Wednesday, January 14, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 12

“Papa………..” Ariessa meracau-racau sambil memanggil papanya. Zafriel tersentak dari tidur. Lengah segala badannya kerana bersandar di sofa…segera dia menerpa kearah Ariessa. Bimbang kalau gadis itu tiba-tiba diserang hysteria lagi….Selepas melawat Dato’ Iqbal, Datin Sharifah pulang ke rumah ditemani oleh Puan Sri Khadijah. Pada awalnya dia berkeras hendak menemani Ariessa di wad, tetapi selepas Zafriel menawarkan dirinya untuk menunggu Ariessa sehingga sedar, dia lantas bersetuju…
Tan Sri Adnan juga ada menelefon Zafriel bertanyakan khabar Dato’ Iqbal. Lega hatinya apabila diberitahu bahawa sahabatya dalam keadaan stabil sekarang.
“Papa……….” suara Ariessa kembali kedengaran walaupun saat itu matanya terpejam….lama Zafriel merenung wajah gadis itu.
“ Riana…Riana…..” perlahan-lahan Zafriel memanggil Ariessa. Entah kenapa tergerak hatinya untuk memanggil Ariessa dengan nama itu. Tubuh Ariessa digoncang lembut, untuk menyedarkan gadis itu dari kembaranya yang panjang……
“Papa….!!!” Serta merta mata Ariessa terbuka. Dilihat jaraknya dengan muka Zafriel agak dekat….Zafriel nyata tergaman. Tidak sangka yang Ariessa akan sedar secara tiba-tiba…
Sepantas kilat Ariessa menolak tubuh Zafriel…tertolak tubuh lelaki itu ke dinding!
Bukk..!!!terhantuk kepalanya ke dinding! Kepalanya mulai berdenyut…
“Apa yang awak buat ni…?!!Nak ambik kesempatan ya…..?!! jerkah Ariessa. Dilihat wajah Zafriel berkerut-kerut menahan kesakitan.Padan muka…..!!!! Berombak-ombak dadanya menahan kemarahan.
“Cik Riana Ariessa, sepatutnya awak ucap terima kasih pada saya. Bukan tolak saya macam ni…kalau kepala saya cedera, macam mana?!” kata Zafriel setelah kesakitan di kepalanya mulai reda…kalau diikutkan hatinya…memang kena gadis itu dengannya. Tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan, dia merelakan saja….Katil Ariessa dihampiri. Pantas Ariessa membetulkan keadaan tudungnya yang tidak kemas, sambil bersedia dengan tindakan Zafriel seterusnya.
“Apa salah saya sampai awak tolak saya….?” soal Zafriel seakan tidak berpuas hati dengan kelakuan Ariessa terhadapnya.
“Awak tanya apa salah awak? Hei…, yang awak renung muka saya macam nak ciu….” kata-kata Ariessa mati di situ. Malu untuk menyebutnya. Zafriel lantas ketawa.
“Cium awak…..? Come onlah…saya ni masih tahu halal haram dosa pahala tau…jangan main tuduh-tuduh jea….”, makin galak Zafriel ketawa. Ariessa menggigit lidah. Malunya….,itulah mulut tak bertapis sangat……
“Saya hanya akan cium isteri saya jea..yang lain, sorry, i’m not interested..!!!” tegas nada suara Zafriel. Namun jika dilihat dari air mukanya, dia masih menahan ketawanya dari terus meledak…Ariessa..Ariessa…
“Nah, minum air ni…”.lantas Zafriel menyuakan air kepada Ariessa. Serba salah Ariessa hendak menyambutnya…Ah, buat jea tebal muka jealah, bukan susah sangat pun….huluran gelas itu disambut. Gelojoh air itu diminumnya.
“Hmm..hai Belalang! Entah apalah malang nasib saya hari ni..niat di hati nak jaga orang sakit, tapi saya jugak yang kena sakit…………”, kata Zafriel sambil matanya dikerling kearah Ariessa. Dilihat muka gadis itu muram…
“Jangan risau…papa ok sekarang. Cuma kena tunggu papa sedar dulu. Dr. cakap papa kena serangan jantung…tapi tak serius. Masih di peringkat awal…” perlahan-lahan Zafriel menerangkan kepada Ariessa. Tubir mata Ariessa digenangi air mata, perlahan-lahan menitis menuruni lurah pipinya…..
“Dahlah tu..jangan buat mama bimbang. Kalau mama tengok Ariessa macam ni, lagilah mama bimbang…Ambik sapu tangan ni, lap air mata tu….lepas ni kita pergi melawat papa..OK?” pujuk Zafriel…Sekarang barulah dia tahu, jika dilihat secara luaran Ariessa kelihatan dingin dan keras hati, tetapi hakikatnya dia adalah sesorang yang amat sensitive!
Sapu tangan Zafriel disambut! Bukan sahaja air mata, malah hingusnya sekali turut dilap pada sapu tangan itu….
“Mak oiii…saya suruh sapu air mata jea…yang awak pergi sapu hingus sekali tu kenapa…?” soal Zafriel. Sengaja ingin mengusik Ariessa.
“Huhhh..nampak sangat tak ikhlas nak bagi…padan muka! Sebab tu saya sapu hingus sekali..” balas Ariessa bersahaja. Segaris senyuman dihulurkan kepada Zafriel.
“Geramnya saya..kalaulah awak ni isteri saya, mahu jea saya cium mulut tu sampai tak boleh bukak…suka sangat menjawab!” balas Zafriel pula.
“Zafriel………!!!!!!!!!!!!!” jerit Ariessa. Berinci-inci tebal mukanya. Makin galak Zafriel ketawa..
“OKlah sayang….., abang keluar dulu ya…” kata Zafriel sambil mengenyitkan matanya kearah Ariessa. Merona kemerahan wajah gadis itu….
“Tak guna…………!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Ariessa di dalam hatinya. Di lempar bantal kearah Zafriel yang sudah menghilang di balik pintu wadnya.

2 comments:

  1. hahaahahaha...
    lawak2...
    saket2 pon bley gado lagi...
    isk2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaaa.lawok ah.
    entah2 zafriel sakit lak nnt cz dh terhntuk pale2.
    agagag.sweet ah.nnt kiss2 de jugak cz kawin.
    agagag.suke2.
    smbung2.
    -na`dz

    ReplyDelete