Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 25

“Hey what’s up, friend?!” sapa Hakimi. Tanpa mengetuk pintu pintu dan memberi salam, terpacul mukanya di bilik Zafriel dengan pertanyaan itu. Begitu ketara suara Zafriel yang kedengaran agak tegang di talian sebentar tadi. Apa pula masalah kawannya kali ini?
Zafriel hanya bersandar di kerusinya. Enggan menjawab pertanyaan sahabatnya itu. Hakimi adalah kawan baiknya sejak di bangku sekolah. Asalnya, Hakimi bekerja di tempat lain, namun dia mempelawa Hakimi bekerja dengannya sejak dia mengambil alih tugas papa mertuanya. Memang sahabatnya itu bercadang hendak meletakkan jawatannya di tenpat kerjanya lama. Hal itu sudah diincangkan dengan Dato’ Iqbal dan dia tersenyum senang apabila papa mertuanya tidak membantah! Sekurang-kurangnya ada teman untuk berbual disaat dia dilanda kebosanan dan Hakimi adalah seorang sahabat yang amat prihatain dengan masalahnya!
“She’s come here!” Zafriel mula membuka suara bersama dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya, penuh tersirat pelbagai makna. Hakimi mengerutkan dahinya, langsung tidak memahami butir percakapan sahabatnya itu.
“Who? What’re you talking about?” balas Hakimi. Lama dipandang muka Zafriel. Sudah tidak betul agaknya sahabatnya itu!
“My wife!”
“Maksud kau…Ariessa?!” Hakimi pantas menyampuk. Sudah diketahui perihal perkahwinan sahabatnya dengan Ariessa. Entah bila akan selesai!
“Yalah…aku mana ada isteri lain!” tukas Zafriel. Buat lawak pula kawannya itu. Hakimi tersenyum. Takkanlah sebab tu pun nak marah, fikirnya.
“Yalah, manalah tahu kot-kot kau kahwin rahsia dengan orang lain pulak!” balas Hakimi, seronok pula dia mengenakan sahabatnya itu. Dia sendiri pun tidak tahu, sampai bila Zafriel dan Ariessa mampu menyembunyikan perkahwinan mereka dari pengetahuan staff di pejabat. Tambahan pula mereka kerja di tempat yang sama, lambat laun pasti rahsia itu akan terbongkar juga. Namun apa yang dia pasti, bila Dato’ Iqbal kembali semula ke pejabat, pasti hal perkahwinan mereka akan ketahuan juga akhirnya.
“Nak tempah bala? Yang sorang ni pun dah tak tertanggung! Mati katak aku!”
“Takkan dah surrender kot? Inilah namanya cabaran…barulah interesting sikit hidup kita!” Hakimi masih cuba memprovokasi Zafriel. Sekadar mahu menduga reaksi sahabatnya itu.
"So, macam mana?” Hakimi kemudiannya kembali semula arah tujuan perbualan mereka. Lama-lama Zafriel dikacaunya, boleh terbalik meja di depan mereka.
“Macam mana apanya? Aku pun terkejut tengok dia dah terpacak kat pejabat. Ingatkan dia dah tak nak datang ke pejabat” balas Zafriel. Dia mengusap rambutnya yang sedikit terjuntai di dahinya. Muka Hakimi dipandangnya. Terdiam seketika sahabatnya itu.
“Aku rasa itu adalah satu permulaan yang baik untuk korang berdua!”
“Permulaan baik apanya?! Kau tahu tak, kami ni baru saja mengisytiharkan perang dingin!”
“What..?!!!!” tersentak Hakimi dengan kata-kata Zafriel. Apa pulak yang berlaku antara Zafriel dengan Ariessa kali ini? Tidak larat lagi untuk dia mendengarnya. Bertimpa masalah datang!
“Tadi dia datang serang aku kat pejabat! Tuduh aku kacau kerja dia. Kacau apanya? Aku just ambik fail projek pembinaan kat Sri Hartamas jea dalam bilik dia. Itupun sebab, wakil Menich Consultant nak discuss something pasal projek tu. Ariessa pulak dah lama tak masuk pejabat, so aku terpaksa take part! Salah ke?”
“Kau ada beritahu dia ke pasal ni? Kan selama ni dia yang uruskan pasal projek di Sri Hartamas tu. Apa-apa yang berlaku, perkara tu dibawah bidang kuasa dia”
“Malaslah aku nak bagitahu, bukannya dia nak dengar pun. Kau pun tahu kan, isteri aku tu suka ikut kepala angin! Buang air liur jea kalau aku cakap. Petang ni baru kitorang akan discuss pasal hal ni. Sepatutnya dia kena pergi sekali, senang sikit nak berbincang, tapi kami ni dah dalam “zon peperangan”! Mana boleh berdamai dengan musuh!”, balas Zafriel. Meledak ketawa Hakimi. Mcam budak-budak! Zafriel mengerling jam di pergelangan tangannya, sudah pukul 10.00 pagi, lagi dia jam lebih perjumpaan tu akan bermula. Lambat lagi!
“Kau ni memang sengaja cari pasallah Zafriel! Dah tahu perangai isteri kau tu angin semacam, kau kacau jugak! Tak faham aku dengan kau ni! Sepatutnya kau cari jalan nak berbaik-baik dengan Ariessa, bukannya sengaja tambahkan kemarahan dia macam ni. Zafriel…Zafriel, apalah nak jadi dengan kau? Aku pun tak tahu. Alamatnya, kalau sikap kau dengan isteri kau terus macam ni, bankraplah Dato’ Iqbal nanti”
“Kau jangan tak tahu, aku ni pakai petua! Orang perempuan ni tak boleh berlembut sangat dengan mereka, nanti takut jadi macam sirih naik junjung pulak. Kita kena berkeras, lama-lama mereka akan lembut, alah lembut-lembut kerak nasi!”
“Kalau lembut-lembut kerak nasi takpe, aku takut lembut-lembut kayu, kau berkeras sangat, nanti tak pasal-pasal patah! Berkerat rotan kau!” sembur Hakimi. Zafriel tertelan air liur, ada benarnya juga kata-kata sahabatnya itu. Ah, tak mungkin…selama ini dia amat berpegang dengan keyakinannya! Kuasa di tangannya!
“OK…kau tengoklah siapa yang akan mengalah akhirnya!” pantas Zafriel membalas serangan sahabatnya itu. Dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya, Zafriel diserbu kehairanan.
“Kau nak ke mana ni?”
“Aku nak jumpa kawan kejap?”
“Kawan? Betul ke? Sejak kau pandai berahsia dengan aku ni?” duga Zafriel. Manalah tahu terbocor rahsia kawannya itu!
“Weh, kau jangan nak main- tuduh-tuduh ya! Aku ni tak macam kau, rupa ada…kedudukan pun ada. Sekali petik jari, sepuluh dapat! Tapi, orang macam aku ni, sapalah yang pandang!” Hakimi membalas dengan suara rajuk. Ingin menghilangkan gundah yang melanda hatinya. Tembakan Zafriel itu betul-betul tepat mengenai sasarannya. Lain kali aku bercerita dengan kau! Bisik Hakimi. Dia sebenarnya tidak mahu terburu-buru, mereka masih lagi dalam peringkat berkawan. Tiada lagi jaminan untuk masa depan! Ah, hati perempuan bukannya senang untuk ditawan! Tersilap haribulan, jadi macam pungguk yang rindukan bulan. Mendambakan kedatangannya saban malam!
“Aku pergi dulu. Any news, beritahu aku. OK?” Hakimi melangkah keluar dari bilik Zafriel. Memberi ruang untuk sahabatnya itu berfikir. Mudah-mudahan bertemu jalan penyelesaian. Tapi, rasa hatinya berpendapat, antara Zafriel dengan Ariessa memang tiada masalah, tetapi kerana ego mereka berdualah yang telah mewujudkan masalah! Aduh, api dengan minyak memang tidak boleh bersua, pantang terkena, habis disambarnya! Contoh terbaik sudah ada depan matanya…

2 comments: