Sunday, January 18, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 36

Laju sahaja kaki Ariessa berjalan melintasi kedua-dua mama dan papanya. Biarlah mereka hendak kata apa…
“Eh..??!! Laju semacam jea kamu jalan Riessa? Nak ke mana tu?” sapa Datin Sharifah. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
“Hmm..nak buat macam mana..orang dah ada suami..mana lagi nak pandang kita ni…Asyik-asyik muka suami dialah yang dia nampak…!!!!” sampuk Puan Sri Khadijah.
“Riessa nak pergi dapur kejap!” laung Ariessa takkala langkahan kakinya sudah melepasi ruang tamu itu. Fuh…dia mengeluh kelegaan. Tembaklah dengan peluru apa pun…dia tak kisah! Beberapa saat kemudian, bergema suara orang orag dari ruang tamu. Aduh..tak sudah-sudah lagi mereka bergosip. Agaknya kalau ditulis, penuh satu page untuk ruangan Joyah Kepoh kat Berita Harian!
“Amboii…makan pun dalam bilik? Hmm..layanan first class ni…..” mamanya, Datin Sharifah pula menambah perencah, mengusik Ariessa takkala kelibatnya melintas ruang tamu itu buat kali yang kedua untuk naik ke bilik.
“Hmmm…papa pun tak pernah dapat layanan macam tu…!!!! Bertuahnya Zafriel kan…?” Tan Sri Adnan pula membuka suara. Makin gamat ruang tamu itu dengan sindiran-sindiran mereka. Membengkak telinga Ariessa mendengarnya. Ini semua gara-gara Zafriel…!!!!!!! Siaplah lepas ni aku sumbat penuh-penuh nasi dalam mulut dia! Jerit Ariessa dalam hatinya.

“Bukak mulut…!!!!!” arah Ariessa. Penuh satu sudu nasi dimasukkan ke dalam mulut Zafriel. Padan muka! Biar dia tak larat nak telan…!!!! Ariessa ketawa. Time ni lah peluang dia hendak buli Zafriel!
“Banyaknya nasi..sikit-sikit sudahlah sayang…..”
“Diamlah….!!! Orang sakit mana boleh cakap banyak……” Satu senyuman dihadiahkan kepada Zafriel. Lambat-lambat lelaki itu membuka mulut. Belum pun habis nasi dalam mulutnya ditelan, Ariessa sudah menyuapkan nasi yang lain…Adoii..penatnya hendak mengunyah!
“Masinlah….!!!!” Kata Zafriel. Berkerut mukanya untuk menelan nasi itu. Wajah Ariessa dipandang. Minta simpati….
“Betul ke? Tadi saya rasa tak masin pun….?” Balas Ariessa. Ragu-ragu dengan kata-kat suaminya itu.
“Betul…takkan saya bohong?” pintas Zafriel. Dahi Ariessa berkerut seribu.
“Kalau awak tak percaya..cuba wak rasa…baru awak tahu saya bohong ke tak….” Kata Zafriel. Lambat-lambat Ariessa merasa nasi air yang dibuat oleh mak cik Limah. Satu sudu nasi itu ditelannya. Tak masin pun…
"Macam mana...?"
"Tak pun......."
"Hah...tu maknanya awak dah kena tipu dengan saya................."
Hahahahaha…bagai hendak pecah perut Zafriel ketawa. Tergolek dia di atas katil. Ariessa kena tipu….
“Zafriel….!!!!!!!” Jerit Ariessa.
“Saya saja jea cakap macam tu sebab saya nak kita kongsi sudu! Petua eratkan hubungan tu…..” kata Zafriel dengan ketawanya yang masih bersisa. Ariessa menahan ombak kemarahan. Pandai betul lelaki itu kenakan dia! Tapi, bukannya dia tidak pernah berkongsi makanan satu pnggan dengan Zafriel semasa kecil dahulu. Apa yang hendak dihairankan? Tidak faham betul dengan sikap Zafriel…macam tu pun boleh ketawa macam tak ingat dunia!
“Lepas ni saya nak mandi…..” pinta Zafriel. Ariessa menelan air liur! Hendak mandi? Aduhh….
“Kenapa?” soal Zafriel. Daipandang wajah isterinya itu.
“Takde apa-palah! Pergilah mandi kalau awak nak mandi….”
“Saya mana larat nak bangun sorang-sorang. Awak temankanlah…..” balas Zafriel. Ariessa menelan air liur. Takkanlah………
“Boleh……?”
“Errr..nanti saya pergi panggil mama, biar mama yang temankan awak mandi ya…”
“Tak naklah saya, segan dengan mama….”
“Habis tu saya……?
“Alah..awak lain…Rahsia saya, rahsia awak juga kan?”
Geli geleman bulu roma Ariessa takkala mendengar bait kata yang keluar dari mulut Zafriel. Mengarut betul fikiran orang lelaki ni!
“Takpelah kalau awak tak nak! Hmm…licin ke tak lantai kat bilik mandi tu….” Zafriel kemudiannya menyambung kata. Ariessa hanya diam. Dia sebenarnya berbelah bahagi.Nak ke tak nak?
“Awak habiskan sahaja nasi air tu. Saya dah kenyang!” Zafriel kemudiaanya bergerak perlahan-lahan ke tepi katil. Ariessa masih begitu. Diam tanpa suara. Hanya matanya sahaja yang galak memerhatikan tingkah Zafriel…
“Awak nak ke mana ni?”
“ Bilik airlah..nak mandi! Badan saya rasa panas sangat!” jawab Zafriel. Ekor matanya memandang wajah serba salah isterinya. Perasaan geli hatinya cuba ditahan……bila-bila masa sahaja perutnya boleh pecah!
“Hmmm..mintak-mintaklah lantai tu tak licin…….” Kata Zafriel. Perlahan sahaja bunyi suaranya. “Zafriel…..saya..saya…te..tema….nkan a..wak..!!!!” tergagap-gagap suara Ariessa. Mukanya terasa panas tiba-tiba. Malunya usah dikata. Baru dia tahu, betapa susahnya hendak berkongsi segala-galanya……..
Hahahahaha……tawa yang cuba ditahan oleh Zafriel akhirnya meletus juga. Buat kali yang kedua, Ariessa mudah sangat kena tipu! Ariessa menekup mulutnya. Tidak percaya apa yang dialaminya! Kurang asam…selalu sahaja Zafriel mengenakannya!
“Awak ni……….!!!!!!!!!!!!!” Tangan Ariessa pantas menolak tubuh suaminya ke katil dan sempat Zafriel memaut badan Ariessa dan akhirnya mereka sama-sama terbaring di atas katil sambil berpelukan….!

4 comments:

  1. ngeeee....
    gatal bebeno zafriel niehh..
    hahaaha..
    ske2..
    nk agy..
    nk agy..

    ReplyDelete
  2. best...best....nk lagi pleaseee.....
    pendeknyer....

    ReplyDelete
  3. wargggghhhhhh.
    gatal gak zafriel nie.
    kuah3 kuk kiyok.
    suke2
    agagagag.
    smbung2.
    npe pendek?
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. hahahaha...
    cam biasa...cte nie blh bt sy ktwa srng2 dpan pc nie...nsib baik xde yg prsan...hihihi...
    sweet je diaorg nie kn???xsbar nk tngu zafriel luahkan prsaan dia yg sbnar kat rissa..msti rmantik gler...huhuhu

    ReplyDelete