkan hal kau ni….?” Balas Shiela, cuba mengawal amarahnya terhadap Ariessa. Rasa terkilan kerana selama ini Ariessa hnya menganggap dia cuba menyibuknya. Padahal apa yang terlintas di hatinya itu adalah sekadar untuk memujuk Ariessa menyelesaikan masalahnya elok-elok! Sampainya hati kau kata aku macam tu, Riessa…..
“Err..aku mintak maaf Shiela..Aku betul-betul tak berniat nak sakitkan hati kau….”, balas Ariessa, mengenangkan butir bicaranya yang agak melampau itu. Shiela hanya mendiamkan diri…
“Shiela…aku betul-betul mintak maaf. Hanya kaulah kawan yang aku ada untuk mengadu….aku tak sengaja cakap macam tu….”. Air mata Ariessa sudah mengalir keluar. Dipeluk Shiela yang masih membatukan diri di sofa. Tika itu dia turut terdengar esakan Shiela….
“Aku bukan nak menyibuk hal kau! Aku sayang kau..macam adik-beradik aku…Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau….”, sayu suara Shiela saat itu. Ariessa terkedu, begitu sekali kasih Shiela padanya…Maafkan aku kawan….makin laju air matanya merembes keluar. Agak lama mereka berpelukan…melepaskan tangisan yang terpendam di hati masing-masing…
“Hmmm…dah lama kita menangis.Apa kata kita simpan air mata kita untuk lain kali pulak..ok?, kata Shiela…Mahu tergelak Ariessa mendengar kata sahabatnya itu. Aku janji, aku takkan sakiti hati kau lagi, Shiela…..bisik Areiessa.
“Ok…sekarang kau beritahu aku, apa yang kau nak buat sekarang….?”, tanya Shiela. Ariessa menghela nafas panjang. Dia sendiri bingung sebenarnya…
“Entahlah Shiela…aku pun tak tahu. Aku sendiri tak pasti kenapa aku marah sangat pada si Zafriel tu…..mungkin sebab dia….”
Argh…Ariessa mati akal, apalah yang dia hendak katakan sebenarnya!
“Sebab dia apa…? Ada sesuatu yang berlaku antara kau dan dia yang aku tak tahu ke….? Atau pun dia dah meng “ehemm-ehemm” kan kau…..” usik Shiela.
“Woii…kurang asam jawalah kau ni…!!! Ada ke patut kau cakap macam tu…Aku ni masih anak dara lagi tau….” balas Ariessa. Dicubit paha kanan sahabatnya itu. Merah mukanya menahan malu….manakala Shiela pula merah muka menahan rasa sakit! Hah..seri satu sama….
“Sakitlah….cubit sikit-sikit sudahlah! Tapi kan manalah tahu…orang dah kahwin, mana nak tahan..walaupun di hati tak berkenan….” selamba Shiela membalas kata-kata Ariessa. Ketawanya bergema lagi….
“Kalau kau cakap lagi….aku sumbat TV tu dalam mulut kau…” ugut Ariessa. Tajam matanya memandang Shiela. Saling tak tumpah dengan perangai Zafriel, suka sangat menyakitkan hatinya….Bilalah hidupnya nak aman dari gangguan pengacau yang tidak diundang dalam hidupnya? Shiela terdiam…kata-kata Ariessa bukannya boleh dibuat main-main! Kalau betul disumbat TV tu dalam mulutnya…alamaknya, mengandung tak bersalinlah dia! Haru-biru jadinya…..
“Alah kau ni..aku usik sikit jea, dah nak marah! Coollah beb!”
“Aku panas hati tau tak..Perangai kau ni sebijik macam perangai “Nasi Kandar” tu. Suka sangat usik aku. Dari aku kecik, hinggalah sekarang…dia selalu kacau aku. Tak sampai 24 jam aku kahwin dengan dia…argh…,tak tahan aku dengan gangguan dia tu….”
“Tak tahan gangguan ke tak tahan godaan….? Mesti dia hensem kan? Body tough! Dahlah belajar kat oversea, anak Tan Sri pulak tu, bakal pewaris syarikat korprat ternama…calang-calang orang tu…Beruntungnya kau Riessa..kalaulah aku dapat dia…bahagianya hidup! Mesti dia jadi kegilaan ramai wanita kan? Hmmm…tapi apalah malangnya nasib “abang hensem” aku tu…rela dalam terpaksa kahwin dengan kau….!!!” sindir Shiela…sengaja mahu tengok reaksi Ariessa.
“Weh….!!Kau ni melebih-lebih pulak…!” sampuk Ariessa. Dia mula tidak senang duduk dengan ayat terakhir sahabatnya itu. “Rela dalam terpaksa….”. Memang kalau difikirkan balik…memang dia yang menyebabkan Zafriel terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengannya…tapi kalaulah difikirkan secara logik…Zafriel kahwin dengan dia pun sebab terpaksa, tetapi kenapa kelakuan Zafriel macam…..ah, malas dia hendak fikir pasal hal itu….
“Aku bukannya apa Riessa…cuma kesiankan suami kau tu…Walaupun aku tak kenal dia, tapi aku dapat rasakan dia adalah seorang lelaki yang baik! Kalau tidak, masakan dia sanggup setuju untuk kahwin dengan kau semata-mata tak sanggup tengok kau bersedih dan rasa bersalah dengan keadaan papa kau dan demi kebahagiaan keluarga kamu berdua….atau pun dia memang cintakan kau, manalah tahu…dari kecik kau korang berdua kan dah kenal...”, balas Shiela. Dipandang wajah Ariessa, gadis itu seakan-akan memikirkan sesuatu…
“Takde faedahnya dia sukakan aku…selalu jea buat aku sakit hati! Suka apa namanya tu….?” Ariessa cuba menafikan pendapat Shiela. Mustahil Zafriel ada menyimpan perasaan padanya selama ini…lagi pun sejak dari kecil, mereka selalu jea bergaduh, bila masing-masing dah dewasa, langsung tak pernah berjumpa dan.....Natasha..!!! Selama-lamanya Ariessa tidak akan lupakan nama itu dalam kamus hidupnya….
“Itu tandanya dia nak cari perhatian kau…mungkin selama ni dia pendamkan saja perasaan dia tu..biasalah orang lelaki, ego menongkat langit! Bila dah terngadah, baru nak sedar…! Takkanlah kau tak boleh baca reaksi dia bila dia dekat dengan kau….
“Ehh....sejak bila pulak kau jadi doctor cinta ni….? Pandai-pandai jea buat hipotesis sendiri…”, sampuk Ariessa. Meledak ketawa Shiela…Ariessa..Ariessa, rupa-rupanya dia masih mentah dalam bab-bab macam ni…
“Patutlah satu pun tak lekat dengan kau…agaknya kau tak faham bahasa isyarat diorang!”
“Kau melalut ke mana pulak? Apa kaitannya bahasa isyarat orang bisu dengan aku? Sempoi betullah kau ni…”
“ Tulah….kalau aku cakap kau ni cerdik sikit dari Pak Pandir kau marah…Aku bukannya maksudkan bahasa isyarat orang bisu…kalau yang tu, buat apa? Yang aku maksudkan ialah isyarat cinta orang lelaki dan orang perempuan ni lain. Lidah orang lelaki ni adalah lidah yang paling liat dan susah sekali nak ungkapkan rasa sayang, rasa cinta…tak macam orang perempuan. Tapi orang lelaki ni…kita boleh faham isyarat bahasa cinta mereka melalui kata-kata, perbuatan..layanan mereka pada kita…perhatian mereka…atau pun apa-apa hal yang berkaitan dengan kita dan sewaktu dengannnya..mereka pasti akan ambil tahu dan ambil kisah! Itu tandanya yang seseorang wamita itu amat istimewa di hati mereka…!!! Ada faham, cik Riana Ariessa….? Tapi itu untuk sesetengah lelaki jea…sebab kalau lelaki yang dari spesis buaya tembaga dan cap palyboy…,mereka main rembat jea…yang penting semua boleh sapu!” Bersemangat Shiela, terlopong Ariessa memandangnya….
“Fuh…memang mantaplah kau ni Shiela…tabik aku! Sepuluh bintang aku bagi…Eh, mana kau tahu semua ni….? Dalam Business Management..takde pulak aku jumpa….?” Sakat Ariessa.
“See the leg la…ni Shiela lah…!!! Walaupun otak aku memang berkarat dalam bab belajar, tapi dalam bab-bab macam ni…I’m the top!!! Sesekali, kenalah baca jugak buku lain, untuk tambahkan pengalaman.Tak macam kau ni..aku tahulah yang kau ni bakal jadi “bos besar” dalam syarikat papa kau tu…tapi tak semestinya seumur hidup kau ni, kena asyik mengadap buku Business Management jea…..” Ariessa mendengus geram. Sempat lagi Shiela mengenakannya secara baik…..
Tapi memang dia akui kata-kata Shiela itu….Selama ini dia lebih pentingkan pelajaran sahaja, tanpa mempedulikan perkara-perkara yang lain. Hal cinta jauh sekali…baginya cinta akan datang sendiri bila tiba masanya…tapi sebelum masa itu tiba, dia hendak mencapai segala impiannya terlebih dahulu…sebab itu dia langsung tidak ambil peduli tentang hal-hal yang melibatkan cinta walaupun dia tahu, bukan seorang dua yang pernah berusaha menagih cintanya…..namun dia hanya membiarkan sahaja….kerana baginya, cinta adalah anugerah-Nya yang paling berharga!
“ Habis kau nak buat apa sekarang ni? Takkan kau nak duduk jea kat sini? Menghabiskan nasi lauk kat rumah aku…?”
“Sampai hati kau cakap macam tu..bunyinya macam nak menghalau jea…..”
“A’ha..memang pun aku nak menghalau kau balik ke rumah kau…Aku ni dikira bersubahat, kau tau tak…? Berkali-kali mama kau call, tetapi aku bohong kata tak tahu kau kat mana…padahal muka kau tersengih depan aku….Kau tak kesiankan mama dan papa kau ke? Papa kau dah pun keluar hospital., aku takut dia masuk hospital sekali lagi sebab bimbangkan keadaan kau…masa tu, tak guna lagi kau menyesal kalau berlaku apa-apa pada papa kau…..”.
“Lagi satu aku nak beritahu kau…apa yang suami kau Zafriel buat tu tak salah, cuma kau saja yang tak dapat nak terima….baliklah, jangan jadi isteri derhaka....Zafriel suami kau…ingat tu..!!!”tegas sekali nada suara Shiela. Ariessa hanya menekur lantai.
“Aku memang nak balik ke rumah aku pun…..Tapi aku nak bagi warning kat kau, kalau kau sebarkan berita yang aku dah kahwin pada kawan kita yang lain..siap kau!!” cepat-cepat Ariessa menyampuk kata-kata Shiela. Mana hendak disorokkan mukanya kalau perihal perkahwinannya diketahui oleh kawan-kawannya yang lain. Dahlah kahwin tiba-tiba, takut jadi bahan umpatan orang…dah berisi sebab tu tergesa-gesa kahwin! Huh..tak ke haru jadinya kalau orang cakap macam tu?!! Dan sebenarnya memang dia dah merancang hendak balik ke rumah….settlekan segala masalahnya. Itulah orang kata, takde masalah….dicari masalah…lastly dia juga yang pening…..
“Tengoklah dulu…..” balas Shiela sambil tersenyum. Kemudian tajam mata Shiela menikam pandangan mata Ariessa…
“Kau cintakan Zafriel……?”
Ah..terkelu lidah Ariessa untuk menjawabnya……………….

2 comments: