Sunday, January 11, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 4

“Kau tahu pasal Zafriel kan? soal Ariessa. Terpinga-pinga Natasha ditanya soalan sebegitu oleh Ariessa, rakan sekelasnya dan juga Penolong Ketua Pengawas yang amat dikenali sebagai seorang yang amat tegas dan berdedikasi! Menurut cakap-cakap pelajar di sekolah itu, memang ramai yang cuba nasib untuk “tackle” gadis itu, tapi satu pun tidak dilayannya dan tentang Zafriel, memang nama itu amat dikenalinya. Kalaulah siapa yang tidak kenal Zafriel, confirm bukan budak sekolah mereka. Jejaka idaman Malayalah katakan…
“Kenapa kau tanya aku pasal Zafriel?” soal Natasha kembali. Buku yang dibawanya diletakkan ke atas meja. Pelik rasanya, pagi-pagi lagi Ariessa minta untuk bercakap dengannya pada waktu rehat. Takut juga dia, jangan-jangan dia ada buat kesalahan displin. Kalaulah betul, pasti Ariessa takkan melepaskannya! Tapi rupanya pasal Zafriel yang ditanya. Buang masa sahaja dia berasa bimbang sejak dari pagi tadi. Muncung itik mulut kawan-kawannya, Ilya dan Mila apabila diberitahu dia tidak boleh sertai mereka rehat di kantin, kerana ada sedikit hal.
“Aku rasa kau dah faham maksud soalan aku tu!” balas Ariessa sinis. Memang Natasha itu rakan sekelasnya, tetapi perhubungan mereka tidaklah rapat sangat. Dia sendiri kadang-kadang meluat dengan perangai Natasha, terlebih over, walaupun tidak sampai sebulan di sekolah itu. Kononnya hendak cari pengaruh!
“Kenapa?” tanya Natasha. Dia mula berasa tidak senang dengan pertanyaan Ariessa itu. Macam hal serius lagaknya!
“Kenapa apanya?” soal Ariessa kembali. Kelihatannya Natasha ingin bermain tarik tali dengannya. Kalaulah tidak disebabkan Zafriel, tidak mahu dia bertentang muka dengan Natasha. Berlagak! Kenapalah Zafriel boleh berminat dengan Natasha ni? Dahkah takde adab sopan. Tambah pulak dengan perangai gediknya! Ya ALLAH, meluatnya aku”,Ariessa merengus geram! Betul juga cakap Zafriel, Natasha bukannya cantik sangat pun. Biasa-biasa jea, cuma mungkin gediknya yang membuatkan rata-rata budak lelaki menaruh minat padanya, termasuk Zafriel! Ah, orang lelaki! Dan yang pasti dia yakin bahawa dia tidak menilai Natasha dengan perasaan marah atau benci. Jujur penilaiannya itu.
“Just straight to the point! Time is running out!” gesa Natasha. Rimas dia dengan pandangan tajam Ariessa yang menikam wajahnya. Tidak habis-habis dengan wajah serius pengawasnya.
“Pasal Zafriel….”
“Apa kaitannya dengan aku?!!” sampuk Natasha tanpa sempat Ariessa menghabiskan kata-katanya. Berdesing telinga Ariessa mendengarnya. Sombongnya! Dahlah berlagak nak mampus! Zafriel kawan baiknya dan dia tidak suka sesiapa menghina kawan baiknya itu. Tawar hatinya untuk menolong Zafriel menyampaikan isi hatinya kepada Natasha. Kalau setakat perangai macam itu, tak rugilah kalau tak dapat pun, fikirnya.
“Zafriel ada cakap apa-apa ke kat kau beberapa hari ni?” Ariessa mula membuka cerita. Kalau terlalu lama mukaddimahnya, takut lain pulak jadinya. Angin dia pun boleh tahan jugak!
“Penting ke apa yang dia cakap kat aku? Lagi pun, buat apa kau menyibuk nak tahu?” selamba Natasha menjawab. Mendidih darah Ariessa mendengarnya. Nampaknya ada yang nak rasa penumbuk sayang aku hari ni agaknya, jawab Ariessa, namun hanya terluah di dalam hatinya.
“Ke kau jealous? Maklumlah yang Zafriel dah gila bayang kat aku….” Natasha kembali menyambung katanya, takkala melihat Ariessa hanya mendiamkan diri. Merah mukanya menahan kemarahan. Makin tersentak Ariessa mendengarnya. Aku jealous? Gila apa budak Natasha ni! Benteng kesabarannya mulai roboh.
“Kau jangan nak cari pasal dengan aku? Hebat sangat ke kau dengan Zafriel sampai aku nak cemburu? Please lah, buang masa aku jea…Kalau korang couple sekalipun, aku tak luak apa pun….” balas Ariessa. Rasa amarahnya cuba dikawal. Tidak mahu terlalu mengikut emosi dan perasaan.
“Betul ke? duga Natasha. Namun riak wajah Ariessa langsung tidak berkutik.
“Oklah, aku chow dulu. Rasanya takde apa yang perlu kita bincangkan! Satu jea aku nak cakap, kalau betul aku nakkan si Zafriel tu, senang jea bagi aku. Tak perlu nak buat perangai gedik semata-mata nak tarik perhatian dia, lepas tu buat-buat sombong, berlagak macam alim-alim kucing. Taktik lapuklah…dan aku rasa dalam hal ni, kau yang jeles dengan perhubungan aku dan Zafriel kan?” kata Ariessa dengan sindiran yang tajam dan kemudian pantas dia berlalu dari situ.
“Tak guna…….!!!!!!!!!!!!” Tempik Natasha. Berombak-ombak dadanya menahan kemarahan.
"Apa yang aku nak bagitahu Zafriel ni? Bingung Ariessa seketika. Belum lagi bercakap, dah bertengkar! Masak kali ni, mesti Zafriel marah aku!
Pandangan marah mata Natasha menghantar kelibat Ariessa yang berlalu pergi dari pondok yang mereka singgahi. Sakit benar hatinya kerana disindir Ariessa. Sudah lama dia berdendam dengan Ariessa. Semuanya gara-gara Zafriel. Zafriel! Ah, lelaki itu memang diminatinya sejak kali pertama bertembung dengan Zafriel yang menahannya di pintu pagar kerana lewat sampai ke sekolah. Tetapi Ariessa yang menjadi penghalangnya!
Bukan sekali dua Zafriel menyatakan minat terhadapnya, tetapi pada masa yang sama, lelaki itu suka sangat menyakitkan hatinya. Sikit sikit Ariessa…Ariessa. Ariessa…!Argh, tension dia rasa. Rasanya kalau dia berjumpa dengan Zafriel, tak sah kalau lelaki itu tidak bercerita tentang Ariessa. Ariessa, teman sepermainannya sejak kecil! Ariessa itu, Ariessa ini…seolah-olah, segala hal berkaitan dengan Zafriel, pasti ada Ariessa. Sesungguhnya dia dipagut rasa cemburu. Zafriel, ketua pengawas yang diminati oleh hampir kesemua pelajar perempuan. Sesiapa sahaja yang didampingi oleh Zafriel, adalah seorang yang amat bertuah! Termasuk dirinya. Tetapi, tiada sesiapa pun yang berjaya “mengikat” hati Zafriel. Tiada sesiapa yang Berjaya “merapatkan” dirinya dengan Zafriel, kecuali Ariessa. Ah, Ariessa lagi! Bencinya dia…!!!. Serasanya, belum pernah dia terdengar gossip Zafriel dengan mana-mana pelajar perempuan di sekolah itu.Ah, betapa sukarnya untuk menakluki hati lelaki bernama Zafriel itu. Betapa susahnya untuk merapatkan diri dengan lelaki itu. Tetapi, takkala Zafriel meluahkan rasa hati kepadanya, dia bagaikan tidak percaya! Zafriel sukakan dia? Benarkah? Atau dia sekadar bermimpi?
Namun, Ariessa yang menjadi penghalang! Sebab itu, segala luahan dan isi hati Zafriel, dia buat-buat tidak ambil pusing. Sengaja hendak menduga hati lelaki itu, sejauh mana dalamnya perasaan Zafriel terhadapnya! Tiga malam lepas, Zafriel ada menghantar mesej kepadanya. Betapa gembira hatinya takkala menerima mesej dari “Prince Charming” nya itu. Namun, hatinya terbakar, amarahnya datang bertandang bila Zafriel memberitahu bahawa dia bermalam di rumah Ariessa. Rapat sangatkah mereka berdua sampai Zafriel bermalam di rumah gadis itu? Ada sekali Zafriel memberitahunya bahawa Ariessa bermalam di rumahnya! Peristiwa beberapa hari lepas di dalam kelas berlayar di mindanya….
Zafriel masuk ke kelas 5 Efisyen untuk berjumpa Ariessa. Secara automatic, senyap sunyi kelas itu menyambut “bos besar”, yang sebelum itu agak bising kerana ketiadaan guru. Lagak Zafriel yang nampak tenang dan berkeyakinan begitu mengujakan sesiapa yang memandangnya. Langkah Zafriel sudah diketahui, tepat menuju ke arah Ariessa yang ketika itu sedang rancak berbual dengan kawan-kawannya yang lain. Selamba sahaja dia menari kerusi duduk berdekatan dengan Ariessa, tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya. Dia yang duduk agak dekat dengan Ariessa cuba memasang telinga, mengorke rahsia perbualan mereka.
“Apahal?” tanya Ariessa. Tepat wajah Zafriel dipandangnya. Tidak sedar bila Zafriel masuk ke kelasnya. Patutlah senyap semacam jea kelasnya tadi. Angin taufan “datang” rupanya!
“Takkanlah aku tak boleh nak datang jenguk kau!” balas Zafriel. Sebenarnya dia bosan berada di dalam kelasnya dan hanya Ariessa yang terlintas di mindanya. Kalau layan gadis itu berbual, seronok jugak! Dan sesungguhnya bersama Ariessa dia berasa seronok. Dia boleh bercakap apa sahaja dengan gadis itu, mungkin disebabkan keserasian yang tercipta di antara mereka sejak kecil.
“Baiknya kau…..” balas Ariessa. Secalit senyuman terukir di bibirnya. Zafriel turut tersenyum. Kadang-kadang dia berasa agak canggung bila Zafriel datang ke kelasnya semata-mata untuk berbua-bual. Takut timbul gossip! Nama mereka nuga yang tercemar, walaupun ketika itu dia terkesankan beberapa pasang mata yang kurang senang melihat dia dengan Zafriel. Biarlah…
“Cikgu Rahman tak masuk kelas. Ada mesyuarat dengan Pengetua. Dia suruh aku kawal kelas, jadi aku datanglah ke kelas kau…”
“Weh, apa kena-mengena cikgu Rahman suruh kau kawal kelas, kau pulak datang kelas aku?” soal Ariessa. Dia sebenarnya tidak faham dengan kata-kata Zafriel!
“Kelas tu aku dah suruh Hakimi jaga…and aku pulak tolong jaga kelas ni”
“Apa-apalah kau ni….” Balas Ariessa. Malas dia hendak melayan Zafriel yang cakap merapu itu. Dikemas mejanya yang agak berselerak dengan buku-buku yang dibawanya.
“Mama dan papa nak pergi Australia hujung minggu ni, diorang cakap sebelum pergi diorang nak jumpa kau dulu. Lepas habis kelas, kau datang rumah,ok? Dah lama kita tak lepak kat rumah aku sama-sama” pinta Zafriel. Wajah Ariessa direnung lama. Berkerut dahinya itu. Entah apalah yang difikirkannya.
“Betul ke? Mama dan papa tak beritahu apa-apa pun?. Ok, nanti lepas balik dari sekolah, kita terus pergi ke rumah kau! Aku pun dah lama tak jumpa mama dan papa”. Tergambar kegembiraan di bibirnya dan tanpa menyedari yang Natasya dipagut rasa cemburu dan sakit hati!
Takpe…takpe..kau tengoklah lepas ni Ariessa..dengan aku jangan kau cuba nak cabar…!!!!” jerit hati Natasha berbaur geram…
……………………………………………………………………………………………………..
Beberapa hari sudah berlalu…Ariessa sering kali mengelak saat Zafriel bertanyakan hal berkaitan Natasha. Kelu lidah gadis itu hendak menjawabnya. Belum bincang apa-apa, mereka sudah bertengkar….
Ariessa mengeluh lagi. Mungkin salahnya juga, terlalu mengikut emosi Natasha. Perasaan bersalah terhadap Zafriel tumbuh dalam dirinya. Asalnya dia ingin berjumpa Natasha untuk menjelaskan hubungannya dengan Zafriel sahaja. Mereka memang rapat sejak kecil, tetapi hanya sebagai “teman tapi mesra”. Tidak pernah pun terfikir di hati Ariessa nmahupun Zafriel yang mereka akan menjadi couple…Itulah yang ingin diberitahu kepada Natasha tetapi…apa yang terjadi sebaliknya…
“Riesaa…!!!!!” panggilan Zafriel yang tiba-tiba menyapa gegendang telingannya membuatkan gadis itu terkejut. Ariessa berpaling ke arah pemilik suara itu. Kali ini meman dia tidak boleh lari lagi.
“Riessa….!!!!” Zafriel menjerit lagi ke arah Ariessa. Gadis itu mula diterpa kebimbangan. Nada suara Zafriel amat berlainan daripada biasa. Tdak pernah pernah lelaki itu memanggilnya dengan nada yang kasar begitu, kecualilah semasa mereka kanak-kanak. Kenapa pulak ni? Hati Ariessa mula bergendang cemas.
“Apa kau dah buat hah…??!!!!” itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Zafriel takkala Ariessa dihampirinya. Merah padam wajahnya tika itu, pelik Ariessa melihatnya.
“Apa kau dah buat hah..??!!!!” Zafriel mengulangi pertanyaannya buat kali yang kedua. Ariessa menelan air liur. Apa kena dengan mamat ni? Ariessa berasa tidak senang duduk. Tambahan pula dia terkesankan lirikan mata beberapa orang pelajar yang melihat ke arah mereka. Hairan barangkali takkala melihat mereka bertengkar….
“Apa yang aku dah buat? Kau ni kenapa Zafriel? Takde angin, takde ribut..tiba-tiba jea kau sergah aku macam ni…?” Tanya Ariessa kembali walupun separuh daripada gerak hatinya sudah dapat mengagak punca Zafriel berkelakuzn sedemikian rupa. Mesti pasal Natasha!!!
“Pandai kau ya..buat-buat tak tahu pulak..!!!” sindir Zafriel. Matanya tajam mencerlung kea rah Ariessa. Kalau boleh dimakan, sudah lama gadis bersikap selamba badak itu ditelannya hidup-hidup.
“Hei bro..jangan main sindir-sindir pulak! Terus terang jea kau nak cakap apa?!!!” sergah Ariessa kembali. Dia sememangnya tidak sangka akan diherdik dan disindir sebegitu rupa oleh Zafriel..tambahan pulak ada beberapa orang pelajar lain yang mendengarnya.
“Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni…selama ni aku anggao kau kawan baik aku dunia akhirat..tapi kau tak sangka kau sanggup mengkhianati aku. Aku tak sangka kau sanggup tikam aku dari belakang…!!!!”
Berdesing telinga Ariessa mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Zafriel itu. Dia tikam Zafriel dari belakang? Bila pulak dia buat macam tu…gila apa budak Zafriel ni..??? Minda Ariess mula berperang sesama sendiri.
"Aku langsung tak faham apa yang kau cakap ni…!!!!” balas Ariessa. Air mata yang ingin mengalir keluar cuba ditahan. Sedih..memang hatinya sedih apabila diituduh mengkhianati persahabatan mereka. Dia memang sedih apabila dikatakan menikam sahabat baiknya dari belakang. Sanggup Zafriel menuduhnya begitu? Takkanlah selama ini Zafriel langusung tidak mengenali dirinya sepanjang persahabatan mereka. Takkan Zafriel anggap yang dia sanggup mengkhianati persahabatan mereka yang telah di bina sejak mereka masih lagi dalam perut mama mereka masing-masing?
“Kau ni memang pandai Ariessa..musang berbulu ayam…!!!!”
“Stop it..!!!! Sanggup kau kata aku macam tu…?!!! Ni mesti sebab Natasha kan?!!!” sampuk Ariessa. Keberaniannya mula tumbuh…namun yang sebenarnya dia sudah kalah. Air matanya awal-awal lagi sudah mengalir, benteng yang dibinanya tidak cukup kuat untuk menahan gelodak kesedihan yang bersarang di dalam hatinya. Zafriel terkesima melihat air mata yang mengalir di kelopak mata Ariessa…gadis yang amat keras hatinya untuk mengalirkan air mata. Namun, dia berpura-pura tidak mengerti, perasaan egonya semakin menebal. Ariessa tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.
“Kau ni memang kawan yang tak guna…!!!!! Kau janji nak tolong aku kan..tapi apa kau dah buat?!! Selama ini, hanya kaulah satu-satunya harapan aku….” Zafriel terus-menerus menyerang Ariessa. gadis itu dilihat hanya menundukkan mukanya. Melihat rumput-rumput hijau yang dipijaknya.
“Aku mintak maaf…”
“Ah..dah takde gunanya kau mintak maaf sekarang! Kenapa kau tak cakap awal-awal lagi? Patutlah kau asyik mengelak saja bila aku tanya pasal hal ni…kau ni memang la Ariessa...Menyesal aku mintak tolong dengan kau….!!!!!”
“Aku takut kau marah aku…..lagipun aku dah janji nak…..”
“Mulai hari ini, kita putus sahabat! Terima kasih di atas bantuan kau tu…..!!!!!” sampuk Zafriel, memotong percakapan Ariessa. Kemudian ayunan kakinya diangkat pergi dari situ. Benci dia melihat wajah Ariessa tika itu…dan sebenarnya tanpa mereka berdua sedari, ada mata yang melihat drama spontan itu dengan senyuman di bibirnya. Padan muka…!!!!!!
“Zafriel…..!!!!!!!” hati Ariessa menjerit memanggil-manggil nama lelaki itu. Bukan sedikit kesedihan yang dia tanggung. Bukan sedikit air matanya yag tumpah. Bukan sedikit kepedihan yang menggiris hatinya dengan kata-kata yang dilemparkan dan bukan sedikit kekesalannya kerana tidak mampu membantu sahabat baiknya itu.
“Zafriel….
Maafkan aku tidak berterus-terang..
Kerana aku tidak mahu kau kecewa…
Maafkan aku tidak berterus terang…
Kerana aku tidak mahu kau terluka…
Maafkan aku tidak berterus-terang….
Kerana tidak mahu kau derita….
Maafkan aku tidak berterus-terang…
Sungguh hati ini sakit…
Takkala kau berterus-terang….
Hanya Natasha yang bertahta di hatimu….
Maafkan aku sahabat kerana menyembunyikan kebenaran…..
Maafkan aku….
Andai itu yang mampu aku lakukan…….
Dan hati ini..
Hanya diri ini sahaja yang mengerti…..
Ariessa menangis semahu-mahunya. Kelibat Zafriel sudah menghilang dan untuk saat itu, dialah manusia yang kalah dengan egonya sendiri…..

5 comments:

  1. tak patut la si Zafriel ni...nak jea sy tumbuk muka dia tu...sakitnyer ati..teringat mase kat skolah..gaduh ngan kwn baik!!!huhuhu...

    ReplyDelete
  2. oooo...sbb nie lar dowang gado...
    ngeee...
    sengal tol natasha uh....
    dengki btol...
    arrghh...
    geramnyerrrr.....
    kesian kat ariessa nieh..
    si zafriel nieh pon 1,,xkan arh tataw prangai riessa cmne,,xkan arh dye snggop nk wat cmtuh..
    egomaniac tol...
    isk2..
    smbung2...

    ReplyDelete
  3. biasalah....
    dah dpt kekasih hati...
    mana nak ingt kat kwn lagi..
    huhuhu...

    ReplyDelete
  4. so sejak tu diorg putus kwn kot...? best..smbg gi....

    ReplyDelete