Wednesday, January 21, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 46

Satu persatu tempat dijelajahi mereka. Lagaknya macam pasangan muda yang sedang hangat bercinta! Hmm….itulah orang cakap! Indahnya percintaan lepas kahwin! Segala-galanya bebas! Takde apa-apa halangan…!!!!
“Cantiknya…!!!!!!” begitu teruja Ariessa melihat sepatu yang dipamerkan di deretan kedai yang mereka lalui.
“Jom kita masuk dalam kedai tu…” ajak Zafriel tiba-tiba. Ariessa menutup mulut. Dia sekadar berkata sahaja, bukannya betul-betul hendak beli! Tapi kalau dapat beli..apa salahnya kan? Hatinya berdetik gembira.
“Ambik jea yang mana Riessa berkenan….” Pelawa Zafriel. Ariessa hanya tersenyum memandang Zafriel. Boleh tahan juga kaki shopping suaminya itu!
“Eh..takpelah..saya cakap jea….” Balas Ariessa. Padahal matanya curi-curi menjeling sepatu di kedai itu. Cantik-cantik belaka! Kalaulah dapat diborong satu kedai….
“Laa..ambik jea mana yang Riessa nak! Abang bayarkan……” kata Zafriel kemudiannya. Tangannya masih erat menggengam tangan isterinya itu.
“Takpelah…….”
“Kalau nak beli satu kedai pun takpe….” Usik Zafriel. Ariessa tergelak! Macam tahu-tahu saja suaminya itu. Kalau betul dia beli satu kedai kang….baru terduduk suaminya itu…
“Ni apasal gelak sorang-sorang ni…????”
“Er…takde apa-apalah….!!” Ariessa menutup rasa malunya apabila ditegur begitu. Adoii…sempat lagi berangan, kan dah kena?!!!!
“Ya cik….?” Tegur seorang pembantu jurujual wanita. Ramah intonasi suaranya melaya pelanggan.
“Isteri saya nak cari sepatu yang sesuai untuk dia…..” Kembang hati Ariessa apabila diperkenalkan sebagai isteri oleh Zafriel.
“Oh…memang sesuailah sebab kedai kami ada menyediakan pelbagai pilihan..”
“Hmmm..kalau macam tu, boleh tak kami tengok new collection kat sini?” pinta Zafriel. Ariessa hanya diam..Dia sebenarnya terkejut dengan tindakan Zafriel….
Jurujual itu kemudiannya berlalu dari situ. Ingin mengambil brosur koleksi terbaru. Itulah strategi pemasaran namanya. Taklah pening kepala pelanggan tawaf seluruh kedai untuk mencari koleksi kesukaan mereka!
“Riessa pilih jea mana yang Riessa berkenan…..” arah Zafriel setelah jurujual itu memberikan brosur kepada mereka.
“Ke nak abang borong satu kedai…??”
“Boleh jugak!” namun hanya terluah di dalam hatinya. Kalau betul Zafiel borong satu kedai…mana nak letak semua tu?
Ahkirnya lambat-lambat Ariessa bergerak ke sekeliling kedai itu. Mencari sepatu yang menarik perhatiannya! Lama dia mencari…..
“Yang ni..ok tak?” Tanya Ariessa sambil menunjukkan sepatu yang dipegangnya kepada Zafriel.
“Kalau Riessa pakai..apa pun nampak cantik…!!!” balas Zafriel. Kembang hati Ariessa mendengarnya.
“Saya tanya betul-betulllah….”
“La..abang pun bukannya main-main…” pintas Zafriel sambil tersenyum. Tergoda Ariessa dibuatnya. Senyuman Zafriel memang mengancam!
“Saya ambik yang ni ajelah….”
“Satu jea…..???”
“Yalah..awak nak saya ambik berapa…..???”
“Sepuluh pun takpe….” Balas Zafriel dengan ketawa yang tidak henti-henti. Dia tidak peduli dengan orang-orang yang memandang mereka. Cemburulah tu..!!! bisik hatinya.
“Kalau saya ambil betul-betul kang…….”
“Ambik jealah….Riessa longgokkan kat kaunter tu! Abang yang bayarkan…bukan susah pun….Berpuluh kredit kad abang bawak tau….”
Ariessa mencebikkan bibirnya. Hendak tunjuk banyak duitlah tu……
“Takpelah..satu pun dah cukup!” kata Ariessa. Die sebenarnya tidak mahu Zafriel mengganggapnya mengambil kesempatan! Mentang-mentanglah orang belanja….tapi duit Zfariel adalah hak dia juga…tak salah! Tapi sebenarnya dia segan…..
Selesai membeli sepatu di kedai itu, mereka berlalu ke tempat lain. Banyak lagi tempat yang belum mereka jelajahi. Tak puas rasanya berjalan-jalan dari satu tempat ke satu tempat..Mungkin kerana ditemani insan kesayangan…..
Bibir Ariessa tidak putus-putus menguntumkan senyuman. Menjeling ke arah Zafriel yang membawa palstik beg yag berisi sepatu yang dibelinya tadi! Terasa lucu pun ada! Pengalaman pertama membeli sepatu barangkali. Bukan satu tapi empat!!!! Bilalah dia hendak pakai semuanya?
“Riessa lapar tak….?? Direnung ke arah isterinya yang kelihatan ceria itu. Tenang hatinya…
“Laparlah jugak…..”
“Jom kita pekena pizza ke….? Pasti kita sambung balik kembara alam kita lepas maghrib. Ok sayang…..? Tergelak Ariessa mendengar bicara Zafriel. Ada sahaja bicaranya yang mengundang kelucuan di hati…..

6 comments:

  1. hahaha
    sweet je daiorg nie kn????
    ske sgt ngan zafriel..
    sporting je...hehehe

    ReplyDelete
  2. ngeeeeee...
    beshnye kalo dpat psagn cmtuh...
    sejuk aty..
    heehhee..
    ske2...
    manis bangat...
    nk lgi,,nk lgii...

    ReplyDelete
  3. adoi...dok senyum sorg2 lak kat dpn laptop ni..so sweeetttttt!!!!!hihi..bestnye dpt husband mcm tu..nak lagi..

    ReplyDelete
  4. alaa.. bila surat zafriel tu nak sampai kat tangan ariessa?
    so, ariessa pun xde la tertanya-tanya apa perasaan zafriel yg sebenarnya pada dia..

    kabusrindu. sambung lagi..
    x sabar ni..

    ReplyDelete
  5. hahaha..
    bestnye dpt laki camnie..

    ReplyDelete