Friday, January 16, 2009

MENGERTILAH CINTA INI: part 32

“Zafriel kenapa semalam? Monyok jea mama tengok?” sapa Puan Sri Khadijah takkala mereka bersarapan pagi itu. Zafriel hanya diam, tiada mood untuk berbicara…
“Eh..budak ni, mama tanya, diam jea…..”kata Puan Sri Khadijah padalah dia sudah dapat mengagak penyebab Zafriel berkeadaan begitu! Pasti kerana Ariessa…
“Ohh…maaf mama! Zafriel rasa tak berapa sihat hari sikit hari ni…..” jawab Zafriel. Perlahan sahaja nada suaranya tika itu. Entahlah , dia betul-betul kehilangan mood untuk bermesra alam pagi itu.
“Kalau tak sihat…tak usah pergi kerja…..! Rehat jea kat rumah”
“Eh, mana boleh mama…hari ni Zafriel ada meeting. Tak boleh nak cancel. Semalam dah cancel, nanti kalau kerap sangat ditunda, pihak kontraktor anggap kita ni tak bersungguh nak bekerjasama dengan mereka” pintas Zafriel.
“Tapi….
“Takpe mama…Zafriel tak apa-apa. Lagipun hari ni kena lawat tapak projek!!! Banyak benda lagi nak kena settle….”
“Hmmm..ikut kamulah, tapi kesihatan tu kena jaga….!!!!” Puan Sri Khadijah sekadar memberikan nasihat. Tahu sangat dia dengan perangai Zafriel yang keras hati dan degil! Sekilas dipandang kea rah Zafriel, mekar senyuman yang dihadiahakn kepada anak lelakinya itu.
“Zafriel dengan Riessa macam mana? Dah ok ke?”
Zafriel diam lagi. Malas hendak memberi ulasan. Sebab ayatnya tetap sama!
“Malam ni ajaklah Riessa datang sini…kita makan malam sama-sama! Boleh tak?”
Zafriel sekadar tersenyum nipis. Ajak Ariessa makan malam kat rumah itu? Tunggulah kucing bertanduklah! Tapi, apa yang dia tahu, Ariessa memang keras hati dan susah hendak ubah keputusan yang dia buat, melainkan kalau diarah oleh mama dan papanya. Ah, gadis itu memang betul anak yang taat pada ibubapa….!!!!!
“Mama jealah yang ajak…Zafriel tak nak masuk campur!” tukas Zafriel. Pagi itu die belum lagi bersedia hendak betembung dengan isterinya di pejabat. Tidak tahu apakah rekasi isterinya itu. Marah lagi ke? Arghh…malas Zafriel hendak fikir. Lagipun benda sudah jadi!
…………………………………………………………………………………………………
“Good morning Cik Ariessa..!!!” sapa Siti. Ariessa sekadar mengangukkan kepalanya. Namun, seketika kemdian dia berpatah balik ke meja Siti.
“En. Zafriel dah masuk pejabat?” Tanya Ariessa. Siti pantas tersenyum.
“Belum lagi Cik Ariessa. Tapi rasanya En. Zafriel tak masuk pejabat kot hari ni sebab beliau ada meeting kat luar dan then terus pergi tengok tapak pembinaan kat Klang…..” terang Siti satu persatu.
“Ohhh..saya baru jea berhajat nak pergi ke situ! Takpelah… I have to go!” balas Ariessa sambil berlalu ke biliknya. Dia betul-betul sibuk hari itu! Zafriel..?!!! Entak kenapa tergerak hatinya untuk bertanya perihal lelaki itu. Tiba-tiba sahaja Ariessa jadi rindu untuk menatap wajah itu. Ah..apa sudah jadi ni?
……………………………………………………………………………………………………
Zafriel menyeka peluh yang merintik di dahinya. Panas sungguh cuaca tengah hari itu.
“Saya rasa memang takde masalah untuk siapkan projek pembinaan ni ikut jadual” kata Zafriel sambil matanya meliar ke arah bangunan setinggi 20 tingkat yang sedang dibina itu.
“Ya En. Zafriel…saya rasa pun macam tu jugak! Bukan main semangat lagi pekerja kita bekerja…” sampuk Rahmat. Penyelia bagi projek pembinaan itu.
“Tapi…jangan paksa pekerja sangat. Kita perlu utamakan kualiti berbanding kauntiti. Betul tak?!!”
“Hmm..betul tu En. Zafriel…..”
Zafriel sekadar tersenyum….
“Dah lama tak nampak cik Ariessa datang sini sejak Dato’ Iqbal masuk hospital tempoh hari. Apa khabar Cik Ariessa tu?” tanya Rahmat. Zafriel terpana. Rindu bertandang takkala nama gadis itu disebut. Ariessa…!!!!!!
“En. Zafriel…? Are you alright? Lain macam jea saya tengok En. Zafriel ni…”
“Yes…I’m ok but…….”
Zafriel merasakan dunianya berputar…pandangannya semakin kelam dan akhirnya.............
“En. Zafriel……………………………!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

3 comments:

  1. wah..
    best2..
    nk lg..
    zafril pengsan..
    kalutla ariessa..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  2. alaaaaa....naper pendek jer sambungannya....
    nak lagi pleaseeeeee.....

    ReplyDelete
  3. waaaa.zafriel pengsan.
    nnt riessa lak yg jge.
    suke2
    cpt2
    smbung2
    agagag
    -na'dz

    ReplyDelete