Friday, January 16, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 31

Mata Puan Sri Khadijah tertacap kepada surat itu. Hatinya dihambat rasa ingin tahu. Surat siapa ni?
“Baik aku keluar dulu…nanti takut nanti Zafriel tiba-tiba keluar dari bilik air dia pulak!” Puan Sri Khadijah berbisik sendirian. Cepat-cepat kakinya diatur keluar dari bilik anak lelakinya itu. Entah kenapa perasaannya bagaikan meronta-ronta untuk mengetahui isi kandungan surat itu! Apa ya….?!!! Itulah yang ingin diketahui oleh beliau. Langkahan kakinya dihala ke bilik bacaan….

Assalamulaikum…
Apa aku nak cakap ya…?!! Hmm…aku pun tak tahu! Sebenarnya aku nak bagitahu kau suatu benda…!!! Tapi kau jangan gelak pulak! Kalau kau gelak, confirm lebam bijik mata kau…!!! Padan muka!


“La..surat Zafriel tulis untuk Riessa rupanya. Zafriel..Zafriel..dia ingat si Riessa ni budak laki agaknya, nak main tumbuk-tumbuk!” Puan Sri Khadijah hanya tersenyum. Galak matanya memerhati setiap bait tulisan dalam surat itu.

First, aku nak mintak maaf sebab aku dah sakitkan hati kau hari tu…sumpah! Aku tak sengaja buat kau macam tu…aku sayang kau sebagai kawan aku dunia akhirat!

“Kenapa pulak ni….?” Hati Puan Sri Khadijah diterpa kehairanan. Mereka gaduh ke?

Ariessa…
Sebenarnya aku sedih sangat ni! Kenapa kau dah tak nak tegur aku? Aku nak tegur kau, tapi kau cepat-cepat pergi tempat lain bila aku hampiri kau! Kenapa? Aku tahu aku dah buat salah…tapi aku dah mintak maaf! Takkan kau tak boleh maafkan aku…..?!!!! Please, aku merayu kat kau..maafkanlah aku! I’m promise dear…!!!! Aku takkan bercakap kasar lagi dengan kau!!!! Aku sedih sangat bila kau buat-buat tak Nampak aku masa kita terserempak kat kantin! Biasanya kita selalu pergi rehat sama-sama…tapi sejak peristiwa tu…kau dah tak nak kawan lagi dengan aku!


“Hah….?!! “Peristiwa tu”..peristiwa apa pulak ni?” bebel Puan Sri Khadiajh. Dia kemudian kembali menyambung bacaannya.

Aku terasa sangat bila kau pergi rehat dengan budak-budak lain kat kantin! Tapi aku hanya lihat dari jauh jea…besar sangat ke kesalahan aku kat kau sampai kau tak boleh maafkan aku?
Aku sedih bila tengok kau makan kuih seri ayu yang Hakimi belanja…biasanya aku yang belanja kau kan? Kau ingat lagi tak? Aku tak suka bila kau gembira makan kuih tu sebab aku rasa hanya aku saja yang berhak belanja kau makan…itukan kuih kegemaran kita?!!! Kau ingat lagi tak? Kau betul-betul ke tak nak kawan dengan aku lagi….???!!!!!!


“Hmm….patutlah , diorang perang besar rupanya! Tapi kenapa?!!!”

Ariessa..kau marah lagi ke pasal kes si Natasha tu? Aku mintak maaf…mase tu aku hilang pertimbangan….aku rasa dipermainkan..sebab tu aku marah kau…!!!!????

“Natasha? Siapa pulak ni? Apasal mereka bergaduh?” benak Puan Sri Khadijah sekali lagi diterpa kehairanan.

Tapi aku tak benci kau…kitakan dah kawan lama…??!!! Takkan aku tak tahu lagi perangai aku? Walaupun aku selalu kutuk kau…tapi aku tak suka kalau orang lain pun kutuk kau…sebab aku rasa hanya aku saja yang boleh kutuk kau…bukan orang lain…!!!!!

Meledak ketawa Puan Sri Khadijah. Dah besar panjang pun…dioarang dok saling kata-mengata..Saat itu Puan Sri Khadijah hanya mengelengkan kepala.

Aku nak bagitahu kau satu rahsia…aku sebenarnya sukakan kau…!!!! Betul. Aku tak tipu…

“Hah…..???!!!!!!” tersentak Puan Sri Khadijah! Zafriel sukakan Ariessa? Biar betul? Takkan sejak dia kecil lagi dia sukakan Ariessa….?!!!!!

Tapi kau jangan beritahu pada mama dan papa…dan aku harap sebelum aku berangkat ke London, aku nak tengok muka kau kat airport! Aku nak pergi hantar aku kat airport tu…boleh tak?!! Walaupun kau langsung tak sukakan aku….aku harap kau sudi hadir pada hari aku berangkat sebagai sahabat!!! Boleh kan….??? Aku harap sangat kau datang…..!!!! Please..kau datang ya….aku tunggu kau kat situ!!!!!

Puan Sri Khadijah mengeleng kesal. Patutlah….
“Mama….Riessa tak datang ke?” Tanya Zafriel kepada mama Sherrynya. Datin Sharifah berasa serba salah. Ap yang dia nak jawab? Sudah diajak Ariessa ke situ, tetapi anaknya itu enggan!!!!
“Riessa ada hallah sayang…tapi dia kirim salam kat Zafriel tau….” Jawab Datin Sharifah. Zafriel memasamkan mukanya.
“Ah…mama tipu…!!!!! Mesti Riessa tak nak datang kan?!!! Zafriel tahu…dia memang sengaja tak nak datang hantar Zafrie akt sini….”
Eh..takdelah sayang…Riessa tak datang sebab dia rasa sedih sebab nak berpisah dengan Zafriel…dia takut menagis bila dia tengok Zafriel dah terbang jauh tinggalakn dia..sebab tu dia tak datang…..” pujuk Puan Sri Khadijah. Kepala Zafriel diusapnya lembut. Wlaupun sedih kerana Zafriel akan pergi belajar jauh, namun dia akur…..
“Ah….mama pun tipu! Zafriel tahu sebab apa Riessa tak anak datang….Zafriel ingat dia datang….”suara Zafriel kedengaran begitu sayu sekali. Berkali-kali Zafriel cuba menahan air matanya dari gugur…tapi tidak berjaya!
“Zafriel jangan sedih! Zafriel berpisah dengan mama sekejap jea…..lepas ni kita jumpa balik! Lagipun kan papa temankan Zafriel pergi daftar kat situ?” kata Puan Sri Khadijah….
“Tak….tak……” Air mata Zafrie mula merembes keluar. Dan berkali-kali dia berpaling ke belakang sebelum kelibatnya hilang di balai pelepasan.

“Hmmm, patutlah Zafriel sedih masa nak pergi London…rupanya…..Ah, baru aku tahu hal yang sebenarnya!” Puan Sri Khadijah berkata sendiri. Bibirnya menguntum senyum! Dan dia yakin bahawa surat itu tidak pernah sampai ke tangan Ariessa.......

2 comments:

  1. sweetnye.
    la surat lame rupenye.
    igt an surat ape.agagag.
    suspen tol.
    ble nk smpai kat tgn riessa lak surat2?
    agagag
    suke2.
    smbung2.
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. best giler cter ni...smbg la lg ek

    ReplyDelete