Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 13

Sudah dua hari Dato’ Iqbal ditempatkan di wad dan dua hari itu jugalah dia masih tidak sedarkan diri…dan selama dua hari jugalah Ariessa menjadi penunggu setia di wad itu.Makan dan tidurnya di hospital…Walaupun sudah dinasihati oleh Datin Sharifah dan Puan Sri Khadijah, namun Ariessa tetap berdegil untuk menemani papanya di wad. Hal-hal di pejabat langsung tidak dipedulikannya….
“Papa….Riessa datang ni….papa tak nak bangun ke..?” itulah ayat Ariessa setiap kali berbicara dengan papanya. Setitik air matanya jatuh juga…Sedih hatinya melihat wayar-wayar yang berselirat di badan papanya…..
“Papa…Riessa mintak maaf…sebab Riessa papa jadi macam ni…Riessa minta maaf papa…Selama ni papa tak pernah hampakan permaintaan Riessa. Apa yang Riessa nak, semaunya papa tunaikan…Tapi, Riessa tak tunaikan pun permintaan papa. Riessa ni bukan anak yang baik kan papa…?!” Dato’ Iqbal diam lagi.
“Papa…papa merajuk dengan Riessa ke? Papa masih marahkan Riessa ke? Sebab tu papa tak nak bangun ya? Papa…bangunlah papa….Riessa rindu sangat dengan papa….” Saat itu hanya air mata yang menemani setiap kata-kata yang diluahkan Ariessa. Keadaan papanya tetap begitu, menurut doctor Hafizi, keadaan papanya sudah melepasi tahap bahaya, cuma mungkin keadaan papanya terlalu penat menyebabkan papanya belum lagi sedarkan diri…..
“Papa….papa terasa hati ke dengan Riessa bila Riessa tak bersetuju dengan rancangan papa nak kahwinkan Riessa dengan Zafriel? Hmmm…mesti papa terasa hati dengan Riessa sebab Riessa bantah cakap papa tu, kan? Sebab tu papa merajuk tak nak bangun ya…..?”, tangisan Ariessa mula kedengaran…..Tangan papanya diusap lembut.
“Sejuk tangan papa ni….nanti Riessa pakaikan sarung tangan untuk papa ya…?
Tanpa disedari ada seseorang yang mendengar setiap luahan kata-kata Ariessa itu di balik pintu yang tidak tertutup rapat. Hatinya juga turut diruntun pilu…..
………………………………………………………………………………………………………
“Abang…bimbang saya tengok si Ariessa tu, tak balik rumah semata-mata nak temankan papanya kat hospital….Kalau macam ni, boleh jatuh sakit dia tu….” beritahu Puan Sri Khadijah apabila suaminya pulang dari pejabat. Sudah berkali-kali dia cuba memujuk Ariessa supaya tidak terlalu mengikut perasaan, namun gadis itu tetap berdegil…
“Tadi Sherry telefon saya, dia mintak tolong Zafriel tengok-tengokkan Ariessa kat hospital…”saya dah cakap kat Zafriel. Tapi dia tak cakap apa-apa pun…terus jea ghaaib. Pergi ke mana tak tahulah saya…..” keluh Puan Sri Khadijah. Tan Sri Adnan hanya terdiam. Dia snediri buntu dengan keadaan sahabatnya itu dan juga dengan keadaan Ariessa yang nampak tidak terurus itu…..
“Malam nanti awak telefon Sherry…kita ajak dia pergi sekali lawat Iqbal, sambil tu boleh jenguk-jengukkan keadaan Ariessa kat situ…”, ujar Tan Sri Adnan. Puan Sri Khadijah hanya menganggukkan kepalanya….
“Macam mana keadaan syarikat Berjaya Holdings tu, Bang…?
“Awak janganlah risau, saya dah suruh Zafriel tolong tengok-tengokkan suasana kat sana….Pandai-pandailah si Zafriel tu uruskan….” jawab Tan Sri Adnan.
..................................................................................................................................................................
“Assalamualaikum……”
Salam yang diberi segera mengejutkan Ariessa. Gembira bukan kepalang dia takkala melihat kedua-dua mamanya dan papa Ady terjengul di muka pintu. Baru pagi tadi mamanya datang. Tidak disangka pula yang mamanya akan datang kembali bersama dengan papa Ady dan mama Katty. Segera Ariessa memeluk kedua-dua mamanya. Setitik air matanya mengalir jua. Namun pantas disapu oleh Puan Sri Khadijah….
“Riessa jangan risau sangat. Mama yakin yang papa Riessa akan sembuh lepas ni…sebab papa Ariessa ada anak yang sebaik Ariessa…” pujuk Puan Sri Khadijah. Manakala Datin Sharifah hanya mampu mengusap kepala anaknya itu. Keadaan Ariessa Nampak begitu letih dan tidak bermaya. Matanya juga sembap, mungkin baru lepas menangis….Tan Sri Adnan lebih suka mendiamkan diri. Ralit memerhatikan keadaan sahabatnya yang masih belum sedar itu…..
Kemudian pintu bilik wad dibuka. Terjengul wajah Zafriel di situ, sambil membawa beberapa bungkusan makanan.
“Kamu dari mana ni Zafriel…? Soal Tan Sri Adnan. Sudah banyak kali nombor anaknya itu didail, tetapi tidak diangkat. Mereka yang lain hanya memerhati…..
“Tadi Zafriel ada pergi tengok-tengokkan keadaan di Berjaya Holding’s. Setakat ni takde apa-apa masalah papa…semuanya terurus. Saya dah beritahu pada S/U papa Iqbal, mintak dia aturkan mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah, untuk jelaskan keadaan sebenar syarikat. Saya takut nanti timbul spekulasi yang tak elok pulak pasal Berjaya Hildong’s tu papa…, sebab tu saya berhajat nak adakan mesyuarat tergempar dengan semua ahli Lembaga Pengarah Syarikat…” jawab Zafriel. Bungkusan makanan yang dibawanya itu, diletakkan di atas meja yang tersedia di situ.
“Ikut kamulah Zafriel…kamu buatlah mana yang patut…Segalanya terserah pada kamu sekarang..” Tan Sri Adnan menarik bafas lega. Ternyata Zafriel memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan. Hatinya tersenyum senang…Iqbal, jangan kau risaukan pasal syarikat, yang penting kau kena kuatkan semangat kau untuk sedar semula, demi kami…demi Puteri kesayangan kita…Ariessa…., bisiknya perlahan…….
“Ariessa…makan dulu. Awak belum makan lagi kan…?” pelawa Zafriel. Makanan yang dibelinya itu disuakan kepada Ariessa dengan sebotol air mineral. Ariessa terkedu…lambat-lambat tangannya dihulur untuk menyambut bungkusan makanan dan air mineral yang dihulurkan Zafriel. Ahhh…,Zafriel telah banyak berkorban untuk keluarganya…
Tiba-tiba sahaja dia menangis…..Menangis kerana egonya, dia telah menyebabkan papanya terlantar sakit begini. Menangis kerana dia lebih mementingkan kemahuan dan kehendaknya….
Pantas kakinya meluru kearah papanya. Dipeluk papanya erat tanpa dipedulikan wayar yang berselirat di badan papanya itu…
“Papa…bangulah papa. Ariessa mintak maaf papa….Papa…Riessa janji, Riessa akan ikut apa saja kemanhuan papa. Riessa janji yang Riessa akan turuti apa saja permintaan papa…papa, bangunlah Papa…Papa nak sangat Riessa kawin dengan Zafriel kan? Papa..Riessa janji dengan Papa..yang Riessa akan kawin dengan Zafriel. Riessa akan kawin dengan Zafriel. Riessa janji papa…..”tangisan Ariessa mengisi ruang kamar itu.
Ternyata masing-masing terkejut dengan kata-kata Ariessa tadi…tidak percaya dengan apa yang terkeluar dari bibir gadis itu…Kemudian, laju langkah Ariessa menuju kearah Puan Sri Khadijah.
“Mama…tolonglah, Riessa setuju kawin dengan Zafriel. Tolong Riessa ma…Riessa nak kawin dengan Zafriel….” rengek Ariessa. Zafriel diam tidak terkata dengan reaksi Ariessa itu.
“Ariessa…jangan terlalu ikutkan perasaan nak…bukan sebab Ariessa papa jatuh sakit…”pujuk Tan Sri Adnan. Dia langsung tidak menjangka, Ariessa sanggup buat begitu demi kasih sayangnya pada papanya….Iqbal, kau memang bertuah dapat anak sebaik Ariessa, takkan kau sampai hati nak tinggalkan dia…???!!!!, luah Tan Sri Adnan sendirian.
“Papakan tak sedar lagi….macam mana nak jadi wali..? balas Tan Sri Adnan….
“Takpe papa…pak longkan ada...dia boleh wakilkan papa sebab papa sakit macam ni. Papa Riessa mesti gembira bila dia tahu yang Riessa dah kahwin dengan menantu pilihannya. Riessa yakin yang lepas ni, pasti papa akan bangun….”
“Riessa, jangan macam ni…” pintas Datin Sharifah. Dia sendiri tidak kuat untuk menahan sebak yang mula bertandang.
“Tak..!! Riessa tahu, papa merajuk dengan Riessa, sebab tu papa tak nak bangun..Riessa tahu…!!!” bantah Ariesa. Kuat suaranya…
“Zafriel…….” serta merta Zafriel menjadi tumpuan saat itu….kelu lidahnya untuk menjawab pertanyaan daripada papanya itu…

4 comments:

  1. huh..
    sedeynye ngn kedaan riessa nieh..
    da cam orang sasau je..
    isk2...

    ReplyDelete
  2. syahdunye....
    sebab tu org cakap...
    bila kita kekurangan sesuatu, barulah kita akan menghargai benda yang kurang tu.....

    ReplyDelete
  3. warghh.sedihnye dgn keadaan riessa nie.
    pengorbanan yg besar.
    sedih,.
    smbung2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  4. rahmat yang besar kalau kita menggembirakan ibu bapa kita...
    selagi mereka masih ada...
    berbaktilah....
    sebab bila mereka sudah tiada...
    kita pasti akan merindui saat-saat ke"beradaan" mereka bersama kita....!!!

    ReplyDelete