Saturday, January 17, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 34

Ariessa membuang tudung yang dipakainya. Berjuraian rambutnya yang separas bahu itu. Rimas dia rasa, sudahlah bajunya basah. Lantaklah Zafriel nak cakap apa pun, fikir Ariessa. Lagipun antara dia dengan Zafriel mana ada batasan aurat lagi. Kemudian dia melangkah ke bilik air. Membersihkan dirinya untuk menunaikan solat Zohor. Teringat yang dia belum lagi menunaikan solat.
“Awak dah solat?” tegur Ariessa takkala kakinya melangkah keluar dari bilik air. Zafriel pantas mengelengkan kepalanya.
“Belum lagi…nampaknya kena solat sambil baringlah saya lepas ni….”
“Takpe..nanti saya tolong awak ambil wuduk lepas saya selesai solat nanti ya…”
“Ok….” Zafriel tersenyum gembira. Ariessa memang isteri yang terbaik untuknya. Dia melihat Ariessa bagaikan mencari sesuatu….
“La…saya lupalah, mana saya bawak kain telekung utuk solat. Saya turun kejap, nak pinjam telekung mama…..” kata Ariessa. Kemudian dia terus berlalu keluar dari bilik itu dan Zafriel hanya mampu memerhati kelakuan isterinya itu…Bercambah rasa cinta dan sayangnya….!!!!!!
………………………………………………………………………………………………….
“Mama…….”
Dari tingkat atas sudak kedengaran suara Ariessa memanggil mamanya. Kaget seketika mereka yag berkumpul di ruang tamu itu. Ada apa-apa berlaku pada Zafriel ke?
“Mama…Riessa nak pinjam telekung solat mama boleh tak? Riessa tak bawak la…nak solat sekejap!” kata Ariessa sebaik sahaja mukanya menjengah ke ruang tamu. Masing-masing tercengang kehairanan melihat keadaan Ariessa. Dengan keadaan bajunya yang agak basah kuyup dan rambutnya yang dilepaskan………
“Eh..kamu ni kenapa? Pelik jea mama tengok…?!” sapa Puan Sri Khadijah. Diamati menantunya itu dari atas sampai bawah. Ariessa menjadi hairan, kenapa mereka semua terkejut melihatnya?
“Kenapa mama? Riessa tengok semua orang tengok Riessa lain macam jea…..” sampuk Ariessa. Tan Sri Adnan saling berpandangan dengan Dato’ Iqbal sambil memandang kea rah Datin Sharifah. Masing-masing bagaikan mentafsirkan sesuatu yang hanya mereka sahaja fahami.
“Kenapa basah kuyup baju kamu ni…!” soal Datin Sharifah pula.
“Tadi Riessa papah Zafriel ke bilik air,dia termuntah! Habis kena baju Riessa…..sebab tulah basah macam ni….” jawab Ariessa. Apa yang peliknya, dia hairan?
“Ohh…..”
“Patutlah Zafriel demam. Dia banyak makan sotong…dah tahu tak boleh makan sotong, dia makn jugak! Macam budak-budaklah Zafriel ni….dahlah tak nak makan ubat..!!” adu Ariessa. Tersenyum Puan Sri Khadijah mendengarnya. Prihatin jugak Ariessa dengan Zafriel ni…bisik hatinya sendiri.
“Macam maan Riessa tahu? Mama tak tahu pun…..?”
“Tadi Riessa tanya dia……”
“Mama…tolong suruh Mak cik Limah masakkan nasi air ya. Campur dengan cendawan payung, kalau ada..Zafriel suka makan macam tu…Riessa nak paksa dia makan. Tadi Zafriel berkeras tak nak makan nasi dengan ubat! Tahulah Riessa nak buat macam mana nanti…. Dah tiba masa nak balas dendam….”
Mendengar kata-kata Ariessa, meledak ketawa mereka semua. Dalam keadaan macam itu pun, masih nak berbalas dendam…..
“Riessa ambik jea telekung solat kat bilik tetamu tu…pintunya mama tak kunci..
“OK mama..Riessa naik dulu ya……”
“Nak solat kat mana ni? Kalau tak pun Riessa solat jea kat ruang solat kat anjung tu…..” Pantas tangan Puan Sri sharifah menunjukkan ke anjung solat yang memang sengaja diubahsuai oleh suaminya untuk mereka menunaikan solat jemaah bersama-sama. Ariessa sekadar melihat sahaja. Bukan dia tidak tahu tempat itu.
“Takpelah mama…Riessa solat dalam bilik Zafriel ajelah….” Pintas Ariessa sambil kakinya pantas menuju ke arah tangga untuk mengambil telekung solat yag diinginkannya.
“Tengok? Rasa-rasanya kita masih ada peluang untuk baik pulihkan hubungan mereka berdua tu….” Kata Dato’ Iqbal setelah kelibat Ariessa menghilang di ruang tamu. Datin Sharifah memeluk bahu besannya dan tika itu terbit senyuman di bibir Puan Sri Khadijah…

Ariessa membantu Zafriel mengambil wuduk setelah beliau selesai menunaikan solat. Tapi dia terpaksa berhati-hati kerana takut mereka bersentuhan, alamatnya terpaksalah Zafriel mengulangi kembali wuduknya.
“Terima kasih…….” Ucap Zafriel setelah dia selesai menunaikan solat Zohor dalam keadaan duduk. Kepalanya terasa pening jika dia bangun. Ariessa hanya tersenyum nipis. Memang telah menjadi kewajipannya untuk membantu meringankan beban Zafriel, kerana masing-masing saling memikul tanggungjawab bersama.
“Saya dah suruh Mak cik Limah masakkan nasi air cendawan untuk awak! Lepas ni awak makan, kalau awak tak nak, saya sumbat nasi tu dalam mulut awak!”
“Awak ni langsung tak pandai treat orang sakit la! Sepatutnya awak kena layan saya elok-elok. Baru cepat baik…tapi awak ni….huh, kerat jari, memang tak lulus jadi nurse…”
“Hah..lulus tak lulus saya tak kisah! Yang penting awak mesti makan bubur nasi tu kalau tak……”
“Awak suapkan…….???” Zafriel kelihatan cuba bermain tarik tali dengan Ariessa. Ariessa hanya mencebikkan mulutnya. Malas hendak melayan karenah Haikal. Makin dilayan, makin mengada-ngada lelaki itu. Macam tu ke perangai orang sakit?!!! Sempat lagi hendak menggatal……

3 comments:

  1. hehe..
    mnje nye zafriel..
    tp bawah tu salah name la..
    bukan haikal tp zafriel..
    nak lg..!!

    ReplyDelete
  2. hehehehe..
    sweeet bangat..
    kabusrindu tetuka nme zafriel g ke haikal nieh..
    hehe..
    haikal uh krane wasiat lee..
    ske2..
    sambung2...

    ReplyDelete