Tuesday, January 20, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 39

“Nampaknya ada orang yang kena masuk campur ni…” dengus Puan Sri Khadijah. Surat?!!!
………………………………………………………………………………………………..
Irama rington “Because you love me” nyanyian Celine Dion berkumandang memenuhi ruang kamarnya. Ariessa menggeliat! Kacau betullah. Siapalah yang call dia lewat malam begitu.
“Hello………………” Ariessa membuka kata. Senyap! Tut..tut…tut….Talian dimatikan. Membakar hati Ariessa tika itu. Siapalah yang kacau dia lewat malam begitu? Handphonenya berbunyi lagi….Lambat-lambat Ariessa mengangkatnya. Tut…tut….tut…..Panggilan dimatikan! Aduh….!!!! Boleh gila kalau begini terus. Pantas tangannya mematikan handphone! Aman dunia!!!

Pagi itu dia ke pejabat seperti biasa. Malang nasibnya, keretanya tiba-tiba buat hal. Sudah dua hari Zafriel tidak masuk pejabat. Galak staff pejabat bercerita perihal lelaki itu. Barulah dia tahu yang Zafriel memang diminati oleh ramai staff perempuan. Hebat sangat ke lelaki ego itu?
“Hello…” Ariessa menjawab panggilan yang masuk. Senyap! Hairan? Siapalah yang punya kerja? Banyak sangat kreditnya, buat panggilan main-main.
“Munirah, please come in..!!!”
Sesaat kemudian Munirah masuk ke bilik Ariessa. Cepat sungguh dia berjalan. Baru panggil, dah tercegat depan mata!
“Petang nanti saya ada appointment dengan En. Hafiz…awak ingatkan saya ya….”
“Baiklah cik Ariessa!”
“Er..ada apa-apa lagi Cik Ariessa?”
“No…awak boleh keluar sekarang……………”
“Boleh saya tanya sesuatu?”
“Ya…??”
“En. Zafriel macam mana sekarang?” laju sahaja mulut Munirah bertanya.
“Dah ok kot??!! Tapi saya tak confirm bila dia masuk pejabat….Kenapa?” Ariessa dihambat keraguan. Beria-ia sangat Munirah bertanya perihal Zafriel. Kenapa agaknya?
Takde apa-apa…saya saja bertanya….Cik Ariessa tak pergi lawat En. Zafriel ke?”
Ariessa menelan air liur! Soalan di zon bahaya tu…..tersilap jawab kan…terbocor rahsia!
“Takde masa….Lagipun dia berehat kat rumah!” Mantap jawapannya. Munirah hanya tersenyum. Pandai betul hendak berahsia! Aku tembak kang…..?? Hatinya berbisik!
“Jadi..Cik Ariessa tak tahulah ya….????”
“Kenapa....? Apa yang saya tak tahu??” wajah setiausahanya dipandang. Lama. Macam ejen FBI pun ada!
“En. Zafriel dah datang pejabat!”
“Hah….???!!!!” Terbangun Ariessa saat itu. Zafriel dah datang pejabat. Bila? Dia tak tahu pun……???
“Tadi…masa Cik Ariessa masuk ke bilik. Dia tiba-tiba jea muncul.Terkejut jugak kami……Kenapa Cik Ariessa nampak lain jea…..??? Munirah cuba memancing bosnya. Ariessa terkesima. Kenapa Zafriel tidak beritahu kepadanya?
“Ok lah…saya keluar dulu…” Munirah pantas meninggalkan Ariessa yang hanya diam tanpa bicara!
Sampainya hati...................

Ariessa pantas menekan pedal minyak keretanya. Nampaknya dia sudak kelewatan. Dikerling jam di tangannya, sudah pukul 3.00 petang! Pastinya wakil kontraktor dari Sri Bina Holding sedang gelisah menunggunya di pejabat, segelisah hatinya yang meronta-ronta ingin sampai ke pejabatnya. Alangkah baiknya kalau dia boleh jadi halimunan, boleh muncul di satu-satu tempat pada bila-bila masa yang disukainya. Inilah akibatnya kalau ego tidak bertempat. Zafriel ada mempelawanya untuk makan tengah hari bersamanya gara-gara keretanya yang rosak sebaik sampai di pejabat. Nampak sihat jea lelaki itu. Tetapi dia tetap berkeras, ingin pergi sendiri dengan menunggu keretanya siap dibaiki. Rosaknya bukanlah teruk sangat pun, Cuma enjinnya yang terlalu panas, jadi susah nak dihidupkan.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi, segera diangkat panggilan itu.
“Ya Munirah? Awak suruh En. Hafiz tunggu dalam 10 minit lagi, saya dah nak sampai dah ni. Sambil tu, awak buatlah apa yang patut, siapkan fail dan dokemen, ok?”
Panggilan dimatikan. Jiwanya cuba bertenang, suara setiausahanya tadi kedengaran agak kalut. Serba salah dengan situasi yang dihadapinya.
Ariessa bagaikan ingin berlumba dengan lampu isyarat yang hampir ingin bertukar kepada warna merah. Argh…nampaknya dia gagal. Lampu isyarat itu bertukar merah sebelum sempat dia memintasnya. Kini Ariessaa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang memberikan tekanan itu. Ditambah pula dengan cuasa panas, makin menggelegak kebimbangan hatinya takkala mengingatkan En Hafiz yang sedang menunggunya di pejabat.
“Huh, dasar orang perempuan! Ego tak bertempat! Awak tunggulah kereta awak tu siap dibaiki. Silap haribulan makan angin dan asap jea!” terbakar hati Ariessa apabila mendengar sindiran Zafriel itu ketika bertembung dengan lelaki itu di kawasan parking kereta. Semacam jea lagak lelaki itu. Nak tunjuk kereta dialah tu! Apasallah dia tak sakit lama sikit?
“Itu saya punya pasallah! Lagi pun tak ingin saya naik kereta awak tu” balas Ariessa sambil menjeling Zafriel yang berdiri di sisi BMW 3 Seriesnya. Sibuk tangannya mendail nombor mekanik untuk datang melihat kerosakan pada keretanya.
“Nak buat macam mana, orang banyak duit. Orang nak tolong free, tak nak” pnitas Zafriel lagi. Apabila isterinya itu ,mendapat tahu yang kereta Honda Accord milik isterinya itu rosak, dia pantas ingin menghulurkan bantuan, tetapi Ariessa enggan menerimanya. Takut keretanya makin rosak! Memang isterinya itu bapak kepada segala manusia ego di dunia!
“Boleh tak awak jangan menyibuk kat sini? Pergilah makan di mana saja awak nak makan. Tak usah bazirkan air liur jadi tukang karut kat sini. Rimas saya tengok lagak awak tu” balas Ariessa. Dahlah nombor mekanik yang didailnya tidak diangkat, suaminya pula sengaja menambah minyak membakar kemarahannya. Lama-lama macam tu boleh meletup dia!
“Betul Riessa tak nak ikut abang? Hmm, tak kenyang mana pun kalau makan angin kat sini. Tapi kalau setakat nak kembung perut tu boleh la…Hahahaha”
Ariessa merengus geram. Lama-kelamaan tercetus ketawa dari mulut lelaki itu dan Zafriel terus memasuki keretanya tanpa menunggu reaksi wanita itu seterusnya. Teruk kalau isterinya itu mengamuk. Boleh kalah Amukan Drakulat!

2 comments: