Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 15

Dua jam berlalu, mereka semua masih setia menunggu di situ. Tangan Ariessa masih erat menggenggam tangan papanya. Manakala yang lain-lain sudah berlalu ke sofa.
“Ariessa..jom pergi makan. Abang tahu Riessa belum makan lagi. Biarkan papa rehat di situ…lepas ni kita datang lagi…” ajak Zafriel. Dia sudah bangun sambil membetulkan urat-urat badannya yang terasa sakit akibat terlalu lama duduk bersandar di sofa….
“Err…Ariessa tak nak makan..pergilah, kalau awak nak makan….” Perlahan bunyi suara Ariessa. Kaget pun ada bila Zafriel membahasakan dirinya “abang”. Buang tabiat apa lelaki tu? Saat itu kelu lidahnya untuk membalas…
“Riessa pergi makan dulu…mama berdua kan ada kat sini. Papa Ady pun ada sekali temankan papa…..”sampuk Puan Sri Khadijah. Dapat dilihat, begitu kasih Ariessa pada papanya.
Zafriel sudah bergerak menghampiri isterinya sambil tersenyum. Ariessa sudah tidak senang duduk…tahu sangat dengan perangai Zafriel yang suka mengenakan dirinya macam selalu..Ariessa terasa tangannya digenggam erat. Bertaut seketika pandangan mereka.
“Jom….”ajak Zafriel. Sebaris senyuman diukir. Namun Ariessa belum menunjukkan tanda ingin bangun. Dia sebenarnya terasa janggal dengan situasi yang baru dia hadapi.
Layanan Zafriel…Ah, memang satu lakonan yang amat berkesan! Hinggakan dia sendiri tidak tahu bagaimana harus beraksi untuk menghidupkankan wataknya….
“Jomlah sayang…..degil isteri abang ni ya…..?” lembut suara Zafriel memujuknya sambil ketawa. Sempat Ariessa menjeling kearah mama dan papa Ady yang tersenyum simpul. Malunya…Kemudia dia terasa bahunya dipeluk oleh Zafriel…dan tanpa diduga satu ciuman hinggap di pipinya…Ya Allah…tidak tahu di mana ingin disorokkan mukanya saat itu…Pantas dia bangun. Lagi lama dia berdegil…entah apalah yang Zafriel yang akan buat pula…..
“Haaa..kalau macam ni kan bagus….” balas Zafriel sambil mencuit hidung Ariessa. Masam memcuka wajah Ariessa saat itu. Dipandang wajah Zafriel, namun lelaki itu buat muka selamba. Geramnya….mama dan papa Ady hanya ketawa….
Pantas dia berlalu memboloskan dirinya keluar dari wad itu…malu dengan keluarganya dan geram dengan Zafriel. Ah…Zafriel tu memang betul-betul melampau….!!!!!
“Hmmm..abang yakin yang mereka berdua tu mampu hidup bahagia…”Tan Sri Adnan tiba-tiba bersuara selepas kelibat Zafriel dan Ariessa menghilang di sebalik pintu wad. Gerak hatinya cukup yakin, yang Zafriel memang menyayangi dan menyintai Ariessa…mungkin selama ini dia hanya pendamkan perasaannya itu. Kalau tidak mana mungkin Zafriel bersetuju tanpa sedikitpun kata-kata bantahan keluar dari bibirnya, walaupun dia mengatakan bahawa, apa yang dilakukannya adalah demi papa Iqbal… Ah…,kelakuannya tadi juga sudah cukup menggambarkan perasaannya terhadap Ariessa dan tiada siapa pun yang dapat menidakkannya. Mungkin ada hikmah di atas segala yang berlaku……
“Sherry bahagia melihat layanan Zafriel terhadap Ariessa…mereka memang sepadan. Moga jodoh mereka kekal……”sampuk Datin Sharifah. Yakin bahawa kedua-dua anaknya itu akan mengecap kebahagiaan mereka sendiri. Hanya masa yang akan menentukannya….Tan Sri Adnan dan Puan Sri Khadijah mengangguk senang. Bibir mereka pantas mengukirkan senyuman…..
………………………………………………………………………………………………………
“Awak ni memang jenis yang ada penyakit gatal semulajadi ke…?” soal Ariessa. Sejak mereka keluar dari wad hinggalah mereka sampai ke restoran, tangan Zafriel asyik memegang tangannya sahaja. Sakit hati Ariessa dibuatnya. Ingin ditarik tangannya itu, makin kuat genggaman Zafriel…Naik meluat dia….
Hahahaha…meledak ketawa Zafriel saat itu. Ariessa memang tidak pernah berubah. Sejak kecil, setiap kata-katanya memang pedas dan berasap..!!!
“Soalan jenis apa tu…..SPM tahun berapa ya…..?!!” makin galak suara Zafriel. Entahlah dia sendiri tidak tahu. Sebaik sahaja, selesai lafaz perkahwinannya, hatinya bagai diserbu suatu perasaan gembira dan bahagia. Ahh..tidak pernah dia merasa begitu bahagia sebelum ini…Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, walaupun dia sendiri tahu bahawa perkahwinan mereka terjadi kerana terdesak….bukan kerana perasaan saling menyayangi di antara mereka tetapi kerana mereka berkongsi perasaan kerana menyayangi seseorang……..
Ariessa mendengus geram…makin menjadi-jadi nampaknya perangai Zafriel. Nampaknya seumur hiduplah dia kena buli oleh “Nasi Kandar” itu….
“Makan lah sayangggg…ke nak abang suapkan?” usik Zafriel. Nasi ayam yang dipesan oleh Ariessa belum lagi terusik….
“Boleh tak jangan panggil saya sayang….rimaslah saya.Malulah sikit pada mama dan papa…” balas Ariessa. Masam mencuka wajahnya saat itu.
“Lagi satu..saya tak selesalah kalau orang peluk saya…dan jangan cium saya….” Perlahan saja dua patah perkataan terakhir yang keluar dari bibir Ariessa. Wajah Zafriel langsung tidak dipandangnya….tak tahu apakah reaksi Zafriel. Marah ke? Terasa hati ke? Ah..malas dia hendak fikir, yang penting dia sudah luahkan apa yang terbuku dihatinya…..Namun dia bagaikan menangkap bunyi ketawa yang bagaikan ditahan-tahan untuk keluar….
“Nampaknya, banyak pantang larang yang abang kena ikut tu…Macam mana ya..abang ni bukannya jenis orang yang suka sangat ikut pantang larang…main redah jea….” balas Zafriel. Kalau Ariessa tetap berkeras, dia juga boleh…lagi pun kuasa di tangannya…
“Cubalah, kalau awak berani buat apa-apa pada saya….” cabar Ariessa. Mata Zafriel direnung tajam. Satu senyuman sinis dihadiahkan buat suaminya itu.
“Buat apa-apa..? Mana abang ada buat apa-apa pada Riessa…alah, takkan setakat peluk cium pun tak boleh, sayang….?”suara Zafriel bagaikan ingin menggoda reaksi Ariessa. Naik meluat Ariessa mendengarnya…Meledak suara Zafriel ketawa tika itu.
“Lagi pun, Nur Riana Ariessa bte. Dato’ Iqbal sudah sah menjadi hak milik suaminya, Zafriel Iskandar bin Tan Sri Adnan…jadi sebagai suami, abang berhak buat apa saja pada Ariessa tau....kat sekolah kan ada belajar....
“Hah..sudah..sudah…!!! Awak jangan nak mengarut….!!!!” Pantas Ariessa memotong percakapan suaminya itu. Zafriel hanya ketawa. Seronok dia melihat wajah isterinya yang merona kemerahan itu…Memang itu hobinya sejak kecil…mengacau Ariessa! Dan sekarang, bolehlah dia buli Ariessa hari-hari....
Ariessa mengeluh kesal..Nampaknya dia telah tersalah rancangan…Kenapalah dia terburu-buru “mengofferkan” dirinya hendak berkahwin dengan Zafriel…kalau tidak…Ahh…,segala sudah ditakdirkan…dan dia harus menerima takdirnya dengan ikhlas dan redha!
“Hmmm…sayang ingat lagi tak apa yang abang cakap masa sayang baru sedarkan diri kat hospital hari tu..? Abang cakap, yang abang hanya akan cium isteri abang jea…so, abang harap Ariessa faham-faham sendirilah ya… Takkan bab-bab yang macam tu abang kena ajar lagi kot?!”, nampaknya Zafriel masih lagi berterusan mengusik isterinya itu…Sengaja hendak buat Ariessa takut! Berdebar dada Ariessa saat itu. Mati dia kali ni…mama…tolong Riessa! Belum pun sampai 24 jam mereka berkahwin, Zafriel sudah pun menunjukkan perangainya yang pelik…..Dan tanpa disedari segaris senyuman hadir di bibir Zafriel melihat keadaan isterinya yang nampak gelabah dan bimbang itu…..Tahu takut..!! Itu baru acah jea…belum buat lagi…,getus hatinya.
“Saya nak tidur kat hospital malam ni…..” beitahu Ariessa. Zafriel mengangkat mukanya. Lama mengadap wajah Ariessa. Cantik…!!!
“Hmm..tidur kat hospital? Kenapa sayang…?Kan papa dah sedar…Kita tidurlah kat rumah! Takkanlah abang nak tidur sorang-sorang malam ni….” Suara Zafriel seakan-akan merajuk.
Erk…?!!Mahu tercekik kerongkong Ariessa. Tidur kat rumah? Dengan Zafriel..? Tak sanggup dia…lagipun dia belum lagi bersedia…Tapi dia sedar, dia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya..lemah badannya saat itu! Saat itu dia rasa ingin menangis…
“Dah jadi tanggungjawab seorang isteri untuk menemani suaminya di bilik tidur….Berdosa ingkar perintah suami. Tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya adalah melebihi tanggungjawabnya terhadap bapanya…”kata-kata Zafriel kedengaran lagi….
Ah..nampaknya sekarang Zafriel sedang menagih haknya sebagai seorang suami…Ariessa semakin buntu. Hilang kata-katanya saat itu…hukum agama tidak boleh dibuat main-main! Saat itu juga, air mata Ariessa merembes keluar….entah kenapa dia menangis! Dia sendiri tidak tahu…
“Laa..abang bergurau jea! Sayang ni sensitive betullah…” pujuk Zafriel. Tadi dia hanya berniat untuk mengusik Ariessa. Tidak disangka yang Ariessa akan menangis! Entahlah sejak akhir-akhir ini, Ariessa kelihatan sangat sensitive. Mudah sangat mengalirkan air mata….mungkin sebab keadaan papa…………
“Dahlah tu…cepat habiskan nasi dalam pinggan tu..tak baik membazir. Lepas ni kita nak pergi melawat papa pulak…..”arah Zafriel…Saat itu hati Ariessa mengeluh kelegaan.

3 comments:

  1. hahahahaa...
    nyakat xabes2 agy si zafriel nieh...
    hehhe...
    ske2...
    lawak2..
    besh...

    ReplyDelete
  2. agagag.suke2
    suke nyakat org,sian riessa.
    lawok ah.kiss btol2 kang haru jdnye.
    agagagag.
    smbung2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  3. bestla cita ni..sambung la lg..

    ReplyDelete