Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 14

“Aku terima nikahnya Nur Riana Ariessa bte. Dato’ Iqbal dengan mas kahwinya RM 180 tunai……”
Lancar lafaz qabul yang terluah daripada bibir Zafriel Iskandar. Berwalikan pak long Ariessa, majlis perkahwinan mereka hanya dijalankan di pejabat kadi sahaja. Saudara mara yang lain tidak diberitau tentang perkahwinan itu. Mereka berdua hanya memakai persalinan berwarna putih sahaja. Tanpa barang hantaran dan tanpa paluan kompang, serba ringkas majlis itu berlangsung. Ariessa mengalirkan air mata. Entah, dia sendiri tidak tahu…samada air matanya sebagai air mata gembira kerana telah selamat bergelar seorang isteri atau kerana air mata kesedihan di atas pengorbanan yang terpaksa dilakukannya….Biarlah, walau apa pun yang berlaku, dia merelakan segalanya…demi Papa…!!!
Upacara membatalkan air sembahyang kemudiannya berlangsung. Sejuk tangan Ariessa takkala menyalami tangan Zafriel yang kini telah sah bergelar suaminya. Selepas itu, satu kucupan hinggap di dahinya. Lambang kasih sayang seorang suami….Datin Sharifah dan Puan Sri Khadijah mengalirkan air mata. Gembira dalam duka…masing-masing tahu keputusan yang diambil ini bukan atas kerelaan dua insan itu. Namun, demi ketulusan kasih sayang terhadap insan kesayangan…mereka sanggup berkorban…..Tan Sri Adnan turut sama terharu….
“Iqbal, akhirnya apa yang kita harapkan telah berlaku….Moga jodoh mereka dikekalkan oleh Allah, walaupun aku tahu…masing-masing terpaksa melakukannya. Sedarlah Iqbal…demi kasih sayang dan pengorbanan yang mereka lakukan untuk kau…” bisik hati Tan Sri Adnan. Dia benar-benar berharap, sahabat baiknya itu mampu mendengar kata-katanya.
Takdir Allah, tiada siapa yang dapat menduga dan menjangkakannya. Selesai sahaja majlis pewrkahwinan tersebut, mereka semua bergegas ke hospital. Sungguh tidak diduga, sebaik sahaja habis mengaminkan doa sempena perkahwinan tersebut, telefon Zafriel tiba-tiba berbunyi. Panggilan yang diterima daripda pihak hospital ternyata menggembirakan mereka semua. Dato’ Iqbal telah sedarkan diri……..
.......................................................................................................................................................................
“Papa…….” Kedengaran jeritan Ariessa apabila mula melangkah masuk ke wad yang menempatkan papanya. Dipeluk tubuh papanya erat. Dato’ Iqbal ternyata masih dalam keadaan lemah walaupun sudah sedarkan diri…
“ Anak papa……” perlahan suara Dato’ Iqbal menyapa anaknya. Datin Sharifah pantas menghampiri suaminya itu. Air matanya jatuh berderai, seribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi…mungkin segalanya hanya kebetulan. Perkahwinan Ariessa dengan Zafriel dan keadaan sauminya yang sudah pulih seperti sedia kala. Ya Allah….hanya Engkau yang lebih mengetahui segala-galanya…..
Satu-persatu wajah-wajah yang berada di hadapannya itu direnungnya. Masing-masing dengan riak gembira memandangnya. Tan Sri Adnan kehilangan kata-kata. Tidak percaya bahawa sahabat baiknya itu telah sedar…….syukur ya Allah…..
Zafriel pantas menghampiri Ariessa, gadis yang telah bergelar isterinya beberapa jam yang lalu. Diusap lembut ubun-ubun Ariessa, satu ciuman singgah di situ. Bukan Dato’ Iqbal sahaja yang tergaman dengan perlakukan Zafriel itu, malah mereka yang lain turut terkesima dengan tindakan spontan Zafriel. Tebal muka Ariessa dibuatnya, malu dengan mata mama dan papa yang memandang mereka. Namun, gelojak di hatinya cuba dikawal…takkan hendak ditepis tangan Zafriel yang memeluknya itu. Ah..maruah Zafriel perlu dijaga. Baginya, Zafriel pandai memainkan wataknya untuk menghidupkan drama yang mereka cipta….tanpa skrip, tanpa pengarah…semuanya secara spontan………
“Papa…ni menantu papa……….”kata Ariessa. Perasaan sebaknya cuba diusir pergi. Tidak percaya bahawa dia telah bergelar seorang isteri. Ahh..kalaulah ini semua adalah mimpi dan selepas ini dia akan bangun dan keadaan akan kembali seperti biasa….tapi tidak mungkin itu akan berlaku kerana itulah reality hidupnya……
“Riessa…..”hanya itu yang mampu keluar dari bibir Dato’ Iqbal. Fikirannya masih cuba menganalisis kata-kata yang terluah dari bibir anakny itu. Ah…mana mungkin! Wajah Ariessa dipandang…senyuman yang terbit dari bibir anaknya itu bagai mengiyakan apa yang dikatakannya.
“Betul papa….kami dah kawin….Kalau tak mahunya tubuh saya kena kerat 20, sebab peluk Ariessa macam ni…bukannya papa tak tahu Ariessa ni macam mana…garang sikit dari ibu singa…” sampuk Zafriel. Serentak dengan itu, bergema ketawa di wad itu. Zafriel pantas mengeratkan pelukannya di bahu Ariessa. Ariessa tersenyum kelat. Malu terhadap keluarganya dan marah terhadap Zafriel bersatu. Sabar..sabar..lepas ni tahulah nasib Zafriel macam mana…Wait and see….!!!
Mengalir air mata Dato’ Iqbal….entahlah, perasaannya bercampur baur. Sedih, gembira, terharu…Ah…semuanya bertandang dalam perasaannya! Ditenung anak mata Ariessa. Tahu anaknya itu menyembunyikan sesuatu. Dia kenal Ariessa. Dia tahu anaknya itu macam mana…Dia tahu kesedihan dan kekecewaan yang cuba disorokkan oleh anaknya itu…
“Riessa tak perlu berkorban macam ni untuk papa……”halus suara hatinya bersuaranya. Tidak terluah dengan kata-kata…
“Papa gembira kan….?” Tanya Ariessa. Tangan papanya digenggam erat. Sekilas senyuman daripada papanya, nyata mengembirakan hatinya…..
“Tak…maafkan papa….”jerit suara hati Dato’ Iqbal……
“Kau kena sembuh cepat-cepat…sebab lepas ni kita kena buat majlis besar-besaran untuk sambut perkahwinan mereka berdua tu….” sampuk Tan Sri Adnan. Cuba menceriakan suasana. Dia tahu, di kalangan mereka, ada insan yang terluka dalam bahagia, gembira dalam duka….
“Dahlah tu….abang jangan banyak cakap sangat. Lepas ni, saya control abang 24 jam!” kata Datin Sharifah setelas agak lama mendiamkan. Sengaja memberi peluang kepada Ariessa untuk bermanja dengan papanya…Dato’ Iqbal tersenyum senang. Terharu dengan kasih sayang yang tidak pernah luak dihulurkan untuknya.Terima kasih untuk segala-galanya dan papa sentiasa doakan kebahagiaan Riessa dengan Zerfriel buat selama-lamanya......

2 comments: