Thursday, January 15, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 23

Walaupun kedengaran lembut, tapi terselit nada ketegasan di situ. Begitu mudah untuk Ariessa mengenali suara itu walaupun tanpa memandang wajah empunya suara! Zafriel! Hatinya berbisik. Serta merta ruang pejabat itu senyap, bagaikan rumah mayat. Tiada siapa yang bersuara. Zafriel bergerak ke arah mereka, rasa hatinya begitu tertarik untuk melihat gadis berkebaya pink hitam yang berdiri membelakanginya. Siapa agaknya? Susuk tubuh itu semacam dikenalinya, namun hatinya tidak berani untuk mengiyakannya! Ariessa juga kaget, tidak sangka dia akan disergah sebegitu rupa oleh Zafriel. Terkejut dengan suaranya yang muncul tiba-tiba. Panjang nafasnya ditarik. Satu…dua…tiga…Mukanya dipaling mengadap Zafriel!
Ariessa…!!! Tersentak Zafriel seketika. Tidak sangka yang isterinya itu akan datang ke pejabat! Rasa terkejut dan gugupnya cuba ditahan, tidak mahu staffnya menhidu rahsia yang tersimpan di antara mereka.
“ Yes…?!” Ariessa memulakan percakapan. Betul-betul wajahnya tepat memandang Zafriel yang agak terkelu. Padan muka! Tadi bukan main tunjuk kuasa! Ingat aku takut? Sorilah..!!!!
“Yes? What do you mean about “yes”?” balas Zafriel, tahu bahawa Ariessa cuba mencabarnya. Jangan harap dia akan mengalah! Not yet..!!!!. Staff yang lain memandang dengan rasa terkejut melihat “tarik tali” di antara “pengganti bos” dengan "anak bos”.
“Oh, forget about that!” Ariessa mengalah. Malas mahu mewujudkan pergeseran dengan Zafriel. Takut rahsia yang cuba disembunyikan akan terbocor, mulutnya itu bukannya ada penapis! Muka Zafriel kembali serius, sekadar mahu mengingatkan Ariessa supaya menghormati statusnya di situ!. Garangnya, sempat lagi Ariessa mengumpat!
“So, kalau tak silap, you ni Cik Ariessa, anak Dato’ Iqbal, right. Banyak saya dengar tentang awak, kerana Dato’ selalu bercerita tentang awak.” tanya Zafriel. Sengaja ingin menduga reaksi isterinya. Sinis senyuman yang diukir di wajahnya. Merah padam muka Ariessa. Amboi..mamat ni buat tak kenal aku pulak?! Okey,time to start shooting now!
“And kalau tak silap saya juga, rasanya Cik Ariessa sampai lewat ke pejabat, right? Sepatutnya awak tunjukkan contoh yang baik kepada semua staff di sini, bukan sebaliknya. Majikan yang baik akan memberi contoh yang baik buat pekerjanya. Tak begitu Cik Riana Ariessa? Dan saya rasa, saya perlu ingatkan Cik Ariessa satu perkara, walau pun Cik Ariessa ni anak bos, tapi ini tak memberi kelonggaran kepada Cik Ariessa untuk tidak mematuhi peraturan syaraikat” Ucap Zafriel lagi. Tepat wajah Ariessa dipandang. Betapa malunya Ariessa takkala diherdik dan ditegur sebegitu rupa oleh Zafriel. Saat itu, jatuh air mukanya di depan staffnya yang lain. Kurang asam jawa sungguh lelaki yang berdiri di hadapannya..!!! Staff-staff yang lain sudah beredar ke tempat masing-masing. Dapat dirasakan suasana tegang yang wuud di antara Encik Zafriel dan Cik Ariessa. Takut untuk masuk campur, nanti lain pula jadinya. Tapi mereka terperasankan sesuatu, rajin pula bos mereka itu “melayan mulut” berbual-bual dengan Cik Ariessa, walaupun penuh dengan nada sindiran. Kiranya inilah kali pertama mereka melihat bos mereka itu berbual-bual kosong atau lebih tepat beramah mesra dengan wanita. Sebab biasanya En. Zafriel hanya bercakap dengan staff wanita apabila melibatkan urusan kerja, selebihnya jangan harap! Mahal sangat agaknya suara dia untuk bercakap dengan orang perempuan. Tapi, mungkin Cik Ariessa anak bos besar, jadi rela atau terpaksa, En. Zafriel terpaksa mewujudkan kominikasi dengannya.
“Rasanya agak tidak sopan En Zafriel cakap macam tu pada saya. That’s not fair! Sebenarnya saya ada sedikit masalah dalam perjalanan tadi, jadi nasihat saya, jangan main tuduh-tuduh, selidik dulu sebelum cakap. Seorang majikan atau bos yang baik tidak akan bertindak melulu dalam setiap perbuatannya. Bukan begitu, bos?!” balas Ariessa. Mahu ketawa Zafriel mendengarnya, nampaknya Ariessa tidak mahu mengalah dengan situasi yang tercipta itu.
“Ok, I want finish my job first, maybe we can talk together for the another time” sambung Ariessa. Dan tanpa menunggu reaksi daripada Zafriel, dia terus berlalu ke biliknya. Pandangan mata staff yang lain yang memandang dengan penuh kehairanan itu tidak dipedulikan olehnya. Hilang mood untuk beramah mesra dengan mereka saat itu. Rosak moodnya gara-gara Zafriel.
“Wait! Lepas ni masuk ke bilik saya. We need to discuss something!” laung Zafriel dengan nada suara yang cuba dikawal dan terus dia berpaling langkah menuju ke biliknya. Namun, laju langkah Ariessa tanpa mempedulikan arahan Zafriel. Tengoklah kalau aku ada mood nak masuk bilik tu!, getus hati Ariessa. Biasanya bilik itu sentiasa dimasukinya untuk berbincang dan berbual-bual dengan papanya sebelum diduduki oleh Zafriel. Bilalah papa nak masuk pejabat balik?, fikirnya lagi.

Ariessa menjengah sekeliling biliknya. Suasananya tetap sama, sejak hampir dua minggu dia tidak masuk pejabat, sejak papanya dimasukkan ke hospital dan juga masalah yang dihadapinya. Jiwanya masih lagi ligat berfikir dengan reaksi Zafriel sebentar tadi. Sikap dan perangai lelaki itu dilihat sangat berbeza sama sekali. Ekspresi mukanya penuh dengan keseriusan dan ketegasan, nada suaranya langsung tidak menunjukkan aura kelembutan dan keramahan. Kenapa lelaki itu berubah sama sekali? Minda segera menerawang mengingatkan periatiwa dua minggu lepas. Sikap romantic dan nada suara Zafriel yang seolah-olah ingin menggodanya. Dan sebenarnya dirinya hampir kalah dengan pujukan dan rayuan lelaki itu! Dan sesungguhnya, belaian dan kucupan Zafriel amat mengujakan hatinya, tetapi entah kenapa hatinya tetap berkeras untuk tidak menerima lelaki itu.
"Biarlah, tak perlu lagi aku pening kepala melayan kerenahnya yang bukan-bukan!” getus Ariessa. Fail di atas mejanya segera dicapai, menyiapkan kerjanya yang terbengkalai sejak beberapa hari itu.

Zafriel menghempaskan tubuhya ke sofa. Tak disangka yang Ariessa akan datang ke pejabat pagi ini. Terasa bagaikan mimpi apabila menatap wajah isterinya itu. Penampilan Ariessa amat menyerlahkan kecantikannya, hampir dia terlepas memanggil wanita itu dengan panggilan “sayang” dan sikap Ariessa tetap sama, suka mencabarnya. Tetapi satu perkara yang dia yakin, dia akan pastikan yang Ariessa akan menghormati statusnya! Sebagai bos dan suami, walau apa pun yang berlaku di antara mereka!

No comments:

Post a Comment