Wednesday, January 21, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 45

Ariessa membisu seribu bahasa. Zafriel kehilangan kata untuk berbicara. Masing-masing hanya diam tanpa suara.
Ariessa memandang ke arah jalanraya. Dia masih tidak tahu arah destinasi mereka berdua. Ditanya langsung tidak dijawab oleh Zafriel. Macam rahsia sangat nampaknya! Sesekali dia mengerling ke arah Zafriel. Kacak jugak suaminya itu. Suami? Entahlah, baru sekarang kata hatinya bagaikan dapat menerima istilah “suami” dalam hidupnya. Dia cuba untuk membuka pintu hatinya untuk Zafriel. Tapi, sebenarnya dia masih ragu-ragu dengan penerimaan Zafriel terhadap dirinya. Adakah kerana cinta atau terpaksa? Lagipun dia yang mendesak perkahwinan itu berlaku sehingga Zafriel tidak mampu menolak! Ahh…sukarnya untuk mengerti isi hati Zafriel…!!!!! Walaupun layanan dan belaian lelaki itu seolah-olah menggambarkan perasaan cinta, tapi dia keliru sendiri…kenapa lelaki itu tidak pernah mengungkapkannya…..????
“Diam jea……” teguran Zafriel mematikan khayalan Ariessa.
“Tak tau nak cakap apa…diam jealah” balas Ariessa. Zafriel hanya tersenyum. Ada saja modal Ariessa untuk membalas setiap kata-katanya….
“Kalau saya cakap pun, bukannya awak nak bagi respon….”
“Apa…????”
“Kita nak pergi mana ni?” Tanya Ariessa. Zafriel ditepinya dijeling sekilas. Segan nak pandang lama-lama! Zafriel ketawa lagi. Ariessa memang la…..
“Jalan-jalan cuci mata jea…….”
“Gatallah awak mi! Air muka nampak macam baik jea…..”
Hahahahaha…Zafriel ketawa lagi. Lucu dengan kata-kata Ariessa…
“Salah ke saya cakap macam tu…..?”
Uh…kalau dah namanya lelaki……”
“Cemburu nampak…Salah ke kalau cakap nak “cuci mata”?? Ke awak maksudkan “cuci mata” tu nak tengok perempuan??? Pintas Zafriel. Ariessa menggigit lidahnya sendiri. Kenapa pulak dia ter”over” tadi?
Hati Zafriel melonjak gembira! Ariessa cemburu???? Dia mula berteka-teki sendiri!
“Huhh…malaslah nak cakap dengan awak ni, buat sakit hati jea…!!!!’ dengus Ariessa geram dan Zafriel hanya ketawa gembira! Sakkitnya hati Ariessa…!!!!!
Zafriel memasuki kawasan parking City Square. Agak lama juga mereka merayau di kawasan itu untuk mencari tempat parking.
“Apasallah mereka semua ni tak datang esok jea…takdelah susah kita nak parking kereta…’ kata Zafriel. Mahu tergelak Ariessa mendengar kata-kata suaminya itu!
“Ada ke patut cakap macam tu?” balas Ariessa kemudiannya. Zafriel hanya tersenyum. Dia memang sengaja berkata begitu untuk menarik perhatian Ariessa. Misi Berjaya!!!!
“Dipersilakan Tuan Puteri…..” pintu kereta Ariessa dibuka oleh Zafriel. Meremeng bulu roma Ariessa dengan suara Zafriel yang terlampau romantic itu. Perlahan-lahan dia keluar dari perut kereta BMW 3 Series milik Zafriel. Entahlah, kenapa hatinya begitu berdebar-debar? Rasa semacam jea….Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.
Sekali dipandang mereka berdua memang sepadan. Dengan ketinggian yang hampir sama, memang perfect! Ariessa mula berjalan mendahului Zafriel. Namun tiba-tiba tangannya dipaut. Dia kaget seketika. Kini tangannya dalam genggaman Zafriel. Ingin dirungkaikan genggaman itu, tapi hati dan perasaannya membantah! Biarlah, bukannya berdosa pun! Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja Zafriel menggenggam tangannya. Erat!
Zafriel tersenyum senang. Ariessa…..bukan susah sangat untuk menawan hatinya! Cuma, dia terfikir apa lagi yang kurang???? Kerana Ariessa kadang-kadang nampak dingin dengannya! Pening kepala!
“Er..kita nak pergi mana ni…..??” Tanya Ariessa setelah agak lama mereka berdiri di kawasan parking yang agak tersorok itu. Silap haribulan boleh ditangkap khalwat kerana disangkakan pasangan kekasih!
“Kita jalan-jalan kat sini jea…..sambil makan-makan”
“Ohh…tapi makan kat kedai mamak pun ok jugak! Jimat bajet…!!!” Ariessa cuba mengusik Zafriel
“Isyh…apa kelas dating dengan isteri kat kedai mamak! Tak romantiklah sayang……..” romantic betul suara Zafriel tika itu. Ariessa tersenyum malu walaupun hati berbunga bahagia mendengar kata-kata Zafriel. Pandai betul lelaki itu bermain bunga bahasa!
“Untuk Riessa…Menara Eiffel pun abang sanggup beli….”
“Alah..kedekutlah awak ni beli Menara Eiffel jea……” balas Ariessa sambil memasamkan mukanya. Sengaja ingin mengenakan Zafriel.
“Kenapa pulak……??? Zafriel memang tidak mengerti. Mahal apa?
“Yalah…mesti awak belikan Menara Eiffel yang dalam bentuk key chain tu…murah jea, RM5 satu…apa kelasnya…???? Meledak tawa Ariessa dengan kata-katanya sendiri. Zafriel terkena! Zafriel mengarukan kepalanya. Mati akal dengan kata Ariessa. Biasanya dia yang selalu kenakan isterinya itu!
“Takkan awak nak belikan Menara Eiffel yang betul tu….kan?????” duga Ariessa.
“Yalah…yalah…Awak menang….” Mendatar sahaja suara Zafriel. Dengan Ariessa jangan tersalah cakap. Ada sahaja habuannya.
“Tapi kan..kalau awak nak bagi Merce pun, saya ok jea…….” Sambung Ariessa. Dia masih belum puas mengenakan Zafriel!
“Oh..yang tu kena………….”
“Hmm..takpelah…Jadi kesimpulannya, cakap memang senang, nak buat tu yang payah……..” pintas Ariessa…Terkedu Zafriel seketika…Banyak lagi modal Ariessa untuk mengenakannya! Biar jealah……
“Tapi cinta………” Ariessa mati akal untuk menyambung kata-katanya sendiri di dalam hatinya!!!!!
“Jom……..” mereka berjalan seiringan sambil tangan Ariessa erat digenggam oleh suaminya. Bahagia bermukim di hatinya. Ekor matanya terperasan mata-mata yang memandang mereka. Ah, bahagianya saat itu!

1 comment: