Tuesday, January 6, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 2





“Mana budak Riessa ni, dari tadi kita tunggu, tak jugak turun-turun. Tak bangun lagi agaknya budak tu….?mata Datin Sharifah meliar kearah tangga. Mengintai kelibat Ariessa yang belum lagi turun bersarapan.


“Alah, awak ni, macamlah awak tak tahu perangai puteri kesayangan awak tu? Kalau bersiap mengalahkan anak raja. Entah akan tersangkut dengsn putera raja manalah! Bukan main sakan lagi kalau dia bergaya…”


“Saya tak kisah dia nak bergaya ke, nak buat apa ke, sebab yang penting dia tahu jaga batasan diri dan pergaulan dia. Tak sanggup saya fikirkan jika anak saya buat hal macam budak-budak sekarang ni, pakai macam tak cukup kain, perangai pulak tak senonoh!” balas Datin Sharifah.


Roti yang sudah siap disapu jem disuakan kepada suaminya. Senyuman dihulurkan oleh suaminya. Sungguh dia cukup bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang. Ariessa anak tunggalnya itu, walaupun hidup dalam limpahan kasih sayang dan kemewahan, namun semua itu tidak menjadikan Ariessa seorang yang bongkak dan sombong dan yang paling penting, anaknya itu tahu mejaga diri sebagai muslimah.


“Hah, panjang pun umur anak awak tu” kata Dato’ Iqbal. Muncung bibir Dato’ Iqbal kearah Ariessa yang keliahatan menuruni anak tangga.


“Assalamualaikum, mama..papa..” ucap Ariessa. Sebaik sahaja sampai ke meja makan, pantas Ariessa menyalami tangan kedua-dua mama dan papanya. Memang itulah yang telah diajarkan oleh mama dan papanya itu sejak kecil. Dato’ Iqbal dan Datin Sharifah tersenyum senang. Ariessa memang anak mereka yang baik dan pandai menghormati orang tua.


“Lawa anak papa hari ni,bersemangat nak pergi nampak? usik Dato’ Iqbal. Muncung mulut Ariessa saat itu.


“Papa ni…”


“Takdelah, papa tengok bukan main lagi Riesa bersiap. Macam beria-ia jea nak pergi. Semalam bukan main lagi cakap tak nak pergi” tercetus ketawa dari mulut Dato’ Iqbal. Tahu bahawa anak tunggalnya itu pantang diusik!


Dipandang isterinya itu, ada suatu isyarat yang dihantar ketika itu, namun tidak dilihat oleh Ariessa yang sedang mengunyah roti bakar kegemarannya.


“Alah, manjanya puteri mama ni. Kita pergi sekejap jea, pastu kita baik la” sampuk Datin Sharifah. Ariessa mendongakkan wajahnya kearah mamanya.


“Kita pergi kat sana, nak buat apa mama? Pelik Riessa, tiba-tiba jea nak pergi airport. Sebelum ni, mama dan papa takde pun ajak Riessa sekali kalau nak pergi sambut sesiapa” tanya Ariessa. Dia masih ingat, dua minggu dia merajuk dengan mama dan papanya, gara-gara mereka tidak mengajaknya sekali untuk menjemput mama Katty dan papa Ady yang baru balik bercuti dari Australia. Mama Katty dan papa Ady ada mengajaknya sekali untuk bercuti di Negara Kangaroo itu tapi dia terpaksa menolaknya. Alasannya dia sibuk, padahal dia tak nak terserempak atau terjumpa dengan seseorang. Biarlah, tiada siapa yang harus tahu tentang hal itu! Buat malu sendiri jea…dan untuk kali itu, dia akan lebih berhati-hati!


“Siapa lagi yang pergi ma?”. Rasa tidak puas hati memang jelas terbayang di raut wajahnya saat itu. Misteri betul mama dan papanya pagi itu. Besar sangatlah agaknya rahsia yang mereka rahsiakan itu

“Mama Katty dan papa Ady pergi sekali tak? Tanya Ariessa pula. Entah kenapalah nama mereka yang disebut. Makin rancak mulutnya mengunyah sandwich yang dibuat oleh mamanya itu. Sedap! Mamanya memang pandai masak.“Mama Katty dan papa Ady mesti pergi sekali sebab a…”


Awak ni…!” pantas sahaja Dato’ Iqbal memintas percakapan isterinya itu. Tepinga-pinga Datin Sharifah sekejap takkala menyedai keterlanjurannya tadi. Nasib baik! Kalaulah Ariessa tahu, kerat sepuluh jari pun, anak gadisnya itu tidak akan pergi sama. Entahlah dia sendiri pun tidak tahu, kenapa anaknya jadi macam itu. Gerak hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang telah berlaku, tetapi dia sendiri tidak pasti penyebabnya.


“Kenapa pa..?soal Ariessa. Dipandang papanya minta jawapan. Kenapa bila mamanya cakap yang mama Katty dan papa Ady ikut sekali, cepat-cepat papanya menyampuk? Dan dia terkesankan ayat terakhir mamanya yang tidak sempat dihabiskan. Makin bertambah pelik jadinya.


“Ni yang aku tak suka ni…”bisik hati Ariessa. Entah kenapa, rasa sakit hatinya kembali bertandang, sama dengan perasaan yang pernah dialaminya sejak 20 tahun yang lalu. Ahh, takkanlah…bisik hatinya lagi. Mindanya ,mula berteka-teki, mencari-cari jawapan yang pasti!


“Macam mana dengan pelan perumahan tu? Riessa dah siapkan drafnya?” Dato’ Iqbal mula melencongkan perbualan mereka. Tidak mahu anaknya itu berfikir yang bukan-bukan atau mereka terlepas cakap, nanti hancur semuanya. Mendengar pertanyaan papanya itu, Arierssa mengeluh kelegaan.


“Dah siap papa, semalaman Riessa tak tidur..Malas pulak kalau bertangguh lama-lama”“Riessa…Riessa..takkanlah semata-mata nak siapkan draf tu, Riessa tak tidur? Lain kali jangan buat macam tu lagi, kalau Riessa jatuh sakit macam mana?” tegur Dato’ Iqbal.


Namun Ariessa hanya tersengih mendengar bebelan papanya itu. Sudah kerap kali ayat itu berdendang di halwa telinganya dan hanya senyuman manis yang diberikan oleh AriessaDato’ Iqbal memang tahu, Ariessa memang degil dan keras kepala kalau berkaitan dengan kerja, sebab itu memang dia tidak teragak-agak untuk menyerahkan urusan syarikat itu kepada anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tahu, Ariessa seorang mana mampu nak uruskan syarikat tu, sebab itu dia sudah merancang segala-galanya. Ya ALLAH, Engkau permudahkanlah urusan aku…,doanya dalam hati.


“Mama, Riessa nak pergi toilet kejap! Dah tak tahan dah ni..” pinta Ariessa. Berkerut-lerut mukanya. Datin Sharifah dan Puan Sri Khadijah hanya tertawa dengan gelagat Ariessa. Terkocoh-kocoh Ariessa berjalan, mencari tempat yang ingin dituju.


“Katty tengoklah perangai si Riessa tu, macam budak-budak jea lagaknya” kata Datin Sharifah. Meledak lagi ketawa Puan Sri Sharifah. Teringat masa Ariessa kecil dahulu, dah besar pun macam tu jugak!


“Bila flightnya sampai? Dah nak dekat setengah jam kita tunggu ni?” soal Datin Sharifah lagi. Matanya meliar kearah balai ketibaan. Terasa lama pula pengumuman tiba dibuat! Suaminya dan Tan Sri Adnan entah menghilang ke mana, mungkin melepak di mana-mana coffe house di situ.


“Sekejap lagilah tu..Semalam dia cakap dalam pukul 10 pagi, mungkin flight lambat sikit kot? Sekarang ni dah pukul 10.05 minit. Katty pun dah tak sabar-sabar nak jumpa dia!”Agak lama Ariessa di dalam ladies. Leka dia mengadap cermin di situ. Rasa berdebarnya kembali bertandang. Apa yang dibuatnya tika itu dirasakan serba tidak kena! Ianya bagaikan suatu petanda yang dia sendiri tidak tahu apa klunya! Kakinya terasa agak berat untuk melangkah keluar. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia balik, tapi takkanlah hendak buat perangai macam tu, nanti apa pula kata mama Katty dan papa Ady dan amukan mamanya,itu memang pasti! Tapi siapa suruh mereka semua itu berahsia sangat dengannya. Mama Katty dan papa Ady pun sama dengan mama dan papanya,bila ditanya mereka hanya mendiamkan diri. Lepas ni Riessa akan tahulah..,itu kata mereka. Tapi apa yang dia akan tahu? Makin musykil dibuatnya. Jangan-jangan…Isyh, takkanlah! Mama dan papanya takde pun cakap. Kalau tak, memang riuhlah mulut mereka berdua tu. Uhh, apa yang hebat sangat, dia sendiri pun tak tahu.Ah, lagi pun dia malas nak ambik tahu…….Menyakitkan hatinya saja!!


Ariessa mengeluh lagi. Masuk kali ini sudah berapa kali dia mengeluh. Tension rasanya. Namun dipaksakan juga kakinya melangkah keluar dari toilet itu. Takut nanti dikatakan orang tidak betul pula. Pakai cantik tapi otak mereng, takde gunanya juga. Matanya meliar mencari tempat kedua-dua mamanya menunggu tadi. Lauran manusia dirasakan begitu luas di hadapannya. Namun semua itu langsung tidak menarik perhatiannya. Tiada mood untuk matanya menyapa mesra mereka semua.


Laju ayunan kakinya melangkah, apabila anak matanya berjaya menangkap kelibat mama dan papanya. Langkahannya semakin hampir, namun beberapa saat selepas itu, kakinya bagaikan enggan melangkah, lemah longlai lututnya, nafasnya semakin sesak, entahlah mungkin beberapa saat lagi dirasakan pasti tubuh langsingnya akan rebah mencium bumi.


“Ya ALLAH, benarkah dia? Takkanlah…., tapi raut wajah itu amat mudah dikenalinya. Tak mungkin wajah itu akan luput dari ingatannya sampai bila-bila. Otaknya berputar, mindanya menerawang. Segalanya bagaikan baru semalam sahaja berlaku………………………….……….

4 comments: