Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 27

Ariessa cuba membuka matanya, namun sesekejap matanya ditutup. Rasa perit masih belum hilang, tambahan pula matanya terbias oleh cahaya matahari yang masuk ke biliknya melalui tingkap bilik pejabatnya yang diselak kain penghadang cahaya. Seketika kemudian, matanya tepat memandang ke arah sesusuk tubuh yang duduk bersandar di sofa sambil membelek majalah yang tersedia di atas mejanya. Membaca memang menjadi hobinya Sebab itu, setiap bulan dia akan memesan pelbagai majalah termasuk Times, Masyarakat, Mingguan Wanita, Cosmopolitan, Teraverama dan juga majalah yang berkaitan dengan bidang hartanah dan pembangunan. Sekadar menambah pengetahuan dan ilmu!
Begitu asyik sekali Zafriel membaca majalah Times tanpa menyedari yang Ariessa sudah terjaga dari tadi. Sudah lama isterinya itu tidur, mahu dikejutkan rasa kasihan. Nasi dan kuih muih yang dibelinya sejak tadi belum lagi dijamah oleh Ariessa. Sudah dipesan kepada Munirah, supaya isterinya tidak diganggu dengan sebarang panggilan. Pembacaannya kemudian terganggu apabila mendengar suara isterinya yang terbatuk. Wajah pucat Ariessa jelas kelihatan, dia betul-betul nampak tidak bermaya. Zafriel bingkas bangkit dan bergerak ke arah isterinya yang masih dalam keadaan terpinga-pinga. Mungkin kesakitannya masih belum hilang….
“Ehemm…” Zafriel berdehem takkala isterinya itu dihampiri. Ariessa cuba untuk bangkit dari sofa walaupun sukar. Rasa tidak selesa berbaring di atas sofa itu apabila menyedari suaminya turut sama berada di situ.
“Dah ok?” tegur Zafriel. Namun tiada jawapan dari mulut Ariessa. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan suara, tambahan pula dengan keadaannya yang kelihatan agak tidak terurus. Mindanya ligat berfikir, serasanya tadi, dia berada di kerusi, tapi macam mana dia boleh berada di atas sofa? Siapa yang membawanya ke sofa itu? Zafriel? Malunya bertandang, sudah banyak kali dia “kena” dengan Zafriel!
“Makan nasi dan kuih ni! Nanti perut tu masuk angin pulak!” arah Zafriel, disuakan bungkusan nasi goreng yang dibelinya di restoran yang berdekatan dengan kawasan pejabat mereka. Suara itu ternyata mematikan lamunan Ariessa. Nasi itu hanya dipandang sepi, tiada minat untuk menyambut bungkusan nasi yang dihulurkan oleh suaminya itu. Tanpa menunggu tindakan Ariessa seterusnya, Zafriel terus membuka bungkusan nasi itu dan segera dicapai sudu yang tersedia di dalamnya.
“Makan…!” pinta Zafriel sambil menyuakan nasi itu ke mulut Ariessa, namun Ariessa kelihatan teragak-agak untuk menyambut suapan nasi dari suaminya itu. Sebenarnya dia sudah kehilangan selera untuk makan. Dia hanya mahu berehat. Itulah padahnya kalau terlampau asyik bekerja, sampai waktu makannya diabaikan, walaupun kerap kali sudah diingatkan oleh papanya dan sekarang dia yang terpaksa menanggung sakitnya!
“Awak ni, dalam keadaan sakit pun masih nak berdegil lagi! Buat penat jea saya pergi beli makanan ni..” Zafriel mula berleter, geram dengan sikap Ariessa yang masih lagi berdegil! Macam budak-budak! Ariessa terasa ingin menangis bila diherdik begitu. Tidak tahukah Zafriel yang dia tidak berselera untuk makan? Diakan sakit! Tak faham-faham lagi ke? jerit Ariessa namun kata-kata itu hanya tersekat di kerongkongnya.
“Saya takde selera nak makan! I need a rest!” jawab Ariessa. Kepalanya disandarkan kembali ke sofa. Tidak dipedulikan Zafriel yang kelihatan agak marah dengan kedegilannya. Kalau dia tahu memprotes, aku pun boleh, getus hati Ariessa.
“Kalau awak nak rehat sangat, lepas ni saya bawa awak balik! Tapi sebelum tu awak mesti makan dulu, dan kalau awak terus berdegil, saya tak jamin apa yang saya akan buat pada awak!” kata-kata Zafriel yang berbaur ugutan itu menyentak perasaan Ariessa yang ingin terlena! Dia bingkas membetulkan cara duduknya, betul-betul mengadap wajah Zafriel. Segarais senyuman lahir di bibir Zafriel. Bukan susah sangat hendak mengawal isterinya itu! Bagai lembu dicucuk hidung isterinya itu mengikut. Tahu takut!
Ariessa hanya mampu menelan air liur dengan kata-kata suaminya itu. Kalaulah Zafriel buat yang bukan-bukan….bukannya dia tidak tahu sikap Zafriel! Satu-persatu sudah dihafal di dalam kepalanya!
“Takpe, saya tahu nak makan sendiri!” kata Ariessa takkala Zafriel ingin menyuapkan makanan ke mulutnya. Di ambli sudu yang dipegang oleh suaminya itu serta bungkusan nasi yang diletakkan di atas meja. Baru terasa perutnya itu memang lapar, tidak dipedulikan Zafriel yang sedang ralit memandangnya. Lantaklah!
“Minum air ni!” Zafriel menghulurkan pula air milo panas yang dihantar oleh Munirah tadi. Sampai licin nasi itu dimakan oleh isterinya. Rakus Ariessa menyambut gelas itu. Beberapa saat sahaja, habis air itu diteguknya. Ariessa terasa segar semula! Kembali bersemangat untuk menyelesaikan kerjanya.
“Kalau macam ni dari tadi kan senang, awak jugak yang kenyang! Ni tak, nak berlagak tak bertempat!” sempat lagi Zafriel menyindir isterinya itu.
“Saya tak suruh pun awak ambil peduli?” balas Ariessa, namun dia tidak berani memandang wajah suaminya, matanya hanya tunduk menekur ke arah lantai marmar biliknya. Zafriel hanya mampu mengelengkan kepalanya dengan kata-kata isterinya itu. Ada sahaja modal Ariessa untuk membalas setiap kata-katanya.
“Lepas ni kemas barang-barang awak, saya hantar awak balik!” kata Zafriel apabila Ariessa kembali menyandarkan kepalanya ke sofa. Ingin rehat seketika sebelum kembali menyambung kerjanya. Ariessa mencelikkan matanya. Zafriel dilihat sedang berdiri mengadapnya. Bilalah dia nak keluar dari bilik ni?, Tanya hati Ariessa.
“Apa? Saya tak kata pun yang saya nak balik rumah? I just need a rest for a few minutes yet. Banyak lagi kerja yang saya kena buat!” balas Ariessa, tidak suka diarah-arahkan oleh Zafriel! Dia bukan budak-budak!
“Dengan keadaan awak macam ni? Hanya menyusahkan orang jea! I don’t care, you must go back at home! I’m the boss, so everything under my control! Fullstop!!” tegas suara Zafriel. Tidak mahu mengalah dengan kehendak Ariessa, takut makin naik lemak isterinya itu.
“Itu saya punya pasal! Yang awak nak menyibuk, kenapa? Saya tak suka orang paksa-paksa saya. Siapa awak nak treat saya macam budak-budak! I hate that!” Ariessa cuba berkeras, tersentak Zafriel takkala mendengar bait-bait terakhir yang keluar dari mulut isterinya itu. Adakah selama ini, sekali pun Ariessa tidak pernah menganggap dia sebagai suaminya? Namun, rasa terkilan itu cuba diusir pergi. Dia perlu berkeras dengan isterinya saat itu.
“Awak jangan cabar saya buat sesuatu yang awak tak suka, sebab akibatnya awak sendiri yang akan tanggung! Cepat kemas barang-barang awak tu!” suara Zafriel semakin keras kedengaran. Ariessa bungkam tiba-tiba. Dia mula kehilangan ayat untuk berkata-kata dan buat kali yang kedua, dia kalah lagi dengan Zafriel! Kenapa lelaki itu bagaikan ada kuasa yang mampu mengawal dirinya? Di manakah keyakinan dirinya yang pantang mengalah dengan sesiapa pun dalam mempertahankan haknya?
“Tapi….” Tergantung butir bicara Ariessa. Sekilas dia meneliti keadaan dirinya. Bagaimana dia hendak keluar dengan keadaannya yang seperti itu, bajunya berkedut seribu, mukanya yang pucat bagaikan mumia! Apa pula tanggapan staff di luar jika melihatkan keadaannya, sudah pasti timbul perasaan curiga dalam hati mereka, dia berkira-kira sendiri. Tambahan pula dia keluar berdua dengan Zafriel! Memang cari pasal untuk digosipkan!
“Awak jangan risau, semua staff kat luar dah pergi lunch! Only us kat bahagian ni” kata Zafriel, dia bagaikan mengerti apa yang tersarang di dalam hati. Suaranya mula kedengaran lembut tiada lagi nada ketegasan d situ. Lama dipandang wajah isterinya itu, walau pun Ariessa dalam keadaan begitu, namun wanita itu tetap kelihatan cantik! Ariessa mula rimas, cara Zafriel memandangnya..ah, orang lelaki apa lagi yang mereka fikirkan? Pasti “perkara” itu tidak akan terlepas dalam fikiran mereka! Bencinya…!!!jerit Ariessa, namun dia tidak berai meuahkan apa yang terbuku di hatinya. Ketegasan Zafriel memang terserlah dan dia ada “bakat” bagai seorang dictator! Sempat lagi Ariessa mengumpat suaminya dalam diam.
“Tapi….
“Takde tapi-tapi! Alah, kalau tak cantik tu, buat macam mana pun tetap tak cantik! Lainlah kalau….”
“Boleh tak kalau dalam sehari awak tak sakitkan hati saya?” pintas Ariessa. Perasaan marah yang telah reda, membakar kembali dengan kata-kata penuh “berapi” yang keluar dari mulut suaminya. Hahaha…hanya ketawa Zafriel yang kedengaran, semakin mengunung perasaan geram Ariessa. Ada ke patut orang tengah marah dia boleh ketawa pulak? Sudah tidak betul agaknya?, bisik Ariessa lagi.
“Awak boleh bangun sendiri kan? Ke nak saya dukung?”
“Takpe…saya boleh bangun sendiri!” cepat-cepat Ariessa menjawab pertanyaan suaminya itu dan sepantas kilat dia cuba bangun dari sofa yang didudukinya itu walau pun agak sukar, kerana kesakitan dan kepedihan di perutnya belum lagi menghilang. Ketawa Zafriel meledak lagi, betapa lucunya melihat keadaan Ariessa yang terkila-kial cuba hendak bangun. Ego! Hendak ditolong, tak nak! Diri sendiri juga yang susah! Namun selepas melihat air mjuka isterinya itu mula keruh, Zafriel mematikan ketawanya. Orang perempuan, modalnya air mata saja, getus hati Zafriel.
“Ubat….” kata Ariessa apabila dia menghampiri mejanya. Perlahan sahaja suaranya saat itu, namun sempat ditangkap oleh Zafriel yang kembali menyambung pembacaannya yang tergendala tadi.
“Nanti kita singgah kat klinik beli ubat awak tu, sebelum balik rumah” jawab Zafriel, namun fokusnya tetap pada majalah yang dibacanya itu.
Tangan Ariessa mula mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Malunya, segala-galanya kena berharap dan bergantung pada Zafriel. Bencinya…pasti Zafriel sedang mengutuknya tika itu!

2 comments:

  1. hehheehehe..
    ego,,ego...
    kras aty tol....
    sepadn arh tuh...
    ske2...

    ReplyDelete
  2. eeeee.
    due2 ego.
    suke2.
    sepadan ah2.
    tol2 zatie.
    -na'dz

    ReplyDelete