Thursday, January 8, 2009

KERANA WASIAT...part 3

SEMINGGU SEBELUM KAHWIN…..
“Haikal, lepas ni kamu pergi jemput Batrisya kat rumah. Tengok baju pengantin. Mama dah telefon kat Puan Harlina, cakap kamu dengan Batrisya datang nak tengok baju kat butik dia. Tapi mama tak decide lagi nak baju warna apa, nanti pandai-pandailah kamu bincang dengan Batrisya ya…and my last warning, jangan pulak kamu berdua bertengkar kat situ..Malu mama nanti..” kata Puan Sri Badriyyah, malah sempat lagi memberi pesan kepada anak terunanya itu.
Namun Haikal hanya diam. Berpura-pura tidak dengar arahan mamanya tadi. Gasaklah nak jadi apa pun dengan majlis kahwin tu! Bukan dia nak pun…Makin ralit dia membelek majalah Times yang dipegangnya sejak tadi. Hari itu dia sengaja mengambil cuti. Rimas duduk kat pejabat…papanya hanya diam sahaja.
Apa tak rimasnya, boleh dikatakan satu bangunan pejabat itu sibuk bercakap pasal majlis kahwinnya. Baru beberapa hari lepas papanya mengumumkan majlis perkahwinannya kepada semua staff. Senyum melebar orang tua itu apabila ahli Lembaga Pengarah mengucapkan tahniah kepadanya. Orang nak dapat menantu baru..!!! Dia pulak…muka tak ubah macam orang mati isteri. Bila diusik, pantas papanya yang menjawab…takut nak jumpa tok kadi. Ada ke patut papanya cakap macam tu? Jatuh sahamnya macam tu…..
“Haikal..!!! Kamu dengar ke tak ni?” mamanya mula berleter. Puan Sri Badriyyah mula geram dengan sikap acuh tidak acuh anak terunanya itu. Makin menjadi perangai degilnya sejak akhir-akhir ini…
“Tak boleh ke kalau pergi asing-asing mama? Suruh jea Batrisya pergi sendiri, pilih baju mana yang dia nak pakai..and Haikal pilih mana baju yang Haikal nak pakai..kan senang? Tak perlu nak pergi sama-sama. Menyusahkan jea…” balas Haikal. Memandang mamanya sambil tersengih. Puan Sri Badriyyah mengetap bibirnya. Geram.
“Kamu jangan nak mengarut Haikal..tak pernah dibuat orang macam tu…Pakai baju bersanding lain-lain…”
“Sebab orang tak buatlah Haikal nak buat mama…jadi pencetus revolusi…” balas Haikal, seronok dia melihat mamanya yang sedang marah. Senyumannya makin dimaniskan untuk tatapan mama kesayangannya itu. Puan Sri Badriyyah tidak jadi menyambung marahnya. Haikal memang pandai memujuk dengan senyumannya. Makin hensem anaknya itu kalau senyum. Namun tiba-tiba dia mengeluh, kenapa dengan Batrisya, Haikal begitu dingin sekali? Langsung hilang senyumannya kalau berdepan dengan Batrisya…. Apalah yang berlaku dengan mereka berdua tu sebenarnya….????
“Pukul 2 petang nanti kamu pergi jemput Batrisya ya…mama dah cakap kat Batrisya” Puan Sri Badriyyah kembali menyambung kata. Namun Haikal senyap lagi…malas hendak mengulas panjang.
Hanya tinggal seminggu sahaja lagi majlis perkahwinan itu akan berlangsung, tapi hubungan Haikal dengan Batrisya tetap dingin. Tidak pernah sekali pun mereka berdua duduk semeja untuk berbincang perkara yang berkaitan dengan majlis mereka itu. Segalanya diserahkan bulat-bulat kepada keluarga mereka untuk menguruskannya.
“Haikal..kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?” gesa Puan Sri Badriyyah. Pantas majalah yang dibelek oleh anaknya itu diambil dari tangannya. Haikal tersentak dengan tindakan mamanya itu.
“Mama ni,,kan Haikal tengah baca majalah tu?” pandangan dihalakan ke arah mamanya
“Kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?”
“Tengoklah macam mana nanti…..”
“Ya Allah budak ni..mama bukan suruh tengok, mama suruh kamu ajak Batrisya pergi butik pengantin tu…..” suara Puan Sri Badriyyah kembali bergema, mahu sahaja dia mengetuk kepala anaknya itu.
“Yalah…yalah…my lovely mom..!!! Puas hati? Balas Haikal. Meleret senyuman di bibir Puan Sri Badriyyah. Perangai Haikal taklah sedegil mana pun….
Haikal tiba-tiba bangkit dari sofa. Mengeliatkan badanya ke kiri kanan, sekadar menghilangkan rasa sengal dan lenguh yang berkumpul di sendi pinggangnya. Lama betul dia duduk di sofa itu.
“Nak ke mana pulak ni?” Tanya Puan Sri Badriyyah. Hairan dengan gelagat Haikal.
“Nak mengurat mak cik Siti kat dapur..Haikal laparlah mama…” balas Haikal. Pecah ketawa Puan Sri Badriyyah. Sempat lagi buat lawak budak bertuah ni…
“Esok orang dari Style Designer nak datang hias bilik pengantin kamu. Mak Ngah suruh kamu datang rumah esok, nak mintak pandangan kamu jugak. Nanti kamu tak berkenan pulak dengan bilik pengantin kamu tu…”
Langkahan kaki Haikal terhenti. Hias bilik pengantin? Geli-gelemen Haikal mendengarnya. Siapa yang nak tidur dalam bilik tu? Dia lebih rela tidur dalam tandas daripada berkongsi bilik dengan gadis itu.
“Alah mama ni, Batrisya kan ada…lantak dialah nak design bilik dia tu macam mana…Takde kaitan dengan Haikal pun…” sampuk Haikal. Langkahan kakinya semakin laju menuju ke arah dapur…
“Budak ni……” kata-kata Puan Sri Badriyyah terhenti. Hilang kata-kata dengan perangai acuh tidak acuh Haikal….

2 comments: