Sunday, January 11, 2009

KERANA WASIAT...part 5

“Amboii..cantiknya anak mama hari ni….” Sempat lagi Datin Salmah memuji anak gadisnya yang sedang disolek di bilik pengantin. Namun Batrisya buat-buat tidak dengar akan pujian mamanya itu. Mukanya macam orang yang takde perasaan dan dia sebenarnya rimas apabila dikelilingi oleh sanak saudara…
“Tahulah aku ni cantiik..tapi janganlah puji depan-depan…boleh jatuh tersemban…” nak juga Batrisya berkata begitu tetapi nampak kurang sopan saja gamaknya bila sahaja sanak saudaranya memuji keanggunannya. dalam pakaian pengantin.
Boleh dikatakan para jemputan yang hadir mengagumi kemeriahan majlis pada hari itu. Makin gamat suasana apabila semua sanak saudara berkumpul…
Tiba-tiba paluan kompang berbunyi. Hati Batrisya berdebar tiba-tiba…macam nak luruh jantungnya saat itu. Dia dah datang….sempat ke nak lari ni? Batrisya berfikir-fikir sendiri...fikiran nakal tiba-tiba sahaja menghasutnya….
“Pengantin lelaki dah sampai….!!!!” Jerit Alongnya dari ruang tamu. Adoiii..kenapalah along excited sangat nak dapat mamat ego@hipokrit tu sebagai adik ipar dia..??? Batrisya berfikir-fikir sendiri….dan sekarang barulah dia tahu yang alongnya adalah salah seorang penyokong kuat perkahwinannya dengan Haikal… Sakit hati betul dengan along..!!!!! Bila pulak along jadi tali barut arwah atuk? Perancang wasiat atuk????
“Dik steady ya….pengantin lelaki nak jawab akad nikah ni….” Angah pulak yang datang bertamu ke biliknya. Hmm..angahnya pun satu…senyum memanjang jea…suka sangat ke ada majlis kahwin ni?
“Yang adik kesayangan angah ni monyok kenapa? Cerialah dik…pasni nak jadi isteri orang dah…!!!” usik Angah. Batrsiya hanya mencebikkan bibirnya.
“Huh…kalau Angah kena kat tempat adik…barulah angah rasa macam mana?” balas Batrisya. Ketika itu hanya dia dengan Angahnya sahaja yang berada di dalam bilik pengantinnya. Batrisya memang rasa ingin menangis…tetapi kalau menangis pun tiada gunanya…
“Adik tak rasa berdebar ke? Kalau Angah dulu kan…rasa macam nak tercabut jantung….tak sabar rasanya….” Makin galak Angah mengusik dengan senyuman kambing di bibirnya.
“Gatallah Angah ni…!!!!” bidas Batrisya. Malas dia mahu melayan angahnya itu bercakap. Kalau tidak, entah melalut ke mana….
Berdebar..?!!!!! Entahlah, Batrisya tidak rasa apa-apa pun…

“Sah…..!!!!!!!!” bergema ruang tamu dengan suara sanak saudaranya yang berpadu dengan suara saksi….
“Tahniah dik..adik kesayangan kakak dah jadi isteri orang…!!!!” jerit angah sambil memeluk Batrisya dan saat itu Batrisya terasa ingin menangis…bukan kerana gembira tetapi kerana memikirkan arah tuju hidupnya selepas ini…Bagaimanalah nasibnya?
“Pengantin perempuan get ready…pengantin lelaki nak masuk sarung cincin nie…!!!” laung along. Hai..kenapalah along sibuk-sibuk jadi tukang karut pulak?
Batrisya mula tidak senang duduk. Angah segera mengensot ke tepi, memberi ruang kepada Haikal untuk masuk ke bilik itu. Hensem lelaki itu dengan persalinan serba putih untuk majlis akad nikah. Selepas ini mereka akan memakai persalinan warna pink untuk majlis persandingan…memang meriah betul!!!
“Assalamualaikum……” lembut suara Haikal memberi salam. Batrisya terkedu. Kaget hendak menjawab salam yang diberi. Terkejut! Rupanya suara lelaki itu romantic jugak, meremang bulu romanya….alahai…!!!!
“Waalaikumusslam…” lambat-lambat Batrisya menjawab..tanpa memandang sedikit pun muka Haikal yang berdiri betul-betul di hadapannya.
“Amboi…malu-malu nampaknya pengantin perempuan kita ni…” usik along. Serentak dengan itu bergema suara orang ketawa. Eii..geramnya dengan along ni…!!! Muka Batrisya sudah merah macam biji saga…nanti adik “fire” along…, jerit Batrisya…
“Ehemmm…” Haikal mula membuka isyarat suara. Buat seketika dia terpana melihatkan Batrisya yangkelihatan anggun di matanya…namun gadis itu sedikit pun tidak memandang ke arahnya…jelingan gadis itu pun sedikit sebanyak menggetarkan kalbunya…Alamak…apa dah jadi ni…?!!!! Haikal berfikir-fikir sendiri…Tak boleh..!!! Aku kena kuat…!!!! Getus hati Haikal!
“Apa tunggu lagi? Sarunglah cincin tu….” Sampuk mama. Lebar senyuman Datin Salmah dan Puan Sri Badriyyah melihat anak mereka berdua itu akhirnya dapat disatukan…
Lambat-lambat Batrisya menghulurkan tangannya…Dekat.dekat…dan semakin dekat…akhirnya tangannya bertaut dengan tangan Haikal yang kini sudah sah menjadi suaminya..Erkk..terasa arus elektrik mengalir di tangan masing-masing…dan Batrisya hanya mampu memejamkan matanya.
“Apasal tangan awak ni terketar-ketar? Ada penyakit Parkinson ke?” bisik Haikal ke telinga Batrisya. Sengaja ingin mengusik gadis yang sudah sah menjadi isterinya itu. Batrisya pantas membuka matanya dan tiba-tiba pandangan mereka bertembung. Tajam Batrisya memandang ke arah Haikal…
“Yang awak gatal-gatal pegang tangan saya ni buat apa? Lepaslah….” balas Batrisya perlahan sahaja bunyi suaranya. Tidak dipeduli mata-mata yang ralit mengintai kelakuan mereka.
“Ikut suka sayalah…”balas Haikal angkuh! Makin kejap tangan Batrisya digenggamnya. Satu senyuman dihadiahkan buat isterinya dan Batrisya tahu, bukan ikhlas sangat senyuman lelaki itu. Ah…sekadar mengaburi mata orange lain….
“Ehem…ehem…nampak tak sabar pengantin kita tu…apa-apa pun pakai cincin dulu..lepas ni buatlah korang nak buat projek apa pun….” Sampuk along tiba-tiba dengan diikuti gelak ketawa orang ramai yang turut berada di situ. Menyerbu darah merah ke muka Batrisya. Along…..!!!” jerit Batrisya…tak habis-habis Along mengenakannya!
Upacara pembatalan air sembahyang berlangsung. Cincin yang ditempah khas oleh mama Haikal di London disarungkan di tangan Batrisya…cantik! Memang sesuai sekali cincin itu dengan Batrisya…
“Awak cium olok-olok jea tau….” Kata Batrisya apabila Haikal indgin mencium dahinya. Tergelak Haikal seketika. Pernah orang buat ke macam tu? Tak logic betul gadis itu….
“Kalau saya cium betul-betul?”
“Siaplah awak lepas ni….!!!!” Kata Batrisya..
Hahahaha….bergema bilik itu dengan suara Haikal ketawa. Sakit hati Batisya mendengarnya. Lucu ke macam tu? Kalut orang yang berada di luar bilik itu menjengukkan muka ke bilik pengantin. Ingin melihat apa yang berlaku…
Namun, Batrisya terpaksa merelakan takkala bibir Haikal menyentuh dahinya buat kali yang pertama dan buat kali yang terakhir dalam hidupnya!!!! Takkan ada lagi peluang macam itu!
Selesai upacara akad nikah, mereka perlu menukar persalinan warna pink untuk persandingan. Batrisya resah. Pastinya mereka akan berkongsi bilik untuk menukar pakaian. Takkanlah hendak salin baju kalau lelaki itu pun turut berada sama di dalam bilik? Malu nanti….tapi lama-lama mereka di dalam bilik itu, malu pula hendak keluar. Nanti tidak pasal-pasal dikutuk orang…”tak sabar nampaknya”. Eii…tak sanggup dia..!!!
Batrisya mundar-mandir di dalam bilik. Pintu biliknya tiba-tiba dibuka. Terjengul muka Haikal di pintu biliknya. Selamba sahaja lelaki itu melangkah masuk ke bilik itu. Huhh..macamlah dia tu tuan punya bilik! Melampaunya…..
“Not bad…” kata Haikal sambil matanya meliar memerhati sekeliling bilik Batrisya. Indah dengan serba-serbi berona pink!
“Amboii…sedap mulut jea awak kritik bilik saya! Dahlah masuk tak bagi salam…berlagak pulak tu…!” balas Batrisya. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja lelaki itu ditolak keluar.
“Kalau dah menumpang tu…buatlah cara menumpang..!!!” sambung Batrisya lagi. Geram kerana Haikal langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Lagaknya macam Tuan Nazir datang melawat sekolah!
“Saya nak salin baju ni….” Kata Haikal
“Hah…??!!!!” Batrisya tersentak.
“Jangan pulak awak nak ambik kesempatan kat saya…” sambung Haikal lagi. Tangannya pantas membuka butamg baju yang dipakainya. Tanpa mempedulikan Batrisya yang turut berada di situ.
“Pergilah salin dalam bilik air…Awak ni tak tahu malu ke?” sembur Batrisya…
“Ikut suka sayalah nak salin baju kat mana pun…Kalau awak tak nak tengok, awak jea yang masuk ke bilik air..Keluar bila saya dah siap salin baju…Tapi lainlah kalau awak nak sambik kesempatan nak tengok body saya yang tough ni…..”
“What…?!!!” Makin sakit jiwa Batrisya…Mamat sekor ni memang tak makan saman. Batrisya memang tidak puas hati. Kenapa dia yang harus mengalah? Itukan biliknya? Haikal takde hak nak mengarahnya di biliknya sendiri. Dasar penumpng tak sedar diri…!!!!! Menyampahnya..!!!! Dan akhirnya dengan hati yang sebal, dia melangkah masuk ke bilik air yang sememangnya tersedia di bilik tidurnya.
“Jangan pulak awak cuba nak mengintai saya……” pesan Haikal sebelum kuat Batrisya menghempas pintu bilik airnya….
“Mak oiii…tak sopan langsung tutup pintu…!!” hati Haikal mengomel sendirian. Girang hatinya kerana berjaya mengenakan gadis itu buat kali yang keberapa entah!

3 comments:

  1. eeeii..
    x patut Haikal ckp cm2 kt istri dia mse nk sarung cincin...
    jht la Haikal tu...
    dh lah buat bilik org mcm blik sdri...
    ps2..siap mgata lagi...
    huhuhu..
    sakit atie la cm nie...

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha...
    adooyyy...
    lawak2...
    ske2..
    nk lgi,,nk lgi...
    ngeeee...besshh...

    ReplyDelete
  3. ngeee.
    suke2.
    agagaga.
    sweet jerp.
    bila dowamg nk b'cinta?
    xsbor.
    agagag.
    -na`dz

    ReplyDelete