Sunday, January 25, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 50


“Zafriel..ada apa? Sapa yang hantar mesej tu?” tanya Datin Sharifah. Muka menantunya itu berubah pucat sebaik sahaja menerima membaca mesej yang diterimanya tadi. Apakah itu tentang Ariessa?
“Zafriel…!!!!panggilan Datin Sharifah semakin kuat. Zafriel terpinga-pinga seketika.
“Mama, Zafriel pergi dulu. Nanti Zafriel bagitahu mama!” Laju Zafriel melangkah kakinya itu. Meninggalkan Datin Sharifah yang ditimpa dengan pelbagai persoalan.
Zafriel ingin segera sampai ke tempat yang dimaksudkan.

"Isteri kau ada kat kondominium Perdana, Cheras. Datang cepat kalau kau tak nak apa-apa berlaku pada dia....!!!!"

Betulkah isterinya itu diculik? Macam mana keadaan Riessa sekarang? Ya ALLAH, kau selamatkanlah isteriku dari sebarang bahaya dan malapetaka! Selamatkan isteriku ya ALLAH…!!! Tidak putus Zafriel berdoa.
………………………………………………………………………………………………
Ariessa mula tersedar. Dirinya masih lagi bingung. Kenapa dia dikurung di situ? Kenapa tangan dan kakinya diikat? Kenapa mulutnya disumbat dengan kain? Mindanya berputar mengingat kembali peristiwa yang berlaku. Sebaik sahaja dia memandu pulang dari pejabat, keretanya rosak di tengah jalan. Ketika itu ada sebuah kereta berhenti berdekatan dengan keretanya. Selepas itu keluar dua orang lelaki dan perempuan dari kereta tersebut untuk membantunya melihat kerosakan keretanya. Kemudian salah seorang dari lelaki tersebut meminta dia masuk ke dalam keretanya untuk menghidupkan enjin keretanya. Ketika dia berpaling untuk membuka pintu keretanya dia rasanya mulutnya ditekup dengan kain dan selepas itu dia rasa segala-galanya Nampak samas-samar dan kemudiannya berpusing-pusing sehinggalah segala-galanya menjadi gelap………
Ariessa menangis terask-esak, dengan tangan dan kakinya yang diikat kemas, menyukarkan untuk dia bergerak dan turun dari katil. Tempat itu dirasakan sangat asing baginya. Diamati sekeliling bilik itu. Nampak kemas dan teratur susunan perabotnya. Keadaan bilik itu juga tidak berselerak. Apa motif dia dikurung di situ? Siapa yang melakukannya? Itulah persoalan yang bermain-main di mindanya. Tangisannya mula kedengaran agak kuat. Siapa yang ada untuk menolongnya? Sesaat itu juga terbayang seraut wajah di hadapannya. Zafriel! Suaminya itu selalu menjadi penyelamatnya di say dia ditimpa kesusahan! Tapi adakah kali ini Zafriel akan membantunya? Adakah kali ini suaminya itu akan menjadi penyelamatnya? Perut Ariessa mula berkeroncong, minta diisi.
Handbag? Ariessa mula teringatkan beg tangannya. Meliar matanya mencari beg tangannya itu, namun tidak kelihatan. Pasti penculik itu sudah mengambilnya! Tak guna!!! Sumpah Ariessa dengan perasaan geram. Kolam mata Ariessa kembali bergenang! Dia buntu apa yang harus dilakukan pada masa itu. Sesekali tidak disangka, itu yang akan dihadapinya! Sebolehnya dia ingin cuba memajmakan matanya dan tidur supaya bila bangun nanti, semua itu hanyalah sekadar mimpinya sahaja. Namun dia gagal, matanya tidak mahu pejam.
“Mama…papa..tolong Riessa, Riessa takut….” Air mata Ariessa makin laju mengalir. Ingin diseka air mata itu tetapi, mana mungkin kerana tangannya terikat kemas ke belakang. Tiba-tiba Ariessa terdengar suasana bising di luar bilik itu. Ketakutannya mula memuncak! Nafasnya mula berombak kencang! Sayup-sayaup dia bagaikan terdengar namanya dipanggil seseorang! Adakah dia bermimpi. Ingin dijawab panggilan itu, tetapi mulutnya langsung tidak boleh bersuara kerana kain yang disumbat di mulutnya.
“Riessa……!!!!!!!!”
Serentak dengan itu, pintu bilik tempat dia dikurung tiba-tiba dibuka dan sesungguhnya dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Memang tidak salah, Zafriel berdiri di muka pintu itu dengan perasaan yang terkejut.
Zafriel tergaman takkala melihat isterinya terbarig di atas katil dengan tangan dan kakinya yang terikat. Dia bagaikan tidak percaya isterinya berkeadaan begitu.
Ariessa ingin menjerit tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, muka Zafriel ditekup oleh dua orang lelaki dari arah belakang dan saat itu Zafriel terkulai layu di muka pintu. Ariessa ingin menangis melihat suaminya itu diseret masuk ke bilik itu dan dibiarkan di atas lantai bilik itu. Badan suaminya itu digeledah. Handpone dan dompet milik suaminya diambil dan selepas itu dua orang lelaki bertopeng itu meninggalkan bilik itu.
“Rasakan….hahahahahahahaha!!!!” hanya itu yang sempat didengari oleh Ariessa sebelum pintu bilik itu ditutup.
“Abang…………..!!!!! Ariessa berusaha memanggil Zafriel namun suaranya tersekat di kerongkong. Ariessa terus menangis dan menangis. Zafriel belum sedarkan diri lagi. Apa yang akan berlaku selepas ini? Rintihnya, namun gerak hatinya tidak berani meluahkan jawapan!
Jam berdenting sebayak dua belas kali. Tepat-tepat pukul 12.00 tengh malam. Zafriel mula bergerak-gerak. Matanya dipejam celikkan beberapa kali. Kepalanya masih lagi terasa berpinar-pinar untuk mengamati keadaan. Kemudian telinganya tiba-tiba menagkap suara seseorang mengerang. Matanya tepat ke arah katil…
“Riessa………..!!!!!!!” jerit Zafriel. Dia bingkas bangun dari lantai, pantas menuju ke arah katil. Diterpa isterinya yang sedang menangis itu. Cepat-cepat dibuang tali yang diikat pada tangan dan kaki Ariessa serta kain yang disumbat ke dalam mulut isterinya itu dan kemudian tangisan Ariessa mula bergema. Zafriel memeluk Ariessa erat-erat. Ariessa menangis semahu hatinya dalam pelukan suaminya itu. Sungguh, dia benar-benar takut jika suaminya itu tidak akan bangun lagi! Sungguh dia benar-benar takut andai kehilangan lelaki itu.

7 comments:

  1. yezza!
    first cmnt!!!
    bez gler...
    cpt laa smbg ag!!
    plessss

    ReplyDelete
  2. cpt2 smbg.
    kalo boley mlm ni gak smbg.

    ReplyDelete
  3. malam nih klu free sambung lar cter nih..
    xsaba nk bce lagi..
    besh sesangat!

    ReplyDelete
  4. thanks kabusrindu..bestnye....

    ReplyDelete
  5. kan dh kata mst penculik 2 send mcj kt zafriel..
    tp asl penculik 2 culik ariessa arr??
    penculik upahan ke??
    hahah
    walauapepn cpt2 post new en3 k..
    x sabo noe..bezt sgt..

    ReplyDelete
  6. ble nk smbg nih???

    ReplyDelete
  7. salammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm leh masuk. penulis nie berbakat

    ReplyDelete