Thursday, January 8, 2009

KERANA WASIAT...part 2

“Kamu berdua fikirkanlah…hanya ada dua bulan saja lagi untuk kamu laksanakan wasiat itu. Fikir baik-baik…..” sampuk Dato’ Ismail. Wajah kelat dan masam mencuka Haikal dan Batrisya dipandang dan direnung sedalam-dalamnya.
“Haikal pergi pejabat dulu papa. Ada kerja yang belum siap” cepat Haikal memintas kata. Malas dia mahu berlama-lama di situ. Takut lain pulak jadinya. Agak lama dia di situ, muka mamanya dan Mak Ngah iaitu mama Batrisya langsung tidak kelihatan. Mungkin mereka berdua keluar. Awal-awal lagi papanya memberitahu yang mama dan Mak Ngahnya enggan masuk campur. Hendak dibantah pun bukannya boleh, alih-alih mereka berdua mencapai kata sepakat. Biarlah apa yang sepatutnya berlaku itu berlaku….Maksudnya, Haikal dan Batrisya mesti kahwin!!!!
Kelibat Haikal menghilang di balik pintu. Sebentar kemudian kedengaran deruman enjin kereta Honda Accord milik Haikal mengaum di luar dan sayup-sayup bunyi kereta itu meinggalkan bangle mewah itu. Beberapa minit kemudian, Batrisya berlari masuk ke dalam biliknya. Malas dia mahu bersoal jawab dengan papanya sebab jawapan yang akan diperolehinya tetap sama. Mereka mesti kahwin! Takkan ada tidak!!!!
“Kan aku dah kata, memang kecoh jadinya. Aku baru jea buka mukaddimah, diorang berdua tu dah membantah. Pening…pening….” Suara Tan Sri Iskandar kedengaran selepas itu. Sekilas dipandang ke arah Dato’ Ismail, adiknya.
“Entahlah, saya pun tak tahu bang…apa lagi cara yang kita ada untuk buat mereka setuju laksanakan wasiat tu….”
“Takpe jangan risau, dah namanya wasiat, lambat laun perkara tu akan terlaksana jugak! Tunggu masa yang sesuai jea….tak kira samada mereka rela atau tidak” balas Dato’ Ismail. Entah apalah yang merasuk fikiran Dato’ Jamal, ayahnya untuk menulis wasiat seperti itu. “Kahwinkan Batrisya dengan Haikal, ini hasrat ayah…”, jelas terbayang setiap bait atau patah perkataan yang ditulis oleh ayahnya. Disebabkan hubungan Haikal dengan Danish sentiasa “berkocak” setiap hari semasa kecil Datuk mereka iaitu Dato’ Jamal pernah berkata “ Atuk kahwinkan kamu berdua kalau kamu berdua bergaduh lagi lepas ni…” Namun baik Batrisya atau Haikal, masing-masing hanya menjelirkan lidah. Pandai datuk mereka bergurau, itulah yang dirasakan oleh mereka berdua….
“Ayah..ayah..saya ingatkan ayah bergurau jea…” Dato’ Ismail hanya mampu mengeluh panjang. Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian.
…………………………………………………………………………………………………….
“Eh, bos datang balik ke pejabat? Kata tadi tak masuk pejabat lepas bos keluar” tegur Suzi, merangkap setiusaha Haikal yang suka menyibuk. Tapi dalam sibuk-menyibuknya itu, kerjanya complete dan perfect!
Namun teguran Suzi itu langsung tidak dibalas oleh Haikal. Laju sahaja dia berjalan masuk ke bilik pejabatnya. Tiada mood untuk beramah mesra dengan mak cik Kepoh itu!
“Apasal pulak dengan Mr. Iceberg ni? Pelik aku tengok…Hmm, tulah masa kecik tak nak minum minuman manis, sebab tu la payah nak senyum kat orang…Huhh..” keluh Suzi. Dia memang sudah masak dengan perangai bos “kesayangannya” itu. Jarang sekali melemparkan senyuman tambah-tambahn pulak pada staff wanita. Susahnya nak bukak mulut macam kena sepit dengan penyepit besi. Kalau bercakap, memang straight to the point! Takde lawak-lawak bahasa. Serius memanjang…itu kalau dengan staff wanita tapi kalau dengan staff lelaki, boleh pulak ajak lunch together…Nasib..nasib.. dapat bos yang bias gender! Mahu stress seumur hidup!
“Shitt..!!!! Haikal mendengus geram. Kata-kata papanya bergema kembali di fikirannya. “Kahwin dengan Batrisya”..Oh, no..never..!!!! Tapi, wasiat itu..? Jiwa Haikal berperang antara akal dan hati. Masing-masing saling mengeluarkan hujah yang tidak mampu dipatahkan oleh Haikal. Telinganya bagaikan mendengar suara sinis Batrisya mengejeknya. Padan muka..!!!! Argh…jiwa Haikal berkocak kembali. Batrisy..nama itu diulangnya. Apalah malang nasibnya kena kahwin dengan gadis bermuka sinis itu? Ya Allah….

SEBULAN SELEPAS ITU……
“Kami dah bagi banyak masa pada kamu berdua fikir pasal hal ni and now kami semua dah buat keputusan…Akhir bulan 3 ni kamu berdua akan dikahwinkan….!”
“Hah…???!!!!!” tersembur air yang diminum oleh Haikal ke muka Batrisya. Semua yang berada di situ tergaman. Haikal apalah lagi..
“Woi..yang awak pergi sembur air kat muka saya ni apasal? Gila apa..?!!” jerkah Batrisya. Mukanya merah padam menahan kemarahan. Kalau diikutkan hati, dicincang lumat mamat ego@hipokrit itu. Geramnya….!!!!!!!!
“Apa yang kamu buat ni Haikal? Yang kamu pergi sembur air kat muka Risya tu kenapa?” Tanya Tan Sri Iskandar. Dia memang tidak pasti samada Haikal sengaja atau tidak.
“Awak memang sengaja nak naikkan darah saya!!!!” pintas Batrisya. Segera dia bangkit dari meja makan dan berlalu ke dalam bilik. Tak kisahlah kalau papa dan mamanya serta nenek dan mak long serta pak longnya menganggap dia kurang ajar, tapi hatinya benar-benar sakit dengan perbuatan Haikal. Aku takkan maafkan Haikal…!!!!jerit hati Batrisya.
“Kamu ni kenapa? Buatlah perangai elok sikit…!!!” tegur Datin Mariam, nenek Haikal. Haikal tersenyum kelat. Dipandang wajah mama dan papanya serta mak dan bapa saudaranya. Tajam pandangan mereka menikam wajahnya.
“Hehehe…sori, saya tak sengaja. Sumpah..!!!!” kata Haikal. Tangan kanannya diangkat sebagai mengiyakan sumpahnya. Tapi dalam hatinya bersorak gembira. Padan muka Batrisya..kena sembur air….Elok jugak kena sembur dengan air sekurang-kurangnya cair sikit gadis dingin beku tu…!!!Hahahaha….

Di dalam bilik, Batrisya menangis semahu-mahunya. Along..Angah..Alang..tolong adik...hati Batrisya merintih sayu. Tapi dia tahu tiada sesiapa yang mampu selamatkan dia kali ini. Kalau dulu pantang dia dimarahi oleh papa dan mamanya pasti Along, Angah dan Alangnya akan membela tapi sekarang tidak lagi. Along, Alang dan Angah hanya mampu menguncikan suara mereka, diam tidak terkata. Mereka semua tahu yang Batrisya tidak sukakan Haikal dan selalu bergaduh dengan Haikal semasa kecil dahulu, walaupun mereka tidak suka Batrisya bergaduh dengan Haikal tetapi Along, Angah dan Alangnya tidak pernah memarahinya walau sekalipun….
“Mama…”hati kecil Batrisya memanggil mamanya tetapi hampa…Dia tahu yang mamanya tidak dapat berbuat apa-apa. Batrisya benci mamanya. Mamanya begitu suka bila Batrisya akan dikahwinkan dengan Haikal….Mama tak tahu ke yang Batrisya tak suka dengan Haikal? Itulah yang Batrisya kata kepada mamanya tetapi mamanya hanya tersenyum..Batrisya sakit hati. Mama macam suka bila Batrisya sedih. Batrisya ingat lagi kata mamanya “Nanti bila Batrisya dah kahwin dengan Haikal, insyaallah rasa cinta itu pasti akan datang juga…Mama yakin yang Batrisya akan bahagai sayang…” Itulah yang mama kata. Tapi mama tak tahu…Batrisya tak akan bahagia mama…! Jerit hati Batrisya…Kenapa semua orang tidak faham apa yang Batrisya rasa???Kenapa….?!!!!!

DUA MINGGU SEBELUM KAHWIN…..
“Woi..kau ada dengar gossip terhangat tak kat pejabat kita?” Tanya Hakim, budak peon yang suka membawa cerita dari tingkat ke satu tingkat pejabat syarikat Daya Maju Holding. Memang sikapnya yang peramah tidak bertempat sudah diketahui umum.
“Apa…?!” Tanya Kamariah. Tea lady yang baru bekerja di situ menggantikan Seri yang berhenti kerja. Keadaan Hakim yang nampak begitu teruja membawa berita itu telah menarik perhatian beberapa orang pekerja yang lain. Tidak mahu terlepas cerita yang dibawa.
“Kau ada bawa berita terbaru ke? Ceritalah kat kitorang….”gesa Kamal, kerani di situ.
“Ini hot punya berita..Orang dalam aku kat pejabat bos yang bagitahu…” bisik Hakim sambil matanya meliar ke sana sini….takut-takut dinding juga ada telinga.
“Apa dia, cepatlah cakap.!!! Gesa Kamariah tidak sabar.
“Bos kecik tu nak kahwin…!!!”
“Hah…?!!!” Wei, kau ni biar betul, Kim? Kang tak pasal-pasal kena tahan kat ISA…Bawak fitnah tu..” sampuk Kamal tidak percaya. Takde angin takde ribut, tup tup En Haikal nak kahwin?
“Siapalah perempuan malang yang kahwin dengan bos kecik kita tu kan? Aku betul-betul tumpang simpati kat dia….” Sampuk Shiela yang datang tiba-tiba. Dari jauh dia sudah mendengar suara mereka yang sibuk bergosip itu.
“Ada ke patut kau cakap macam tu? Tak baik tau….sepatutnya kita kena doakan kebahagiaan bos kita tu..Mintak-mintak perangai dia berubah lepas kahwin…”
“Pandai jugak bos kita tu meng”ayat” perempuan…Aku ingat dia takde perasaan pada orang perempuan ni…” kata Kamariah pula. Makin seronok mereka menambahkan perisa dalam cerita yang dibawa…
“Pandai apanye..ni kes kahwin paksa! Datuk Jamal tinggalkan wasiat supaya bos kita tu kahwin dengan sepupu dia..nama apa entah, aku pun tak ingat!”
“Mak oii…jatuh la standard bos macam tu! Kena kahwin paksa…!!!”
“Jatuh standard apanye..itu tandanya yang bos kita tu anak yang mithali. Ikut cakap mak bapak. Orang perempuan mana tahu..” sampuk Hakim. Mana boleh tahan kalau dengar orang lelaki kena kutuk dengan orang perempuan…
“Huhh,,,dasar orang lelaki. Ego..!!!Apa-apa hal mesti korang nak menang jugak! Anak mithali apanye..dah namannya wasiat, wajib kena buat…hukum agama mana boleh buat main-main..!!!” balas Shiela pula. Hakim dan Kamal hanya tersengih. Jangan jatuhkan maruah orang lelaki…..
“OK lah, aku blah dulu. Nanti apa-apa perkembangan terbaru, aku bagitahu korang ek? Tak pun korang tanya Suzi…dia kan secetary Mr. Iceberg tu..confirm dia tahu…”
“Berani kau panggil bos macam tu? Nak kena buang kerja ke?” tegur Kamal. Kalau terdengar dek En. Haikal, masak mereka semua. Tapi gelaran itu sememangnya sesuai dengan bos mereka itu.
Hakim kemudian berlalu meniggalkan mereka semua. Banyak lagi surat yang dia kena hantar.
“Aku rasa lucu pulak bila dengar bos kecik kita tu nak kahwin…” sambung Shiela dan terus dia dan kawan-kawannya yang lain menyambung tugasan mereka…

9 comments:

  1. heehehee.. bos kecik..lawk ayt nieh..
    ske2..
    smbung2...

    ReplyDelete
  2. asl bos kecik?
    lawok ah that word.
    agagag.
    suke2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  3. salam...
    best cte awk ni eh...
    Tp, yg psl wasiat tu, kalau wasiat gini x wajib diikut...
    x jtuh b'dosa r klau x ikut cz wasiat perkahwinan x t'msuk dlm wasiat...

    ReplyDelete
  4. mana sambunye tak de ke

    ReplyDelete
  5. ayh batrisya dengan ayh bos kecik tu adk beradik ke..???

    ReplyDelete
  6. cite yg best tp lg best kalo batrisyia & bos kecik bukan sepupu kandung (xde pertalian darah) sbb nnt ofcoz la anak dorang ada masalah genetic nnt.. uish..
    btw sambung cpt ek..

    ReplyDelete
  7. datang bertandang..minat yang sama.. ^___^

    http://iejah-myworld.blogspot.com/

    ReplyDelete