Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 29

“Mama…papa” panggil Zafriel takkala dia turun ke ruang tamu. Dilihat papa dan mama mertuanya sedang asyik menonton drama di tv. Adakah mereka dengar jeritan Ariessa tadi? Itulah perkara yang paling dibimbangkannya sedari tadi. Tapi rasanya tidak mungkin kerana bilik-bilik di rumah itu dilengkapkan dengan penyerap bunyi. Jadi apa-apa yang berlaku di dalam bilik, tidak mampu didengari oleh orang yang berada di luar. Zafriel mengeluh kelegaan.
Serentak mereka berpaling ke arah Zafriel apabila mendengar sapaan menantu mereka itu. Dato’ Iqbal tersenyum senang, kedatangan Zafriel ke rumah itu sudah dimaklumkan sebabnya oleh isterinya sebentar tadi. Dia melabuhkan punggunnya di sofa itu sebentar. Takkanlah hendak terus balik? Tidak manis rasanya hendak pergi begitu sahaja, walau pun dia tidak lagi betah berada di situ.
“Riessa macam mana? Dia masih tidur lagi ke? Tanya Datin Sharifah. Wajahnya mengundang senyuman yang penuh tersirat. Agak lama Zafriel berada di dalam bilik Ariessa, apalah agaknya yang dibuatnya?, fikir Datin Sharifah. Ingin ditanya, tidak manis rasanya, lagi pun itu adalah hal peribadi mereka berdua. Biarlah, lagi pun tidak ada apa-apa yang menghalang hubungan mereka.
“Masih tidur lagi mama, papa…” balas Zafriel dengan senyuman kelat. Janganlah ditanya yang bukan-bukan oleh mama mahupun papanya. Apa yang hendak dijawabnya? Mengenagkan reaksi Ariessa tadi, dadanya bergumpal dengan seribu kepedihan dan kesakitan. Biarlah, kalau itu yang terpaksa ditanggungnya……
“Zafriel….” Mengelamun pulak kamu ni, dah banyak kali papa panggil kamu” tegur Dato’ Iqbal sambil memandang muka menantunya itu. Sesekali ekor matanya mengerling ke arah isterinya. Masing-amasing saling melempar senyuman. Zafriel hanya mampu tersenyum malu.
“Kenapa? Apa yang kamu sedang fikirkan tadi? Ariessa ke? Hmm, lama jugak kamu dalam bilik tu” sampuk Datin Sharifah yang disertai dengan gelak ketawa Dato’ Iqbal. Ah, betapa malunya Zafriel tika itu, berinci-inci mukanya tebal menahan malu gara-gara ditegur oleh keluarga mertuanya.
“Takdelah mama, papa…..Zafriel Cuma….”
“Buat apa awak usik budak Zafriel ni? Tengok dah merah mukanya tu. Biarlah apa yang nak dibuatnya dengan Ariessa. Manalah tahu hujung tahun ni kita dapat cucu..” Kali ini Dato’ Iqbal pula yang menyambung usikan isterinya itu. Meliar matanya memerhati keadaan Zafriel yang Nampak tidak terurus, pakaiannya pula agak tidak kemas. Makin gelak pasangan suami isteri itu ketawa, Zafriel pula, malunya usah dikata dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut papa mertuanya. Bagaikan cacing kepanasan, dia mula tidak senang duduk!
“Err...papa, mama…Zafriel balik dululah ya” pinta Zafriel. Punggungnya mula diangkat dari sofa, lama-lama dia di situ, mahu disolek mukanya itu dengan solekan opera, buat melindungi mukanya yang tebal berinci-inci akibat usikan mama dan papa mertuanya.
“Eh, kamu nak terus pergi pejabat ke?” soal Dato’ Iqbal. Sudah beberapa hari perkembangan di pejabat tidak diketahuinya, biasanya setiap hari dua hari sekali Zafriel akan datang ke rumah dan berbincang hal-hal pejabat dengannya.
“Ya papa. Banyak lagi kerja yang Ariel perlu bereskan. Sepatutnya tengah hari tadi ada meeting dengan wakil dari Menich Consultant. Mereka nak bincang pasal projek perumahan kat Sri Hartamas tu, tapi dah keadaan Riessa jadi macam ni, terpaksa saya batalkan aje meeting tu. Lusa baru kami bincang balik”
“Isteri kamu tu bukannya sakit berat, kena gastric jea, takkanlah sampai nak kamu batalkan meeting tu..” pintas Dato’ Iqbal. Bukannya dia tidak setuju dengan yindakan Zafriel, tetapi kerana dia langsung tidak menduga yang menantunya itu sanggup membatalkan perjumpaan itu semata-mata bimbangkan kesihatan Ariessa…
“Memang la papa, tapi bimbang jugak saya kalau berlaku apa-apa pada Riessa. Walau apa pun yang berlau antara kami, dia tu tetap di bawah tanggungjawab saya. Berdosa kalau saya lepas tangan macam tu jea….” balas Zafriel. Memnag dia akui, kadang-kadang memang dia rasa tercabar dengan kelakuan isterinya yang degil dan keras kepala. Tetapi walaupun di antara mereka ibarat suami isteri di atas kertas sahaja, namun tanggungjawab tetap tanggungjawab! Dan sampai bila-bila Ariessa berada di dalam tanggungjawabnya!
“Zafriel, mama minta maaf. Mama tahu hubunngan kamu dan Ariessa tidak seperti yang sepatutnya. Mama tahu, semua yang berlaku ni salah kami. Kami yang terlalu mendesak, hinggakan kamu berdua terpaksa mengambil keputusan seperti ini. Kami betul-betul minta maaf Zafriel, disebabkan kami, kamu berdua terpaksa hidup menderita macam ni…Kami betul-betul minta maaf” Air mata Datin Sharifah mula menitis. Sedih dan pilu mengenangkan perjalanan hidup anak menantunya yang tiada pangkal hujungnya. Zafriel menghampiri mama mertuanya.
“Papa pun sama Zafriel! Kalau tidak disebabkan keadaan papa, Ariessa takkan ambil tindakan macam ni dan kamu takkan terlibat sama. Kami memang terlalu pentingkan keinginan dan kehendak kami sendiri hinggakan kami lupa yang kamu dan Ariessa pun ada kehendak dan keinginan kamu sendiri…” panjang lebar Dato’ Iqbal bersuara, menyambung kata-kata isterinya. Esak tangis Datin Sharifah mulai kedengaran. Tidak disangka yang hasrat hati mereka telah membawa anak menantu kesayangan mereka hidup menderita. Zafriel hanya tunduk memandang lantai takkala mendengar bicara hatu mama dan papa mertuanya.
“Mama dan papa tak perlu mintak maaf. Insyaallah, semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Baik saya dan Ariessa, kami tahu apa yang kami buat…mama..papa...Jangan risau, walau apa yang berlaku selepas ini, Zafriel akan pastikan tiada siapa yang akan kecewa dan terluka hatinya..Zafriel janji!” Bahu Datin Sharifah diusap lembut, menenangkan diri wanita itu yang masih menangis. Hatinya semakin hiba mendengar kata-kata menantunya itu. Ah, Zafriel telah banyak berkorban untuk mereka!
“Zafriel sayang mama dengan papa….?” Tanya Datin Sharifah. Wajah Zafriel dipandang. Manis senyuman yang terukir di bibir menantunya itu.
“Walau apa pun yang berlaku, ianya tetap tidak akan mengubah kasih sayang Zafriel pada mama dan papa dan juga pada Ariessa…”
“Kalau Zafriel sayangkan mama dan papa, Zafriel carilah kebahagiaan Zafriel sendiri. Mama ikhlaskan….” Hati Datin Sharifah bagaikan dilapah dan disiat-siat apabila bait kata itu terlepas dari mulutnya. Melihatkan situasi yang dihadapi oleh Ariessa dan Zafriel, perpisahan adalah satu-satunya cara yang mereka ada! Dan kalau betul, itu yang berlaku, dia terpaksa menerimanya walaupun jauh di sudut hatinya tetap berharap aka nada sinar kebahagiaan untuk mereka berdua…
“Mama….”namun kata-kata Zafriel sempat dipintas oleh Dato’ Iqbal.
“Betul tu Zafriel, papa dan mama anggap Zafriel ni macam anak kami sendiri, kebahagiaan Zafriel adalah kebahagiaan kami juga…Kami tak nak pentingkan diri lagi kami. Cukuplah sekali kami lakukannya, tapi tidak untuk kali ini. Apa pun keputusan yang Zafriel ambil, insyaallah, kami terima dan kami redha segala-galanya….” Sebak Dato’ Iqbal mula bertandang, direnung muka Zafriel yang nampak tidak selesa dengan situasi dihadapannya. Tetapi bagi Dato’ Iqbal, apa pilihan yang dia ada? Antara mereka, harus ada yang sanggup berkorban! Dan merekalah yang harus berkorban untuk mengembalikan semula kebahagiaan anak-anak mereka. Zafriel dan Ariessa…, kalau perpisahan adalah yang terbaik buat mereka berdua, dia menerimanya. Ah, semuanya sudah percaturan yang Maha Esa!
“Zafriel tak dapat terima apa yang mama dan papa katakan ini! Zafriel betul-betul tak dapat terima! Kalau betul papa dan mama sayangkan Zafriel, kalau betul papa dan mama anggap Zafriel macam anak mama dan papa sendiri, please, Zafriel merayu, cukuplah sekali ini mama dan papa cakap macam ni dengan Zafriel! Cukuplah sekali, Zafriel tak sanggup nak mendengarnya lagi. Cukuplah sekali...”
Zafriel kemudiannya bingkas bangun dari sofa yang didudukinya, tanpa sebarang pamitan, langkahan kakinya laju menuju ke keretanya. Ditinggalkan Dato’ Iqbal dan Datin Sharifah yang nyata tergaman dengan tindakan Zafriel. Tahu bahawa kata-kata mereka telah melukakan hati Zafriel! Zafriel cuba menahan sebak yang menggila dalam hatinya. Kenapa ini yang harus berlaku? Kenapa? Ya ALLAH, bantulah aku ya ALLAH….bantulah aku!, rintih hati Zafriel. Sudah banyak kali hati lelakinya menangis. Kenapa ini yang berlaku antara kita sayang....Kenapa?!!!, saat itu batin Zafriel meraung….
Zafriel menyandarkan badannya ke kerusi kereta. Sempat dia memandang ke arah balkoni Ariessa, sebelum keretanya bergerak laju ke arah jalanraya.
“Kita yang bersalah bang….Kita yang bersalah..!” sendu Datin Sharifah semakin tidak tertahan mengenangkan Zafriel dan Ariessa, rasa bersalah terhadap mereka berdua semakin menggunung.
“Sabarlah…berdoa moga-moga ALLAH tunjukkan kita jalan keluar” pujuk Dato’ Iqbal. Tubuh isterinya dipeluk bagi menenangkan tangisan wanita itu.

4 comments:

  1. sedey2..
    parents dorang tatw pon ape prasaan zafriel nieh...
    huhuhu..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. bile dowang nak bahagia?
    in love?
    agagagag
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. sbb mrk saling x nk berterus terang....
    ckp la...
    x susah pun...
    tol x?

    ReplyDelete
  4. nk lg...
    cian zaf..sedihnyer..huhuhu

    ReplyDelete