Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 11

“Zafriel memandang kipas yang berputar di kamarnya. Masih berfikir tentang permintaan mama dan papanya. Kahwin dengan Ariesaa? Argh..rasa macam bermimpi pula bila mama dan papanya berbicara sebegitu! Kahwin dengan Ariessa…Berkali-kali dia cuba mengulangi apa yang dikatakan oleh mama dan papanya dan rasa-rasanya dia tidak salah dengar….
Dia mengeluh lagi! Entah berapa kali Zafriel cuba memejamkan matanya, namun gagal! Pemintaan mama dan papanya serta wajah Ariessa silih berganti dilayar memorinya….
“Ahh..kalaulah apa yang hendak dilakukan itu semudah yang dikata….” Hati Zafriel berbisik lemah. Tak mungkin rasanya……
………………………………………………………………………………………………………
“Hah..?!!Papa masuk hospital…?!!!!” serentak dengan itu handphone di tangan Ariessa jatuh ke lantai. Pecah berderai handphone itu……pandangannya mulai kelam…..
“Ariessa……..” sayup-sayup dia terdengar suara-suara memanggil namanya…namun dia terlalu letih untuk menyahut. Akhirnya dia jatuh terkulai di situ………..

“Sabar Sherry…sabar….Insyaallah, Iqbal tak apa-apa….mungkin dia cuma pengsan jea…letih sangat agaknya uruskan urusan kat pejabat tu…Dahlah tu…..” lembut suara Puan Sri Khadijah memujuk Datin Sharifah yang sedang menangis. Suasana di dalam wad itu kelihatan suram.
Tengah hari tu mereka semua dikejutkan dengan berita yang Dato’ Iqbal jatuh pengsan di pejabat. Nasib baik setiausaha Dato’ Iqbal sedar semasa hendak menghantar air minuman yang dipinta oleh Dato’Iqbal…terkejut dia apabila melihat Dato’ Iqbal terbaring di atas karpet di dalam biliknya….
“Ariessa……….”, tangisan Datin Sharifah kembali bergema. Anaknya itu masih tidak sedarkan diri. Pucat lesi wajahnya yang sedang terbaring di atas katil. Sebak mula bertandang di hati Puan Sri Khadijah. Seraut wajah Ariessa dipandang sayu….Ariessa pengsan sebaik sahaja dikhabarkan tentang papanya yang dimasukkan ke hospital. Nasib baik kawan-kawannya turut berada di tempat Ariessa…merekalah yang bersusah payah menghantar Ariessa ke hospital di mana tempat papanya ditempatkan….Ahh..segalanya nasib baik! Syukur pada Allah….
Zafriel yang berada di penjuru wad itu kehilangan butir bicara. Dia sendiri turut merasa letih dengan perkhabaran yang diterima…tentang papa Iqbal dan Ariessa. Belum pun hilang terkejutnya diberitakan tentang papa Iqbal yang jatuh pengsan di pelabat, dia dikejutkan pula dengan berita Ariessa turut pengsan di shopping mall apabila diberitahu keadaan papanya.
Tan Sri Adnan masih belum sampai-sampai lagi. Sudah diberitahu perihal Dato’ Iqbal yang dimasukkan ke hospital, tapi saat itu Tan Sri Adnan sedang menguruskan suatu mesyurat dan sayangnya mesyuarat itu tidak dapat dibatalkan.
Perlahan-lahan mata Zafriel mendarat pada wajah Ariessa. Begitu ketara rasa terkejut Ariessa, dengan wajahnya yang pucat dan tidak bermaya itu. Sesekali wajah yang ayu bertudung itu teresak-esak seperti menahan tangisan….tumpah rasa kasihannya saat itu. Tangisan Datin Sharifah belum lagi reda. Perlahan-lahan Zafriel menghampiri mama Sherrynya.
“Dahlah mama…tak lama lagi papa sedarlah tu…” pujuk Zafriel pula. Sekilas mamanya dipandang. Puan Sri Khadijah hanya tersenyum nipis memandang anaknya. Tahu bahawa Zafriel juga turut dilanda kerisauan dan kesedihan……
“Papa……..!!!!!” jeritan Ariessa tiba-tiba kedengaran. Dia bagaikan terkena hysteria.Terkejut mereka yang berada di situ.Sesaat kemudian tangisannya kedengaran. Pantas Datin Khadijah meluru kearah anaknya. Memeluk Ariessa dengan erat. Namun Ariessa bagaikan dirasuk sesuatu. Dia bagaikan tidak sedar diri. Meraung-raung sambil memanggil papanya.
“Zafriel…..” Datin Sharifah memanggil Zafriel dengan tangisannya yang bergema di ruang bilik itu. Ternyata pelukan Datin Sharifah tidak cukup kuat untuk menyedarkan Ariessa yang sedang meraung itu….Zafriel serba salah…..
Serta merta dia menghampiri Ariessa dan memeluk gadis itu. Niatnya cuma satu, menenangkan gadis itu.
“Papa…papa…papa…..” jeritan dan tangisan Ariessa semakin kuat kedengaran.
“Ariessa…mengucap!Ariessa, mengucap..!!!Ingat Allah……….!Papa tak apa-apa…” pujuk Zafriel. Datin Sharifah hanya mampu menangis sambil ditenangkan oleh Puan Sri Khadijah yang turut kelihatan gelabah dengan keadaan Ariessa…
Zafriel semakin mengeratkan pelukannya. Beberapa saat kemudian, dilihat jeritan dan tangisan Ariessa semakin reda. Zafriel mengeluh kelegaan, namun dia masih lagi memeluk tubuh Ariessa, bimbang jika gadis itu kembali hysteria…saat itu dia cuba mengusir hasutan-hasutan yang bertandang di fikirannya.
“Ya Allah…ampunkanlah dosa-dosaku! Aku tahu berdosa kerana memeluk wanita yang bukan muhrimku, tapi aku terpaksa melakukannya ya Allah..ampunilah dosaku….” doa Zafriel di dalam hati….
Akhirnya Ariessa terkulai layu dalam pelukan Zafriel. Erat tubuh Zafriel dipeluknya, seakan tidak ingin dilepaskan…..tangisan dan jeritannya tidak lagi kedengaran. Hanya esakan kecilnya yang sesekali berbunyi. Zafriel cuba meletakkan tubuh Ariessa di atas katil, namun pelukan Ariessa yang kejap di bahunya menyukarkan dia untuk berbuat demikian. Sekilas dia memandang wajah kedua-dua mamanya yang sedang sedari tadi memandang mereka. Dia tersenyum lega apabila mereka berdua seakan-akan memahami keadaannya saat itu. Esakan Datin Sharifah mulai reda……
Hampir setengah jam Zafriel berada di atas katil sambil memeluk tubuh Ariessa…sesaat kemudian tangan Ariessa mulai lemah pegangannya pada tubuh Zafriel. Pantas badan Ariessa diangkat dan kepalanya diletakkan di atas bantal. Puan Sri Khadijah pantas meluru ke atas Ariessa. Dicium dan dipeluk Ariessa..begitu kasih sekali Ariessa pada papanya itu.
“Mama…Zafriel mintak maaf. Zafriel terpaksa buat macam tu…..errr..peluk Ariessa..” perlahan sahaja bunyi suara Zafriel. Malu dan segan pada mama Sherry. Namun Datin Sharifah hanya menguntumkan senyuman.
“Kalau Zafriel takde, mama tak tahu nak buat apa tadi…….” luah Datin Sharifah. Lega hati Zafriel saat itu. Habis basah lencun bajunya dek air mata Ariessa….nasib…nasib……
Seketika kemudian, pintu wad dibuka dari luar. Muncul Dr. Hafizi bersama pembantunya. Pantas Datin Sharifah meluru kearah doktor muda itu.
“Bagaimana dengan suami saya doktor….?!!
“Minta maaf Datin…,sebenarnya Dato’ Iqbal megalami komplikasi sakit jantung. Beliau mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sedarkan diri. Tapi Datin jangan risau, keadaan Dato’ sekarang adalah stabil. Takde apa yang perlu dirisaukan….Cuma kita kena tunggu Dato’ sedar dahulu…barulah kami boleh ambil tindakan susulan…..”terang Dr Hafizi satu-persatu. Sambil itu, pembantunya kelihatan mencatatkan sesuatu di boring yang dipegangnya.
Terkejut Datin Sharifah mendengarnya. Suaminya diserang sakit jantung? Selama ini, dia tidak pernah melihat dan mendengar suaminya mengaduh kesakitan.
“Tapi Dr, macam mana suami saya boleh terkena serangan jantung? Sebelum ni dia nampak sihat jea…..” Datin Sharifah kelihatan tidak berpuas hati. Puan Sri Khadijah dan Zafriel hanya sekadar memerhati. Jelas mereka juga kelihatan terkejut dengan perkhabaran yang dibawa oleh oleh Dr Hafizi itu.
“Serangan jantung boleh datang secara mengejut Datin…tapi walau apapun, Datin janganlah risau sangat. Keadaan Dato’ sudah stabil. Cuma diharap Datin pantau tentang pemakanan Dato’ Iqbal….” Penuh lemah lembut Dr. itu memberikan penerangan…
“Dr…boleh Dr jelaskan lebih lanjut keadaan papa saya di bilik Dr? Saya rasa keadaan di sini tidak berapa elok untuk kita bincangkan keadaan papa saya…” sampuk Zafriel. Dia sebenarnya bimbang jika perbincangan mereka itu didengari oleh Ariessa….Dr. Hafizi pantas menganggukkan kepalanya. Sekilas dia memandang kearah anak Datin Sharifah yang masih tidak sedarkan diri itu…Segera memahami kata-kata anak muda yang memperkenalkan dirinya sebagai Zafriel itu.
“Boleh saya lihat suami saya Dr….?” pinta Datin Sharifah.
“Dipersilakan Datin….tapi jangan lama-lama sangat, sebab Dato’ masih perlukan rehat yang banyak…..” balas Dr. Hafizi sambil tersenyum.
“Zafriel tunggu kat sini, biar mama temankan mama Katty lawat papa Iqbal ya.….” arah Puan Sri Sharifah. Zafriel hanya menganggukkan kepalanya. Bimbang kalau Ariessa ditinggalkan keseorangan di bilik itu. Nanti apa pulak yang akan berlaku……….

1 comment: