Friday, January 16, 2009

KERANA WASIAT...part 8

“Ah lantaklah..!! Bukannya da kaitan dengan aku pun!” bisik Batrisya. Malas dia hendak ambil tahu tentang lelaki itu! Badannya dihempaskan ke katil! Rasa gembira bertandang kerana katil itu menjadi haknya semula. Silaplah kalau Haikaa fikir dia boleh rampas harta aku ni…hahahaha…. Batrisya tersenyum bangga.

Batrisya menepis tangannya ke kiri dan ke kanan. Makin ditepis, makin galak gangguan itu datang! Tidurnya terganggu. Sudahlah dia letih, tidurnya pula diganggu makhluk itu. Marah usah dikata! Merah menyala matanya saat mata itu dibuka! Memang makhluk tak reti bahasa sungguh!
“Apasal awak kacau saya tidur? Saya letih tau tak?” sergah Batrisya. Kuat suaranya berkemundang.
“Woi..bangun solat! Ni dah pukul berapa? Hampir 6.30 pagi! Awak ni solat ke tak?” tajam mata Haikal mencerlung ke Batrisya. Erkk…? Batrisya mengetap bibirnya. Aduh..malunya! Mana bantal ni aku nak sorokkan muka…?!!!
“Hoi..saya cakap dengan awak ni? Awak boleh solat ke tak? Tidur mati betul!! Orang azan subuh pun tak sedar…!!!!” Haikal terus-menerus terbebel. Pedih telinga Batirsya mendengarnya. Buat ceramah agama pulak lelaki ni….
“Heh..saya ada nama la..apasal awak panggil saya “hoi”..ingat saya ni apa?” tukas Batrisya. Memang menjadi kepantangannya kalau dia dipanggil bukan dengan namanya. Tak belajar adab ke mamat ego@hipokrit ni? Huh..!!!!!
“Ah, peduli apa saya? Ni..awak solat ke tak? Sekarang ni dah masuk pukul berapa hah wahai si cantik manis intan payung emas mutiara….?” Balas Haikal. Batrisya mencebikkan bibirnya. Sindir dialah tu…memang kurang ajinomoto betullah mamat ni..Eii, geramnya..!!!!!
“Dah saya tak sedar, nak buat macam mana?!!! Apasal awak tak kejutkan saya awal-awal?”
“Syiling ni hampir nak roboh saya panggil awak tau! Tu pun awak masih sedap lagi tergeliat atas katil. Macamlah elok sangat tidur macam tu…” sampuk Haikal. Dia sebenarnya terkejut melihat gaya Batrisya tidur. Memang tak ingat dunia! Macam-macam aksi…
“Hah…awak jangan nak mengarut kat sini..saya tidur sopan apa!” tukas Batrisya. Malunya hanya Allah sahaja yang tahu. Mukanya sudah kemerahan..Haikal telah menonton aksinya tidur tadi…Alahai..gaya tidurnya sopan sikit daripada harimau..itu yang angahnya cakap! Betul ke? Entahlah, Batrisya sendiri tidak pernah tahu gaya dia tidur macam mana, tapi…kebiasaannya, bila dia bangun waktu pagi….pasti bergolek bantal-bantalnya di atas lantai! Sopan ke macam tu? Ah..lantaklah. Tindakan di bawah sedar! Nak buat macam mana?!!!!
“Sudah, sambung tidur awak lepas ni! Pergi solat subuh dulu…Hish, buat malu jea…subuh pun boleh terbabas….!!!!” Memang tajam kata-kata Haikal itu. Namun Batrisya sekadar memekakkan telinganya. Cakap pun sudah tidak ada guna! Memang sudah terang lagi bersuluh…
Pantas Batrisya melompat dari katil. Tergaman Haikal dibuatnya.
“Fuhh..dahsyat betul perempuan ni!!! Dia main lompat jea atas katil...patutlah tidurnya ganas semacam…bangun tidur pun gaya melompat. Apa nak jadilah dengan perempuan sekarang ni….” Mulut Haikal tidak henti-henti berbunyi. Batrisya berpura-pura tidak mendengarnya. Takpe. Lepas ni dia balas..kan ada ubi ada batas…….
“Hantu biru betul perempuan ni…..” hati Haikal berbisik. Baru dia tahu yang Batrisya suka warna biru. Memang ketara sangat minatnya itu. Kalau tak…takdelah segala alatan mandian di bilik air yang dibelinya boleh dikatakan semuanya berbotol biru dan hiasan asal di bilik itu sebelum dicat semuanya biru. Tapi, padan muka dia, bilik dia aku cat dengan warna pink! Hahahaha…., galak Haikal ketawa.
Batrisya berlagu riang takkala keluar dari bilik air. Tidak dipedulikan Haikal yang sedang berbaring di atas katilnya. Huh, tak malu lepak atas katil orang. Dahlah tak minta izin…, getus Batrisya. Dijeling sekilas ke arah Haikal…..
“Alahai…lenggang betul mak Siti ni…sekarang ni dah nak masuk pukul berapa? Tengok jam tu! Awak nak tunggu solat subuh gajah ke?” sindir Haikal. Namun Btrisya langsung tidak berkutik sedikitpun…memang betul apa yang dikatakan oleh suaminya itu. Suami? Erkk…betul ke dia tu suami aku? Ke aku bermimpi jea ni! Tapi kalau mimpi, apasal lama sangat aku bermimpi? Sampai bab sanding bersanding pun masuk sekali! Batrisya menampar pipinya. Sakit! Ah, bukan mimpilah ni….Realiti punya…!!!!
Haikal yang memandang diterpa kehairanan! Apa kena pulak dengan perempuan tu? Ah..biar jealah…, bisik Haikal. Malas dia hendak menganggu isterinya yang sedang bersedia hendak menunaikan solat.
“Lain kali saya siram awak dengan air kalau awak tak sedar time saya kejutkan awak masa nak solat subuh! Ingat tu…!!!!” Haikal kembali menyambung “bicara ad-Din”nya. Batrisya hanya diam. Malas hendak memberi ulasan…jelas-jelas kemenangan berpihak kepada lelaki itu….
“Susahlah nak ubah kalau dah jadi kebiasaan…..”
Alahai…telinga Batrisya bagaikan dikisar dengan cili padi. Panas semacam jea..tak habis-habis lelaki itu hendak mengungkit dia yang terlewat bangun solat subuh!
“Hei…awak cakap elok-elok ya! Saya tak pernah bangun lewat untuk solat subuh tau! Kalau ak percaya, pergi tanya Along…..” balas Batrisya. Macamlah dia tu baik sangat. Entah-entah saja jea lelaki itu hendak tunjuk baik depannya.
“I don,t care…I just accept what I look and what I see…that’s all baby!!!”
“Fine…!!! Up to you…..Ah, malaslah nak cakap dengan awak ni! Buat sakit hati jea…baik saya keluar…..” pintas Batrisya. Rimas dia berada di dalam bilik itu. Lama-lama macam tu, boleh biol jadinya. Haikal hanya tersenyum nipis. Gaya Batrisya keluar dari bilik tadi macam gaya budak-budak yang merajuk apabila tidak dibelikan mainan oleh ibunya. Batrisya..Batrisya..lucu jugak dengan dia ni…macam-macam perangai dia! Eh, betul ke umur dia ni dah 25? Haikal mencongak-congak sendiri…..
………………………………………………………………………………………..
“Dah bangun pengantin kita? Macam mana semalam…….” Sapa Along dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Batrisya tersenyum kelat.
“Eeiiii..along ni teruklah…!Tak tahu malu langsung…!!!!” balas Batrisya. Nasib baik hanya alongnya sahaja yang berada di ruang tamu. Pelik! Biasanya along bangun lewat? Kenapa pulak hari ini dia bangun awal? Bermimpi ke? Batrisya tertanya-tanya sendiri.
“Ni apasal termenung ni….teringat “projek” semalam ke?” usik alongnya. Merona kemerahan wajah Batrisya menahan malu…
“Along………………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Batrisya. Namun alongnya makin galak ketawa! Suka mlihat wajah adik bongsunya kelat itu.
“Ok…ok..along tak kacau adik lagi…”pintas along takkala matanya dapat menangkap yang wajah Batrisya bagaikan ingin menangis.
“Haikal mana? Sambung tidur balik ke?” Tanya Along sambil menoleh ke arah Batrisya yang sedang asyik menonton berita jam 7 pagi.
“Entah…tak tahu dia buat apa! Ah..biar jealah dia nak buat apa pun..janji tak kacau adik, sudahlah..!!!” jawab Batrisya. Matanya tetap menatap televisyen. Pandang muka along, buat sakit hati jea..kalau muka Haikal..alamaknya tak sampai setahun, confirm kena transfer kat hospital sakit jiwa!!!! Apalah malang nasibnya……
“Esok…majlis sanding kat hotel..adik dah get ready ke? Masa ni, papa dan mama jemput semua kenalan niaga diorang. Jadi pandai-pandailah adik bawak diri ya…..”
Sekejap Batrisya menoleh ke arah Alongnya.
“Kenapa?” Tanya Along hairan.
“Kenapa papa dan mama buat besar-besaran sangat? Setakat buat majlis untuk saudara mara sudahlah…ni nak buat majlis untuk kawan-kawan mereka pulak! Rimaslah macam ni….!!!!!!” Batrisya memang tidak berpuas hati! Masam mukanya tika itu.
“No comment! Baik adik tanya papa dan mama sendiri...Lagipun seronok apa! Buat majlis macam ni…boleh berkumpul ramai-ramai..jumpa kawan..saudara mara….”
“Huh...seronok apanya? Dahlah terpaksa berkepit dengan mamat jeruk mangga tak habis tu! Meluat adik…”
“Hah…?!!!! Adik cakap apa tadi? Along tak berapa dengar la……”pinta along. Batrisya pantas menekup mulutnya. Opss…
“Er..er…takde apa-apalah along! Tadi adik gurau jea….hehehe…” pintas Batrisya. Mampus dia kalau along tahu dia panggil Haikal macam tu…pasti cepat jea along buat report pada papa! Ah..along bukannya boleh percaya sangat! Kena berjaga-jaga sikit dengan dia ni….Batrisya mengingatkan dirinya. Lajak perahu boleh diundur..tapi terlajak kata…tanggunglah padahnya!
Batrisya tiba-tiba bangkit dari sofa. Lenguh setelah lama duduk bertapa di situ.
“Nak ke mana pula ni? Temankanlah along kat sini…” pinta along. Batrisya hanya menjelirkan lidahnya.
“Ahh..ajaklah kak Dayana temankan along!” teringat Batrisya pada kakak iparnya, isteri along. Mungkin kakak iparnya masih lagi tidur. Letih melayan tetamu semalam…
“Adik nak masuk biliklah…..”
“Nak tengok cik abang dialah tu…Hmmm..nak buat macam mana, orang tu dah kahwin…mana nak bermanja dengan kita lagi…” suara along seakan memerlinya. Namun Batrisya buat pekak badak! Lantaklah along nak cakap apa….malas nak layan, buat sakit hati jea…

5 comments: