Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 22

Zafriel menapak masuk ke dalam rumahnya. Langkahnya longlai, letih benar rasa badannya. Terasa nyaman sekali bial dia menghempaskan badannya ke sofa. Satu kerja pun dia tak buat. Habis melepak dengan kawannya di kelab golf, dia menghabiskan masanya meronda di sekitar KL. Fikirannya betul-betul dalam kebuntuan. Entah di mana silapnya, entah di mana masalahnya, dia sendiri tidak tahu dan dia sendiri buntu apakah masalah dia dengan Ariessa sebenarnya. Mungkin disebabkan perkahwinan mereka yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan keadaan mereka seakan-akan tergantung. Tiada dahan yang kuat untuk dibuat berpaut! Ah, dia buntu…Ya ALLAH, tolonglah aku…!!!!
“Kamu dari mana di Zafriel?” tanya Puan Sri Khadijah yang kebetulan melalui ruang tamu itu, melihat kelibat Zafriel yang agak letih itu, perlahan-lahan dia menghampiri anaknya itu.
“Mama ingatkan kamu kat rumah mertua kamu…tadi mama telefon mama Sherry kamu, dia cakap kamu ada singgah sekejap kat sana, tapi tak lama. Mana kamu pergi lepas tu? Kenapa kamu tak jumpa dengan Ariessa masa tu? Kan dia dah balik’’ bertubi-tubi pertanyaan Puan Sri Khadijah. Tepat matanya memandang ke arah Zafriel.
“Zafriel takde pergi mana-mana pun mama, cuma jumpa kawan kejap”
“Tadi papa call kat pejabat, S/U kamu cakap kamu tak masuk ke pejabat….”
“Ooohhh..”hanya itu yang keluar dari mulut Zafriel. Malas dia mewujudkan perbualan dengan mamanya itu. Dia bingkas bangun dari sofa. Terkebil-kebil Puan Sri Khadijah memandangnya.
“Nak ke mana pula ni?”
“Naik atas mama, penat!”
Puan Sri Khadijah hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat kelakuan Zafriel. Perasan dengan keadaan Zafriel yang kelihatan agak tidak terurus sejak beberapa hari itu.

…………………………………………………………………………………………………

Ariessa menarik nafas sebelum turun ke bawah. Sudah beberapa kali Mak Jah datang mengetuk biliknya. Mamanya pun sudah bising-bising menunggunya bersarapan di meja makan.
Pagi itu dia bangun dengan tekad yang baru. Walau apa pun yang berlaku, dia tidak boleh menyerah kalah. Dia mesti barani berdepan dengan masalah yang diciptanya sendiri. Malam semalam, mamanya ada memberitahunya yang Zafriel ada datang ke rumah. Tapi dia hairan kenapa suaminya itu tidak singgah lebih lama untuk berjumpa dengannya. Suami? Bagai mimpi rasanya bila mengenangkan yang Zafriel telah menjadi suaminya. Sesuatu yang tidak pernah dia sangka seumur hidupnya! Takdir ALLAH, tiada siapa yang tahu. Hidup ini adalah suatu perjalanan untuk meneroka misteri kehidupan dan sesungguhnya dia terlalu letih untuk meneruskan perjalanannya, tetapi takkan dia hendak menyerah begitu sahaja? Kacau fikirannya! Ya ALLAH, berikan aku petunjuk-Mu!
Tangan Ariessa sibuk menyelongkar almarinya, mencari-cari baju yang ingin dipakainya. Baju kebaya bersulam yang berona pink dan hitam begitu menarik perhatiannya, yang disuai padankan dengan tudung pink terang manjalara. Cepat-cepat Ariessa bersiap, takut nanti semakin bising mamanya di ruang makan. Setakat ini dia masih boleh mengeluh lega kerana baik mama mahupun papanya, mereka lengsung tidak membuka mulut bertanyakan perihalnya yang menghilangkan diri beberapa hari dan juga perihal perkahwinannya. Tapi dia yakin, lambat laun pasti perkara itu akan dibangkitkan dan mungkin ketika itu dia sudah bersedia dengan segela pertanyaan dan persoalan.
Bergumpal rasa malas yang berbuku dalam hatinya untuk ke pejabat. Tidak sanggup untuk bertembung dengan Zafriel. Tambahan pula Zafriel telah mengambil alih jawatan papanya buat sementara dan semestinya dia tidak boleh lari dari berjumpa dengan Zafriel kerana segala hal yang berkaitan dengan syarikat mesti dirundingkan dahulu dengan Zafriel dan untuk kali itu dia tidak akan dapat lari lagi. Hatinya yang bergelora cuba ditenangkan. Sedaya upaya dia akan cuba mengelak untuk membicarakan hal peribadi mereka berdua. Pantang baginya mencampur adukkan hal kerja dengan hal peribadi. Tidak professional namanya dan pastinya Zafriel juga tahu akan hal itu. Kalau tidak, apalah gunanya ijazah yang dibawa oleh lelaki itu dari Oxrord University!
“Maaf mama…Riessa terlambat sikit!” kata Ariessa sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi. Segera tangannya mencapai roti bakar yang terhidang di atas meja. Pandangan mata mamanya yang sesekali mengerling ke arahnya tidak diambil peduli.
“Papa mana mama?” tanya Ariessa. Biasanya papanya akan turun bersarapan sekali. Mungkin papanya belum lagi sihat sepenuhnya, fikir Ariessa.
“Papa kat bilik. Mama dah hantar sarapan kat bilik untuk papa. Niatnya nak bersarapan dengan papa kamu kat billik tu, tapi beria-ia dia suruh mama temankan kamu bersarapan kat sini…” balas Dtin Sharifah. Direnung Ariessa. Perasan air muka anaknya itu berubah. Kenapa agaknya?
Tersentuh Ariessa mendengar bicara mamanya itu. Papanya selalu memikirkan kepentingannya selama ini. Tidak pernah sekali pun papanya mengabaikan kasih sayang terhadapnya. Rasa bersalah bertandang dengan apa yang telah dilakukan terhadap mama dan papanya beberapa hari lepas. Maafkan Riessa…,lirih suaranya tapi tidak terluah dengan suara. Mungkin kerana egonya! Entahlah dia sendiri tidak tahu.
“Petang nanti ajak Zafriel balik sini ya…kita makan malam sama-sama” arah Datin Sharifah. Tersentak Ariessa sebentar. Roti yang dikunyahnya tersekat di kerongkong. Rakus dia meneguk air nescafe di depannya.
“Kenapa?” meluncur laju pertanyaan dari mulut Datin Sharifah. Sengaja dia buat-buat tidak tahu, padahal hatinya dapat mengagak Ariessa terkejut dengan arahannya sebentar tadi. Wajah kelat Ariessa dipandang
“Takde apa-apa mama. Riessa pergi dulu, dah lewat ni….” Ariessa pantas bangun dari kerusi. Lama-lama dia di situ, makin banyak omelannya! Tangan mamanya disalami. Satu ciuman hinggap di dahinya, rasa betapa kudusnya kasih sayang mama terhadapnya. Syurga di bawah tapak kaki ibu!
“Ingat tu pesan mama! Jangan lupa!” Kata-kata yang keluar dari mulut mamanya itu bagaikan suatu arahan yang tidak boleh diingkari sama sekali. Namun begitu masih tiada respon dari Ariessa, mengangguk pun tidak, mengeleng pun tidak! Tengoklah macam mana, bisik hatinya.

Sesekali dikerling jam di tangannya! 8.30 pagi! Ah..dia betul-betul sudah kelewatan. Semakin laju kereta Honda Accordnya dipandu, kalau ketahuan dek papanya mahu tembus telinganya. Zafriel? Takkan lelaki itu berani memarahinya…tapi manalah tahu jika Zafriel sengaja mahu menunjukkan kuasa yang ada padanya. Masak dia kali ini! Tapi, cuma sekali ini dia terlewat, takkan takde kemaafan? Lantaklah apa nak jadi.
Keretanya dipandu perlahan, mencari tempat parking yang disediakan khas untuknya. Dari kejauhan sudah kelihatan BMW 3 Series milik Zafriel yang diparking di tempat parking papanya. Gelora hatinya kembali bertandang. Tidak sanggup untuk mengadap muka Zafriel di pejabat! Ya ALLAH, tenangkanlah hatiku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yang Engkau telah berikan kepadaku. Amin..!!!, doa Ariessa.

Zafriel bersandar lemah di kerusi empuk yang telah disediakan di bilik papa mertuanya. Baru tadi dia diberitahu Siti yang wakil dari Artchiture Holding’s terpaksa membatalkan perjumpaan mereke dengannya kerana ada hal yang tidak dielakkan. Baguslah, lagipun dia pun tiada mood untuk itu. Liar matanya menjamah sekeliling bilik itu, tiada apa yang berubah. Tetap sama keadaannya seperti mana dia mula-mula memasuki bilik itu minggu lepas. Adakah masalahnya juga begitu? Tetap tiada jalan penyelesaian? Hening sungguh suasana dibilik itu, namun keheningan itu sedikit terganggu dengan bunyi suara bising di luar. Apalah yang berlaku? Memang diketahui staffnya di luar memang becok mulut mereka. Bukannya dia tidak perasan, kemunculannya di pejabat itu secara tiba-tiba mengundang persoalan di kalangan pekerja di situ. Tambahan pula dia mengambil alih tugas Dato’ Iqbal, pasti statusnya yang menjadi persoalan? Hubungannya dengan Dato’ Iqbal sering kali diajukan kepadanya, namun tiada jawapan yang mampu dia berikan, penghabisannya dia hanya tersenyum. Mana mngkin dia membuka rahsia tentang perkahwinannya dengan Ariessa, anak Dato’ Iqbal, melihatkan situasi perkahwinannya itu, dia malas hendak menanggung risiko. Nanti terpaksa menjawab pelbagai soalan yang pastinya akan dituntut jawapan oleh mereka semua!
Dan semalam dia telah bertekad! Segala-galanya biar dia sendiri yang selesaikan dan dia akan pastikan tiada siapa yang akan terluka hatinya……!!!!!
Zafriel berusaha untuk bangun, rasa malas diusir pergi. Pantas punggungnya diangkat dari sofa, niat hatinya ingin menjenguk keluar. Apalah yang dibisingkan oleh mereka di luar itu?

“Dah lama Cik Ariessa tak datang ke pejabat, sejak Dato’ Iqbal masuk hospital” kata Mona sambil tangannnya menepuk mesra bahu Ariessa. Sikap Ariessa yang mesra dengan semua staff menyababkan dia amat disenangi oleh mereka semua. Baginya mereka semua adalah sama, tiada bezanya walaupun dia dilairkan dalam keluarga yang kaya dan berkedudukan, namun semua itu tidak mengajarnya untuk mendabik dada dan bersikap sombong. Ariessa tersenyum senang, walaupun gundah di hatinya cuba disembunyikan!
“Hmm, pelik la saya tengok! Muka cik Ariessa berseri-seri jea, macam muka seri pengantin!” usik Siti yang kemudiannya diikuti gelak ketawa mereka yang lain. Berderau darah Ariessa mendengarnya! Sudah! Takkan Zafriel telah membocorkan perihal perkahwinan mereka? Rasa amarahnya segera bertandang, tetapi cuba dikawal.
“Hish,..awak ni Siti, ada pulak ke situ” balas Ariessa. Suara gugupnya jelas kedengaran namun tidak begitu ketara. Kalau saya kawin, awaklah orang pertama yang saya bagitahu. Mana tahu dapat hadiah yang paling besar” sambung Ariessa lagi. Bergema tawa staff di situ. Lucu dengan kata-kata majikan mereka.
“Eh, manalah tahu kan…cik Ariessa kita ni, bukannya calang-calang orangnya. Cantik…baik…takkanlah takde yang terpikat kan? Balas Kamariah, kerani yang baru sebulan di situ. Namun disebabkan keramahan Ariessa, begitu mudah dia dapat sesuaikan diri dengan bosnya itu!
“Apa-apa jealah awak semua ni. Oh ya, sepanjang saya tak masuk pejabat, ada apa-apa perkara menarik yang berlaku ke?” tanya Ariessa, walaupun dia tahu pasti perihal Zafriel akan dibangkitkan. Biarlah, saja dia hendak ambil tahu penerimaan staff si situ terhadap “suami tiba-tiba” nya itu. Suami tiba-tiba? Lucu pulak dengan gelaran itu. Ah, lantaklah..bukannya dia dengar pun!
“Ada cik Ariessa, gossip paling hebat abad ni, pasal……."
“Ada apa kat luar ni?” tegur satu suara. Senyap sunyi ruang pejabat itu buat seketika.......

No comments:

Post a Comment