Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 26

Ariessa kelihatan begitu ralit membelek fail-fail yang berlambak di atas mejanya. Rasa marah akibat disindir oleh Zafriel tadi cuba diusir pergi. Tidak habis-habis lelaki itu cuba menyakitkan hatinya! Bilalah “malang” itu akan berlalu pergi dari hidupnya? Ya ALLAH, hanya kepada-Mu aku berserah! Ringankan beban masalah yang aku tanggung ini…,tidak putus-putus Ariessa berdoa. Minta diberikan petunjuk dalam merungkai masalah hidupnya. Bukan sekali dia berfikir, bahkan berkali-kali, namun tiada ditemukan jawapan! Apa sebenarnya masalah di antara dia dengan Zafriel? Adakah disebabkan perkahwinan mereka yang terjadi kerana desakan keluarga dan keadaan? Dan kerana tiada cinta antara mereka? Mungkinkah? Cinta? Tidak pernah “perasaan indah” itu berbunga dalam hatinya. Untuk Zafriel? Jauh sekali, bertunas pun rasanya tak mungkin, apatah lagi untuk kembang mekar dalam taman hatinya! Tidak sama sekali!Dia sudah serik...!!!! Lelaki itu tidak pernah memahami perasaannya, padahal mereka berkawan sejak kecil..!!!
Perutnya mula berbunyi, pagi tadi hanya sedikit sahaja sarapan yang dijamahnya. Semuanya gara-gara mamanya yang mula membuka cerita pasal Zafriel. Ah, Zafriel lagi! Zafriel! Zafriel! Zafriel! Bilalah nama lelaki itu tidak lagi dikaitkan dengannya? Bila? Saat itu hatinya berdetik, bercerai!? Bercerai? Perkataan itu bergema lagi. Tidak mungkin! Kalau itu yang berlaku, pasti luka yang tertoreh akan lebih dalam lagi parahnya! Dan mustahil untuk dia melukakan hati papanya buat kali kedua! Dan untuk kali itu, selama-lamanya dia akan terkurung di dalam sangkar yang dibuat sendiri olehnya!
Jam ditangannya ditoleh sekilas, entah kali berapa jam tangan itu menarik perhatiannya! Baru pukul 11.30 pagi. Masa dirasakan begitu lambat berlalu. Kepedihan di perutnya cuba ditahan, terlupa bahawa dia ada penyakit gastric. Mana boleh dibiarkan perutnya kosong. Argh…sakitnya kembali bertandang, ditekan-tekan perutnya untuk menghilangkan kepedihan. Terasa segala anggota badannya seakan-akan lemah. Matanya dipejamkan. Pil! Diselongkar laci mejanya, namun tidak ada. Baru dia teringat, bekalan ubatnya sudah habis digunakannya semasa berada di hospital, menjaga papanya. Deisebabkan tiada selera untuk makan, habis kesemua pil itu ditelannya. Badannya bersandar lemah pada kerusi. Hendak bangun rasanya dia tidak berdaya! Pedih di perutnya semakin menggeletek, selaju peluh yang merintik di dahinya! Tidak tertanggung rasanya. Rapat-rapat matanya dipejamkan, sekadar menghilangkan kesakitan!
Rasanya agak lama dia dalam keadaan begitu. Namun kemudian sayup-sayap dia terdengar namanya dipanggil, semakin lama panggilan itu semakin kuat memukul gendang telinganya. Suara itu macam dikenali, tapi entahlah, mindanya gagal untuk mengecamnya….

“Ariessa…Ariessa..!” berkali-kali Zafriel memanggil isterinya itu. Namun isterinya langsung tidak bergerak sejak dari tadi. Tidur mati agaknya! Panggilannya juga tidak diangkat! Mungkin masih marah lagi dengannya, fikir Zafriel. Ariessa cuba membuka matanya. Perit!
“Ariessa..!!! semakin kuat panggilan Zafriel. Nyenyaknya dia tidur, mahu bergegar bilik ni aku panggil pun tak dengar, Zafriel berkira-kira sendiri. Rasa geram dengan sikap tidak ambil peduli Ariessa bertandang.
“Ariessa……” panggilnya lagi. Langkah kakinya mula bergerak menghampiri isterinya. Ketika itu dia terkesankan sesuatu, wajah Ariessa Nampak pucat dan berpeluh-peluh. Kenapa agaknya?
“Argh…..” suara Arieesa kedengaran, menahan kesakitan yang kembali menyerangnya. Berkerut-kerut mukanya. Lemah nada suaranya tika itu. Mengalir air matanya. Zafriel kaget! Ariessa?!!
“Kenapa ni?!” tanya Zafriel cemas. Dihampiri isterinya itu yang sedang mengerang kesakitan dengan esak tangisnya yang mula kedengaran. Kenapa dengan isterinya? Tangannya menyentuh tangan Ariessa, sejuk! Ariessa sakitkah? Kebimbangannya semakin bertambah, Ariessa masih lagi mengerang kesakitan di atas kerusinya. Tanpa berlengah, pantas tubuh itu dicempungnya dan dibawa ke sofa, sekadar memberi ruang keselesaan kepada Ariessa dan keadaan Ariessa tetap sama.
“Munirah, bawa air suam ke bilik Cik Ariessa sekarang juga! Cepat!” arah Zafriel melalui intercom. Pantas talian diputuskan dan segera dia bergerak ke arah Ariessa yang sedang berbaring di atas sofa. Tudung yang tersarung di kepala isterinya itu dibuang bagi memberi ruang udara kepadanya. Adakah Ariessa akan memarahinya sekali lagi sepertimana peristiwa bererapa minggu lepas? Ah, malas dia hendak fikirkan! Matanya asyik melihat isterinya itu menekan-nekan perutnya. Gastrik? Ada kemungkinan! Adakah isterinya lupa mengambil sarapan pagi tadi? Tangan Ariessa diusap lembut, di sapu air mata yang mengalir di pipinya. Walaupun tangan Ariessa cuba menepisnya, namun apalah kudratnya jika hendak dibandingkan dengan genggaman tangan Zafriel yang sasa itu.
Munirah masuk ke bilik secara mengejut. Sempat dia melihat kelakuan Zafriel terhadap Ariessa sebelum sempat lelaki itu menarik tangannya setelah menyedari kehadiran Munirah di bilik itu.
“Kenapa dengan Cik Ariessa?” cemas suaranya takkala melihat kedaan bosnya itu. Pantas disuakan air suam itu kepada Zafriel. Sempat dia melihat keadaan Ariessa mengerang kesakitan di atas sofa dan tidak bertudung! Pelik!
“Dia kena gastric agaknya.Takpe, awak boleh keluar sekarang!” arah Zafriel. Sedikit pun wajah Munirah tidak dipandang, matanya hanya tertumpu pada Ariessa. Walaupun begitu, dia sedikit terkesan, pandangan penuh curiga di wajah setiausaha isterinya itu. Munirah pantas berlalu pergi dari situ. Hatinya cuba mengusir pergi perasaan kurang enak yang bertandang di dalam hatinya.
“Munirah, saya rasa awak tahu apa yang patut awak buat kan?” kata-kata Zafriel penuh dengan pengertian yang tersirat. Munirah pantas mengangguk segera mengerti arahan bosnya itu. Jangan pecah diperut atau pun di mulut! Namun belum sempat dia memulas tombol pintu bilik Ariessa, suara Zafriel kedengaran lagi.
“She’s my wife!” begitu jelas kata-kata yang keluar dari mulut Zafriel, walaupun suaranya agak perlahan. Terpampam Munirah seketika. Isteri? Sukar dia hendak percaya, tetapi mendengarkan kata-kata yang diucapkan dengan penuh keyakinan serta kelakuan Zafriel yang dilihatnya sebentar tadi, hatinya bagai mengiyakan! Tiada lagi rasa curiga yang bertandang dihatinya.
“Don’t worry En. Zafriel! Saya akan simpan rahsia ni. En. Zafriel boleh percayakan saya! Promise!” balas Munirah,secalit senyuman terukir di bibirnya, walau pun dia bagaikan bermimpi mendengar pengakuan bosnya itu.
“Kunci pintu tu dan jangan bagi sesiapa masuk!” pinta Zafriel sebelum kelibat Munirah menghilang di balik pintu.
Maafkan abang, abang terpaksa melakukannya. Harap Ariessa akan faham”, bisik Zafriel walaupun dia tahu tidak mungkin yang Ariessa akan mendengarnya. Tubuh Ariessa sedikit diangkat dan disandarkan pada badannya. Air suam yang dibawa oleh Munirah itu disuakan ke mulut isterinya. Sampai habis air itu diminumnya, terasa kurang sedikit rasa sakit dan pedih di perutnya. Tika itu dirasakan tangan suaminya itu mengelap peluh yang merintik di dahinya dan dia hanya merelakan sahaja kerana dia tidak mampu untuk menahannya…
“Riessa rehat dulu, abang pergi belikan makanan” pantas tubuh Ariessa dibaringkan semula ke atas sofa. Ariessa hanya menganggukkan kepalanya. Matanya dipejamkan rapat-rapat…
“Awak tolong tengok-tengokkan Cik Ariessa sekejap, saya nak pergi belikan makanan untuk dia, rasanya dia belum bersarapan lagi” sempat Zafriel berpesan sebelum dia berlalu pergi. Munirah cepat-cepat menuju ke arah bilik bosnya. Bimbang terjadi apa-apa jika bosnya itu dibiarkan keseorangan.
Zafriel mengeluh, nampaknya untuk tengah hari itu, dia terpaksa membatalkan perjumpaan dengan wakil dari Menich Consultant. Sudah diberitahu kepada setiausahanya untuk menguruskan segala-galanya.

2 comments: