Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 28

Tekocoh-kocoh Datin Sharifah berlalu ke ruang tamu apabila diberitahu oleh bibiknya yang Ariessa dan Zafriel berada di ruang tamu. Kehairanan melanda hatinya? Mereka berdua sudah berbaik-baikkah? Balik sama-sama ke rumah? Takkan cepat sangat Ariessa ajak Zafriel balik ke rumah? Sampai di ruang tamu, dia melihat Ariessa bersandar lemah ke sofa, manakala Zafriel entah menghilang ke mana? Sudah pergi ke menantunya itu?
“Riessa….” Tegur Datin Sharifah, terkejut dia melihat wajah pucat anaknya itu. Ariessa sakit? Anaknya itu dihampiri, Datin Sharifah melabuhkan punggungnya di sisi Ariessa. Perasaanya cemas melihatkan keadaan Ariessa. Zafriel pula di mana? Bibiknya menyatakan yang Ariessa pulang dengan Zafriel atau bibiknya itu tersilap lihat? Dia beria-ia untuk memanggil suaminya Dato’ Iqbal yang sedang berehat di dalam bilik…
“Mama…..” kedengaran suara Zafriel menyapanya. Datin Sharifah lantas berpaling. Dilihat Zafriel sedang berdiri di belakangnya sambil tangan kiri dan kanannya sarat membawa beberapa bungkusan plastik! Apa isi di dalamnya dia tidak tahu! Datin Sharifah bingkas bangun dan memeluk menantunya itu. Lega perasaannya tika itu.
“Kenapa ni Zafriel? Riessa sakit ke?” belum sempat Zafriel meletakkan barang yang dibawanya, meluncur pertanyaan dari mulut mama mertuanya. Zafriel hanya tersenyum, sekadar menghilangkan gundah di hati mamanya itu.
“Takde apalah mama. Riessa kena gastric kat pejabat tadi, tapi dah ok dah. Mama janganlah risau” jawab Zafriel, Datin Sharifah mengeluh kelegaan mendengarkan penjelasan dari menantunya itu. Air matanya mengalir, buat kali yang kedua, Zafriel dipeluknya erat! Terima kasih sebab Zafriel masih ambil berat tentang anak mama!, bisik Datin Sharifah. Sendu di dalam hatinya mula berlagu.
“Mama, janganlah risau. She would be better” pujuk Zafriel, kejap mama mertuanya dipeluk. Tangannya pantas menyapu air mata yang mengalir di pipi mama mertuanya itu. Datin Sharifah lantas mengukirkan senyuman, tidak mahu menambah kerisauan di hati Zafriel. Wajah menantunya dipandang. Mama akan pastikan yang Zafriel hidup bahagia bersama Riessa, mama janji!, bisik hati kecil Datin Sharifah. Seketika Ariessa yang sedang terlena di sofa dipandangnya. Nampak letih benar anaknya itu.
“Zafriel rehat dulu, nanti mama buatkan air untuk anak lelaki kesayangan mama ni”.
“Mama ni, asal Zafriel datang mesti mama nak buatkan air…kalau buatkan kuih, syok jugak…!!!” balas Zafriel sambil ketawa. Datin Sharifah kemudiaannya berlalu ke dapur. Zafriel menyandarkan badannya ke sofa. Letihnya belum hilang, berkejar ke sana, berkejar ke sini. Namun untuk Ariessa, dia rela melakukan apa sahaja, asalkan isterinya itu tetap dalam keadaan gembira dan bahagia, walaupun dia yang terpaksa menelan durinya.
“Papa mana mama?” tanya Zafriel takkala mama mertuanya kembali dengan membawa sedulang jus oren dan kuih seri muka kegemarannya. Begitu rakus sekali dia meneguk jus oren yang dihulurkan oleh mama mertuanya.
“Papa kamu? Kat mana lagi, dalam biliklah,berehat! Itu pun sudah bising-bising nak pergi pejabat, tapi mama tak benarkan. Dia bukannya sihat lagi….” jawab Datin Sharifah. Lucu dia melihat Zafriel makan kuih seri ayu yang dibuat oleh Mak Jah pagi tadi. Tak sempat-sempat kuih dalam mulunya di telan, yang lain pula di masukkan ke dalam mulutnya
“Isy kamu ni, makan elok-elok sikit. Tersedak nanti, banyak lagi kuih tu kat dapur. Kalau Zafriel nak makan lagi, mama boleh ambikkan” tegur Datin Sharifah. Namun Zafriel hanya ketawa mendengarkan omelan mamanya itu.
“Zafriel bukan apa mama, takut nanti bila Riessa terjaga, terpaksa pulak berebut dengan dia. Mama bukannya tak tahu, Riessa ni kedekut. Kalau dia makan kuih ni, Zafriel mintak satu pun dia tak bagi. Jadi sebelum dia bangun, Zafriel nak telan semua kuih ni……” balas Zafriel. Terkekeh-kekeh Datin Sharifah ketawa. Memang kuih seri ayu itu menjadi kegemaran Zafriel dan Ariessa. Masing-masing saling berebut kalau makan kuih itu, hinggakan Datin Sharifah terpaksa mengasingkan kuih itu kepada dua pinggan. Satu pinggan untuk Ariessa dan satu lagi untuk Zafriel. Kalau tidak dibuat begitu, alamatnya, pinggan entah tercampak ke mana, kuih entah di telan oleh siapa? Dan kalau tidak kena gayanya, berhari-hari mereka bergaduh disebabkan kuih itu!
“Zafriel rasa elok mama bawak Riessa berehat kat bilik. Selesa sikit untuk dia tidur dan rehat” kata Zafriel. Sesekali isterinya yang terlena di sofa dikerlingnya. Mungkin sakit isterinya sudah lega sebaik sahaja menelan ubat yang diberikan oleh doctor tadi.
“Apa pulak mama? Zafriel lah yang bawak Riessa rehat kat bilik dia. Mama manalah larat nak angkat dia….” Balas Datin Sharifah. Terkedu Zafriel seketika, tak sanggup dia, nanti tidak pasal-pasal mengamuk pula isterinya itu. Dituduh pula nak ambil kesempatan! Malu depan mamanya pun ada.
“Tak elok la pulak kalau Zafriel yang bawak Riessa masuk ke bilik dia. Nanti kalau dia tersedar, apa pula katanya nanti?” pintas Zafriel cepat-cepat. Datin Sharifah hanya mampu tersenyum.
“Tak elok apanya? Kamu ni kan suami dia…Tak pun kamu kejutkan dia, suruh dia masuk rehat kat bilik!”. Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Datin Sharifah berlalu dari situ. Terserahlah kepada Zafriel hendak buat apa. Terus langkah kakinya menuju ke dapur. Mak Jah sudah berjanji dengannya untuk mengajarnya resepi kuih terbaru, kuih pelita. Tidak sabar-sabar dia hendak mengetahui cara membuat kuih itu, selepas itu bolehlah suaminya, Dato’ Iqbal merasa kuih buatannya...!!!!
Zafriel buntu, kepalanya yang tidak gatal digaru berkali-kali. Hendak kejutkan isterinya yang sedang nyenyak itu, rasanya tak sampai hati. Nanti terganggu pula tidurnya, silap haribulan, sakitnya kembali menyerang! Tapi, takkan hendak dikendong isterinya itu ke bilik tidur? Nanti kalau tiba-tiba Ariessa tersedar, apa yang dia hendak buat? Argh..apa nak buat ni? Mamanya pun langsung tidak mahu menolong. Zafriel meraut mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya, minta. Nafasnya ditarik panjang. Dia bingkas menghampiri Ariessa yang terlena di sofa itu. Lambat-lambat tangannya menyentuh tubuh isterinya itu dan sedar-sedar Ariessa sudah berada dalam dukungannya. Pantas kakinya memanjat tangga menuju ke arah bilik isterinya itu, tanpa menyedari tindak tanduknya diperhatikan oleh Datin Sharifah yang sedang mengintai di sebalik kain tabir ruang dapurnya. Memanjang senyumannya saat itu........
“Aduh beratnya badan……?” sempat Zafriel berleter sebelum meletakkan badan isterinya di atas katil. Ariessa memang tidak pernah berubah, memang tidur mati. Aku dukung dia masuk bilik pun dia boleh tak sedar?”. Zafriel mengelengkan kepala. Senyuman nakalnya terbit dari bibirnya. Kalau aku buat lebih dari ni pun, mesti dia tak sedar, bisik hati Zafriel.
Sedikit sebanyak naluri kelelakiannya terusik takkala melihat keadaan Ariessa yang nampak agak seksi dalam tidurnya. Ditelan air liurnya berkali-kali, nafasnya yang bergelora cuba ditahan. Perlahan-lahan isterinya itu dihampiri, tudung yang menutupi kepala Ariessa diuraikan, terserlah haruman rambutnya yang panjang ikal mayang itu. Pipi Ariessa diusap lembut, begitu dekat wajah itu dengannya. Dikucup dahi Ariessa yang putih bersih itu, berhati-hati supaya isterinya itu tidak terjaga. Dekat..dekat..dan semakin dekat…bibir Ariessa pula yang menjadi sasarannya. Lama bibir itu dikucupnya. Entah kenapa, dia bagaikan tidak mampu mengawal perasaannya yang menggila tika itu. Sesungguhnya dia mahu lebih dari itu, bukan setakat mengucup bibir isterinya sahaja, tetapi dia mahukan hubungan “batin” mereka. Ariessa sudah sah menjadi isterinya.
Deruan nafasnya mula mendesah. Dibelai lembut wajah Ariessa yang masih nyenyak dengan tidurnya. Langsung isterinya tidak berkutik.Lama dia berkeadaan begitu, kemudian perlahan-lahan badannya dibaringkan di sisi tubuh Ariessa, begitu erat tubuh isterinya dirangkul dan diusapnya lembut.
Ariessa terasa sesuatu melingkari tubuh dan mngusap-ngusap tubuhnya, namun dia gagal untuk mengingati apa-apa. Pantas matanya dibuka dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zafriel berbaring di sebelahnya sambil tangan lelaki itu erat memeluk tubuhnya.
“Apa awak buat ni? Sergah Ariessa dengan nada yang terkejut. Bagaimana Zafriel boleh berada dalam biliknya dan berbaring di sebelahnya? Dia cuba meronta, namun pelukan Zafriel semakin kejap di pinggangnya. Sukar untuk dia bangkit dari katilnya.
“Salah ke saya buat macam ni?” tanya Zafriel kembali dengan senyuman manis yang terbit dari bibirnya. Makin kuat Ariessa meronta, makin kuat pelukannya. Terasa lekuk tubuh Ariessa di badannya.
“Jangan buat saya macam ni….” Rayu Ariessa. Air matanya mula menitis, meminta simpati lelaki itu. Ya ALLAH, aku tak rela….! Namun Zafriel buat tidak peduli, makin galak bibirnya mencium wajah Ariessa bertalu-talu, sesungguhnya saat itu Ariessa tidak mampu mengelak, hanya tangannya yang mampu bergerak untuk menepis ciuman Zafriel yang bertalu-talu itu.
“Lepaskan saya! Awak sedar tak apa yang awak buat ni? Suara Ariessa kedengaran lagi, air matanya makin laju menitis. Wajahnya dengan wajah suaminya itu hanya beberapa inci sahaja jaraknya, sukar untuk dia melepaskan dirinya.
“Tak salah apa yang abang buat ni sayang….” Balas Zafriel. Tangannya mula merayap ke baju yang dipakai Ariessa, cuba membuka butang baju yang tersisip di bahagian depan kebaya yang dipakai isterinya itu. Ariessa semakin kaget, tidak sanggup dia membayangkan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Zafriel dilihat sudah hilang kawalan, tangannya sudah merayap ke seluruh badan isterinya itu. Ariessa semakin kuat meronta dan entah tiba satu saat dia bagaikan mempunyai satu kekuatan, sekuat tenaganya tubuh suaminya ditolak. Pelukan Zafriel terlerai, hampir terjatuh lelaki itu dari katil. Sepantas kilat Ariessa berlari ke sudut biliknya. Dia menangis semahu-mahunya.
Zafriel tersentak! Ya ALLAH, apa yang telah aku lakukan ni? Dia meraup mukanya dan beristighfar panjang. Dilihat Ariessa yang sedang menangis di suatu sudut di biliknya. Rasa bersalah dan berdosa terhadap isterinya semakin menggunung. Maafkan abang, Riessa…., lirih suaranya memohon keampunan. Tangisan Ariessa masih lagi kedengaran, hampir-hampir maruahnya dicabul oleh suaminya sendiri. Ya ALLAH, bantulah aku!
“Riessa, abang mintak maaf, abang tak sengaja….” Zafriel bersuara saat isterinya itu dihampiri. Cuba memegang bahu isterinya, tapi cepat-cepat ditepis oleh Ariessa. Benci dia dengan sentuhan lelaki itu! Dia benci! Lelaki tak guna…!!! Bermacam-macam sumpah seranah yang dihamburkan kepada suminya itu. Ariessa memeluk tubuhnya rapat-rapat, fobia jika kelakuan Zafriel berulang lagi. Bahagian dadanya yang terdedah ditutup dengan tangannya yang disilangkan pada bahunya.
“Riessa…”
“Pergi..!!! Aku benci kau! Aku benci kau! Lelaki tak guna! Pergi…!!! Aku tak nak tengok muka kau kat sini! Pergi…..!!!!!!” tempik Ariessa dengan tangisan yang semakin menggila, dia tidak peduli jika mama dan papanya terdengar jeritan dan amukannya itu. Dia tidak peduli jika mama dan papanya menganggap dia berkurang ajar dengan suaminya. Dia tidak peduli semua itu! Asalkan muka lelaki bangsat itu hilang di hadapannya. Dia tidak peduli…!!!!
“Riessa…I’m sorry….” Zafriel bagaikan kehilangan ayat untuk meneruskan kata-katanya.
“Pergi….!!!! Keluar dari sini! Keluar…!!!!” jeritan Ariessa semakin kuat. Merah matanya bagai biji saga, tajam menikam pandangan mata Zafriel yang berlutut di hadapannya, memohon kemaafan di atas kelakuannya sebentar tadi. Sungguh! Dia betul-betul hilang kawalan. Dia betul-betul tidak sedar apa yang telah dilakukannya. Dia betul-betul tidak tahu kenapa dia boleh bertindak begitu! Dia betul-betul tidak tahu!
“Pergi..!!! Pergi…!!! Ariessa mula meronta dengan tangannya kuat memukul tubuh Zafriel bertalu-talu dan tika itu Zafriel hanya membiarkan saja tindakan isterinya itu. Walaupun jauh di dalam lubuk hatinya, kesakitan itu bagaikan menghiris perasaannya.
“Pergi…aku benci kau!” jeritan Ariessa masih lagi kedengaran, tapi tidak sekuat tadi. Namun, seketika kemudian Zafriel mula bangkit dari situ. Memberi ruang kepada Ariessa untuk bertenang.
“Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi! Pergi….!!!!” Sempat Zafriel mendengar kata-kata itu sebelum pintu bilik isterinya ditutup. Dan saat itu Zafriel merasakan bahawa betapa mahalnya harga “kemaafan” yang perlu dia bayar untuk perbuatannya itu. Maafkan abang kalau abang khilaf, pintanya berulang kali walaupun tidak mungkin Ariessa akan mendengarnya……..

5 comments:

  1. wahhh.
    sian zafriel.
    suspen ah.
    suke2.
    smbung2.
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. la..kenapa nak benci suami sendiri? zafriel minta apa yang patut dia dpt..sian kat zafriel...

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    besh tol la part nie..
    ahaha..
    waaaaaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  4. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-kencan-dan-jatuh-cinta-dengan.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong
    

    ReplyDelete